Penulis baru sahaja kembali ke ibu
Antara yang menjadi mangsanya ialah keluarga penulis sendiri. Bermula dari anak saudara penulis, Amir yang mendapat demam ini di Kedah ketika kami sekeluarga balik beraya Aidiladha lepas. Chikungunya ini kemudiannya mula “menunjukkan belangnya” apabila seorang lagi anak saudara penulis, Faiz Aiman mula mendapat demam ini. Penangannya memang ‘kaw’ sehingga muka Faiz Aiman mula menjadi merah, ruam-ruam mula timbul dan tubuh badannya panas. Demam ini menyerang sendi-sendi di tubuh badan, sehingga penulis terpaksa memapah anak buah penulis yang berusia 7 tahun ini ke bilik air kerana lututnya sakit…
Setelah Faiz Aiman beransur sihat, demam ini “hinggap” pula pada ibu penulis yang sudah berusia 58 tahun. Ibu penulis memang tidak berdaya melakukan kerja rumah seperti memasak dan sebagainya kerana demam ini menyebabkan lutut, sendi tangan dan tapak kakinya berasa sakit. Seperti Faiz Aiman, penulis terpaksa memapah ibu ke bilik air, tandas dan sebagainya.. Mujur adik penulis yang belajar di Politeknik Kuantan juga pulang bercuti, jadi buat sementara hal rumah tangga seperti memasak, basuh baju, dan sebagainya dilakukan kami berdua.
Lebih kurang 4 hari juga ibu tidak dapat melakukan tugas rumahtangga seperti biasa, dan dalam jangkamasa itu juga, dua kali kami ke Poliklinik Kesihatan Jengka mendapatkan rawatan, ibu turut menjalani pemeriksaan darah dan mendapatkan ubat. Kami sekeluarga risau juga kerana ibu turut mengalami tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Namun, alhamdulillah keadaan ibu beransur baik.
Chikungunya selepas itu, berjangkit pula pada adik penulis, Ahmad Shukri (kami panggil Pak Su je kat umah). Keadaan yang berlaku pada ibu juga berlaku pada Pak Su.. Suhu badan panas, mata merah, sakit sendi, kerap buang air kecil, lenguh sendi… Satu hari, dalam waktu hampir Maghrib penulis terpaksa membawa Pak Su ke Unit Kecemasan Hospital Jengka lantaran suhu badannya yang terlalu panas (40.3 Darjah Celcius). Ketika penulis pulang ke KL semalam, keadaannya sudah beransur pulih walaupun masih ada ruam-ruam merah di badannya. Alhamdulillah..
Dalam masa yang sama, abang penulis, Zaini (bapa Faiz Aiman) juga terkena demam ini rupanya. Satu pagi, isterinya Kak Na menelefon bapa penulis. “…Ayah,Zaini demam teruk, malam tadi dia menggigil …” ujaran kakak ipar penulis itu mula merisaukan kami semua. Namun setelah mendapat rawatan di poliklinik, alhamdulillah, abang penulis itu juga beransur sihat..
Sedikit berita yang tak sedap didengar juga, ada yang menjadi korban disebabkan demam ini. Seorang kenalan di Felda Ulu Jempol, Maran memberitahu jirannya meninggal dunia akibat Chikungunya. Penulis pada mulanya agak terkejut tetapi setelah bersembang lebih lanjut, rupa-rupanya arwah turut menghidapi Penyakit Tiga Serangkai (sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi).. Mungkin kombinasi Chikungunya dengan Tiga Serangkai tu sebabkan daya tahan badan menjadi lemah…Al-Fatihah..
Dalam pada itu, ramai juga jiran-jiran penulis yang terkena demam ni, antaranya Hj.Haron (imam Surau An Nur) dan Mak Cik Sarah (depan rumah)..namun kedua-duanya juga sudah sihat seperti sediakala, alhamdulillah.. Agak kesal, penulis tak sempat menziarahi Hj.Haron (Pak Ngah) ketika demamnya kerana penulis juga perlu ganti tugas ibu di rumah..Sory ye Pak Ngah…hehe..
Dalam 2 minggu penulis di Jengka, tidak kurang 8 kali kami berulang alik ke pusat kesihatan mendapatkan rawatan. Dan hampir semua yang ingin mendapatkan rawatan di jabatan pesakit luar Poliklinik Jengka menghidapi demam Chikungunya. Dalam masa menunggu, dapatlah penulis jumpa rakan taulan dan kenalan dari kampong sebelah, kawan-kawan lama, cikgu-cikgu, kakitangan sekolah dulu dan ramai lagi.. hehe..,semuanya ada persamaan, iaitu penghidap demam CHIKUNGUNYA..
p/s : Syukur kepada Allah, bapa penulis dan penulis tidak terkena demam ni.. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang berterusan kepada kita semua, InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment