Wednesday, December 31, 2008

BATALKAN SAMBUTAN TAHUN BARU : KONGSI KESEDIHAN PALESTIN

Assalamualaikum w.b.t..


Esok akan bermulalah 1 Januari 2009. Seperti biasa yang menjadi "kelaziman" di negara Islam Hadhari seperti Malaysia, ketibaan tahun baru disambut dengan begitu meriah, acara hiburan di sana sini.. Dan penulis menjangkakan bahawa malam ini situasi yang sama akan tetap berlaku.. Hiburan dan nyanyian di mana-mana..

Namun keadaan sangat2 berbeza di wilayah Palestin, di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam iaitu Masjidil Aqsa yang sehingga kini masih ditakluki Zionis Laknatullah.. Bandar Gaza yang ditadbir oleh HAMAS telah diserang sejak lima hari lalu oleh angkatan tentera udara Israel, menyebabkan angka korban di kalangan penduduk awam Palestin meningkat menghampiri 400 orang, angka tertinggi sejak 6 dekad lalu..



Pagi tadi, terdengar di corong radio Klasik.fm, PM Israel Ehud Olmert Laknatullah telah bersetuju untuk mengerahkan lagi 2,500 tentera simpanannya, menambahkan kebimbangan rakyat Palestin mengenai serangan darat yang mungkin dilancarkan oleh tentera Israel.. Jika ini terjadi, akan menambahkan lagi ketakutan di kalangan penduduk awam Palestin..

Bantahan disuarakan di seluruh dunia, masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin melangkau perbezaan warna kulit, agama dan bangsa.. Dilaporkan seramai 7,000 rakyat Perancis berarak di jalan-jalan utama di Paris, bantahan serupa turut dilaporkan di Sofia, Bulgaria, Panama City, Panama, Tokyo, bahkan di Hawaii, dan turut tidak ketinggalan di Kuala Lumpur..

Di Dubai, pemerintahnya, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Makhtoum agar semua sambutan tahun baru di negara itu DIBATALKAN sebagai menghormati nasib rakyat Palestin yang berada dalam keadaan sedih dan huru-hara.. Jadi, kita menuntut pendirian yang serupa daripada Malaysia, sebuah negara Islam contoh yang pernah menjadi Pengerusi OIC (atau Ohh..I see..).

Kita menuntut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar semua acara sambutan tahun baru di negara ini DIBATALKAN sebagai tanda berkongsi kedukaan dengan nasib saudara seagama kita di Palestin yang dibunuh kejam tentera Israel Laknatullah.. Perdana Menteri juga perlu mengeluarkan kenyatan yang lebih KERAS mengutuk kekejaman Israel di Genting Gaza.. Beri tekanan pada Amerika Syarikat dan sekutunya.

PBB menerusi Setiausaha Agungnya, Ban Ki-Moon mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa tidak berdosa, malah bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter pernah berkata, hanya ada satu cara untuk menghentikan sengketa di Tebing Barat, iaitu Israel harus berundur dari wilayah Palestin.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhuyono, (SBY) juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel itu malah kerajaan Indonesia berjanji untuk menghantar bantuan kewangan berjumlah beberapa juta dolar untuk membantu Palestin apabila tentera udara Israel bertindak mengebom makmal simpanan ubat-ubatan, univrsiti, sekolah dan pejabat awam di Gaza. Lebih daripada itu, sebuah kumpulan militan Indonesia juga menghantar 1,000 ahli yang sanggup syahid ke Palestin bagi membantu saudara seagama mereka.
Terbaru, agensi berita AP melaporkan, sekumpulan pelajar di Iran memohon kerajaan Mahmoud Ahmadinejad membenarkan mereka ke Palestin untuk membantu saudara mereka menentang pengganas Israel. Kumpulan pelajar terbabit bersama puak konservatif Iran bersetuju untuk ke Palestin selepas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa Ahad lalu iaitu sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan umat Islam Palestin adalah syahid. Klik liputan berita oleh AP di SINI

Kita selaku rakyat beragama Islam WAJIB mendoakan saudara kita di Palestin dan melakukan sekadar yang termampu, jika perlu turun demo ayuh lakukan... jika tidak dermakan wang, edarkan risalah, forum, ceramah dan apa-apa sahaja bagi mencetuskan kesedaran dan mengambil berat nasib rakyat Islam di Palestin.. Jangan hanya buat TAK TAHU, lakukan sesuatu demi saudara kita di Palestin yang ditindas sekejam-kejamnya oleh Israel Laknatullah..

Jangan sampai kita tiada jawapan di hadapan Allah di Yaumul Mahsyar kelak apabila ditanya apa yang kita lakukan bagi membantu saudara seIslam yang dianiaya oleh musuh-musuh Allah..



p/s : Jumaat ini jam 3.00 petang, mari beramai-ramai tunjukkan sokongan dalam Demonstrasi Menentang Kekejaman Israel di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur..

Tuesday, December 30, 2008

KORBAN KEKEJAMAN ZIONIS MENINGKAT KEPADA 375 ORANG

Assalamualaikum w.b.t..

Jahanam Israel, Jahanam Amerika...

Hidup Islam, Hidup Palestin...


