Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Friday, January 28, 2011

PRK Tenang : Analisis Debat Wawancara Antara Cikgu Mala dengan Tok Ai...

Salam, selamat bertemu kembali...


Di bawah ini merupakan hasil wawancara MStar Online ke atas kedua-dua calon di PRK Tenang iaitu Cikgu Mala dan Tok Ai.. Kepada keduanya ditanyakan soalan2 yang sama..

mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?


Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Pemenang : Seri


mStar: Makanan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Pemenang : Seri


mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?


Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa


Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?


Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu

Pemenang : Seri


mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?


Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura

-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia

Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)


Mstar: Pelakon yang anda sukai?


Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat

Pemenang : Seri


mStar: Perkara yang anda tidak sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.

Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala tepat sebagai ahli politik, jawapan Tok Ai sungguh tepat sebagai Ketua Pengarah JKR atau polis yang teropong untuk saman ekor!

Pemenang : Seri

JELAS PEMENANGNYA ADALAH : CIKGU MALA

Sumber : 

Wawancara MStar Online dengan Cikgu Mala  

Dicopy sepenuhnya daripada Tranungkite.Net 


p/s : Undilah Cikgu Mala, Undilah Pas...

Saturday, January 22, 2011

Petanda UMNO-BN Takut Kepada Kemaraan Perjuangan Islam..

 Salam, selamat bertemu kembali...

Dari SINI
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanMuhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

NONEBagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.

Sunday, October 10, 2010

Apa Kata Tengku Razaleigh Pada UMNO???

Salam, selamat bertemu kembali..


Sudah begitu lama, penulis tidak mencatat sesuatu di sini.. Untuk kali ini, bersesuaian dengan mood pilihanraya kecil Galas, penulis limpahkan di sini petikan ucapan Ku Li pada mesyuarat agung khas UMNO Bahagian Gua Musang kira-kira 2 tahun lalu..

Kita perlu hormati pendirian Ku Li yang menerima pelantikan sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya UMNO di PRK Galas. Penulis begitu bersetuju dengan pandangan penulis prolifik, Mohd Sayuti Omar yang mengatakan betapa Ku Li seorang yang beradat dan tidak sesekali memalukan parti yang telah diketuainya di Gua Musang sejak lebih 50 tahun lalu..

Namun, kita lihat apa kata Ku Li tentang UMNO..

Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa. Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.

Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik. Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah.

Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.

Baca lagi apa kata Ku Li tentang UMNO di SINI

Wednesday, April 14, 2010

PRK P 94 : Zaid Ibrahim Turun Ke Gelanggang..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Malam tadi, tersebarlah sudah di seluruh buana bahawa Datuk Zaid Ibrahim, mantan timbalan menteri di JPM dipilih sebagai calon PR bertanding menentang calon MIC dari BN yang akan diumumkan pada esok hari.

Keinginan penulis melihat beliau berentap di Hulu Selangor dicatat dalam blog ini 31 Mac yang lalu. Ia boleh dibaca di SINI


Selamat berentap kepada Datuk Zaid Ibrahim..!!

LAWAN TETAPPPPPP LAWAN...!!!!


p/s : Menunggu siapa pulak calon MIC-BN..

Friday, April 9, 2010

Hulu Selangor dan Sibu : Inilah Kekuasaan Allah..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Dengan tak disangka-sangka, tiada siapa menduga, selepas Allah SWT menunjukkan takdirnya bahwa MP Hulu Selangor, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia, Tuhan pemerintah sekalian alam ini sekali lagi menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya, menarik nyawa seorang lagi makhluk di muka alam Malaysia ini.. Datuk Robert Lau Hoi Chew, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, pada 9 April2010 akibat barah.

Kita sebagai hambaNya yang kerdil ini, sudah tentu tidak dapat menafsir apalah yang ada dalam pengetahuan Allah sehingga pada ketika ini, hampir pasti pilihanraya kecil kali ke-11 akan diadakan dalam tempoh 2 tahun, sejak 8 Mac 2008. Apapun, setiap kejadian yang dijadikanNya, sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi, hanya mampu difahami oleh sesetengah daripada kita.

