Friday, April 30, 2010

Orang Asli Me'londeh'kan Rasuah Politik di Hulu Selangor

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari Malaysiakini

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

Justify Full"..Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara..," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.

[Ternyata golongan Orang Asli di negara ini sudah bangkit memperjuangkan isu-isu yang melibatkan mereka. Selepas Putrajaya diserbu lebih 2,000 Orang Asli yang menyuarakan isu tanah mereka, kita percaya selepas ini UMNO-BN tidak boleh lagi menganggap undi Orang Asli sebagai 'fixed deposit' mereka pada pilihanraya. Semoga kebangkitan ini akan berterusan demi kepentingan masyarakat Orang Asli]



p/s : Yang Haq pasti tertegak, yang batil pasti lenyap

Thursday, April 29, 2010

Sisi Sebenar Tragedi Menimpa Allahyarham Aminulrasyid


Dari blog Khalid Samad.com

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau.

Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”


Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ.

Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.


Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam. Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam

YB KHALID SAMAD

"..Saya terduduk, terus menangis.." - rakan Aminulrasyid



p/s : Keadilan untuk Aminulrasyid

Wednesday, April 28, 2010

YB Senator Mohamad Ezam Mohd.Nor

Dari Malaysiakini

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.


p/s : Tahniah YB Ezam

Friday, April 16, 2010

Pandangan Tok Guru Tentang Sidang Kemuncak Nuklear

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari SINI

Semasa dalam ibadat umrah di Madinah-Mekah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tetap peka dengan segala perkembangan isu-isu besar dunia. Itulah dia sensitiviti seorang pemimpin besar yang bernama-mesra Tok Guru Nik Aziz, salah seorang pemimpin dalam kelompok berpengaruh di dunia Islam yang tersenarai di ranking 42.

Realiti itu memungkinkan Tok Guru Nik Aziz bersikap mesra-jari selalu menghubungi melalui telefon dengan setiausaha-setiausahanya di Pejabat Menteri Besar, meskipun berjauhan merentasi benua dan lautan.

Terbaru, Tok Guru Nik Aziz telah mengubungi saya selaku setiausaha politiknya agar merakamkan pandangan dan telahannya berhubung kehadiran Malaysia menyertai Sidang Keselamatan Nuklear di Washington, Amerika Syarikat.

Sebagaimana maklumat, Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear anjuran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah diadakan pada 12 dan 13 April 2010 di Washington. Ia turut dihadiri 47 ketua-ketua Negara termasuk Malaysia. Juga merupakan sidang nuklear yang terbesar pernah dianjurkan presiden Amerika Syarikat sejak 65 tahun lalu.

Berikut adalah pandangan dan telahan Tok Guru Nik Aziz:

"Ekoran sidang nuklear itu jelaslah kekerasan tidak boleh menyelamatkan manusia. Amerika Syarikat (Amerika) pernah guna bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki bagi menundukkan Jepun ketika Perang Dunia ke-2.

"Begitu juga, kuasa besar itu (Amerika) pernah guna ugutan dan kekerasan ke atas Negara-negara kecil lain (di dunia), tahu-tahu dia pula terpaksa anjurkan persidangan nuklear.

"Oleh itu, adalah benar dan tepat keputusan Nabi Muhammad SAW mengadakan perjanjian Madinah (Sahifah Madinah) yang melibatkan pihak Yahudi. Kerana Nabi SAW sedar, untuk mencari kebaikan dan keamanan, ia tak boleh gunakan kekerasan. Allah SWT sendiri amat melarang untuk kita gunakan kekerasan dalam diplomasi atau berhubung dengan orang lain. Sebab itulah, selagi kekerasan dijadikan pendekatan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam melayani hubungan politik antara PAS-Umno atau Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, maka selagi itulah tidak akan berlaku keamanan dan keharmonian dalam politik Negara.

"Apa yang dapat diperhatikan di Madinah dan Mekah, misalnya sekarang di Mekah orang datang puluhan ribu, bertukar ganti (bertali-arus), tidak ada yang paksa pun untuk datang, tetapi punca semua orang itu datang ialah kerana mereka ingatkan Padang Mahsyar. Di sana kelak mereka dihidupkan semula, mereka akan hadapi mahkamah Allah dan mereka akan berdepan dengan Syurga atau Neraka. Maka, inilah daya tarikan sebenar umat Islam untuk datang sangat ke tanah suci.