Sekitar jam 11.30 pagi tadi, penulis berada di hadapan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak. Dengan kehadiran ramai pimpinan antaranya Haji Salahuddin Ayub, Dr.Syed Azman, Ust.Kamaruzzaman, Ust.Nor Azli Musa dan lain-lain pimpinan, kira-kira 2 000 umat Islam berarak ke hadapan Kedutaan Amerika sambil melaung slogan Anti-Israel dan sokongan kepada Hamas dan rakyat Palestin. Turut bersama "menemani" ialah abang-abang dari PDRM dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang "setia" menghalang para demonstran menghampiri bangunan kedutaan negara polis dunia itu..


Ketika saya menulis posting ini, agensi berita CNN melaporkan korban kekejaman tentera Zionis telah meningkat kepada 375 orang, hasil serangan tentera udaranya awal pagi ini.. Sementara itu, Presiden AS, Barack Hussien Obama pula mengambil pendirian dan sikap yang hampir sama dengan pentadbiran Bush pada tahun 2006 ketika tercetusnya perang antara tentera Israel dengan pejuang Hezbollah..

Mengikut laporan BBC News pula, Obama telah berkata seperti berikut,
"...Jika seseorang melancarkan roket ke rumah saya ketika dua orang anak saya sedang nyenyak tidur di waktu malam, saya akan melakukan sedaya upaya saya dengan apa jua cara untuk menghentikannya...dan saya menjangkakan Israel akan melakukan perkara yang serupa..."
Ternyata Barack Obama tidaklah seperti yang ramai jangkakan, slogan kempennya ketika pemilihan Presiden AS beberapa bulan dahulu menarik perhatian seluruh dunia.."...CHANGE WE NEED.."


Huh, CHANGE ape kebendanya, kamu meneruskan polisi Bush dalam isu Palestin ini, malah lebih teruk lagi.. Angka kematian yang begitu ramai dalam siri serangan kali yang bertali arus sejak 4 hari lalu itu adalah antara yang paling tinggi sejak Intifadah pertama pada tahun 1987.. Serangan terbaru yang dilakukan awal pagi tadi telah mengakibatkan angka korban meningkat kepada 375 orang..


Sementara itu, seorang pekerja NGO di bandar Gaza, Mohamed Al-Sharif berkata kepada agensi berita BBC,
"...Ini ialah situasi perang, keadaan perang..kami diserang 3 hari berturut-turut..memang sangat tidak selamat di sini..kami mendengar letupan di mana sahaja kami bersembunyi...saya boleh menceritakan kepada kamu bahawa malam tadi (semalam) sangat menakutkan, kepada saya..isteri saya..dan anak yang saya yang masih bayi...tiada makanan...tiada ubat-ubatan..tiada elektrik..tiada gas..apa lagi..???kami melalui saat yang sangat getir di sini....


Lihat gambar di SINI

Monday, December 29, 2008

INTIFADHAH DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA ESOK : BANTAHAN TERHADAP ISRAEL

PERHATIAN :

Kepada seluruh umat Islam Malaysia, tentera Israel telah melancarkan serangan besar-besaran di Gaza semalam yang mengakibatkan hampir 300 umat Islam Palestin terkorban dan beratus-ratus yang lain cedera..

Sebagai tanda keprihatinan dan menunjukkan solidariti kita bersama umat Islam Palestin, marilah kita bersama-sama menyertai:

Intifadhah Menentang Kezaliman Israel Ke Atas Palestin
30 Disember 2008 (ESOK)
Jam 11.00 pagi

Hadapan Kedutaan Amerika, Jalan Ampang.

(turun di Stesen Ampang Park)

Inilah kata-kata seorang Pegawai Pertahanan Awam Israel yang bernama Ofer Shmerling :

"...Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel.."

Celakalah engkau wahai Ofer..


JAHANAM ISRAEL

JAHANAM AMERIKA








Sunday, December 28, 2008

282 ORANG TERKORBAN DI PALESTIN : ANGKARA ISRAEL LAKNATULLAH

Assalamualaikum w.b.t..

Pada jam 9.52 malam tadi, penulis menerima satu SMS dari seorang sahabat, iaitu "..Sama-sama kita berdoa untuk palestin 230 orang sdh syahid mlm tadi.." Celakalah Yahudi Laknatullah..


Liputan berita tragedi berdarah ini boleh dibaca di blog Suara Anak Muda di SINI

MENCARI CINTA HAKIKI

Cinta Hakiki

Telah lama cinta terbiar

Dari cinta yang suci

Telah lama cinta tersasar

Dari cinta hakiki


Kerna sekian lamanya

Manusia dibuai cinta nafsu

Kita sering menyangka

Cinta manusia itu yang sejati


Telah lama cinta terbiar

Dari cinta yang suci

Telah lama cinta tersasar

Dari cinta hakiki


Namun lupakah kita

Cinta nafsu selalu mengecewakan

Sering berubah tidak menentu

Seperti pantai dipukul ombak


Telah lama cinta terbiar

Dari cinta yang suci

Telah lama cinta tersasar

Dari cinta hakiki


Cinta kan Allah cinta sebenarnya

Itulah cinta yang sejati

Kasihlah sesama manusia

Kerna cinta yang hakiki

Hanya untuk Tuhan yang Esa


Telah lama cinta terbiar

Dari cinta yang suci

Telah lama cinta tersasar

Dari cinta hakiki


CHIKUNGUNYA “BERTANDANG” KE RUMAHKU

Assalamualaikum w.b.t..


Penulis baru sahaja kembali ke ibu kota Kuala Lumpur malam semalam. Tempoh 2 minggu di kampong halaman di Jengka mencatatkan satu lagi pengalaman berharga dalam hidup penulis. Umum mengetahui bahawa penyakit Chikungunya sedang heboh diperkatakan. Wabak penyakit ini melanda hampir di semua negeri di semenanjung sehingga menyebabkan kematian. Di kampong halaman penulis juga, Chikungunya mula di”takuti” masyarakat setempat.


