Saturday, August 30, 2008

MERDEKA..MERDEKA...MERDEKA..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ya ALLAH ya Tuhan kami, semoga usia kemerdekaan yang setengah abad ini lebih bererti dan mudah-mudahan tanah tumpah darah yang kita cintai ini iaitu negara kita Malaysia akan sentiasa diberkati oleh-Nya dan dipelihara dari segala bala bencana selama-lamanya... Semoga rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini akan sentiasa hidup dalam keadaan aman, tenteram dan harmoni, saling tolong menolong dan bekerjasama, bertolak ansur dan berlapang dada dalam urusan bersama.. Semoga rakyat negara ini terus diberi hidayah dan perlindungan daripada-Mu Ya Allah sepanjang jalan menuju ke hari akhir nanti.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke-51 kepada seluruh rakyat Malaysia.

"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...