Sunday, March 28, 2010

Apa Nak Jadi : Anak-anak Gadis Kita Berpesta Arak..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Zaman kini, minuman arak yang telah terang-terang dinyatakan HARAM oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, diteguk seperti air sejuk sahaja oleh muda-mudi Melayu beragama Islam. Dimanakah letaknya iman mereka?? Atau mereka jahil?? Atau sengaja mempermain-mainkan hukum??? Dalam video di bawah, rakaman dibuat ketika anak-anak gadis yang bercakap loghat 'Ganu', dengan selamba meneguk arak berjenama Carlsberg..

Sila klik imej di bawah :


Hal yang sama penulis temukan ketika pergi memancing bersama keluarga di Hutan Lipur Lubuk Yu di Maran, Pahang beberapa minggu yang lalu. Botol-botol arak bersepah di sana-sini.. Muda-mudi pula datang bermotor bersama pasangan masing-masing.. Di satu sudut, kira-kira 15 lelaki berkumpul, dan dalam ramai-ramai tu, ada seorang gadis perempuan dalam kumpulan mereka.. Apa nak jadi??

Pemuda ini mengucap panjang melihat botol-botol arak bertaburan

Antara botol arak yang ditemui, banyak lagi dicampak ke dalam semak

Carlsberg

3 Axes

p/s : Bagaimana pemimpin pelapis masa depan??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...