Thursday, March 18, 2010

222, Dewan Yang Mulia dan Zahrain Hashim


Salam, selamat bertemu kembali..

Posting kali ini merupakan posting ke-222 dalam blog ini sejak ia dimulakan pada Ogos 2008. Sengaja memilih tajuk "222, Dewan Yang Mulia dan Zahrain Hashim" supaya ada perkaitan antara ketiga-tiganya.

222 merupakan jumlah bilangan wakil rakyat yang ada di Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihanraya di 222 kawasan parlimen seluruh negara. Semalam, berlangsung perbahasan titah ucapan YDP Agong yang mana menarik perhatian seluruh masyarakat dan media kerana terdapat seramai 7 orang wakil Bebas terdiri dari 5 orang keluar parti (YB Chua Soon Bui, YB Eric Majimbun, YB Zahrain, YB Tan Tee Beng, YB Mohsin), 1 orang dipecat dari parti (YB Zul) dan seorang lagi yang berpangkat 'emas' dalam isu lompat melompat, YB Datuk Ibrahim Ali..

Dewan Rakyat merupakan antara institusi terpenting dalam proses penggubalan dasar dan undang-undang serta aspek-aspek pemerintahan sesebuah negara. Dalam bahasa wakil-wakil rakyat dan juga termaktub dalam undang-undang, Dewan Rakyat diberi 'kata ganti nama' sebagai Dewan Yang Mulia.. Dalam titah ucapan perasmian Sidang Parlimen oleh YDP Agong, kelmarin baginda bertitah kepada semua YB agar sentiasa menjaga perilaku dan menjaga kemuliaan Dewan Rakyat..

Sehari kemudian, titah Ketua Negara Malaysia itu seperti dilupakan. Apakah agaknya perasaan Baginda Tuanku jika menonton siaran Buletin Utama malam tadi apabila beberapa wakil rakyat dari BN dan PR merogol semahu-mahunya kemulian Dewan Yang Mulia itu. Antara muka-muka yang sempat ditatap oleh penulis dalam siaran TV3 SUKU malam tadi ialah MP Tangga Batu, Dato'Ir.Haji Idris Haron, MP Kuala Krau (kawasan penulis sendiri, huhu) Dato' Haji Ismail Mohamed Said, MP Padang Serai (N.Gobalakrishan).

Semua berpunca daripada ucapan memalukan daripada MP 'tak kenang budi' dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd.Hashim yang tanpa rasa segan, menghamburkan sindiran, kutukan, dan segala-galanya kepada bekas bosnya, Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim.. Ia berkisar tentang isu rancangan 16 September. Anwar yang beberapa kali meminta diberi peluang bercakap tidak dilayan oleh Zahrain.. Menyedari 'orang bodoh' tak perlu dilayan, DS Anwar angkat kaki lalu di'booooooo' oleh MP-MP dari UMNO-BN..

Nampaknya Zahrain berani benar berkokok dalam Dewan Yang Mulia. Ramai juga MP BN yang 'release tension' mungkin kerana puas bergelak ketawa melihat Pakatan Rakyat dimalukan oleh Zahrain, bekas orang PKR sendiri.. Apalah perasaan Anwar..beliau lah yang menjadi inspirasi kepada jutaan rakyat Malaysia memangkah Pas, PKR dan DAP pada 8 Mac 2008.. Begitu juga di Bayan Baru, Bagan Serai, Kulim-Bandar Baharu, Pasir Mas dan Nibong Tebal. Nampaknya Anwar salah percaturan meletak orang yang tidak setia pada perjuangan..

Orang yang cerdik tidak akan dipatuk ular dua kali di lubang yang sama.. Percayalah, kepada semua YB 'katak' ini termasuk yang berstatus 'katak emas', kamu tidak akan menang sekali lagi jika kamu bertanding lagi.. Rakyat akan perambat kamu dengan penyapu..!!!


p/s : Cuba gadai 'katak emas' kat Kedai Pajak Tai Thong Temerloh, dpat berapa sen??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...