Sejak dua tiga minggu lalu, penulis mengikuti dokumentari yang memaparkan mengenai kewujudan aktiviti seismik yang semakin aktif di bawah Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat. Video dokumentari itu jelas menggusarkan hati penulis tatkala mengetahui bahawa kawahnya sahaja mempunyai kelebaran 45 kilometer x 72 kilometer. Hampir menyamai keluasan negeri Los Angeles..!!
Gunung berapi terbesar di dunia ini difahamkan hanya menunggu masa sahaja untuk meletus. Letupannya yang terakhir ialah sekitar 640,000 tahun dahulu. Manakala para saintis menganggarkan Yellowstone akan meletus sekali dalam masa 600 000 tahun. Ini bermaksud Allah SWT telah pun mengurniakan kepada kita 'extra' 40,000 tahun untuk menghadapi detik mencemaskan ini.
Antara letupan terbesar yang pernah disaksikan dunia moden ini ialah letupan Gunung Krakatoa di Jawa pada tahun 1883, letupan Gunung St.Helen pada tahun 1980 dan letupan Gunung Pinatubo pada tahun 1991. Apa yang menggerunkan ialah, para saintis meramalkan jika Yellowstone meletup, ia akan sekurang-kurangnya mengatasi sebanyak 6 000 kali ganda letupan ketiga-tiga gunung berkenaaan.
Tonton Video Yellowstone di
History Channel Mega Disasters - Yellowstone Eruption Part 1
History Channel Mega Disasters - Yellowstone Eruption Part 2
History Channel Mega Disasters - Yellowstone Eruption Part 3
History Channel Mega Disasters - Yellowstone Eruption Part 4
History Channel Mega Disasters - Yellowstone Eruption Part 5
Hal ini kerana Yellowstone merupakan jenis gunung berapi super (Supervalcano), sama seperti Gunung Berapi Toba yang kawahnya membentuk Danau Toba seperti yang terlihat pada hari ini. Bezanya Danau Toba sudah tidak aktif, berlainan dengan Yellowstone yang sejak 2 tahun lalu, beberapa kawasan hutan itu sudah ditutup kepada kunjungan orang ramai kerana banyak lubang wap panas tiba-tiba muncul dari lantai hutan.
Sehingga ke hari ini, aktiviti seismik semakin bertambah di Yellowstone. Digambarkan jika letusan berlaku, ia akan menjana kekuatan 3 kali ganda letupan sebelumnya, menyamai berjuta-juta kali ganda kekuatan bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Saintis juga meramalkan pancutan lava dari Yellowstone boleh mencecah jarak 1 000 kilometer ke udara..!!
BACA LAGI di laman web Earth Mountain View di SINI
p/s : Ya Allah, Selamatkanlah umat Islam

No comments:
Post a Comment