Ketika UMNO-BN merampas kerajaan negeri Perak satu ketika dahulu, mereka melaung ke seluruh negara, bahawa tindakan men'culik' 3 wakil rakyat itu direstui oleh rakyat jelata di Perak. Belum pun habis mereka berkokok di serata buana, takdir Allah mendatangkan perkhabaran, MP Bukit Gantang kembali ke rahmatullah. Maka di sana, rakyat Perak memberi mesej jelas kepada UMNO-BN bahawa mereka tidak setuju dengan tindakan 'kudeta' berkenaan dan memberi kemenangan besar kepada Hero Demokrasi Perak yakni MB Perak yang sah, DS Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin..

Begitu juga berlaku di Kuala Terengganu tatkala perkhabaran sedih menyelubungi seluruh negara lantaran pemergian MP Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Tohmahan kerajaan UMNO-BN kepada kerajaan PR di beberapa negeri serta umpan pembangunan ditawarkan mereka di ibu negeri Terengganu itu ditelan ombak kebangkitan rakyat apabila calon UMNO-BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga Senator berjawatan Timbalan Menteri jatuh tersungkur dengan kekalahan di tangan calon Pas-PR, Haji Abdul Wahid Endut.

Hal yang sama berlaku di Permatang Pauh, walaupun PRK berkenaan bukanlah dilakukan kerana kematian wakil rakyatnya. DS Anwar Ibrahim yang ditohmah sebagai agen Israel, agen Amerika, dan bermacam lagi tuduhan termasuk isu liwat yang dihadapinya tetap berjaya menongkah segala macam janji pembangunan fizikal UMNO-BN di Permatang Pauh. Walaupun gerombolan kerajaan Pusat datang menyerang dengan segala macam 'senjata' termasuk media, polis, tentera dan puluhan jabatan kerajaan disalahguna, mantan Timbalan Perdana Menteri itu bukan sahaja mampu menang bergaya, malah dapat menambahkan lagi majoriti undi yang diperolehi isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU sebelumnya.

Kurang dua minggu sudah, MP Hulu Selangor pula menghembuskan nafasnya yang terakhir, meninggalkan kita semua dalam kesedihan meratapi pemergian bekas Timbalan MB Selangor ini. Takdir Allah ini juga berlaku dalam suasana politik dan keadaan semasa negara ini berada dalam, keadaan tidak menentu. Itulah yang digambarkan media yang ada di negara ini. Isu kalimah Allah, isu bakar gereja, isu lompat parti, isu ketuanan Melayu, isu pertubuhan Perkasa, isu 1Malaysia dan begitu banyak lagi isu lainnya.

Adakah Allah SWT memberi takdir pemergian kedua-dua tokoh politik ini, yang pastinya menghadirkan pilihanraya kecil, sebagai peluang kepada rakyat di Hulu Selangor dan Sibu supaya memberi mesej jelas mengenai pendirian mereka terhadap kerajaan UMNO-BN dan penilaian mereka terhadap 1 tahun kepimpinan DS Mohd.Najib Razak??

Jika kedua-dua kawasan ini masih gagal dimenangi oleh UMNO-BN, alangkah malunya kerajaan Pusat kepada seluruh dunia.. Bertempik sorak di seluruh dunia, mencanangkan itu dan ini, berjanji 'bulan dan bintang' kepada para pengundi, tapi jika masih juga ditolak, sewajarnya Najib harus mengambil langkah terpuji lagi terhormat yang banyak ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin dunia lainya, undurlah dan beri peluang kepada PR memerintah..


p/s : Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang Datuk Robert Lau

Tuesday, April 6, 2010

PRK P 94 : UMNO-BN Dalam Dilema Memilih Calon

Salam, selamat bertemu kembali..

Menyambung tulisan penulis berkenaan isu calon pada 31 Mac lalu, pertentangan pendapat dan pendirian semakin rancak didedahkan oleh suara-suara berkepentingan dalam UMNO.

Pendirian cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Hulu Selangor jelas mahu kerusi itu dikembalikan kepada UMNO selepas kali pertama dan terakhir mereka bertanding dalam PRU kali pertama pada tahun 1955. Pilihanraya seterusnya, kerusi berkenaan diserahkan kepada MCA dan kemudiannya MIC sehinggalah PRU yang lalu, terlepas kepada PKR menerusi Allahyarham Dato'Dr.Zainal Abidin..

