Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Kesabaran Jenis Apakah Yang Ada Pada Anwar Ibrahim???

Salam, selamat bertemu kembali..
Sedih melihat susuk tubuh seorang Anwar Ibrahim, dulu ketika mudanya, lantang membela nasib rakyat bwahan, masa dewasanya menjadi seorang ahli Kabinet paling pantas meningkat naik sehingga ke puncak kuasa, kerana nafsu serakah dan dengki, beliau dijatuhkan kemudiannya dengan cara paling hina, rakyat di kampung halamannya menolaknya naik semula ke medan perang, namun dek kerana dendam tak putus-putus, ada pihak masih cuba meghapuskan watak politik Anwar Ibrahim. 

Sehingga kini, beliau sudah berumur 64 tahun, sebaya dengan ayah penulis.. Sungguhpun di sebalik usia tua itu, beliau menjadi pujaan kawan dan lawan, dalam negara dan antarabangsa, betapa beliau tidak melatah turun naik mahkamah sejak 1998, sejak penulis darjah 6 sehingga kini, penulis sudah bekerja . Kesabaran jenis apakah yang Anwar miliki, ketabahan jenis apakah yang Wan Azizah serta anak-anaknya miliki yang membuatkan keluarga ini masih mampu senyum ketika hadir di mahkamah.

Tidak tertekankah mereka?? Tidak sedihkah mereka?? Benarlah kata-kata pujangga, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tidak mahu penyokongnya bersedih... Itulah yang dilakukan Anwar Ibrahim.. Sesekali terfikir, bagaimana dengan kesibukan 2 kes fitnah dahsyat sekaligus, liwat dan video seks, yang satunya masih di mahkamah, Anwar masih mampu berceramah di seluruh negara, malam ini di bandar, esok di kampung, sesekali ke luar negara menyampaikan ucaptama di persidangan antarabangsa. Sempat juga reply Twitter dengan penyokongnya. 

Nyata kekuatan Anwar adalah Allah SWT yang sentiasa bersamanya. Perkara ini sentiasa diulang-ulang di bibirnya. Nyata juga dugaan sebegini bukan sebarangan orang yang boleh melaluinya. Pengalaman perit dimalukan dan diseksa dalam penjara, sehingga matanya lebam ditumbuk, dihina dan dipernjara sehingga 6 tahun lamanya, kemudian dibebaskan, kemudian difitnah lagi bukan satu, tapi dua pertuduhan, liwat Saiful dan video seks... Mampukah Anwar melaluinya?? Mudah2an Allah SWT mmberikan kekuatan kpada Anwar Ibrahim.. Tunjukkanlah kuasaMu Ya Allah, hinakan pihak yang batil, muliakan pihak yang Haq, Lawan Tetap Lawan..


ANWAR BIN IBRAHIM

1947 : anak kelahiran Cherok Tok Kun
1960-1966 : pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar
1967-1971 : mahasiswa Universiti Malaya
1968 : Presiden PBMUM
1968-1971 : Presiden PKPIM
1969 : Ahli Jwatankuasa Prtubuhan Pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO)
1970-1974 : Ahli Jawatankuasa World Assembly of Youth (WAY)
1970 : Penerima Pingat Utama 100 Tahun Iqbal, Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
1970-1974 : wakil Asia di Majlis Persidangan Belia PBB
1971 : pengasas ABIM
1971 : Presiden MBM
1972 : pengasas World Association of Muslim Youth (WAMY)
1973 : Ahli Penasihat Majlis Persidangan Belia PBB
1974 : Presiden ABIM kedua
1974-1976 : tahanan ISA isu Baling
1982 : sertai UMNO
1982-1986-1990-1995 : MP Permatang Pauh
1982-1983 :  Timbalan Menteri di JPM
1982-1984-1986 :  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1983-1985 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
1985-1986 : Menteri Pertanian
1987-1990 : Naib Presiden UMNO
1986-1990 : Menteri Pendidikan
1989-1991 : Presiden UNESCO, PBB
1991-1998 : Menteri Kewangan
1993-1995-1997 : Timbalan Presiden UMNO 
1997 : Pengerusi Bank Dunia dan Pengerusi IMF
1993-1998 : Timbalan Perdana Menteri
1997 : Pemangku Perdana Menteri Malaysia 
FITNAH 1 : dituduh peliwat, perasuah dan salah laku seks (1998)
1998 : dipecat daripada UMNO dan kerajaan 
1998 : Newsweek Asian of The Year
1999-2004 : banduan Penjara Sg.Buloh
2004 : dibebaskan dari penjara 
2004-2007 : Fellow Kehormat di St.Anthony, University of Oxford
2004-2007 : Fellow Kehormat di John Hopkins University, Washington DC, USA
2004-2007 : Professor Pelawat di Georgetown University, USA.
2006 : Presiden Kehormat AccountAbility, London, UK
2006 : Pengerusi Yayasan Masa Depan, Washington, US
2007 : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
FITNAH 2 : dituduh peliwat (2008)
2008 : MP Permatang Pauh
2008 : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
2008 : antara 100 Manusia Paling Berpengaruh di Dunia dalam majalah TIME
2011 : Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
FITNAH 3 : dituduh pelaku seks (2011)
2013??? Perdana Menteri Malaysia la...hehe..