"Berpandukan kesedaran itu, perlulah kita semua mengambil pengajaran betapa cara kekerasan, ugutan hatta diskriminasi seperti mana dilakukan oleh pihak Pusat terhadap Kelantan tidak akan menyelesaikan masalah dan jauh sekali menemui keamanan serta keharmonian.

"Pengalaman kita di Kelantan, akibat diskriminasi pernah berlaku sekumpulan petani di Pasir Puteh tak boleh buat padi (tanam padi) akibat berlaku protes dan sekatan baja subsidi kepada satu pihak, menyebabkan satu pihak itu (mangsa diskriminasi) bertindak menyekat laluan jentera pembajak masuk ke bendang satu pihak lagi yang menerima baja. Hasilnya semua pihak (mangsa diskriminasi) dan pihak yang terima baja (penyokong diskriminasi) sama-sama rugi (tak dapat tanam padi). Oleh itu, cara diskriminasi (seperti juga kekerasan) ia tidak akan jadi tarikan ke arah menyelesaikan masalah umat.

"Berbalik kepada sidang nuklear tadi, hasil penyertaan 47 negara tadi, keputusannya Yahudi sendiri (Amerika dan sekutunya) mula nak berunding dengan Israel. Sehingga capai keputusan untuk berunding sama dengan Republik Islam Iran yang merupakan musuh ketat mereka.

"Maknanya, Amerika dah mula inginkan hubungan baik dibuat dengan Iran dan jelas mereka dah tak nak lagi kepada cara kekerasan. Hal ini membuktikan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW itu awal-awal lagi melalui Perjanjian Madinah adalah betul dan benar.

"Oleh sebab itu, kita kena ingat bila (seseorang) manusia itu kuat sangat diugut, manusia itu akan bangkit dan sedar, bahawa mereka tidak lemah dan mereka boleh bangkit untuk melawan pihak yang mengugut.

"Jika demikian dunia kini, dan Amerika sendiri dah semacam mengiktiraf sejarah diplomasi yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW adalah betul, tinggal lagi Umno di Negara kita ini tidak mahu mengubah cara mereka dalam menerima hakikat kebenaran Islam.

"Misalnya dalam isu hak Kelantan menerima royalti minyak, mereka tidak guna diplomasi. Perjanjian diketepikan, apa mereka pakai ialah kuasa, walaupun Umno tahu cara mereka guna kuasa itu salah dari segi hukum diplomasi. Maka, kita kena ingat rakyat itu yang memberi mandat kuasa dan pemilik kuasa ialah Allah SWT. Jangan diskriminasikan rakyat Kelantan."

Dicatat oleh,

Wan Nik Wan Yussof,
S/U Politik MB Kelantan..

Wednesday, April 14, 2010

PRK P 94 : Zaid Ibrahim Turun Ke Gelanggang..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Malam tadi, tersebarlah sudah di seluruh buana bahawa Datuk Zaid Ibrahim, mantan timbalan menteri di JPM dipilih sebagai calon PR bertanding menentang calon MIC dari BN yang akan diumumkan pada esok hari.

Keinginan penulis melihat beliau berentap di Hulu Selangor dicatat dalam blog ini 31 Mac yang lalu. Ia boleh dibaca di SINI


Selamat berentap kepada Datuk Zaid Ibrahim..!!

LAWAN TETAPPPPPP LAWAN...!!!!


p/s : Menunggu siapa pulak calon MIC-BN..

Friday, April 9, 2010

Hulu Selangor dan Sibu : Inilah Kekuasaan Allah..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Dengan tak disangka-sangka, tiada siapa menduga, selepas Allah SWT menunjukkan takdirnya bahwa MP Hulu Selangor, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia, Tuhan pemerintah sekalian alam ini sekali lagi menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya, menarik nyawa seorang lagi makhluk di muka alam Malaysia ini.. Datuk Robert Lau Hoi Chew, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, pada 9 April2010 akibat barah.

Kita sebagai hambaNya yang kerdil ini, sudah tentu tidak dapat menafsir apalah yang ada dalam pengetahuan Allah sehingga pada ketika ini, hampir pasti pilihanraya kecil kali ke-11 akan diadakan dalam tempoh 2 tahun, sejak 8 Mac 2008. Apapun, setiap kejadian yang dijadikanNya, sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi, hanya mampu difahami oleh sesetengah daripada kita.