Selain itu, 54 orang Pengerusi JKKKP yang sebahagian besarnya merupakan ketua-ketua cawangan UMNO menunjukkan kesungguhan dengan menyertai rombongan UMNO Bahagian Hulu Selangor menghantar memorandum kepada PM pada 30 Mac lalu, menuntut kerusi parlimen berkenaan diserahkan kepada UMNO. Penghantaran memorandum tersebut dilihat sebagai langkah serius dan bersungguh-sungguh Umno bahagian untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut yang kini ditandingi oleh calon MIC.

"..Dalam memorandum itu, kita menyuarakan tentang sejarah kerusi tersebut, perasaan dan harapan (akar umbi) supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.." kata Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong.

Suara veteran juga kedengaran mendesak kerusi berkenaan diserah kembali kepada UMNO. Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman, meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun "diserahkan" kepada MCA dan MIC.

"..Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu.

"..Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di Shah Alam..

Terdapat juga beberapa pemimpin UMNO cawangan, mengakui bahawa majoriti ahli UMNO dan rakyat Hulu Selangor menolak Datuk G.Palanivel, bekas wakil rakyat 4 penggal di situ. Kata mereka, jika mahu juga meletak calon MIC di situ, letaklah orang lain, dengan syarat bukan Palanivel.

Seorang pemimpin Umno cawangan di parlimen tersebut berkata, Palanivel ditolak ekoran "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya".

"Bagi saya ia (perebutan kerusi) bukan masalah kuota, tetapi masalah calon. Banyak janji-janji (pilihan raya), beliau tidak tunaikan...selama empat penggal beliau bertanding, kenapa dia kalah (pada 2008)? Ini kerana undi protes.

"Sekurang-kurangnya, kalau (letak) calon dari MIC, carikan orang lain. Kalau MIC letak Datuk G Palanivel, berat sedikit nak menang. Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya," kata seorang pemimpin Umno daripada DUN Batang Kali.

Naib Ketuanya juga, Adnan Buyong seolah-olah memperli slogan PM Najib. Beliau menyatakan beliau sendiri pun tidak begitu memahami konsep 1Malaysia yang diketengahkan bos besarnya sendiri. UMNO Hulu Selangor masih berharap Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan dengan serius tuntutan mereka - yang mahukan kerusi parlimen tersebut ditandingi Umno - supaya sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas..

“..Kita sudah buat semua perkara. Sekarang kita berdoa sahajalah. Tetapi kita tidak putus harap supaya permintaan kita diterima. “Apa boleh buat, yang buat keputusan bukan kita. Kalau saya yang buat keputusan, senang,” katanya sambil ketawa kecil.

Menurut Adnan lagi, walaupun keputusan berhubung calon yang dipilih masih belum diketahui, berdasarkan kenyataan Najib, kemungkinan besar MIC akan bertanding sekali lagi di kerusi parlimen tersebut.

Dengan nada perlahan dan kecewa, Adnan sempat berseloroh, tetapi sinis:

“..Saya pun tidak berapa faham dengan (konsep) 1Malaysia ini. Rakyat didahulukan, pencapaiannya (di Hulu Selangor) kita tengoklah nanti..”



p/s : Pilihlah calon-calon yang berwibawa..

Sunday, April 4, 2010

PRK P 94 : Kempen BN Serba Tak Kena

Salam, selamat bertemu kembali..

TAK KENA 1

3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneruskan tradisinya bermesra dengan rakyat hari ini dengan berjalan sekitar jalan-jalan di Kuala Kubu Baru. Beliau berhenti seketika di dua kedai kopi Cina - Yue Lai dan Xin Nan Chang - dan mengambil peluang bersalam dan bertanya khabar dengan pelanggan.


Menurut seorang penduduk di pekan lama ini yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Lim, 60, Najib tidak seharus hanya minum kopi di pekan itu tetapi perlu meninjau di sebuah kampung baru yang mempunyai 450 keluarga. Menurut pemilik kedai kopi berkenaan, bil di kedai kopinya dibayar oleh pegawai-pegawai MCA.

TAK KENA 2

2 April - Pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.

PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merujuk kepada kementerian bertanggungjawab. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama. Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

Menurut Idris, pendedahan itu amat memalukan kerana guru-guru berkenaan mengajar di kawasan parlimen BN, yang diwakili oleh Datuk Jacob Dungau Sagan (kiri) yang juga adalah timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

“..Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang..,” katanya.