Antara yang menjadi mangsanya ialah keluarga penulis sendiri. Bermula dari anak saudara penulis, Amir yang mendapat demam ini di Kedah ketika kami sekeluarga balik beraya Aidiladha lepas. Chikungunya ini kemudiannya mula “menunjukkan belangnya” apabila seorang lagi anak saudara penulis, Faiz Aiman mula mendapat demam ini. Penangannya memang ‘kaw’ sehingga muka Faiz Aiman mula menjadi merah, ruam-ruam mula timbul dan tubuh badannya panas. Demam ini menyerang sendi-sendi di tubuh badan, sehingga penulis terpaksa memapah anak buah penulis yang berusia 7 tahun ini ke bilik air kerana lututnya sakit…


Setelah Faiz Aiman beransur sihat, demam ini “hinggap” pula pada ibu penulis yang sudah berusia 58 tahun. Ibu penulis memang tidak berdaya melakukan kerja rumah seperti memasak dan sebagainya kerana demam ini menyebabkan lutut, sendi tangan dan tapak kakinya berasa sakit. Seperti Faiz Aiman, penulis terpaksa memapah ibu ke bilik air, tandas dan sebagainya.. Mujur adik penulis yang belajar di Politeknik Kuantan juga pulang bercuti, jadi buat sementara hal rumah tangga seperti memasak, basuh baju, dan sebagainya dilakukan kami berdua.


Lebih kurang 4 hari juga ibu tidak dapat melakukan tugas rumahtangga seperti biasa, dan dalam jangkamasa itu juga, dua kali kami ke Poliklinik Kesihatan Jengka mendapatkan rawatan, ibu turut menjalani pemeriksaan darah dan mendapatkan ubat. Kami sekeluarga risau juga kerana ibu turut mengalami tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Namun, alhamdulillah keadaan ibu beransur baik.


Chikungunya selepas itu, berjangkit pula pada adik penulis, Ahmad Shukri (kami panggil Pak Su je kat umah). Keadaan yang berlaku pada ibu juga berlaku pada Pak Su.. Suhu badan panas, mata merah, sakit sendi, kerap buang air kecil, lenguh sendi… Satu hari, dalam waktu hampir Maghrib penulis terpaksa membawa Pak Su ke Unit Kecemasan Hospital Jengka lantaran suhu badannya yang terlalu panas (40.3 Darjah Celcius). Ketika penulis pulang ke KL semalam, keadaannya sudah beransur pulih walaupun masih ada ruam-ruam merah di badannya. Alhamdulillah..


Dalam masa yang sama, abang penulis, Zaini (bapa Faiz Aiman) juga terkena demam ini rupanya. Satu pagi, isterinya Kak Na menelefon bapa penulis. “Ayah,Zaini demam teruk, malam tadi dia menggigil ” ujaran kakak ipar penulis itu mula merisaukan kami semua. Namun setelah mendapat rawatan di poliklinik, alhamdulillah, abang penulis itu juga beransur sihat..


Sedikit berita yang tak sedap didengar juga, ada yang menjadi korban disebabkan demam ini. Seorang kenalan di Felda Ulu Jempol, Maran memberitahu jirannya meninggal dunia akibat Chikungunya. Penulis pada mulanya agak terkejut tetapi setelah bersembang lebih lanjut, rupa-rupanya arwah turut menghidapi Penyakit Tiga Serangkai (sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi).. Mungkin kombinasi Chikungunya dengan Tiga Serangkai tu sebabkan daya tahan badan menjadi lemah…Al-Fatihah..


Dalam pada itu, ramai juga jiran-jiran penulis yang terkena demam ni, antaranya Hj.Haron (imam Surau An Nur) dan Mak Cik Sarah (depan rumah)..namun kedua-duanya juga sudah sihat seperti sediakala, alhamdulillah.. Agak kesal, penulis tak sempat menziarahi Hj.Haron (Pak Ngah) ketika demamnya kerana penulis juga perlu ganti tugas ibu di rumah..Sory ye Pak Ngah…hehe..


Dalam 2 minggu penulis di Jengka, tidak kurang 8 kali kami berulang alik ke pusat kesihatan mendapatkan rawatan. Dan hampir semua yang ingin mendapatkan rawatan di jabatan pesakit luar Poliklinik Jengka menghidapi demam Chikungunya. Dalam masa menunggu, dapatlah penulis jumpa rakan taulan dan kenalan dari kampong sebelah, kawan-kawan lama, cikgu-cikgu, kakitangan sekolah dulu dan ramai lagi.. hehe..,semuanya ada persamaan, iaitu penghidap demam CHIKUNGUNYA..



p/s :
Syukur kepada Allah, bapa penulis dan penulis tidak terkena demam ni.. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang berterusan kepada kita semua, InsyaALLAH..

TAHUN BARU : DAMBA AMPUN DAN REDHA ALLAH S.W.T


Doa Akhir Tahun

"..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda dan sekalian sahabatnya..

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau sudah ditetapkan kepadaku, Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon ampun daripada Engkau Ya Allah, Ampunilah aku hambaMu ini... Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau.. Terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Mulia..

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah yang mentadbir dan memelihara alam..


Doa Awal Tahun

"..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda dan sekalian sahabatnya..

