Wednesday, December 10, 2008

SALAM AIDIL ADHA 1429 H

Assalamualaikum w.b.t...

Pertamanya penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1429 H, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ReformisMuda.Net walaupun hari ini sudah masuk 12 Zulhijjah. Semoga kehadiran AidilAdha kali ni dapat memberikan satu erti pengorbanan kepada kita semua, mengambil pengajaran dari peristiwa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s..

Keduanya, penulis memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat ber"siaran" hampir 3 minggu kerana masalah-masalah yang tak dapat dielakkan.. Hehe.. Ok, berbalik kepada cerita Aidil Adha...

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Aidil Adha kali ini penulis dan keluarga menyambutnya di kampung bapa penulis di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah Darul Aman. Kesempatan ini digunakan sebaiknya kerana kali terakhir penulis beraya di Kedah ialah kira-kira 10 tahun yang lalu.. (lama gak tu).. Sejuk mata memandang tatkala merentasi kawasan sawah padi yang menghijau dari Alor Setar ke Pendang.

Pagi semalam penulis dan keluarga bertolak pulang ke Pahang. Sebelum itu, kami sempat singgah di rumah nenek kakak ipar penulis di Sungai Dedap. Kemudian kami ke rumah datuk saudara penulis yang paling sulung, Tok Wa Hassan di Dulang, Yan. 10 tahun lalu, beliau masih kuat dan masih mampu berjenaka dengan anak dan cucu-cucunya. Kini, dalam usia menjangkau hampir 100 tahun, beliau hanya terlantar di pembaringan, sekilas kata anaknya, Allah menarik nikmat kesihatan bapanya satu-persatu, pendengarannya tidak mampu berfungsi lagi, penglihatannya sudah kabur, rambutnya sudah gugur, kulitnya mula kendur...

Cuma, apa yang menarik ialah rumah datuk saudara penulis ini betol-betol di kaki Gunung Jerai. Hadapan rumahnya ialah jalan besar dan sekelilingnya pula ialah sawah padi. Sungguh tenang suasana di sini, pemandangannya cukup indah berlatarbelakangkan Gunung Jerai, puncak tertinggi di utara tanah air.

Kemudian kami bertolak ke rumah bapa saudara penulis, Hj.Ayob Din di Taman Mutiara Indah, Sg. Petani. Hajatnya ingin beraya di rumah sahabat penulis iaitu Apih Zakaria dan Aida yang tinggal di kawasan ini, namun kerana Apih pun tak tau kat mana Taman Mutiara Indah ni, terbantutlah hasrat penulis untuk beraya bersama rakan-rakan sepengajian penulis di Universiti Malaya tu.

Jam 4.00 petang, kami tinggalkan Sg.Petani dan bergerak untuk satu perjalanan jauh ke Pahang, kira-kira 12 jam menaiki kenderaan sendiri.. Sekadar sebuah catatan, kami singgah di R&R Gua Tempurung dan R&R Sg.Buloh. Kami sampai di Vista Angkasa jam 1.15 pagi.. Selesai pekena teh tarik dan roti canai di Hijas Vista, keluarga penulis bertolak ke Pahang kira-kira jam 2.00 pagi.. Penulis bangun solat Subuh jam 6.30 pagi, tengok handset ada SMS dari adik penulis pada jam 6.02 pagi, berbunyi "Kami dah sampai jengka"... Alhamdullillah, semua selamat....

p/s : teringat pengalaman berkhemah di puncak Gunung Jerai dalam Kem Bina Sakhsiah tahun 2006

1 comment:

Unknown said...

Laa cantik rupanya kampung aku.. dah lama tak balik rindu plak nak main kat bendang belakang rumah aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...