TAK KENA 3

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.




Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.

Rakyat yang cerdik akan berfikir dengan matang apabila tindakan bersifat populis diambil kerajaan pusat menyalurkan projek dan peruntukan segera kepada parlimen Hulu Selangor. Jika projek dan peruntukan ini dipohon sewaktu arwah Dato' Dr.Zainal masih hidup, adakah kerajaan persekutuan akan menurutinya?? Pasti tidak..

..Jika begitu maksudnya, maka UMNO-BN seolah-olah menganggap rakyat Hulu Selangor sebelum ini bukan warganegara Malaysia yang berhak menikmati kekayaan negara bersama-sama..!! Bagi mereka, rakyat Malaysia hanyalah rakyat yang menyokong UMNO-BN, jika menyokong Pakatan Rakyat atau selain daripada mereka, maka pelbagai tohmahan dan gelaran buruk akan dilontarkan..


p/s : Tak hairanlah ramai 'katak-katak' yang menggelar pimpinan PR sebagai kominis, cauvinis, firaun kecil dan sebagainya..

Saturday, April 3, 2010

PRK P 94 : UMNO-BN Mula Me'rasuah' Rakyat Hulu Selangor

Salam, selamat bertemu kembali..


Dalam masa 2 hari ini, PM, DS Najib Tun Razak dan TPM, TS Muhyiddin Yassin termasuk pimpinan UMNO-BN yang lain telah mula menguliti rakyat Hulu Selangor dengan pelbagai 'gula-gula' projek sebagai 'rasuah' kepada mereka (pengundi) agar mereka memilih dan mengundi calon BN.

Sabtu, 3 April 2010

- PM, DS Mohd.Najib Razak melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu sebagai bukti Kerajaan Pusat tidak lupa menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk di Selangor khususnya masyarakat Felda dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan peruntukan.

- PM, DS Mohd.Najib Razak mengumumkan pelaksanaan Projek Perumahan Warga Felda di Gugusan Sg.Dusun

- PM, DS Mohd.Najib Razak menyempurnakan majlis pecah tanah perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto, berkeluasan 14 hektar, melibatkan pembinaan 250 unit rumah dan menelan belanja RM 32 juta.

Jumaat, 2 April 2010

- TPM, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan pembinaan sebuah sekolah menengah dan 3 buah sekolah rendah akan dibina dalam parlimen Hulu Selangor.

- TPM, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM 2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali.

- TPM, TS Muhyiddin Yassin meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk perempuan yang menelan belanja RM 100 000.

Ini semua tidak lebih dari satu jenis lagi, satu kaedah lagi bagaimana rasuah dilakukan terang-terang di hadapan mata rakyat, dengan kenyataan pemimpin UMNO-BN sendiri yang meminta rakyat Hulu Selangor memberi undi kepada mereka selepas mengumumkan projek-projek dan memberi peruntukan kepada rakyat.. Adakah SPRM akan bertindak??? Jauh panggang dari api..!!

Di sebalik semua itu juga, ketika PM berucap di satu majlis di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, beliau seolah-olah merayu kepada pengundi Hulu Selangor agar memberi mandat kepada BN dalam pilihanraya kecil kali ini. Kata beliau,

"..Untuk Felda macam-macam dah bagi, akan datang banyak lagi, tapi tolonglah sikit, 25 haribulan ini (hari pengundian) tolong, yayasan kita ada, kita bagi bantuan kalau bagi kepercayaan kepada BN kita semua akan menjurus kepada masa depan yang jauh lebih baik lagi..."

PM Najib jelas tidak ikhlas apabila mengeluarkan kenyataan, "..kita bagi bantuan kalau bagi kepercayaan kepada BN..". Sedangkan ahli dan penyokong PR juga rakyat Malaysia. Beliau sendiri mengingkari konsep yang dipelopori sendiri yang ingin mendahulukan rakyat..

Tapi ada baiknya juga, rakyat Hulu Selangor akan 'ditatang bagai minyak yang penuh' sepanjang bulan ini hinggalah pada 25 April nanti.. Inilah peluang untuk minta "bulan dan bintang" daripada kerajaan Pusat...



p/s : UMNO-BN akan semakin ditolak pada masa kini dan masa2 akan datang..