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, bala tenteranya dan penolongnya.. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuahan yang mempunyai kebesaran dan dan kemuliaan, Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah yang mentadbir dan memelihara alam..

TAHUN BARU : ANTARA 1430 H DENGAN 2009 M

Assalamualaikum w.b.t..

Maghrib ini seluruh umat Islam akan melangkah ke tahun baru Hijrah dalam kalender Islam iaitu 1 Muharam 1430H..manakala 3 hari kemudian menjengah pula ke tahun baru 2009.

Sambutan Tahun Baru Hijrah ini seolah disambut lesu oleh masyarakat Islam di negara ini.. Tiada acara sambutan besar-besaran seperti sambutan tahun baru masihi.. Lebih kurang 72 jam lagi, tahun 2009 menjelang tiba. Di Kuala Lumpur sahaja, tidak kurang 3 tempat akan mengadakan konsert besar-besaran ambang tahun baru iaitu di Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang. Ini tidak termasuk di Bangsar, Ampang dan lain-lain tempat tumpuan awam di Kuala Lumpur..


Itu baru di Kuala Lumpur, situasi yang sama sudah tentu berlaku di Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuching dan lain-lain bandar besar. Ini pun tidak termasuk entah berapa ratus lagi acara menyambut tahun baru diadakan.. Muda-mudi juga punya 'acara' mereka yang tersendiri bagi menyambut tahun baru, ini realiti yang berlaku di negara yang kononnya negara Islam..


Semua acara sambutan tahun baru ini diadakan di kawasan terbuka, diserikan dengan acara nyanyian dan konsert yang biasanya bermula sejak jam 6 petang, ditaja dan dianjurkan oleh syarikat2 besar seperti Hotlink dan Media Prima umpamanya. Konsert di Dataran Merdeka nanti ditaja oleh AmBank.. Acara ini juga biasanya akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi negara seperti PM, TPM dan Menteri2 Kabinet.. Kalo tak caye, tunggu 1hb Jan 09 nanti..

Di satu sisi yang lain pula, sambutan tahun batu Hijrah diadakan di tempat tertutup, acara yang diatur ialah nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid tempatan, tiada syarikat besar yang memberi tajaan, biasanya dianjurkan oleh JAKIM dan kementerian terlibat, dan yang paling ketara ialah sambutannya sederhana sahaja, samada dari sudut majlis dan sokongan orang ramai... Yang ada pun, perarakan Maal Hijrah.

Alangkah baiknya jika kedua-dua sambutan tahun baru ini diraikan seperti program yang lebih baik : SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU PERINGKAT KEBANGSAAN. Adakan di Masjid Negara atau Masjid Putrajaya.. Anjurkan karnival keluarga bermula dari paginya, ada jualan dan pameran, persembahan kebudayaan sebelah petangnya, seperti dikir barat, nasyid, puisi dan sebagainya. Kemudian rakyat diajak menadah tangan untuk doa akhir tahun, tiba Maghrib, bacaan doa awal tahun dan solatnya diimamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kemudian solat hajat, solat Isyak.

Teruskan pula dengan ucapan tahun baru Perdana Menteri yang dipancarkan secara langsung di RTM 1 dan TV 3, terus menerus dari Masjid Negara.. Acara hiburan dihadkan dan diadakan dalam keadaan terkawal.. Hehe, mampukah khyalanku ini menjadi kenyataan???

Satu jurang yang cukup besar antara sambutan tahun baru hijrah dengan tahun baru masihi, hakikatnya di negara yang dicanangkan NEGARA ISLAM MALAYSIA.. (Islam Hadhari kot??)

SEMBAH TAKZIAH

Assalamualaikum w.b.t..
(19 July 1922 – 27 December 2008)
Setelah sekian lama tidak ber'siaran', kini kita bersua lagi..
Penulis menyampaikan sembah takziah kepada seluruh kaum kerabat dan keluarga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman atas kemangkatannya pada hari semalam. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..InsyaALLAH..
AL-FAATIHAH..
Profil Almarhum Tuanku Jaafar di SINI

Monday, December 22, 2008

PRK KUALA TERENGGANU : SIAPA PILIHAN PAS???

Assalamualaikum w.b.t...

Rasanya sudah terlalu lama penulis tidak update blog nih.. walau belumpun sampai 2 minggu, hehe.. Dan dalam jangkamasa 2 minggu itu juga banyak sekali peristiwa berlaku di sekeliling kita yang tak sempat penulis coretkan di sini.. Cuma sejak semalam, penulis tertunggu-tunggu siapakah yang akan menjadi calon PAS dalam PRK KT nanti.. Siapakah lawan kepada calon BN, Senator Datuk Wan Ahmad Farid..

Difahamkan, nama calon tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya malam tadi, sebaik selesai mesyuarat pimpinan tertinggi di Kuala Ibai..namun mengikut laporan Malaysiakini hari ini, calon PAS hanya akan diumumkan pada 1 Januari nanti.. Hm.. Antara calon yang disebut-sebut ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ADUN Batu Burok, Dr.Syed Azman yang juga bekas MP Kuala Terengganu 1999-2004 dan beberapa nama lagi...