baca lagi di SINI


p/s : Anugerah Allah kepada Malaysia

Wednesday, March 23, 2011

Isu Klip Video Seks : Rakaman Sidang Media Tergempar Oleh YB Datuk Johari Abdul Berkenaan Dalang Di Sebalik Aksi Seks Palsu Dato' Seri Anwar Ibrahim..

Salam, selamat bertemu kembali..


Sidang media ini telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat. . Turut hadir YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR; YB Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR dan lain-lain pimpinan..

- 3 dalang terlibat : iaitu Datuk T (Datuk Trio - bertiga) diketuai Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim.

- Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah bekas Naib Presiden UMNO, bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah kontroversi dengan kes skandal seks pada 1994. Juga pernah menjawat jawatan Pengerusi GABEM dan kini Pengerusi RISDA. Beliau pernah tewas jawatan Ketua Pemuda UMNO satu ketika dahulu ketika nama dan pengaruh DSAI naik memuncak di dalam UMNO.

-Datuk Shazryl ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kedah. Antara individu yang bersama-sama Tun Dr.M membangunkan Langkawi. Kini, berdepan dengan kes saman sebuah syarikat berkenaan projek kontroversi Jambatan Bengkok ke Singapura. Beliau beberapa kali kelihatan bersama-sama dalam program DSAI.

-Datuk Shuib Lazim ialah bekas senator dan bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Kini, beliau menyandang jawatan sebagai Bendahari PERKASA. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada YB Datuk Johari Abdul. Beliau juga merupakan bapa mertua kepada YB Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada ketika ini.


Baca lagi di SINI


p/s : Semakin terbongkar konspirasi paling jijik..

Tuesday, March 22, 2011

Isu Klip Video Seks : Bagaimana DS Anwar Ibrahim berFacebook dan berTwitter Jika Benar Lelaki Di Dalam Klip Itu Adalah Dirinya????

Salam, selamat bertemu kembali..


Akhbar arus perdana berbahasa Inggeris The Star, mendedahkan bahawa tarikh video yang didakwa rakaman seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina dirakamkan pada 21 Febuari 2011, dengan time stamp tertera antara pukul 10:23 PM dan 10:45 PM [TheStar].



Ini bermakna jika Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video tersebut, maka jelas sekali Anwar seorang yang hebat, kerana melakukan seks dengan pelacur sambil mengemaskini (update) Facebooknya [FB Anwar]. Ini berikutan rekod masa yang tertera pada facebooknya adalah di dalam sela masa waktu video tersebut dirakamkan.



Malah pada malam kejadian rakaman video itu, Twitter Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau sedang aktif mengemaskini dan melayan soalan-soalan daripada pengikut-pengikut di Twitter [TwitterAnwar].



Di bawah ini screenshot saat Anwar sedang melayani soalan pengikutnya di Twitter beliau [TwitterAnwar].


Maka untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar melakukan seks dengan pelacur cina tersebut, video rakaman adengan seks itu seharusnya merakam juga aksi Anwar melakukan seks sambil tangannya menaip laptop atau blackberry atau apa-apa peranti elektronik lain yang membolehkannya mengemaskini akaun facebooknya.

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi bersusah payah nak timbulkan persepsi bahawa Anwar Ibrahim seorang yang ketagih dubur lelaki, seorang yang pantang nampak lelaki jambu. Tapi kali ini mereka bersusah payah pula nak buktikan Anwar sebagai suka melanggan pelacur.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/hebat-bukti-anwar-lakukan-seks-sambil.html#ixzz1HKVAbIof

Sunday, February 27, 2011

Bukti : Statistik Pelaburan Di Negeri-negeri Pakatan Rakyat Dalam Laporan Rasmi MIDA 2010


Salam, selamat bertemu kembali...



Merujuk kepada artikel penulis terdahulu yang disiarkan pada 26 Februari 2011 , ada beberapa pengunjung (rasanya sorang sahaja) yang meninggalkan 'peluru tabur' mengatakan artikel penulis ini buat malu bangsa Melayu sahaja kerana disiarkan tanpa bukti. Ya, penulis mengaku artikel berkenaan tanpa bukti. 