Ketika UMNO-BN merampas kerajaan negeri Perak satu ketika dahulu, mereka melaung ke seluruh negara, bahawa tindakan men'culik' 3 wakil rakyat itu direstui oleh rakyat jelata di Perak. Belum pun habis mereka berkokok di serata buana, takdir Allah mendatangkan perkhabaran, MP Bukit Gantang kembali ke rahmatullah. Maka di sana, rakyat Perak memberi mesej jelas kepada UMNO-BN bahawa mereka tidak setuju dengan tindakan 'kudeta' berkenaan dan memberi kemenangan besar kepada Hero Demokrasi Perak yakni MB Perak yang sah, DS Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin..

Begitu juga berlaku di Kuala Terengganu tatkala perkhabaran sedih menyelubungi seluruh negara lantaran pemergian MP Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Tohmahan kerajaan UMNO-BN kepada kerajaan PR di beberapa negeri serta umpan pembangunan ditawarkan mereka di ibu negeri Terengganu itu ditelan ombak kebangkitan rakyat apabila calon UMNO-BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga Senator berjawatan Timbalan Menteri jatuh tersungkur dengan kekalahan di tangan calon Pas-PR, Haji Abdul Wahid Endut.

Hal yang sama berlaku di Permatang Pauh, walaupun PRK berkenaan bukanlah dilakukan kerana kematian wakil rakyatnya. DS Anwar Ibrahim yang ditohmah sebagai agen Israel, agen Amerika, dan bermacam lagi tuduhan termasuk isu liwat yang dihadapinya tetap berjaya menongkah segala macam janji pembangunan fizikal UMNO-BN di Permatang Pauh. Walaupun gerombolan kerajaan Pusat datang menyerang dengan segala macam 'senjata' termasuk media, polis, tentera dan puluhan jabatan kerajaan disalahguna, mantan Timbalan Perdana Menteri itu bukan sahaja mampu menang bergaya, malah dapat menambahkan lagi majoriti undi yang diperolehi isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU sebelumnya.

Kurang dua minggu sudah, MP Hulu Selangor pula menghembuskan nafasnya yang terakhir, meninggalkan kita semua dalam kesedihan meratapi pemergian bekas Timbalan MB Selangor ini. Takdir Allah ini juga berlaku dalam suasana politik dan keadaan semasa negara ini berada dalam, keadaan tidak menentu. Itulah yang digambarkan media yang ada di negara ini. Isu kalimah Allah, isu bakar gereja, isu lompat parti, isu ketuanan Melayu, isu pertubuhan Perkasa, isu 1Malaysia dan begitu banyak lagi isu lainnya.

Adakah Allah SWT memberi takdir pemergian kedua-dua tokoh politik ini, yang pastinya menghadirkan pilihanraya kecil, sebagai peluang kepada rakyat di Hulu Selangor dan Sibu supaya memberi mesej jelas mengenai pendirian mereka terhadap kerajaan UMNO-BN dan penilaian mereka terhadap 1 tahun kepimpinan DS Mohd.Najib Razak??

Jika kedua-dua kawasan ini masih gagal dimenangi oleh UMNO-BN, alangkah malunya kerajaan Pusat kepada seluruh dunia.. Bertempik sorak di seluruh dunia, mencanangkan itu dan ini, berjanji 'bulan dan bintang' kepada para pengundi, tapi jika masih juga ditolak, sewajarnya Najib harus mengambil langkah terpuji lagi terhormat yang banyak ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin dunia lainya, undurlah dan beri peluang kepada PR memerintah..


p/s : Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang Datuk Robert Lau

Thursday, April 8, 2010

Isu APCO : Apabila Minit Mesyuarat PAC Sudah Ada Di Tangan Anwar...

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari Malaysiakini.Com

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk menamatkan kontrak dengan Apco adalah sangat penting kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.


Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara. Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Berikut petikan mesyuarat itu: Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia. Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan. "Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya.



p/s : Mengapa UMNO masih boleh menafikan kerjasama dengan APCO ni??

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban : Mangsa Rumah Terbakar di Jengka 15

Salam, selamat bertemu kembali..