2 hari lepas (20hb Dis), penulis bersama Pak Njang Mat Ti, Rozi Deris, Apih Patah dan Ikram pergi ke Karnival Pas Maran di Chenor mendengar ceramah Naib Presiden PAS, Hj.Mohamad Sabu (Abg Mat), ingatkan ada pengumuman penting atau berita terbaru tetapi isi ceramahnya hanya 'yang biasa-biasa saja'. Tetapi satu perkara yang tidak dapat dinafikan, ceramah Abg Mat selama 2 jam itu langsung tidak membosankan, sebaliknya diselang-seli dengan lawak jenaka dan sindiran tajam yang disesuaikan dengan situasi politik negara dan dunia.. Chayok2 Abg Mat..

Setakat sini dulu, nanti kita sambung lagi Bicara PRK Kuala Terengganu bersama ReformisMuda.Net, penulis tak dapat update blog macam selalu kerana sekarang berada di kampung halaman di Jengka...

p/s : Result exam baru ni meningkat banyak, alhamdulilah, syukur..

Thursday, December 11, 2008

BUKIT KERINCHI : MENANTI BERULANGNYA TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA

Assalamualaikum w.b.t..

Seperti yang semua sedia maklum, awal pagi Sabtu lalu (6 Disember), negara dikejutkan dengan berita peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang menyebabkan 14 banglo ranap. Blog ReformisMuda.Net mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada semua keluarga mangsa yang meninggal dunia dan mangsa-mangsa lain yang kehilangan harta benda dalam tragedi ini.


-foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

Penulis juga turut bersimpati mengenai nasib ribuan lagi mangsa yang terpaksa berpindah dari kediaman mereka kerana faktor keselamatan, sesungguhnya semua kejadian ini suah tentu mempunyai hikmah di sebaliknya. Mudah-mudahan semua mangsa dapat bersabar menempuh saat-saat yang mencabar ini.

Tragedi ini benar-benar memberi kejutan kepada semua pihak setelah lama 'dibuai mimpi' kenangan tragedi tumbangnya Highland Tower pada tahun 1993 yakni kira-kira 15 tahun lalu, ketika penulis masih di Tahun 1 di SK Jengka 16. Tragedi tersebut yang paling mendapat liputan dalam dekad-dekad 90-an memandangkan jumlah korbannya agak tinggi iaitu 48 orang, walaupun sebenarnya masih banyak kejadian tanah runtuh yang berlaku bukan sahaja di sekitar Bukit Antarabangsa malah di seluruh negara juga.

Penulis sebenarnya ingin menarik perhatian pengunjung mengenai situasi yang berlaku di kawasan berdekatan dengan kediaman yang penulis duduki sekarang iaitu di Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Bagi yang tidak mengetahui lokasinya, di sini penulis perturunkan peta dari GoogleMap.


Projek perumahan Pantai Avenue yang bersebelahan dengan Kondominium Pantai Panorama yang sememangnya terletak di atas bukit dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya tragedi yang sama seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu. Pembangunan perumahan berkenaan telah menyebabkan berlaku beberapa kesan negatif ke atas alam sekitar di kawasan sekitar termasuklah tanah runtuh.

Sebagai penduduk di kawasan berkenaan, penulis mula melihat risiko mengenai projek perumahan atas bukit bersebelahan ini sejak mula-mula berpindah kira-kira 5 bulan lalu. Gambar-gambar di bawah ini umpamanya diambil pada 10 September lepas.

Gambar ini diambil dari Blok 5, Vista Angkasa


Tanah runtuh yang berlaku tidak ditutup dengan plastik telah menimbusi saluran parit di pinggir bukit menyebabkannya sering tersumbat.

Bagaimana jika tanah di atas ini runtuh..?? Blok perumahan ini hanya kira-kira 50 meter sahaja dari tebing tinggi ini..


Harapan penulis agar ada sesuatu yang dilakukan oleh pihak berwajib agar keadaan ini dapat dipantau dan mengelakkan bertambahnya lagi senarai panjang episod tragedi tanah runtuh di negara ini.. Pembangunan fizikal yang dilakukan demi mengejar arus pemodenan haruslah memikirkan juga keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Pembangunan yang bersulamkan kerasukan dan memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan risiko yang ditanggung penduduk nescaya akan mendatangkan akibat buruk yang merugikan semua pihak.. Tragedi Highland Towers, Tragedi Taman Hillview dan Tragedi Taman Bukit Mewah menjadi bukti sejelas-jelasnya bahawa kuasa alam yang dipegang Yang Maha Kuasa akan menang apabila nafsu serakah manusia menentangnya..

(Terdapat kira-kira 20 gambar lagi dalam simpanan penulis, sesiapa yang mahu gambar-gambar tersebut, sila e-mel ye)

p/s : Saksikan video sedutan Buletin Utama TV 3 di mana seorang penduduk Bukit Antarabangsa mengamuk di depan YB Mohamad Azmin Ali di SINI

Wednesday, December 10, 2008

SALAM AIDIL ADHA 1429 H

Assalamualaikum w.b.t...

Pertamanya penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1429 H, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ReformisMuda.Net walaupun hari ini sudah masuk 12 Zulhijjah. Semoga kehadiran AidilAdha kali ni dapat memberikan satu erti pengorbanan kepada kita semua, mengambil pengajaran dari peristiwa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s..

Keduanya, penulis memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat ber"siaran" hampir 3 minggu kerana masalah-masalah yang tak dapat dielakkan.. Hehe.. Ok, berbalik kepada cerita Aidil Adha...

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Aidil Adha kali ini penulis dan keluarga menyambutnya di kampung bapa penulis di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah Darul Aman. Kesempatan ini digunakan sebaiknya kerana kali terakhir penulis beraya di Kedah ialah kira-kira 10 tahun yang lalu.. (lama gak tu).. Sejuk mata memandang tatkala merentasi kawasan sawah padi yang menghijau dari Alor Setar ke Pendang.