Jadi, artikel kali ini penulis sertakan dengan bukti iaitu Statistik Rasmi MIDA mengenai Pelaburan Dalam Negeri dan dari Luar Negeri Mengikut Negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2010. Ikuti linknya di SINI

Semoga menjawab persoalan oleh mereka-mereka yang berkenaan..

Projects Approved by State, 2010
Ringgit Malaysia - RM


p/s : Berani kerana benar, takut kerana salah...

Saturday, February 26, 2011

Pelaburan 2010 : RM 25 billion di 4 negeri Pakatan Rakyat, hanya RM 22.2 billion di 10 negeri Barisan Nasional

Salam, selamat bertemu kembali..

Siapa kata Pakatan Rakyat tidak pandai memerintah??




The 4 PR states RM25 billion investments have beat the other 10 BN states attracted 53% of Malaysia's total investments of RM47.2 billion in 2010 .

The 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan have beat the other 10 BN states by attracting RM25 billion in investments comprising 53% of Malaysia's total investments of RM47.2 billion in 2010. For the first time in history, Penang is now the new champion of investments in Malaysia, coming out top in 2010. 



Penang replaced the previous 2009 champion Sarawak by recording RM 12.2 billion in 2010 as compared to Sarawak RM3.9 billion. Penang was No. 4 in 2009 with RM 2.1 billion but shot up 5 times to No.1. On the other hand Sarawak went down from No.1 in 2009 with RM 8.5 billion to No. 4 with RM3.9 billion in 2010. Penang's success in drawing in RM12.2 billion is an extraordinary vote of confidence by both foreign and local investors in the PR state government of Penang.

The No.2 state after Penang is another PR state of Selangor with RM 10.6 billion in investments. In fact the 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan combined comprise RM 25 billion investments or 53% of the total investments in Malaysia of RM47.177 million in 2010. These 4 PR states alone can beat the remainder 10 states of BN Malaysia combined!

Despite the financial constraints and limitations imposed by BN, PR have shown our good governance. In Penang we have excelled by being praised by the Auditor-General Report for being the best financially managed state with record surpluses of RM88 million in 2008 and RM77 million in 2009. Penang became the first state government in history to be commended by Transparency International for CAT(Competency, Accountability and Transparency) governance in establishing integrity in leadership.

We have wiped out hard-core poverty, the first state to do so in Malaysia. We are giving senior citizens RM100 every year and when they die, their beneficiaries a one-off RM1,000/-. All partially assisted schools of Chinese,Tamil and Sekolah Agama Rakyat are given a fixed sum of at least RM11.3 million every year. We are working towards a wifi state offered free of charge.

Penang is going green and leading in green practices such as "No Free Plastic Bag" campaigns and waste treatment through 3R of Reduce, Reuse Recycle. Penang enjoys the cheapest water rates in the country. Penang is also the Silicon Valley of Malaysia and selected as the most livable city in Malaysia on par with Kuala Lumpur. We have done more in 3 years what BN fail to do in 51 years.

So who says that PR can not govern. We may not have the experience but neither do we have the experience to cheat or be corrupt. PR has proven that a clean government can outperform corrupt governments. Voters of Tenang should choose PR that offers a better future not only for you but for your children.

PR is the better choice because we embrace the future. We embrace the future by embracing each and every one of you whether Malays, Indians, Chinese, Kadazans and Ibans as Malaysian brothers and sisters, Malaysian sons and daughters. Let us grow together, learn together and enjoy the success together.


p/s : Jangan berdebat dengan orang bodoh, nanti kita pun jadi bodoh..

Saturday, January 29, 2011

Ampu Sana Wa Ampu Sini...

Salam, selamat bertemu kembali..

Dikisahkan di beberapa laman maya perihal isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor. Sejak suaminya DS Najib Razak ditabalkan sebagai TPM pada Januari 2004 sehingga masa ini, pelbagai cerita kurang enak berkumandang di ruang udara Malaysia berkenaan isteri PM ini.


Terbaru, dikhbarkan DS Rosmah Mansor mmpunyai pejabat rasmi di Seri Perdana di bawah satu jabatan iaitu  FLOM (First Lady of Malaysia) Division. Ia boleh diakses melalui laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri namun kini ia sudah pun di'delete', mungkin kerana penyebaran luas berita kewujudan jabatan yang tidak sepatutnya wujud itu. 