Friday, April 2, 2010

PRK P 94 : Syabas Untuk SPR, Tetapkan Ahad Sebagai Hari Mengundi

Salam, selamat bertemu kembali..


SPR dalam pengumumannya tengahari tadi menetapkan hari Sabtu, 17 April sebagai hari penamaan calon dan 25 April, Ahad sebagai hari pengundian untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Syabas SPR..!! Penulis percaya ramai di luar sana yang memuji dan tersenyum dengan keputusan SPR menetapkan dua tarikh berkenaan yang jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Masakan tidak, dua hari tersebut (penamaan calon dan pengundian) merupakan momen-momen yang paling menjadi tumpuan bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik besar tanahair malah menarik jutaan pemerhati daripada seluruh negara dan antarabangsa.

Lebih penting lagi, sejumlah 63 593 pengundi bakal membuat perhitungan sekali lagi bagi memilih wakil rakyat mereka. Dengan penetapan hari tidak bekerja sebagai hari mereka menunaikan tanggunjawab pada negara, diharapkan mereka akan lebih bersemangat mengunjungi pusat-pusat pengundian, malah pengundi luar yang berada di luar kawasan dapat pulang tanpa halangan.

Keputusan SPR kali ini jauh berbeza dengan apa yang terjadi dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang berlangsung pasca 8 Mac 2008, di mana SPR secara sedar dan tidak bertanggungjawab boleh menetapkan hari pengundian pada hari bekerja yang menyusahkan pengundi-pengundi untuk keluar mengundi.. Jadi diharapkan, peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pengundi-pengundi Hulu Selangor bagi memilih pemimpin mereka yang mampu bersuara di Parlimen dan membela hak-hak mereka..



p/s : Tunggu pengumuman calon je la skang ni..

Wednesday, March 31, 2010

PRK P 94 : Hantar Zaid Ibrahim Ke Parlimen

Salam, selamat bertemu kembali..


PRK Hulu Selangor yang bakal tiba akan menyaksikan perhitungan sebenar sejauhmana pengaruh DS Najib Razak selaku Perdana Menteri yang beberapa hari lagi genaplah setahun pemerintahannya. Perhitungan kali ini sedikit berbeza dengan 9 PRK sebelum ini yang menyaksikan perubahan @ transformasi yang dilakukan Najib belum meresap di hati rakyat jelata..

Bermula dengan konsep 1Malaysia, pendekatan turun padang dan mesra rakyat, program Permata Negara tajaan DS Rosmah, NKRA, dan terbaru pembentangan Model Ekonomi Baru dan beberapa agenda dan program lain, sepatutnya BN tiada masalah untuk memenangi kembali hati rakyat bawahan seperti di Hulu Selangor.

Uniknya di Hulu Selangor, walaupun ia kerusi parlimen PKR, ketiga-tiga DUN di dalam nya dikuasai oleh UMNO-BN, iaitu DUN Batang Kali (Mohd.Isa Abu Kasim-UMNO), DUN Hulu Bernam (Datuk Idris Abu Bakar-UMNO) dan DUN Kuala Kubu Baharu (Wong Mun Koon-MCA). Bermaksud ada sebilangan pengundi yang mengundi calon BN di kerusi DUN tetapi memangkah calon PKR di peringkat Parlimen.

Bercakap pula soal calon, sebab masing-masing PR dan BN belum lagi mengumumkan nama calon bertanding. Wujud desakan kuat dari akar umbi yang mahukan TS Muhammad Muhd.Taib diletak sebagai calon memandangkan beliau punya pengaruh besar di negeri Selangor sementelah pernah menjadi pemimpin tertinggi UMNO peringkat pusat dan juga pernah menjadi MB Selangor. Teori digunakan UMNO mudah, ambil iktibar PRK Bagan Pinang di mana yang diletak sebagai calon juga bekas Menteri Besar, TS Isa Samad, pernah memegang jawatan Naib Presiden UMNO, hierarki jawatan sama yang pernah dipegang TS Muhammad. Jadi peratusan BN untuk merampas Hulu Selangor adalah agak tinggi.