Pagi semalam penulis dan keluarga bertolak pulang ke Pahang. Sebelum itu, kami sempat singgah di rumah nenek kakak ipar penulis di Sungai Dedap. Kemudian kami ke rumah datuk saudara penulis yang paling sulung, Tok Wa Hassan di Dulang, Yan. 10 tahun lalu, beliau masih kuat dan masih mampu berjenaka dengan anak dan cucu-cucunya. Kini, dalam usia menjangkau hampir 100 tahun, beliau hanya terlantar di pembaringan, sekilas kata anaknya, Allah menarik nikmat kesihatan bapanya satu-persatu, pendengarannya tidak mampu berfungsi lagi, penglihatannya sudah kabur, rambutnya sudah gugur, kulitnya mula kendur...

Cuma, apa yang menarik ialah rumah datuk saudara penulis ini betol-betol di kaki Gunung Jerai. Hadapan rumahnya ialah jalan besar dan sekelilingnya pula ialah sawah padi. Sungguh tenang suasana di sini, pemandangannya cukup indah berlatarbelakangkan Gunung Jerai, puncak tertinggi di utara tanah air.

Kemudian kami bertolak ke rumah bapa saudara penulis, Hj.Ayob Din di Taman Mutiara Indah, Sg. Petani. Hajatnya ingin beraya di rumah sahabat penulis iaitu Apih Zakaria dan Aida yang tinggal di kawasan ini, namun kerana Apih pun tak tau kat mana Taman Mutiara Indah ni, terbantutlah hasrat penulis untuk beraya bersama rakan-rakan sepengajian penulis di Universiti Malaya tu.

Jam 4.00 petang, kami tinggalkan Sg.Petani dan bergerak untuk satu perjalanan jauh ke Pahang, kira-kira 12 jam menaiki kenderaan sendiri.. Sekadar sebuah catatan, kami singgah di R&R Gua Tempurung dan R&R Sg.Buloh. Kami sampai di Vista Angkasa jam 1.15 pagi.. Selesai pekena teh tarik dan roti canai di Hijas Vista, keluarga penulis bertolak ke Pahang kira-kira jam 2.00 pagi.. Penulis bangun solat Subuh jam 6.30 pagi, tengok handset ada SMS dari adik penulis pada jam 6.02 pagi, berbunyi "Kami dah sampai jengka"... Alhamdullillah, semua selamat....

p/s : teringat pengalaman berkhemah di puncak Gunung Jerai dalam Kem Bina Sakhsiah tahun 2006

Friday, November 21, 2008

KHUTBAH JUMAAT : TENGGELAM PUNCA

Assalamualaikum w.b.t..

Khutbah Jumaat di Masjid Ar Rahman hari ini membawa tajuk "Tenggelam Punca". Khutbah disampaikan oleh Imam Besar masjid berkenaan, Imam Khalid Isa yang antara intipatinya ialah berkenaan ancaman menularnya ajaran sesat di negara ini..

Perkampungan Ayah Pin di Terengganu.

Islam adalah satu agama yang benar. Ia suci, lengkap dan penuh kesempurnaan serta sesuai sepanjang zaman. Kedatangan agama Islam juga membawa manusia ke jalan selamat yang diredhai Allah s.w.t kerana Islam itu sendiri ialah satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 85 yang bermaksud :

"...Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak sama sekali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi..."

Sejak dahulu lagi, kemunculan ajaran sesat telah membimbangkan masyarakat Islam di seluruh dunia. Penganut ajaran sesat ini seringkali menuduh orang beriman sebagai kafir dan sesat padahal merekalah yang sesat sebenarnya. Semua ini merupakan pengajaran dari sirah baginda Rasulullah s.a.w bilamana baginda menyeru ajaran Islam sebagai satu ajaran yang benar kepada kaum kafir Quraisy. Kaum kafir itu pula menuduh baginda sebagai pembawa ajaran baru dan sesat, padahal merekalah yang sesat.

Dalam pada itu, otak penulis juga ligat memutar ingatan bilamana melihat rakaman rancangan Edisi Siasat NTV7 yang menyiarkan tentang ajaran sesat Rasul Melayu satu ketika dulu. Pengasas ajaran itu, Abdul Kahar Ahmad Jalal, (gambar kiri) diangkat sebagai rasul dan nabi bagi seluruh umat Melayu di nusantara oleh pengikutnya. Pengikutnya memperlekehkan orang lain yang tidak mahu mengikut ajaran Kahar Ahmad seperti mereka. Situasi ini sama sahaja seperti zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulu. Inilah sebenarnya salah satu bukti bahawa Islam itu sesuai sepanjang zaman. Kisah Nabi s.a.w itu menjadi pengajaran dan tauladan kepada umat Islam sampai ke hari ini.

Allah s.w.t juga mengingatkan manusia tentang golongan sesat ini dalam Surah Al-Fatihah yang dibaca berulang kali oleh kita setiap hari. Terdapat dua golongan iaitu Yahudi dan Nasrani. Allah s.w.t murka kepada golongan Yahudi kerana menentang ajaran Islam dan Allah s.w.t murka kepada golongan Nasrani kerana mereka menyeleweng dari ajaran Islam. Umat Islam yang beriman perlu patuh kepada semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:

"...Tiadalah lagi pilihan lain bagi orang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu perkara/hukum (melainkan mereka hendaklah mematuhinya)..."