Pada 25 Mac lalu, rumah sahabat saya, Engku Nurzaman di Jengka 15 telah hangus dalam satu kebakaran yang difahamkan berpunca daripada litar pintas. Rumah berusia hampir 30 tahun tersebut hangus dalam masa 10 minit sahaja.

PTJ mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Abang Engku. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi musibah ini.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban di tanggung beliau, bolehlah menghubungi talian 0199170654 (Engku Nurzaman)..




p/s : Marilah kita sama-sama menghulur bantuan kepada beliau..

Tuesday, April 6, 2010

PRK P 94 : UMNO-BN Dalam Dilema Memilih Calon

Salam, selamat bertemu kembali..

Menyambung tulisan penulis berkenaan isu calon pada 31 Mac lalu, pertentangan pendapat dan pendirian semakin rancak didedahkan oleh suara-suara berkepentingan dalam UMNO.

Pendirian cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Hulu Selangor jelas mahu kerusi itu dikembalikan kepada UMNO selepas kali pertama dan terakhir mereka bertanding dalam PRU kali pertama pada tahun 1955. Pilihanraya seterusnya, kerusi berkenaan diserahkan kepada MCA dan kemudiannya MIC sehinggalah PRU yang lalu, terlepas kepada PKR menerusi Allahyarham Dato'Dr.Zainal Abidin..

Selain itu, 54 orang Pengerusi JKKKP yang sebahagian besarnya merupakan ketua-ketua cawangan UMNO menunjukkan kesungguhan dengan menyertai rombongan UMNO Bahagian Hulu Selangor menghantar memorandum kepada PM pada 30 Mac lalu, menuntut kerusi parlimen berkenaan diserahkan kepada UMNO. Penghantaran memorandum tersebut dilihat sebagai langkah serius dan bersungguh-sungguh Umno bahagian untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut yang kini ditandingi oleh calon MIC.

"..Dalam memorandum itu, kita menyuarakan tentang sejarah kerusi tersebut, perasaan dan harapan (akar umbi) supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.." kata Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong.

Suara veteran juga kedengaran mendesak kerusi berkenaan diserah kembali kepada UMNO. Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman, meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun "diserahkan" kepada MCA dan MIC.

"..Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu.

"..Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di Shah Alam..

Terdapat juga beberapa pemimpin UMNO cawangan, mengakui bahawa majoriti ahli UMNO dan rakyat Hulu Selangor menolak Datuk G.Palanivel, bekas wakil rakyat 4 penggal di situ. Kata mereka, jika mahu juga meletak calon MIC di situ, letaklah orang lain, dengan syarat bukan Palanivel.

Seorang pemimpin Umno cawangan di parlimen tersebut berkata, Palanivel ditolak ekoran "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya".

"Bagi saya ia (perebutan kerusi) bukan masalah kuota, tetapi masalah calon. Banyak janji-janji (pilihan raya), beliau tidak tunaikan...selama empat penggal beliau bertanding, kenapa dia kalah (pada 2008)? Ini kerana undi protes.

"Sekurang-kurangnya, kalau (letak) calon dari MIC, carikan orang lain. Kalau MIC letak Datuk G Palanivel, berat sedikit nak menang. Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya," kata seorang pemimpin Umno daripada DUN Batang Kali.

Naib Ketuanya juga, Adnan Buyong seolah-olah memperli slogan PM Najib. Beliau menyatakan beliau sendiri pun tidak begitu memahami konsep 1Malaysia yang diketengahkan bos besarnya sendiri. UMNO Hulu Selangor masih berharap Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan dengan serius tuntutan mereka - yang mahukan kerusi parlimen tersebut ditandingi Umno - supaya sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas..

“..Kita sudah buat semua perkara. Sekarang kita berdoa sahajalah. Tetapi kita tidak putus harap supaya permintaan kita diterima. “Apa boleh buat, yang buat keputusan bukan kita. Kalau saya yang buat keputusan, senang,” katanya sambil ketawa kecil.

Menurut Adnan lagi, walaupun keputusan berhubung calon yang dipilih masih belum diketahui, berdasarkan kenyataan Najib, kemungkinan besar MIC akan bertanding sekali lagi di kerusi parlimen tersebut.

Dengan nada perlahan dan kecewa, Adnan sempat berseloroh, tetapi sinis:

“..Saya pun tidak berapa faham dengan (konsep) 1Malaysia ini. Rakyat didahulukan, pencapaiannya (di Hulu Selangor) kita tengoklah nanti..”



p/s : Pilihlah calon-calon yang berwibawa..