Seorang lagi bekas MB Selangor juga sepatutnya wajar dipertimbangkan iaitu Dr.Mohd.Khir Toyo. Walaupun sebelum ini beliau menyokong calon MIC diletak di situ, jika Najib mengumukan beliau yang menjadi calon, nescaya beliau akan menerimanya.. Lagi pulak, bukan sedikit wakil rakyat yang memegang dua jawatan serentak di dewan negeri dan parlimen. Sekadar menyebut nama, DS Ir.Mohammad Nizar (Bukit Gantang, Pasir Panjang), TS Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak, Ijok) dan Lim Guan Eng (Bagan, Air Puteh).

Bagi calon PKR pula, penulis sangat berharap PR akan meletakkan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di JPM, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, bekas Ahli MT UMNO, bekas Senator dan juga peguam berpengalaman. Dua tiga kali mendengar ceramah beliau di pentas Pas dan PKR, hati kecil penulis mengatakan alangkah bagusnya kalau tokoh serupa beliau dihantar mengemukakan hujah di Dewan Rakyat.

Beliau keluar dari UMNO bukan kerana tak dapat jawatan, bukan kerana tak dapat jadi pengarah syarikat dan bukan kerana sebab keuntungan untuk dirinya, tapi beliau keluar dari UMNO kerana prinsipnya yang menentang penggunaan ISA secara tidak terkawal dan kecewa melihat retorik UMNO yang tidak serius membanteras gejala tidak sihat dalam institusi kehakiman.

Dalam ceramah beliau sempena perasmian Orang Muda Geng Kita Peringkat Negeri Pahang di Taman Tas, Kuantan beberapa minggu lalu, beliau menghuraikan secara jelas mengapa beliau bertindak keluar dari UMNO serta kebusukan dan kebobrokan sistem di negara ini yang pincang yang kata beliau, hanya mampu diubah dengan satu cara sahaja iaitu, Tukar Kerajaan. Hal yang sama beliau ungkapkan ketika ceramah sempena Konvensyen Peneroka Felda Kebangsaan di Temin, Jerantut beberapa bulan lalu..

Satu pertembungan yang sangat menarik jika TS Muhammad Muhd.Taib bertanding menentang Datuk Zaid Ibrahim. Kedua-duanya bekas Menteri Kabinet. Muhammad ada kekuatan kerana satu ketika dulu pernah menerajui Selangor manakala Zaid juga tampak gagah kerana partinya, PKR merupakan teraju pemerintahan di Selangor pada masa kini.

Jika angan-angan ini direalisasikan, rakyat Malaysia bakal dipertontonkan dengan episod pilihanraya kecil paling hebat dalam sejarah bila 'buku bertemu dengan ruas'.. Pak Tam Jengka menyokong pencalonan TS Muhammad Muhd.Taib dari UMNO-BN dan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR-PR sebagai calon berentap dalam PRK Hulu Selangor.

Calon Bebas jangan menyempit ye..kalo ada jugak kita panggil 2 000 Orang Asal yang demo di Putrajaya tempoh hari supaya 'sumpit' calon-calon 'nyamuk' ni..


p/s : Mungkinkah terjadi??

PRK P 94 : Ditelan Mati UMNO, Diluah Mati MIC

Salam, selamat bertemu kembali..


Buat permulaan, Pak Tam Jengka mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato'Dr.Zainal Abidin Ahmad, MP Hulu Selangor yang telah meninggal dunia minggu lalu. Semoga roh allahyarham sentiasa tenang dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH..

Menyusuri rentetan peristiwa dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan semenjak berlakunya kekosongan kerusi parlimen Hulu Selangor, menyaksikan kedua-dua parti dominan sibuk memikirkan siapakah calon yang paling sesuai untuk diketengahkan bagi memenangi kerusi berkenaan.

Namun, berbanding PR yang sudah bersepakat meletakkan calon PKR di situ, sebagai pengekalan tiket PKR yang diwakili allahyarham, pihak BN menyaksikan UMNO masih lagi bertelagah dengan MIC dalam isu pemilihan calon. Presiden MIC, DS S.Samy Vellu terang-terang dalam sidang media menamakan timbalannya, G.Palanivel sebagai calon tepat untuk merampas kembali Hulu Selangor dari PKR. Alasannya, Palanivel pernah menang 2 kali di situ yakni PRU 1999 dan PRU 2004.

