Wednesday, March 10, 2010

Zulkifli Nordin : Pejuang Islam Sebenar..???

Salam, selamat bertemu kembali...

Penulis baru lepas membaca entri di blog YB Haji Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang penulis rasakan sesetengah gaya bahasa yang digunakan agak keterlaluan.. Pasti gerombolan UMNO-BN sedang ketawa terbahak-bahak..

Berikut tulisan beliau :


Salam 2 all.

Teman agak gelihati dan pelik bin hairan nengok beberapa badut-badut ingusan dok terkinja-kinja melenting tak tentu pase konon membantah teman masuk PAS, sedang teman mohon masuk pun tak!

Yang kelakaunya, satu badut ingusan tu siap mengaku lebih baik dia masuk muka depan akhbar "Roket" kepunyaan DAP daripada masuk suratkhabar Melayu. Begitulah parahnya badut-badut ingusan ini menari-nari tarian orang lain. Kesian ke dema yop..

Entah bile teman mohon masuk PAS pun tak tahu. Teman sekadar menghormati kenyataan Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Kanan PAs yang juga seorang ulama' yang sangat teman hormati yang mempelawa teman menyertai PAS. Itu sahaja. Seorang pimpinan kanan PAS dan juga seorang ulama' mempelawa teman, takkan teman nak buat dono jer yop!

Jadi sebagai seorang yang di ajar menghormati ulama', teman menjawab yang teman akan kaji pelawaan beliau dengan serius. Itu aje. Malahan sebenarnya ada beberapa orang lagi ulama' dan pimpinan kanan PAS serta ulama' dan pimpinan NGO-NGO Islam yang menghubungi teman apabila mendapat berita teman dipecat daripada PKR, meminta teman supaya bersabar dan yakin bahawa ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk teman, ada yang siap mendoakan teman lagi

Yang parahnya ada antara badut-badut ingusan ni bab kutip derma jihad cukup hebat, tapi kalu tengok cara dema memaki hamun dan mencaci mencacai, iblis pun menangis. Tapi teman maafkan badut-badut ingusan ni yop, sebab dema ni golongan jahlun.sebenarnya!

Cuma teman rase elok badut-badut ingusan ni ambil pengajaran daripada Al Fadhil Ustadz Nasharuddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS. Kenyataan beliau mencerminkan kematangan dan kewibawaan yang jelas. Beliau sekadar menyatakan sesiapa pun berhak memohon untuk menjadi ahli PAS dan hak PAS untuk menimbang untuk terima atau tidak. Setakat beliau tahu, teman belum pun memohon, jadi tiada sebab beliau nak komen. Kan cantik kenyataan macam tu, walaupun orang muda dan dilabel sebagai ekstremis dan fundamentalis oleh sesetengah orang, tetapi Ustadz Nasha berjaya menunjukkan kewibawaan yang hebat. Teman doakan beliau kebaikan dan diberi keberkatan oleh ALLAH.

Begitu juga kenyataan Cikgu Pa, Dr. Hatta dan lain-lain ulama' dan pimpinan PAS, teman hormati pandangan bernas mereka yang tidak menyetujui teman menyertai PAS kerana mereka lebih mengutamakan hubungan dengan PKR dan DAP. Walaupun teman rase tak perlu mereka nak buat komen-komen tersebut kerana teman tak memohon pun nak join mana-mana parti, tetapi itu hak mereka untuk menyatakan pandangan tersebut. Tetapi mereka juga mengakui teman belum buat apa-apa permohonan pun.

Apa-apa hal pun, teman baru je menduda yop. Eddah pun tak habis lagi. Kang buatnya ada orang gila talaq amacam? Lagipun bagi lah chance teman relax. Lega jugak bila dah bebas ni. Teman nak enjoy dulu waktu eddah ni. Teman dengor ada artis cun nak menjande tak lame lagi..hehehe.. :))

Kepada badut-badut ingusan lain, kalau hangpa nak tidoq celah kangkang Guan Eng hangpa pi lah. Teman sikit pun tak buloq dengan mat chauvinis dan rasis tu. Lagipun hangpa dok syok dengan gendang dia nak jadi kalipah tu..teman ucap selamat lah kat hangpa dengan kalipah baru tu.

Kepada sahabat dan rakan, para ulama dan tuan guru, para da'ii dan pendakwah, ustadz-ustadzah dan aktivis Islam yang mendoakan teman, janganlah khuatir. Teman rase selesa dengan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Bebas ni, dan teman akan kekal begitu insyallah. Takat ni teman tak terpikio pun nak join mana-mana parti politik. Tetapi teman tetap bersama perjuangan Islam, dan teman akan sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan, bimbingan dan cadangan yang boleh membantu memartabat dan menobatkan Islam insyallah.
Adios amigos..grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

23 Rabi'ul Awal 1431

09 Mac 2010

Tulisan asal beliau di SINI


p/s : Mungkin YB Zul lebih berilmu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...