LIVE Dari Parlimen : Pendedahan Tergempar Isu APCO Worldwide oleh Dato'Seri Anwar Ibrahim..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

IKUTI PENDEDAHAN SECARA LIVE :


UCAPAN DAN PERBAHASAN ISU APCO WORLDWIDE
DI DEWAN RAKYAT

OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
(KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA)

IKUTI DI http://mppas.blogspot.com/2010/04/dewan-rakyat-6-april-2010-selasa.html


p/s : banyak fakta dan dokumen didedahkan, tunggu jawapan daripada pihak kerajaan..

Monday, April 5, 2010

Terkenang Sejenak Kemesraan Kita Bersama





p/s : Rindunya zaman mahasiswa..

Malaysia Boleh : RM 1.54 Juta Untuk Golongan Artis

Salam, selamat bertemu kembali..


Golongan artis di Malaysia cukup-cukup bertuah. Setiap tahun pelbagai majlis penganugerahan diadakan sebagai pengiktirafan kepada mereka yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara. (ye ke..??)

Malah, hadiah-hadiahnya memang gempak, wang tunai, hadiah kereta, barang kemas, pakej percutian ke luar negara, semuanya ada. Artis yang sememangnya kaya, akan bertambah kaya.. dan ada juga yang dulunya hidup tak seberapa kini menjadi mewah sekelip mata. Inilah peranan kerajaan dan masyarakat kita yang sentiasa mengagung-agungkan golongan artis.


Mengambil contoh senarai hadiah dalam kategori Anugerah Bintang Paling Popular dalam ABPBH sahaja sepanjang 5 tahun yang lalu (2005 - 2009), jumlah sebenarnya menjangkau lebih RM 1.54 JUTA

Bintang Paling Popular 2009 - Siti Nurhaliza

Kereta Nissan X-Trail berharga RM 130,000
Barang kemas bernilai RM 150,000
Perabot mewah RM 30,000
Pakej penginapan mewah RM 18,000

Bintang Paling Popular 2008 - Nabil Raja Lawak

Kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM 109,000
Barang kemas Rafflesia bernilai RM 150,000
Pakej penginapan bernilai RM 8,000

Bintang Paling Popular 2007 - Mawi

Kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM
185,000
Barang kemas eksklusif bernilai RM 150,000

Bintang Paling Popular 2006 - Mawi

Kereta Naza Sorento 2.5 (A) berharga RM143,000
Barang kemas bernilai RM200,000

Bintang Paling Popular 2005 - Mawi

Kereta Kia Optima Edisi Terhad bernilai RM125,000
Set mutiara mewah Rafflesia bernilai RM 150,000


Jumlah sebesar itu hanya untuk satu anugerah utama dalam satu majlis sepanjang 5 tahun. Belum dikira lagi hadiah-hadiah di anugerah ERA, anugerah AIM, anugerah FFM, anugerah Skrin dan lain-lain..

Fikir-fikirkanlah..


p/s : Moga Allah SWT mempermudahkan urusan kita..

Projek Rosmah di Hulu Selangor : Boleh Percaya Ke??


HULU SELANGOR, 5 April (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor.

Beliau berkata pihaknya memang dalam perancangan untuk mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan tersebut tetapi oleh kerana sukar mendapatkan tanah dan bangunan, kerana itu ia terpaksa ditunda.

"Sama ada kita tengok bangunan daripada Kemas ataupun kita berbincang dengan Felda untuk kita mengadakannya.

"Saya melihat bahawa kanak-kanak di sini yang merupakan kanak-kanak dari luar bandar seharusnya mendapatkan pendidikan yang terbaik terutama sekali pendidikan untuk di bawah umur empat tahun.

"Pada pandangan saya kawasan di Hulu Selangor ini memang sepatutnya mendapat satu Pusat Permata Negara, tadi saya dah bersalaman dengan ramai kanak-kanak di sini dan ibu mereka juga telah menyatakan kepada saya bahawa mereka inginkan anak-anak mereka pergi ke Pusat Permata Negara di sini.

