Thursday, December 11, 2008

BUKIT KERINCHI : MENANTI BERULANGNYA TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA

Assalamualaikum w.b.t..

Seperti yang semua sedia maklum, awal pagi Sabtu lalu (6 Disember), negara dikejutkan dengan berita peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang menyebabkan 14 banglo ranap. Blog ReformisMuda.Net mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada semua keluarga mangsa yang meninggal dunia dan mangsa-mangsa lain yang kehilangan harta benda dalam tragedi ini.


-foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

Penulis juga turut bersimpati mengenai nasib ribuan lagi mangsa yang terpaksa berpindah dari kediaman mereka kerana faktor keselamatan, sesungguhnya semua kejadian ini suah tentu mempunyai hikmah di sebaliknya. Mudah-mudahan semua mangsa dapat bersabar menempuh saat-saat yang mencabar ini.

Tragedi ini benar-benar memberi kejutan kepada semua pihak setelah lama 'dibuai mimpi' kenangan tragedi tumbangnya Highland Tower pada tahun 1993 yakni kira-kira 15 tahun lalu, ketika penulis masih di Tahun 1 di SK Jengka 16. Tragedi tersebut yang paling mendapat liputan dalam dekad-dekad 90-an memandangkan jumlah korbannya agak tinggi iaitu 48 orang, walaupun sebenarnya masih banyak kejadian tanah runtuh yang berlaku bukan sahaja di sekitar Bukit Antarabangsa malah di seluruh negara juga.

Penulis sebenarnya ingin menarik perhatian pengunjung mengenai situasi yang berlaku di kawasan berdekatan dengan kediaman yang penulis duduki sekarang iaitu di Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Bagi yang tidak mengetahui lokasinya, di sini penulis perturunkan peta dari GoogleMap.


Projek perumahan Pantai Avenue yang bersebelahan dengan Kondominium Pantai Panorama yang sememangnya terletak di atas bukit dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya tragedi yang sama seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu. Pembangunan perumahan berkenaan telah menyebabkan berlaku beberapa kesan negatif ke atas alam sekitar di kawasan sekitar termasuklah tanah runtuh.

Sebagai penduduk di kawasan berkenaan, penulis mula melihat risiko mengenai projek perumahan atas bukit bersebelahan ini sejak mula-mula berpindah kira-kira 5 bulan lalu. Gambar-gambar di bawah ini umpamanya diambil pada 10 September lepas.

Gambar ini diambil dari Blok 5, Vista Angkasa


Tanah runtuh yang berlaku tidak ditutup dengan plastik telah menimbusi saluran parit di pinggir bukit menyebabkannya sering tersumbat.

Bagaimana jika tanah di atas ini runtuh..?? Blok perumahan ini hanya kira-kira 50 meter sahaja dari tebing tinggi ini..


Harapan penulis agar ada sesuatu yang dilakukan oleh pihak berwajib agar keadaan ini dapat dipantau dan mengelakkan bertambahnya lagi senarai panjang episod tragedi tanah runtuh di negara ini.. Pembangunan fizikal yang dilakukan demi mengejar arus pemodenan haruslah memikirkan juga keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Pembangunan yang bersulamkan kerasukan dan memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan risiko yang ditanggung penduduk nescaya akan mendatangkan akibat buruk yang merugikan semua pihak.. Tragedi Highland Towers, Tragedi Taman Hillview dan Tragedi Taman Bukit Mewah menjadi bukti sejelas-jelasnya bahawa kuasa alam yang dipegang Yang Maha Kuasa akan menang apabila nafsu serakah manusia menentangnya..

(Terdapat kira-kira 20 gambar lagi dalam simpanan penulis, sesiapa yang mahu gambar-gambar tersebut, sila e-mel ye)

p/s : Saksikan video sedutan Buletin Utama TV 3 di mana seorang penduduk Bukit Antarabangsa mengamuk di depan YB Mohamad Azmin Ali di SINI

2 comments:

Anak Pahang Jati said...

Adik,
Masuk U tak amik duit RM500 dari Yayasan Pahang?
Rugi tak amik dik!
Haaa....dah amik?

Hamirdin b Ithnin said...

Tapi bukit kerinchi kuat sedikit berbanding bkt antarabangsa.

Tau kenapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...