Saturday, December 19, 2009

Ceramah Ust.Hamid Derani, Dulu UMNO Sekarang Pas..

Salam, selamat bertemu kembali..

CERAMAH UMUM


Penceramah:

Ust.Haji Abdul Hamid Derani

Bekas Pegawai Penerangan UMNO Kelantan
orang kuat Dato' Mustapa Mohamed (Ahli Parlimen Jeli)

Ust.Haji Suhaimi Saad
Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang

pada 20hb Disember 2009,
Ahad
9.00 malam

di Markaz Pas Jengka 16..

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Baca rentetan Ust.Hamid Derani tinggalkan UMNO di SINI

Monday, December 14, 2009

Wahai Isteri Pemimpin, Pakailah Tudung..

Salam, selamat bertemu kembali..

Kelantan Universiti Politik.. Satu usaha yang membanggakan dan patut diberi pujian kepada kerajaan Kelantan yang sering menganjurkan sesi diskusi, debat dan wacana berkenaan politik dan isu semasa. Selepas mempertemukan Dato'Husam Musa dengan Khairy Jamaludin di atas satu pentas, malam kelmarin pula, giliran Exco Kelantan, Dato'Mohd.Amar Nik Abdullah pula berhujah dengan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ust.Afandi Yusof bersama bekas Mufti Perlis, Dr.Maza dan Yang Dipertua YADIM, Datuk Nakhaie Ahmad..

Satu perkara menarik.. Datuk Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden Pas dalam wacana berkenaan mengingatkan DS Rosmah Mansor tentang balasan wanita Islam yang tidak bertudung. Kata beliau, isteri DS Mohd.Najib itu berdosa kerana tidak menutup aurat..

Bukan sahaja Rosmah, ramai lagi isteri pimpinan kita yang tidak menutup aurat..


dan ramai lagiiii...

Dari Our Global.Com

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre. Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa. Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.


p/s : Isteri YDP Agong pun pakai tudung...malu la sape yang tak pakai tudung tu..

Sunday, December 13, 2009

Cikgu Zabedah Yang Saya Sanjungi..

Salam, selamat bertemu kembali..

Sebentar tadi, ketika melayari laman web Jabatan Pelajaran Pahang, mata penulis terpandang wajah seorang insan yang banyak berjasa pada saya. Beliau ialah Cikgu Hajjah Zabedah Osman, bekas Pengetua SMKJP (1999-2003).


Kini, beliau menjawat jawatan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Pahang. Terselit sekelumit rasa bangga apabila cikgu yang pernah mengajar kita di sekolah, pernah memarahi dan merotan kita di asrama satu ketika dulu, diamanahkan memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi.

Tahniah dan selamat berjaya kepada Cikgu Zabedah Osman..



p/s : Bila la dapat berjumpa dengan Cikgu Zabedah ye..??

Thursday, December 10, 2009

Bercuti Panjang Demi Ayahanda Tercinta

Salam, selamat bertemu kembali..

Penulis bercuti panjang dari menulis blog ini kerana ayah penulis jatuh sakit pada awal pagi hari kedua umat Islam merayakan Aidiladha 28 November lalu. Ayah penulis mengadu sakit di bahagian dalm perut pada jam 1.00 pagi hari Sabtu lantas dikejarkan ke Hospital Jengka. Sejam kemudian, dikejarkan pula ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS). Beliau dimasukkan ke Wad Kenanga 8 kira-kira jam 2.40 pagi.


Mengikut penerangan doktor, ayah menderita sakit usus (rektum). Oleh kerana situasi ayah yang agak serius, doktor menasihati agar pembedahan dilakukan segera. Jadi pada pagi esoknya, 29 November kira-kira jam 9.00 pagi, ayah dimasukkan ke dewan bedah. Pembedahan mengambil masa kira-kira 3 jam. Kami 8 beradik, termasuk ibu penulis serta beberapa orang jiran terdekat setia menunggu di ruang legar dewan bedah. Setelah pembedahan selesai, ayah dimasukkan semula ke wad kira-kira jam 12.40 tengahari.

Selepas berada di wad 3 hari, akhirnya ayah dibenarkan pulang ke rumah. Kini, walaupun ayah sudah semakin sembuh, namun ayah masih perlu berehat panjang. Kata ibu, ayah mula bekerja sejak berumur 15 tahun lagi. Ayah sekarang berusia 62 tahun. Ertinya sudah 47 tahun ayah bekerja. Mengikut cerita nenek, ketka di kampung dulu, untuk mencari rezeki, ayah pernah berbasikal menjual ikan dari kampung ke kampung, mengambil upah menanam padi selain mengerjakan sawah seluas 4 relung milik ibu penulis.

Tahun 1976, ayah, ibu serta abang sulung penulis (Allahyarham) berkelana ke Felda Wilayah Jengka dan ditempatkan di Jengka 16, rumah kami sekarang. Sejak itu kata emak, ayah tak pernah berhenti bekerja untuk keluarga membesarkan kami 8 beradik. Jasa ayah dan ibu terlalu besar. Sering bergolok bergadai untuk keperluan anak-anak. Sepotong ayat pernah terpacul dari mulut ayah sebelum tiba STPM tahun 2005, "..Kalau sebab nak belajaq..hang mintak RM1,000,000 (sejuta ringgit) pun ayah akan cari..".

Ayat itu akan penulis kenang hingga akhir hayat..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, ayah semakin sembuh.. Mudah-mudahan keadaan ayah akan kembali sihat seperti sedia kala.

Biarlah kami pula, anak-anak yang bekerja untuk ayah..

Sekalung perhargaan dan terima kasih kepada semua doktor dan petugas jururawat Wad Kenanga 8,HoSHAS, rakan-rakan ayah,masyarakat Jengka 16, jiran-jiran serta kenalan, Pak Teh (Nazri Amin J.11), Cikgu Sukairi dan lain-lain yang sudi melawat ayah di hospital tempoh hari. Terima kasih juga kepada kawan-kawan penulis, Cikgu Zaidi, Kirul Fahmi, cikgu-cikgu SMK Jengka 21 dan lain-lain yang sudi menelefon atas dasar keprihatinan mengenai ayah penulis. Terima kasih atas doa kalian..

Terima kasih semua..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...