"Setakat ini kita tidak ada Pusat Permata Negara di sini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Bersama Rakyat di Kampung Sungai Buaya di sini Ahad malam.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah mengadakan lebih daripada 420 buah Pusat Permata Negara di kawasan luar bandar dan pihaknya juga telah menaiktarafkan pusat pendidikan awal kanak-kanak di bawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ataupun Kemas.

Menurut Rosmah, pihaknya telah pun mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sarawak dan beliau juga telah diberitahu ramai antara murid-murid di Pusat Permata Negara mereka enggan pulang ke rumah kerana menyukai tinggal di situ.

Rosmah turut berkata beliau berasa bersyukur kepada Allah kerana suaminya telah pun setahun menjadi Perdana Menteri dan ia adalah kerana sokongan yang diberikan rakyat jelata kepada Najib.

"Saya sentiasa berdoa supaya suami saya akan terus menjadi Perdana Menteri, insya-Allah selagi rakyat inginkan beliau menjadi ketua kepada negara ini," katanya.Justify Full

-- BERNAMA

p/s : Den payah nak cayo kek ekau Rosmah..

Sunday, April 4, 2010

Saingan Akhir Piala FA 2010 : Kedah vs Negeri Sembilan

Salam, selamat bertemu kembali..


PERLAWANAN AKHIR TM PIALA FA 2010



KEDAH

vs

NEGERI SEMBILAN



10 APRIL 2010, SABTU

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL, 8.45 MALAM





p/s : Pulun Kedah Pulun..

PRK P 94 : Kempen BN Serba Tak Kena

Salam, selamat bertemu kembali..

TAK KENA 1

3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneruskan tradisinya bermesra dengan rakyat hari ini dengan berjalan sekitar jalan-jalan di Kuala Kubu Baru. Beliau berhenti seketika di dua kedai kopi Cina - Yue Lai dan Xin Nan Chang - dan mengambil peluang bersalam dan bertanya khabar dengan pelanggan.


Menurut seorang penduduk di pekan lama ini yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Lim, 60, Najib tidak seharus hanya minum kopi di pekan itu tetapi perlu meninjau di sebuah kampung baru yang mempunyai 450 keluarga. Menurut pemilik kedai kopi berkenaan, bil di kedai kopinya dibayar oleh pegawai-pegawai MCA.

TAK KENA 2

2 April - Pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.

PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merujuk kepada kementerian bertanggungjawab. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama. Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

Menurut Idris, pendedahan itu amat memalukan kerana guru-guru berkenaan mengajar di kawasan parlimen BN, yang diwakili oleh Datuk Jacob Dungau Sagan (kiri) yang juga adalah timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

“..Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang..,” katanya.

TAK KENA 3

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.




Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.

Rakyat yang cerdik akan berfikir dengan matang apabila tindakan bersifat populis diambil kerajaan pusat menyalurkan projek dan peruntukan segera kepada parlimen Hulu Selangor. Jika projek dan peruntukan ini dipohon sewaktu arwah Dato' Dr.Zainal masih hidup, adakah kerajaan persekutuan akan menurutinya?? Pasti tidak..

..Jika begitu maksudnya, maka UMNO-BN seolah-olah menganggap rakyat Hulu Selangor sebelum ini bukan warganegara Malaysia yang berhak menikmati kekayaan negara bersama-sama..!! Bagi mereka, rakyat Malaysia hanyalah rakyat yang menyokong UMNO-BN, jika menyokong Pakatan Rakyat atau selain daripada mereka, maka pelbagai tohmahan dan gelaran buruk akan dilontarkan..


p/s : Tak hairanlah ramai 'katak-katak' yang menggelar pimpinan PR sebagai kominis, cauvinis, firaun kecil dan sebagainya..

Perbezaan Demonstrasi di Thailand dengan Demonstrasi di Malaysia

Salam, selamat bertemu kembali..

Dalam kehangatan kota Bangkok, dijarah ratusan ribu rakyat berbaju merah penyokong bekas PM Thai, Thaksin Shinawatra berkumpul memprotes pentadbiran PM Abhisit Vejjajiva, ada beberapa perkara yang menarik untuk diperhatikan bersama.

Bagaimana peranan Polis Thailand berkawal yang memastikan tiada kekecohan berlaku sepanjang protes yang sudah masuk minggu ke-3. Tiada tembakan gas pemedih mata, tiada semburan air kimia, malah para demonstran boleh mendirikan khemah di tepi-tepi jalan, mencurah air darah di pintu pagar pejabat PM sebagai tanda protes..