Jadi, dengan ter'delete'nya maklumat FLOM itu, telahan ramai pihak bahawa DS Rosmah Mansor mmg mmpunyai pejabat rasmi di bangunan yang menempatkan suaminya terbukti BENAR.. Selama pemerintahan UMNO-BN selama 53 tahun, belum ada mana-mana lagi isteri PM yang mempunyai pejabat rasmi di pejabat PM a.k.a mencampuri urusan pentadbiran negara yang sepatutnya hanya diurus oleh suaminya iaitu Perdana Menteri.

Perdana Menteri ke-4, Tun Dr.Mahathir pun tidak pernah rasanya membenarkan isterinya, Tun Dr.Siti Hasmah mencampuri urusan pentadbiran. Setahu yang penulis baca, yang penulis lihat, Dr.Siti tidak pernah pula menjelajah ke luar negara untuk mempromosi Malaysia seperti mana yang DS Rosmah lakukan.

Sebab itu, penulis sedikit janggal dengan kenyataan dibuat Anifah Aman, Menteri Luar yang memuji DS Rosmah cerdik, DS Rosmah pandai mempromosi Malaysia di luar negara. Huhuhu.. Jadi, lepas ni DS Najib tidur sorang-sorang lagi la, sebab lepas ni DS Rosmah mesti akan selalu ke luar negara, sebab beliau pandai dan cerdik dalam bab-bab mempromosi Malaysia di luar negara, sampai penginapan dan perbelanjaannya di Oman di'sponsor' oleh Raja Oman. Memang hebat beliau ye..

Hakikatnya, memang DS Rosmah seorang yang bijak dan pandai sejak zaman persekolahan lagi di mana beliau selalu mendapat tempat teratas di kalangan rakan-rakannya. Maksudnya kehebatan DS Rosmah ini dipupuk sejak zaman skolah lagi. Patut la hebat sampai sekarang. 

Macam Datuk Mat Maslan jugak lah, beliau pernah dinobat sebagai juara pertandingan debat sejak zaman sekolah lagi. Dan kehebatan kebolehdebatan beliau itu sepatutnya dibawa hingga masa kini. Jika zaman sekolah hebat berdebat, masa kini dah jadi Timbalan Menteri, pasti lagi hebat debatnya kan?? Tapi, Datuk Mat Maslan ni anti-klimaks lah, beliau TOLAK jemputan Presiden ANAK, Mazlan Aliman untuk berdebat isu Felda di Tenang. Beliau ajak Mazlan berdialog plak dah.. 


Jadi, kempunanlah rakyat Tenang dan warga Malaysia nak tengok skil-skil Mat Maslan berdebat sewaktu zaman sekolah.. Cakap berdekah-dekah kata juara debat sekolah, tapi bila diajak debat, tak nak pulak dah. 

Mungkin kita kena guna cara Datuk Anifah Aman kot, contohnya :

Datuk Mat Maslan bijak, Datuk Mat Maslan cerdik. Beliaulah tokoh debat sejak zaman sekolah hingga kini, tak lapuk di  hujan, tak lekang dek panas.. Debat Datuk Mat Maslan memang diperlukan kerana hujah-hujah Timbalan Menteri JPM yang kita kagumi ini mampu mematahkan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Presiden ANAK kepada Felda. Datuk Mat Maslan, londehkan segala pembohongan ANAK itu, kembalikan maruah FELDA di mata-mata peneroka dan generasi kedua Felda.. kami yakin dengan jagoan debat sekolah pun Presiden ANAK akan mati hujah di gelanggang debat.. jangan takut jangan gentar Datuk, SAHUT CABARAN DEBAT..

makluman : Jemputan Debat isu Felda sudah dihantar buat kali kedua kepada Datuk Mat Maslan namun masih tiada respon sehingga kini..


p/s : Berani DEBAT kerana benar, takut DEBAT kerana salah.
.

Tuesday, January 4, 2011

Dangkalnya Pemimpin : Pabila Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus..

Salam, selamat bertemu kembali..

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir. "Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu. Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan. Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

Media UMNO

p/s : Tutuplah aurat wahai pemimpin dan artis-artis..

Friday, August 20, 2010

30 Kelebihan Besar Solat Sunat Tarawih

Salam, selamat bertemu kembali..

Untuk perkongsian dan manfaat bersama ;

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Justify Full
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


p/s : Bersama menghidupkan malam-malam Ramadhan..

Friday, April 30, 2010

Orang Asli Me'londeh'kan Rasuah Politik di Hulu Selangor

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari Malaysiakini

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

Justify Full"..Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara..," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.