Ayah Pin bersama madu-madunya

Umat Islam juga harus berwaspada dengan pengaruh yang datang dari ajaran sesat kerana sebarang keraguan terhadap kesempurnaan Islam itu sebenarnya sengaja mengundang kepada kemurkaan Allah. Selepas kewafatan Nabi s.a.w, terdapat beberapa fahaman yang mencetuskan penyelewengan akidah dan penyebaran akidah yang karut seperti wujudnya Nabi palsu dan sebagainya.

Fahaman atau ajaran sesat ini semestinya wujud di Asia seperti ajaran Qadiani oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani. (gambar bawah). Beliau mengaku kononnya menerima wahyu daripada Allah yang mengandungi perintah membatalkan amalan jihad dalam kalangan penganut Islam. Pihak penjajah British di India ketika itu yang menghadapi tentangan kuat dari pejuang Islam sangat mengalu-alukan ajaran ini yang memberi banyak keuntungan kepada mereka. Keadaan inilah yang perlu dihindar kerana ajaran sesat dan karut ini hanya membawa kepada kemurkaan Allah, pecah-belah masyarakat dan mengancam keselamatan awam.


Fenomena ini juga berlaku di Malaysia, sebagai contoh ajaran Bahai, ajaran Ahmadiah / Qadiani, ajaran Al-Arqam, ajaran Tarikat Abul Razak, ajaran Ayah Pin, ajaran Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol, ajaran Rasul Melayu dan banyak lagi. Ajaran-ajaran ini bertentangan dengan hukum-hukum dari Al-Quran, sunnah, dan ahlil sunnah wal jamaah..

Hj.Ashaari Muhammad, pengasas Al-Arqam

Kesimpulannya, seluruh umat Islam perlu berhati-hati dengan ajaran sesat yang disebar dalam negara ini. Kita perlu lebih kuat dan gigih memperdalamkan ilmu agama dalam diri kita. Sedarlah bahawa Islam itu sudah cukup sempurna dan tidak perlu kepada sebarang penambahan atau pengurangan. Segala urusan hendaklah berpandukan kepada Al-Quran, sunnah, ijmak ulama dan qias iaitu sumber utama kepada masyarakat Islam. Jika kita sudah mendalami ajaran Islam dengan sebenar-benarnya, pengaruh dari ajaran sesat dan karut ini dapat ditangkis dengan begitu mudah. Wallahua'lam..

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 83 yang bermaksud :

"...Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan..."

p/s : Segala yang baik datang daripada Allah s.w.t, segala yang buruk datang dari kelemahan penulis sendiri. Jika terdapat sebarang kekhilalafan dalam entri ini, sila maklumkan.. Saya budak baru belajar..

Thursday, November 20, 2008

ISU MATAU : SATU CATATAN DARI UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum w.b.t..

Tidak berapa lama dahulu, penulis ada melawat seorang sahabat, Sdr.Ahmad Tarmizi Mat Din (bekas Presiden GAMIS) bersama Ust.Mohd.Nasaie Ismail ketika tercetusnya isu perobohan setinggan Kg.Berembang. Tarmizi ketika itu baru sahaja dibebaskan dari tahanan polis selepas beliau terlibat kononnya menghalang pihak berkuasa merobohkan setinggan tersebut.


Berdasarkan cerita beliau kepada kami, turut bersama di Kg.Berembang ketika itu ialah Ketua Pemuda PAS, Haji Salahudin Ayub dan beberapa aktivis pelajar dari UIA, UKM dan UM beserta penduduk kampung mempertahankan kampung mereka dari dirobohkan.


Tidak berapa lama selepas itu, timbul satu persatu peristiwa perobohan setinggan. Bagaikan satu episod cerita yang sama, setinggan-setinggan ini telah diduduki selama lebih dari 30 tahun dan setiap tahun diberi lesen TOL (lesen menduduki sementara). Apabila tiba musim pilihanraya, kerajaan ditunjangi BN akan terhegeh-hegeh mengeluarkan borang permohonan hak milik tanah dan apabila calon bertanding menang, borang tadi tiba-tiba "hilang" dalam simpanan.


Episod cerita inilah yang berlaku kepada perobohan setinggan Kg.Rimba Jaya, Kg.Plentong dan banyak lagi kes yang sama berlaku di seluruh negara. Baru-baru ini, isu perobohan setinggan ini bergema lagi namun kini ia berlaku di kampung halaman penulis sendiri di Bandar Jengka.

Penghuni setinggan atau disebut Matau oleh penduduk setempat terletak di Jalan Besar ke Bandar Jengka diberi tempoh sehingga April 2009 untuk mengosongkan rumah dan premis mereka yang telah diduduki sejak 40 tahun lalu. Tidak kira arahan ini dipatuhi atau tidak, nasib setinggan Matau akan berakhir sama sahaja seperti episod cerita setinggan Kg.Berembang dan Kg.Rimba Jaya.


Penulis berharap kerajaan negeri dan Majlis Daerah Maran agar mencari jalan penyelesaian yang paling efektif dalam menangani masalah ini. Cukuplah penderitaan yang dialami oleh setinggan yang lain. Di Kg.Berembang contohnya, masih ada penghuninya yang tinggal di dalam pondok yang diperbuat dari kotak-kotak, plastik, dan puing-puing yang tinggal di atas tapak rumah asal mereka.


