Wednesday, March 31, 2010

PRK P 94 : Ditelan Mati UMNO, Diluah Mati MIC

Salam, selamat bertemu kembali..


Buat permulaan, Pak Tam Jengka mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato'Dr.Zainal Abidin Ahmad, MP Hulu Selangor yang telah meninggal dunia minggu lalu. Semoga roh allahyarham sentiasa tenang dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH..

Menyusuri rentetan peristiwa dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan semenjak berlakunya kekosongan kerusi parlimen Hulu Selangor, menyaksikan kedua-dua parti dominan sibuk memikirkan siapakah calon yang paling sesuai untuk diketengahkan bagi memenangi kerusi berkenaan.

Namun, berbanding PR yang sudah bersepakat meletakkan calon PKR di situ, sebagai pengekalan tiket PKR yang diwakili allahyarham, pihak BN menyaksikan UMNO masih lagi bertelagah dengan MIC dalam isu pemilihan calon. Presiden MIC, DS S.Samy Vellu terang-terang dalam sidang media menamakan timbalannya, G.Palanivel sebagai calon tepat untuk merampas kembali Hulu Selangor dari PKR. Alasannya, Palanivel pernah menang 2 kali di situ yakni PRU 1999 dan PRU 2004.

Hasrat MIC itu disokong pula oleh mantan MB Selangor, DS Mohd.Khir Toyo. Khir berhujah dalam blognya, Hulu Selangor merupakan kerusi tradisi MIC sejak beberapa penggal, jadi atas dasar persefahaman dan perkongsian kaum, UMNO tidak wajar meminta-minta kerusi tersebut, biarlah MIC yang bertanding. Beliau mengambil contoh PRK Ijok 2007 di mana calon MIC, Cikgu K.Parthiban berhasil mengalahkan tokoh terkenal, TS Khalid Ibrahim. Kemenangan MIC di Ijok kata Khir, membuktikan masyarakat Melayu juga boleh memberi sokongan kepada calon MIC.

Hehe, tapi DS Khir perlu sebut juga, pada PRU 2008, TS Khalid Ibrahim kembali merampas kerusi Ijok dengan majoriti besar, tambah mengejutkan, Cikgu Parthiban yang berjaya menundukkan calon 'heavyweight' seperti TS Khalid setahun sebelum itu, digugurkan di Ijok dan diletak bertanding di kerusi DUN lain.. Terkejut lagi, DS Khir hilang jawatan MB dan terpaksa berada di kerusi Ketua Pembangkang DUN Selangor.

UMNO Hulu Selangor pula bersepakat untuk meletakkan calon dari UMNO, bererti menolak permintaan Presiden MIC dan mengesampingkan saranan bekas MB Selangor. Alasan UMNO Hulu Selangor, nisbah pengundi jelas menunjukkan kawasan itu merupakan kawasan majoriti Melayu (53.9 peratus). Pengundi Cina mengambil posisi sebanyak (26.7 peratus) manakala pengundi India paling sedikit (19 peratus). Maka, wajar sekali calon Melayu diletakkan di situ. Penulis percaya PERKASA yang diketuai Datuk Ibrahim Ali pasti bersorak gembira jika calon Melayu yang diletak di situ..

Mungkin juga UMNO Hulu Selangor belajar dari pengalaman PKR. Allahyarham Dr.Zainal Abidin, walaupun menang dengan majoriti kecil, 193 undi namun berjaya menarik kembali undi yang diberi kepada MIC pada PRU 2004 kepadanya dalam PRU 2008 sebanyak 9 853 undi, manakala undi kepada G.Palanivel pada PRU 2004 merosot sebanyak 4 828 undi pada PRU 2008. Seperti sedia maklum, G.Palanivel menang dalam PRU 2004 dengan majoriti besar iaitu 14 483 undi yang membawa maksud separuh dari Melayu juga mengundi MIC, sebahagian besar Cina mengundi MIC dan sepastinya hampir seluruh undi MIC masuk ke kantung MIC..

MIC berkeras mahu calon berbangsa India manakala UMNO pula berkeras mahu calon berbangsa Melayu. Siapa yang akan mengalah?? DS S.Samy Vellu akan mengalah?? Beliau antara ahli politik yang paling lama ketika ini, mana mungkin pendirian beliau ditepis begitu saja oleh UMNO.. Presiden UMNO pula sudah tentu menimbang tara dengan sebaiknya kerana PKR sudah tentu meletakkan calon Melayu, dan mereka sebenarnya tidak ada masalah pun dengan soal calon..

Apapun, kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya kerana kata putus hanya ada pada DS Najib selaku Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Jika Najib memilih calon Melayu, Samy Vellu bolehlah menyorok di bawah 'tudung saji' atau di bawah mana-mana meja kerana hasrat beliau ditolak Najib. Kaum India sudah tentu akan 'protes' dengan mengundi PKR.

Jika Najib memilih calon India, yang bermaksud tunduk kepada hasrat MIC, nescaya pandangan umum orang ramai ialah Najib di'perkuda'kan MIC, sama seperti UMNO kata kononnya Anwar dan Hadi Awang di'perkuda'kan DAP..

Jika Najib pilih juga calon India sebagai calon, maka hilanglah api semangat keMelayuan beliau dan konsep 'Rakyat Didahulukan'.. Najib juga perlu berani menghadapi amukan ganas Ibrahim Ali menerusi PERKASA yang sudah tentu akan mempertahankan kuasa orang Melayu di Hulu Selangor..

Penyudahnya pilih sahajalah calon yang separuh Melayu, separuh India.. ambik Melayu berketurunan mamak.. Kan ada dalam Pemuda UMNO??


p/s : Tak pun ambik saja Ezam Mohamad Nor sebagai calon BN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...