[Ternyata golongan Orang Asli di negara ini sudah bangkit memperjuangkan isu-isu yang melibatkan mereka. Selepas Putrajaya diserbu lebih 2,000 Orang Asli yang menyuarakan isu tanah mereka, kita percaya selepas ini UMNO-BN tidak boleh lagi menganggap undi Orang Asli sebagai 'fixed deposit' mereka pada pilihanraya. Semoga kebangkitan ini akan berterusan demi kepentingan masyarakat Orang Asli]



p/s : Yang Haq pasti tertegak, yang batil pasti lenyap

Thursday, April 29, 2010

Sisi Sebenar Tragedi Menimpa Allahyarham Aminulrasyid


Dari blog Khalid Samad.com

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau.

Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”


Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ.

Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.


Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam. Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam

YB KHALID SAMAD

"..Saya terduduk, terus menangis.." - rakan Aminulrasyid



p/s : Keadilan untuk Aminulrasyid

Monday, April 5, 2010

Malaysia Boleh : RM 1.54 Juta Untuk Golongan Artis

Salam, selamat bertemu kembali..


Golongan artis di Malaysia cukup-cukup bertuah. Setiap tahun pelbagai majlis penganugerahan diadakan sebagai pengiktirafan kepada mereka yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara. (ye ke..??)

Malah, hadiah-hadiahnya memang gempak, wang tunai, hadiah kereta, barang kemas, pakej percutian ke luar negara, semuanya ada. Artis yang sememangnya kaya, akan bertambah kaya.. dan ada juga yang dulunya hidup tak seberapa kini menjadi mewah sekelip mata. Inilah peranan kerajaan dan masyarakat kita yang sentiasa mengagung-agungkan golongan artis.


Mengambil contoh senarai hadiah dalam kategori Anugerah Bintang Paling Popular dalam ABPBH sahaja sepanjang 5 tahun yang lalu (2005 - 2009), jumlah sebenarnya menjangkau lebih RM 1.54 JUTA

Bintang Paling Popular 2009 - Siti Nurhaliza

Kereta Nissan X-Trail berharga RM 130,000
Barang kemas bernilai RM 150,000
Perabot mewah RM 30,000
Pakej penginapan mewah RM 18,000

Bintang Paling Popular 2008 - Nabil Raja Lawak

Kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM 109,000
Barang kemas Rafflesia bernilai RM 150,000
Pakej penginapan bernilai RM 8,000

Bintang Paling Popular 2007 - Mawi

Kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM
185,000
Barang kemas eksklusif bernilai RM 150,000

Bintang Paling Popular 2006 - Mawi

Kereta Naza Sorento 2.5 (A) berharga RM143,000
Barang kemas bernilai RM200,000

Bintang Paling Popular 2005 - Mawi

Kereta Kia Optima Edisi Terhad bernilai RM125,000
Set mutiara mewah Rafflesia bernilai RM 150,000


Jumlah sebesar itu hanya untuk satu anugerah utama dalam satu majlis sepanjang 5 tahun. Belum dikira lagi hadiah-hadiah di anugerah ERA, anugerah AIM, anugerah FFM, anugerah Skrin dan lain-lain..

Fikir-fikirkanlah..


p/s : Moga Allah SWT mempermudahkan urusan kita..

Sunday, April 4, 2010

Saingan Akhir Piala FA 2010 : Kedah vs Negeri Sembilan

Salam, selamat bertemu kembali..


PERLAWANAN AKHIR TM PIALA FA 2010



KEDAH

vs

NEGERI SEMBILAN



10 APRIL 2010, SABTU

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL, 8.45 MALAM





p/s : Pulun Kedah Pulun..

PRK P 94 : Kempen BN Serba Tak Kena

Salam, selamat bertemu kembali..

TAK KENA 1

3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneruskan tradisinya bermesra dengan rakyat hari ini dengan berjalan sekitar jalan-jalan di Kuala Kubu Baru. Beliau berhenti seketika di dua kedai kopi Cina - Yue Lai dan Xin Nan Chang - dan mengambil peluang bersalam dan bertanya khabar dengan pelanggan.


Menurut seorang penduduk di pekan lama ini yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Lim, 60, Najib tidak seharus hanya minum kopi di pekan itu tetapi perlu meninjau di sebuah kampung baru yang mempunyai 450 keluarga. Menurut pemilik kedai kopi berkenaan, bil di kedai kopinya dibayar oleh pegawai-pegawai MCA.

TAK KENA 2

2 April - Pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.

PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merujuk kepada kementerian bertanggungjawab. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama. Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

Menurut Idris, pendedahan itu amat memalukan kerana guru-guru berkenaan mengajar di kawasan parlimen BN, yang diwakili oleh Datuk Jacob Dungau Sagan (kiri) yang juga adalah timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

“..Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang..,” katanya.

