Wednesday, December 31, 2008

BATALKAN SAMBUTAN TAHUN BARU : KONGSI KESEDIHAN PALESTIN

Assalamualaikum w.b.t..


Esok akan bermulalah 1 Januari 2009. Seperti biasa yang menjadi "kelaziman" di negara Islam Hadhari seperti Malaysia, ketibaan tahun baru disambut dengan begitu meriah, acara hiburan di sana sini.. Dan penulis menjangkakan bahawa malam ini situasi yang sama akan tetap berlaku.. Hiburan dan nyanyian di mana-mana..

Namun keadaan sangat2 berbeza di wilayah Palestin, di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam iaitu Masjidil Aqsa yang sehingga kini masih ditakluki Zionis Laknatullah.. Bandar Gaza yang ditadbir oleh HAMAS telah diserang sejak lima hari lalu oleh angkatan tentera udara Israel, menyebabkan angka korban di kalangan penduduk awam Palestin meningkat menghampiri 400 orang, angka tertinggi sejak 6 dekad lalu..



Pagi tadi, terdengar di corong radio Klasik.fm, PM Israel Ehud Olmert Laknatullah telah bersetuju untuk mengerahkan lagi 2,500 tentera simpanannya, menambahkan kebimbangan rakyat Palestin mengenai serangan darat yang mungkin dilancarkan oleh tentera Israel.. Jika ini terjadi, akan menambahkan lagi ketakutan di kalangan penduduk awam Palestin..

Bantahan disuarakan di seluruh dunia, masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin melangkau perbezaan warna kulit, agama dan bangsa.. Dilaporkan seramai 7,000 rakyat Perancis berarak di jalan-jalan utama di Paris, bantahan serupa turut dilaporkan di Sofia, Bulgaria, Panama City, Panama, Tokyo, bahkan di Hawaii, dan turut tidak ketinggalan di Kuala Lumpur..

Di Dubai, pemerintahnya, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Makhtoum agar semua sambutan tahun baru di negara itu DIBATALKAN sebagai menghormati nasib rakyat Palestin yang berada dalam keadaan sedih dan huru-hara.. Jadi, kita menuntut pendirian yang serupa daripada Malaysia, sebuah negara Islam contoh yang pernah menjadi Pengerusi OIC (atau Ohh..I see..).

Kita menuntut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar semua acara sambutan tahun baru di negara ini DIBATALKAN sebagai tanda berkongsi kedukaan dengan nasib saudara seagama kita di Palestin yang dibunuh kejam tentera Israel Laknatullah.. Perdana Menteri juga perlu mengeluarkan kenyatan yang lebih KERAS mengutuk kekejaman Israel di Genting Gaza.. Beri tekanan pada Amerika Syarikat dan sekutunya.

PBB menerusi Setiausaha Agungnya, Ban Ki-Moon mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa tidak berdosa, malah bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter pernah berkata, hanya ada satu cara untuk menghentikan sengketa di Tebing Barat, iaitu Israel harus berundur dari wilayah Palestin.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhuyono, (SBY) juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel itu malah kerajaan Indonesia berjanji untuk menghantar bantuan kewangan berjumlah beberapa juta dolar untuk membantu Palestin apabila tentera udara Israel bertindak mengebom makmal simpanan ubat-ubatan, univrsiti, sekolah dan pejabat awam di Gaza. Lebih daripada itu, sebuah kumpulan militan Indonesia juga menghantar 1,000 ahli yang sanggup syahid ke Palestin bagi membantu saudara seagama mereka.
Terbaru, agensi berita AP melaporkan, sekumpulan pelajar di Iran memohon kerajaan Mahmoud Ahmadinejad membenarkan mereka ke Palestin untuk membantu saudara mereka menentang pengganas Israel. Kumpulan pelajar terbabit bersama puak konservatif Iran bersetuju untuk ke Palestin selepas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khomenei mengeluarkan fatwa Ahad lalu iaitu sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan umat Islam Palestin adalah syahid. Klik liputan berita oleh AP di SINI

Kita selaku rakyat beragama Islam WAJIB mendoakan saudara kita di Palestin dan melakukan sekadar yang termampu, jika perlu turun demo ayuh lakukan... jika tidak dermakan wang, edarkan risalah, forum, ceramah dan apa-apa sahaja bagi mencetuskan kesedaran dan mengambil berat nasib rakyat Islam di Palestin.. Jangan hanya buat TAK TAHU, lakukan sesuatu demi saudara kita di Palestin yang ditindas sekejam-kejamnya oleh Israel Laknatullah..

Jangan sampai kita tiada jawapan di hadapan Allah di Yaumul Mahsyar kelak apabila ditanya apa yang kita lakukan bagi membantu saudara seIslam yang dianiaya oleh musuh-musuh Allah..



p/s : Jumaat ini jam 3.00 petang, mari beramai-ramai tunjukkan sokongan dalam Demonstrasi Menentang Kekejaman Israel di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...