Peranan berkesan juga perlu dimainkan oleh ADUN Jengka, YB Wan Salman Wan Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Krau, YB Tuan Haji Ismail Mohd.Said. Bangkitkan isu ini di DUN Pahang dan Dewan Rakyat. Wakil rakyat perlu membawa suara rakyat, tanpa mengira apa pegangan atau fahaman politik mereka.


"...Masalah utama penduduk Matau ialah penempatan sementara (TOL). Pihak berkuasa mempertikaikan kerana keadaan pekan itu tidak tersusun dan mencacatkan pemandangan. Masalahnya, bagaimana penduduk terbabit mahu membina premis yang tersusun dan elok. Kenapa kerajaan tidak memberikan sahaja "Geran" kepada mereka?. Bukankah dengan adanya geran, mereka boleh membina premis yang lebih baik dan tersusun..."


Dato'Hj.Tuan Ibrahim Tuan Man,
Pesuruhjaya PAS Pahang.



BACA LAGI DI :



MEMALI : TRAGEDI BERDARAH 23 TAHUN LALU

Assalamualaikum w.b.t..

Sejauhmanakah generasi muda hari ini mengetahui peristiwa berdarah Memali yang berlaku pada 19 November 1985, iaitu semalam genap 23 tahun berlalu..???

Penulis yang ketika itu belum pun dilahirkan mengajak pengunjung bersama-sama menghayati kisah menyayat hati ini.. Para pejuang di Memali terpaksa membayar harga perjuangan mereka dengan nyawa dan darah..

Semalam 19 November, ratusan blog menyiarkan entri / artikel tentang peristiwa Memali, kisah perjuangan Islam menuju syahid yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, itulah rahmat perjuangan Islam..

Kanak-kanak dan wanita menjadi benteng pertahanan


Memperingati Ulang Tahun ke-23
Tragedi Berdarah Memali

( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya di kalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan.
Di kalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut. Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun.....
Teruskan membaca di SINI

" Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki"

- Ali Imran 169.

Lagi artikel peristiwa Memali :

http://antimahathir.blogspot.com/2008/07/mahathir-abukan-memali-atas-kekerasan.html

http://www.tranungkite.net/lama/b02/z1.htm

http://al-fikrah.net/News/article/sid=22.html

http://www.muslimedia.com/archives/sea99/memali.htm

http://tukulbesi.blogspot.com/2008/11/memali-dalam-kenangan.html


p/s : Al-Fatihah untuk para syuhada Memali

Wednesday, November 19, 2008

SAPA NAK JAWAB NIH...???

Assalamualaikum w.b.t...


Penulis buka web Tranungkite.Net sebentar tadi.. satu thread di ruangan forum memaparkan gambar di atas..

Bendera Malaysia "Jalur Gemilang" ditambah bucu bintangnya, menjadikannya lebih dari 14 bucu.. Ini gambar Mou di Uzbekistan, sambung baca di SINI

p/s : Sapa nak jawab nih...Hm...

UMAT ISLAM MALAYSIA SEMAKIN BIADAP

Assalamualaikum w.b.t..

Artikel ini diperolehi dari blog Rozmal Malakan di SINI


Sekarang sembahyang Jumaat waktu masuk awal , pukul 1 tengahari dah masuk waktu. Habis kerja pukul 12:45 tgh , isteri pun habis kerja lebih kurang waktu tu juga. Jadi tak sempatlah beli makan tengahari, lalu talipon isteri belikan makan tengahari. Kerana teringatkan kuliah Al Fadhil Ustaz Dato Haji Arshad Abd Samad Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang mengatakan haram bagi orang Islam lelaki yang baligh berjual beli tatkala azan Jumaat hinggalah selesai solat Jumaat.



Kita dengar , kita amalkanlah, mudah sahaja. Masuk waktu Jumaat untuk lelaki Islam janganlah membeli , janganlah menjual.Lepas solat Jumaat , balik rumah dan makanlah , makanan yang dibeli isteri. Saya tanya isteri tadi beli nasi kat kedai Melayu/Islam di Senawang , yang menjualnya lelaki atau perempuan. Isteri saya kata lelaki Melayu. Bukan setakat lelaki Melayu sahaja yang menjual malah ramai lelaki Melayu yang makan di kedai tersebut. Isteri saya kata tak tahu malu betul mereka , sah tak pergi sembahyang Jumaat.

Nampaknya orang Islam di Malaysia ini semakin hari semakin tak hormat Islam , semakin tak hormat hari Jumaat. Secara tidak langsung mereka ini menghina Islam tanpa segan dan silu , tanpa rasa bersalah sedikit pun.Apakah perlu dikeluarkan fatwa haram berjual beli untuk lelaki Islam pada waktu Jumaat sepertimana fatwa Pengkid ? Apakah lelaki yang berjual beli pada waktu Jumaat akan berdemonstrasi membantah fatwa ini ?Apakah perlu Jabatan Agama Islam melantik Pegawai Penguatkuasa dari kalangan wanita agar dapat menahan lelaki Islam yang berjual beli pada waktu Jumaat apabila ada fatwa yang menyatakan hukum ini dengan jelas ?Kalau ada keraguan jangan debat dengan saya. Saya dengar kuliah Dato dan ikut saja. Ada masalah jumpalah Dato Arshad sendiri.

Surah Al-Jumu'ah

Menerangkan kewajipan meninggalkan jual beli apabila azan Jumaat dikumandangkan. Sumber ambilan ialah :Ayat 9 -

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
Sumber dari blog Syarak Mengata Adat Menurut, baca di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...