TAK KENA 3

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.




Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.

Rakyat yang cerdik akan berfikir dengan matang apabila tindakan bersifat populis diambil kerajaan pusat menyalurkan projek dan peruntukan segera kepada parlimen Hulu Selangor. Jika projek dan peruntukan ini dipohon sewaktu arwah Dato' Dr.Zainal masih hidup, adakah kerajaan persekutuan akan menurutinya?? Pasti tidak..

..Jika begitu maksudnya, maka UMNO-BN seolah-olah menganggap rakyat Hulu Selangor sebelum ini bukan warganegara Malaysia yang berhak menikmati kekayaan negara bersama-sama..!! Bagi mereka, rakyat Malaysia hanyalah rakyat yang menyokong UMNO-BN, jika menyokong Pakatan Rakyat atau selain daripada mereka, maka pelbagai tohmahan dan gelaran buruk akan dilontarkan..


p/s : Tak hairanlah ramai 'katak-katak' yang menggelar pimpinan PR sebagai kominis, cauvinis, firaun kecil dan sebagainya..

Saturday, April 3, 2010

PRK P 94 : UMNO-BN Mula Me'rasuah' Rakyat Hulu Selangor

Salam, selamat bertemu kembali..


Dalam masa 2 hari ini, PM, DS Najib Tun Razak dan TPM, TS Muhyiddin Yassin termasuk pimpinan UMNO-BN yang lain telah mula menguliti rakyat Hulu Selangor dengan pelbagai 'gula-gula' projek sebagai 'rasuah' kepada mereka (pengundi) agar mereka memilih dan mengundi calon BN.

Sabtu, 3 April 2010

- PM, DS Mohd.Najib Razak melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu sebagai bukti Kerajaan Pusat tidak lupa menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk di Selangor khususnya masyarakat Felda dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan peruntukan.

- PM, DS Mohd.Najib Razak mengumumkan pelaksanaan Projek Perumahan Warga Felda di Gugusan Sg.Dusun

- PM, DS Mohd.Najib Razak menyempurnakan majlis pecah tanah perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto, berkeluasan 14 hektar, melibatkan pembinaan 250 unit rumah dan menelan belanja RM 32 juta.

Jumaat, 2 April 2010

- TPM, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan pembinaan sebuah sekolah menengah dan 3 buah sekolah rendah akan dibina dalam parlimen Hulu Selangor.

- TPM, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM 2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali.

- TPM, TS Muhyiddin Yassin meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk perempuan yang menelan belanja RM 100 000.

Ini semua tidak lebih dari satu jenis lagi, satu kaedah lagi bagaimana rasuah dilakukan terang-terang di hadapan mata rakyat, dengan kenyataan pemimpin UMNO-BN sendiri yang meminta rakyat Hulu Selangor memberi undi kepada mereka selepas mengumumkan projek-projek dan memberi peruntukan kepada rakyat.. Adakah SPRM akan bertindak??? Jauh panggang dari api..!!

Di sebalik semua itu juga, ketika PM berucap di satu majlis di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, beliau seolah-olah merayu kepada pengundi Hulu Selangor agar memberi mandat kepada BN dalam pilihanraya kecil kali ini. Kata beliau,

"..Untuk Felda macam-macam dah bagi, akan datang banyak lagi, tapi tolonglah sikit, 25 haribulan ini (hari pengundian) tolong, yayasan kita ada, kita bagi bantuan kalau bagi kepercayaan kepada BN kita semua akan menjurus kepada masa depan yang jauh lebih baik lagi..."

PM Najib jelas tidak ikhlas apabila mengeluarkan kenyataan, "..kita bagi bantuan kalau bagi kepercayaan kepada BN..". Sedangkan ahli dan penyokong PR juga rakyat Malaysia. Beliau sendiri mengingkari konsep yang dipelopori sendiri yang ingin mendahulukan rakyat..

Tapi ada baiknya juga, rakyat Hulu Selangor akan 'ditatang bagai minyak yang penuh' sepanjang bulan ini hinggalah pada 25 April nanti.. Inilah peluang untuk minta "bulan dan bintang" daripada kerajaan Pusat...



p/s : UMNO-BN akan semakin ditolak pada masa kini dan masa2 akan datang..

Friday, April 2, 2010

Kisah Menyayat Hati Jeneral Adolf Roberto

Salam, selamat bertemu kembali..


Mengunjungi blog guru penulis, Ustaz Shukri Harun, penulis menemukan nukilan ini, yang bermanfaat kepada semua, bersamalah kita mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya..

Dari SINI

Suatu petang, di tahun 1525.

Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika ‘algojo penjara’ itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu ‘boot keras’milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

“Hai… hentikan suara jelekmu! Hentikan… !”

Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu’nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib… Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana ‘abduka… Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, “Bersabarlah wahai ustaz… InsyaALLAH tempatmu di Syurga.” Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, ‘algojo penjara itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

“Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan ’suara-suara’ yang seharusnya tidak didengari lagi di sini.Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahuminta maaf dan masuk agama kami.”

Mendengar “khutbah” itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

“Sungguh… aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALLAH.

Bentak Roberto,

"..Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh.”

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah ‘buku kecil’. Adolf Roberto berusaha memungutnya.

Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan genggenggamnya erat-erat. “Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!” bentak Roberto.

“Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!” ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan ‘algojo penjara’ itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh Mendadak algojo itu termenung.

“Ah… seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini.” suara hati Roberto bertanya-tanya.

Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan “aneh” dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia).

Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab jilbab digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar- kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak-kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau,

“Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa… .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi… ”

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya,

“Abi… Abi… Abi… “

Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

Hai… siapa kamu???” jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut.

“Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi… ” jawabnya memohon belas kasih.

“Hah… siapa namamu budak, cuba ulangi!!!!” bentak salah seorang dari mereka.

“Saya Ahmad Izzah… ” dia kembali menjawab dengan agak kasar.

Tiba-tiba “plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

“Hai budak..!!! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang ‘Adolf Roberto’… Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh..!!!” ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Adolf Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah ‘tanda hitam’ ia berteriak histeria,

“Abi… Abi… Abi… “

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahawa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai ‘tanda hitam’ pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, “Abi… aku masih ingat alif, ba, ta, tha… ” Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"..Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu… ” Terdengar suara Roberto meminta belas.

Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya,di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah. Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap.

“Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al- Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,”

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah “Asyahadu anla Illaaha ilALlah, waasyahadu anna Muhammad Rasullullah… ‘.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum,setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, “Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya… ” Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman Allah…

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH, tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS30:30)

Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam
bukunya :

....sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad...


p/s : Awaslah dengan agenda sekularisme..

PRK P 94 : Syabas Untuk SPR, Tetapkan Ahad Sebagai Hari Mengundi

Salam, selamat bertemu kembali..


SPR dalam pengumumannya tengahari tadi menetapkan hari Sabtu, 17 April sebagai hari penamaan calon dan 25 April, Ahad sebagai hari pengundian untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Syabas SPR..!! Penulis percaya ramai di luar sana yang memuji dan tersenyum dengan keputusan SPR menetapkan dua tarikh berkenaan yang jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Masakan tidak, dua hari tersebut (penamaan calon dan pengundian) merupakan momen-momen yang paling menjadi tumpuan bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik besar tanahair malah menarik jutaan pemerhati daripada seluruh negara dan antarabangsa.

Lebih penting lagi, sejumlah 63 593 pengundi bakal membuat perhitungan sekali lagi bagi memilih wakil rakyat mereka. Dengan penetapan hari tidak bekerja sebagai hari mereka menunaikan tanggunjawab pada negara, diharapkan mereka akan lebih bersemangat mengunjungi pusat-pusat pengundian, malah pengundi luar yang berada di luar kawasan dapat pulang tanpa halangan.

Keputusan SPR kali ini jauh berbeza dengan apa yang terjadi dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang berlangsung pasca 8 Mac 2008, di mana SPR secara sedar dan tidak bertanggungjawab boleh menetapkan hari pengundian pada hari bekerja yang menyusahkan pengundi-pengundi untuk keluar mengundi.. Jadi diharapkan, peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pengundi-pengundi Hulu Selangor bagi memilih pemimpin mereka yang mampu bersuara di Parlimen dan membela hak-hak mereka..



p/s : Tunggu pengumuman calon je la skang ni..

Wednesday, March 31, 2010

PRK P 94 : Hantar Zaid Ibrahim Ke Parlimen

Salam, selamat bertemu kembali..


PRK Hulu Selangor yang bakal tiba akan menyaksikan perhitungan sebenar sejauhmana pengaruh DS Najib Razak selaku Perdana Menteri yang beberapa hari lagi genaplah setahun pemerintahannya. Perhitungan kali ini sedikit berbeza dengan 9 PRK sebelum ini yang menyaksikan perubahan @ transformasi yang dilakukan Najib belum meresap di hati rakyat jelata..

Bermula dengan konsep 1Malaysia, pendekatan turun padang dan mesra rakyat, program Permata Negara tajaan DS Rosmah, NKRA, dan terbaru pembentangan Model Ekonomi Baru dan beberapa agenda dan program lain, sepatutnya BN tiada masalah untuk memenangi kembali hati rakyat bawahan seperti di Hulu Selangor.