Hasrat MIC itu disokong pula oleh mantan MB Selangor, DS Mohd.Khir Toyo. Khir berhujah dalam blognya, Hulu Selangor merupakan kerusi tradisi MIC sejak beberapa penggal, jadi atas dasar persefahaman dan perkongsian kaum, UMNO tidak wajar meminta-minta kerusi tersebut, biarlah MIC yang bertanding. Beliau mengambil contoh PRK Ijok 2007 di mana calon MIC, Cikgu K.Parthiban berhasil mengalahkan tokoh terkenal, TS Khalid Ibrahim. Kemenangan MIC di Ijok kata Khir, membuktikan masyarakat Melayu juga boleh memberi sokongan kepada calon MIC.

Hehe, tapi DS Khir perlu sebut juga, pada PRU 2008, TS Khalid Ibrahim kembali merampas kerusi Ijok dengan majoriti besar, tambah mengejutkan, Cikgu Parthiban yang berjaya menundukkan calon 'heavyweight' seperti TS Khalid setahun sebelum itu, digugurkan di Ijok dan diletak bertanding di kerusi DUN lain.. Terkejut lagi, DS Khir hilang jawatan MB dan terpaksa berada di kerusi Ketua Pembangkang DUN Selangor.

UMNO Hulu Selangor pula bersepakat untuk meletakkan calon dari UMNO, bererti menolak permintaan Presiden MIC dan mengesampingkan saranan bekas MB Selangor. Alasan UMNO Hulu Selangor, nisbah pengundi jelas menunjukkan kawasan itu merupakan kawasan majoriti Melayu (53.9 peratus). Pengundi Cina mengambil posisi sebanyak (26.7 peratus) manakala pengundi India paling sedikit (19 peratus). Maka, wajar sekali calon Melayu diletakkan di situ. Penulis percaya PERKASA yang diketuai Datuk Ibrahim Ali pasti bersorak gembira jika calon Melayu yang diletak di situ..

Mungkin juga UMNO Hulu Selangor belajar dari pengalaman PKR. Allahyarham Dr.Zainal Abidin, walaupun menang dengan majoriti kecil, 193 undi namun berjaya menarik kembali undi yang diberi kepada MIC pada PRU 2004 kepadanya dalam PRU 2008 sebanyak 9 853 undi, manakala undi kepada G.Palanivel pada PRU 2004 merosot sebanyak 4 828 undi pada PRU 2008. Seperti sedia maklum, G.Palanivel menang dalam PRU 2004 dengan majoriti besar iaitu 14 483 undi yang membawa maksud separuh dari Melayu juga mengundi MIC, sebahagian besar Cina mengundi MIC dan sepastinya hampir seluruh undi MIC masuk ke kantung MIC..

MIC berkeras mahu calon berbangsa India manakala UMNO pula berkeras mahu calon berbangsa Melayu. Siapa yang akan mengalah?? DS S.Samy Vellu akan mengalah?? Beliau antara ahli politik yang paling lama ketika ini, mana mungkin pendirian beliau ditepis begitu saja oleh UMNO.. Presiden UMNO pula sudah tentu menimbang tara dengan sebaiknya kerana PKR sudah tentu meletakkan calon Melayu, dan mereka sebenarnya tidak ada masalah pun dengan soal calon..

Apapun, kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya kerana kata putus hanya ada pada DS Najib selaku Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Jika Najib memilih calon Melayu, Samy Vellu bolehlah menyorok di bawah 'tudung saji' atau di bawah mana-mana meja kerana hasrat beliau ditolak Najib. Kaum India sudah tentu akan 'protes' dengan mengundi PKR.

Jika Najib memilih calon India, yang bermaksud tunduk kepada hasrat MIC, nescaya pandangan umum orang ramai ialah Najib di'perkuda'kan MIC, sama seperti UMNO kata kononnya Anwar dan Hadi Awang di'perkuda'kan DAP..

Jika Najib pilih juga calon India sebagai calon, maka hilanglah api semangat keMelayuan beliau dan konsep 'Rakyat Didahulukan'.. Najib juga perlu berani menghadapi amukan ganas Ibrahim Ali menerusi PERKASA yang sudah tentu akan mempertahankan kuasa orang Melayu di Hulu Selangor..

Penyudahnya pilih sahajalah calon yang separuh Melayu, separuh India.. ambik Melayu berketurunan mamak.. Kan ada dalam Pemuda UMNO??


p/s : Tak pun ambik saja Ezam Mohamad Nor sebagai calon BN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...