Sambutan Tahun Baru Hijrah ini seolah disambut lesu oleh masyarakat Islam di negara ini.. Tiada acara sambutan besar-besaran seperti sambutan tahun baru masihi.. Lebih kurang 72 jam lagi, tahun 2009 menjelang tiba. Di Kuala Lumpur sahaja, tidak kurang 3 tempat akan mengadakan konsert besar-besaran ambang tahun baru iaitu di Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang. Ini tidak termasuk di Bangsar, Ampang dan lain-lain tempat tumpuan awam di Kuala Lumpur..
Itu baru di Kuala Lumpur, situasi yang sama sudah tentu berlaku di Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuching dan lain-lain bandar besar. Ini pun tidak termasuk entah berapa ratus lagi acara menyambut tahun baru diadakan.. Muda-mudi juga punya 'acara' mereka yang tersendiri bagi menyambut tahun baru, ini realiti yang berlaku di negara yang kononnya negara Islam..
Semua acara sambutan tahun baru ini diadakan di kawasan terbuka, diserikan dengan acara nyanyian dan konsert yang biasanya bermula sejak jam 6 petang, ditaja dan dianjurkan oleh syarikat2 besar seperti Hotlink dan Media Prima umpamanya. Konsert di Dataran Merdeka nanti ditaja oleh AmBank.. Acara ini juga biasanya akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi negara seperti PM, TPM dan Menteri2 Kabinet.. Kalo tak caye, tunggu 1hb Jan 09 nanti..
Di satu sisi yang lain pula, sambutan tahun batu Hijrah diadakan di tempat tertutup, acara yang diatur ialah nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid tempatan, tiada syarikat besar yang memberi tajaan, biasanya dianjurkan oleh JAKIM dan kementerian terlibat, dan yang paling ketara ialah sambutannya sederhana sahaja, samada dari sudut majlis dan sokongan orang ramai... Yang ada pun, perarakan Maal Hijrah.
Alangkah baiknya jika kedua-dua sambutan tahun baru ini diraikan seperti program yang lebih baik : SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU PERINGKAT KEBANGSAAN. Adakan di Masjid Negara atau Masjid Putrajaya.. Anjurkan karnival keluarga bermula dari paginya, ada jualan dan pameran, persembahan kebudayaan sebelah petangnya, seperti dikir barat, nasyid, puisi dan sebagainya. Kemudian rakyat diajak menadah tangan untuk doa akhir tahun, tiba Maghrib, bacaan doa awal tahun dan solatnya diimamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kemudian solat hajat, solat Isyak.
Teruskan pula dengan ucapan tahun baru Perdana Menteri yang dipancarkan secara langsung di RTM 1 dan TV 3, terus menerus dari Masjid Negara.. Acara hiburan dihadkan dan diadakan dalam keadaan terkawal.. Hehe, mampukah khyalanku ini menjadi kenyataan???
Satu jurang yang cukup besar antara sambutan tahun baru hijrah dengan tahun baru masihi, hakikatnya di negara yang dicanangkan NEGARA ISLAM MALAYSIA.. (Islam Hadhari kot??)
1 comment:
selamat tahun baru
semoga lebih cemerlang gemilang dan terbilang
Post a Comment