Uniknya di Hulu Selangor, walaupun ia kerusi parlimen PKR, ketiga-tiga DUN di dalam nya dikuasai oleh UMNO-BN, iaitu DUN Batang Kali (Mohd.Isa Abu Kasim-UMNO), DUN Hulu Bernam (Datuk Idris Abu Bakar-UMNO) dan DUN Kuala Kubu Baharu (Wong Mun Koon-MCA). Bermaksud ada sebilangan pengundi yang mengundi calon BN di kerusi DUN tetapi memangkah calon PKR di peringkat Parlimen.

Bercakap pula soal calon, sebab masing-masing PR dan BN belum lagi mengumumkan nama calon bertanding. Wujud desakan kuat dari akar umbi yang mahukan TS Muhammad Muhd.Taib diletak sebagai calon memandangkan beliau punya pengaruh besar di negeri Selangor sementelah pernah menjadi pemimpin tertinggi UMNO peringkat pusat dan juga pernah menjadi MB Selangor. Teori digunakan UMNO mudah, ambil iktibar PRK Bagan Pinang di mana yang diletak sebagai calon juga bekas Menteri Besar, TS Isa Samad, pernah memegang jawatan Naib Presiden UMNO, hierarki jawatan sama yang pernah dipegang TS Muhammad. Jadi peratusan BN untuk merampas Hulu Selangor adalah agak tinggi.

Seorang lagi bekas MB Selangor juga sepatutnya wajar dipertimbangkan iaitu Dr.Mohd.Khir Toyo. Walaupun sebelum ini beliau menyokong calon MIC diletak di situ, jika Najib mengumukan beliau yang menjadi calon, nescaya beliau akan menerimanya.. Lagi pulak, bukan sedikit wakil rakyat yang memegang dua jawatan serentak di dewan negeri dan parlimen. Sekadar menyebut nama, DS Ir.Mohammad Nizar (Bukit Gantang, Pasir Panjang), TS Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak, Ijok) dan Lim Guan Eng (Bagan, Air Puteh).

Bagi calon PKR pula, penulis sangat berharap PR akan meletakkan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di JPM, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, bekas Ahli MT UMNO, bekas Senator dan juga peguam berpengalaman. Dua tiga kali mendengar ceramah beliau di pentas Pas dan PKR, hati kecil penulis mengatakan alangkah bagusnya kalau tokoh serupa beliau dihantar mengemukakan hujah di Dewan Rakyat.

Beliau keluar dari UMNO bukan kerana tak dapat jawatan, bukan kerana tak dapat jadi pengarah syarikat dan bukan kerana sebab keuntungan untuk dirinya, tapi beliau keluar dari UMNO kerana prinsipnya yang menentang penggunaan ISA secara tidak terkawal dan kecewa melihat retorik UMNO yang tidak serius membanteras gejala tidak sihat dalam institusi kehakiman.

Dalam ceramah beliau sempena perasmian Orang Muda Geng Kita Peringkat Negeri Pahang di Taman Tas, Kuantan beberapa minggu lalu, beliau menghuraikan secara jelas mengapa beliau bertindak keluar dari UMNO serta kebusukan dan kebobrokan sistem di negara ini yang pincang yang kata beliau, hanya mampu diubah dengan satu cara sahaja iaitu, Tukar Kerajaan. Hal yang sama beliau ungkapkan ketika ceramah sempena Konvensyen Peneroka Felda Kebangsaan di Temin, Jerantut beberapa bulan lalu..

Satu pertembungan yang sangat menarik jika TS Muhammad Muhd.Taib bertanding menentang Datuk Zaid Ibrahim. Kedua-duanya bekas Menteri Kabinet. Muhammad ada kekuatan kerana satu ketika dulu pernah menerajui Selangor manakala Zaid juga tampak gagah kerana partinya, PKR merupakan teraju pemerintahan di Selangor pada masa kini.

Jika angan-angan ini direalisasikan, rakyat Malaysia bakal dipertontonkan dengan episod pilihanraya kecil paling hebat dalam sejarah bila 'buku bertemu dengan ruas'.. Pak Tam Jengka menyokong pencalonan TS Muhammad Muhd.Taib dari UMNO-BN dan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR-PR sebagai calon berentap dalam PRK Hulu Selangor.

Calon Bebas jangan menyempit ye..kalo ada jugak kita panggil 2 000 Orang Asal yang demo di Putrajaya tempoh hari supaya 'sumpit' calon-calon 'nyamuk' ni..


p/s : Mungkinkah terjadi??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...