Bagaimana pula polis dan pemerintah Malaysia berhadapan dengan peserta demonstrasi??

sembur air kimia

tembak gas pemedih mata

tembak lagi

rakyat diperlaku dengan zalim

wakil rakyat ditarik baju hingga terkoyak (Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr.Hatta Ramli)

polis pukul orang awam

sembur air kimia lagi

tembak...!!!

sembur..!!!

kena tepat di muka..

hak wartawan dinafikan

rakyat dibelasah sesuka hati


Bagaimana pula polis dan pemerintah Thailand berhadapan dengan peserta demonstrasi??

Perdana Menteri sendiri yang berunding dengan ketua demonstrasi

air bercampur darah disimbah

siap boleh konvoi motor ramai-ramai

letih demo, boleh tidur

kalo kat Msia ni, mseti kena tangkap takpun kena sembur

aik, dacing kat Thai pun ada ka??

polis berunding


ramai kan???


p/s : Polis hanya ikut arahan dari pemerintah, nak marah diaorang pun tak leh gak.. tapi kadang2 kejam sangat sampai pijak2 kepala orang..

Saturday, April 3, 2010

PRK P 94 : UMNO-BN Mula Me'rasuah' Rakyat Hulu Selangor

Salam, selamat bertemu kembali..


Dalam masa 2 hari ini, PM, DS Najib Tun Razak dan TPM, TS Muhyiddin Yassin termasuk pimpinan UMNO-BN yang lain telah mula menguliti rakyat Hulu Selangor dengan pelbagai 'gula-gula' projek sebagai 'rasuah' kepada mereka (pengundi) agar mereka memilih dan mengundi calon BN.

Sabtu, 3 April 2010

- PM, DS Mohd.Najib Razak melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu sebagai bukti Kerajaan Pusat tidak lupa menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk di Selangor khususnya masyarakat Felda dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan peruntukan.

- PM, DS Mohd.Najib Razak mengumumkan pelaksanaan Projek Perumahan Warga Felda di Gugusan Sg.Dusun

- PM, DS Mohd.Najib Razak menyempurnakan majlis pecah tanah perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto, berkeluasan 14 hektar, melibatkan pembinaan 250 unit rumah dan menelan belanja RM 32 juta.

Jumaat, 2 April 2010

- TPM, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan pembinaan sebuah sekolah menengah dan 3 buah sekolah rendah akan dibina dalam parlimen Hulu Selangor.

- TPM, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM 2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali.

- TPM, TS Muhyiddin Yassin meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk perempuan yang menelan belanja RM 100 000.

Ini semua tidak lebih dari satu jenis lagi, satu kaedah lagi bagaimana rasuah dilakukan terang-terang di hadapan mata rakyat, dengan kenyataan pemimpin UMNO-BN sendiri yang meminta rakyat Hulu Selangor memberi undi kepada mereka selepas mengumumkan projek-projek dan memberi peruntukan kepada rakyat.. Adakah SPRM akan bertindak??? Jauh panggang dari api..!!

Di sebalik semua itu juga, ketika PM berucap di satu majlis di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, beliau seolah-olah merayu kepada pengundi Hulu Selangor agar memberi mandat kepada BN dalam pilihanraya kecil kali ini. Kata beliau,

"..Untuk Felda macam-macam dah bagi, akan datang banyak lagi, tapi tolonglah sikit, 25 haribulan ini (hari pengundian) tolong, yayasan kita ada, kita bagi bantuan kalau bagi kepercayaan kepada BN kita semua akan menjurus kepada masa depan yang jauh lebih baik lagi..."

PM Najib jelas tidak ikhlas apabila mengeluarkan kenyataan, "..kita bagi bantuan kalau bagi kepercayaan kepada BN..". Sedangkan ahli dan penyokong PR juga rakyat Malaysia. Beliau sendiri mengingkari konsep yang dipelopori sendiri yang ingin mendahulukan rakyat..

Tapi ada baiknya juga, rakyat Hulu Selangor akan 'ditatang bagai minyak yang penuh' sepanjang bulan ini hinggalah pada 25 April nanti.. Inilah peluang untuk minta "bulan dan bintang" daripada kerajaan Pusat...



p/s : UMNO-BN akan semakin ditolak pada masa kini dan masa2 akan datang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...