Showing posts with label PESANAN. Show all posts
Showing posts with label PESANAN. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Dangkalnya Pemimpin : Pabila Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus..

Salam, selamat bertemu kembali..

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir. "Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu. Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan. Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

Media UMNO

p/s : Tutuplah aurat wahai pemimpin dan artis-artis..

Monday, January 3, 2011

Bala Allah : Persoalan dan Punca Berlaku..


Salam, selamat bertemu kembali...

Dari kotak e-mel penulis :

Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain? Apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mereka mengundang bala daripada Allah SWT.

Kita amat berharap agar bala yang ditimpakan tidak berulang lagi dari semasa ke semasa. Hakikatnya ramai manusia yang tidak langsung mengambil I’tibar dari peristiwa bala tersebut. Sebahagian manusia masih meneruskan aktiviti keseronokan dunia mereka tanpa memikirkan persoalan hidup dan mati, dosa dan pahala, syurga mahupun neraka. Mungkin mereka ini hanya akan sedar apabila di soal oleh para malaikat di alam kubur tentang amalan silam yang mereka lakukan semasa masih hidup di dunia.

Bermacam-macam persoalan timbul mengenai bala yang merisaukan banyak pihak. Apakah sebenarnya bala itu? “Bala” yang diambil daripada perkataan Arab iaitu 'bala' bermakna hukuman daripada Allah akibat salah laku manusia kerana mengingkari sepenuhnya atau sebahagian daripada perintah Allah SWT.

Bala ini pernah terjadi di zaman para Anbiya' sebelum Nabi Muhammad S.A.W, seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran menerusi ayat 133 surah Al-'Araf yang bermaksud:

"….Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi….".

Begitu juga Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Luth yang melakukan perbuatan terkutuk yang disifatkan oleh Nabi Luth sendiri sebagai perbuatan yang tidak pernah berlaku di dunia sebelum itu, maka Allah musnahkan mereka tanpa memberi peluang untuk mereka bertaubat ke jalan kebenaran, sila rujuk ayat 81 surah al-'Araf~.

Kesalahan yang patut terima hukuman

Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Nabi Muhammad S.A.W, isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang kuat berpegang kepada agama dengan pelbagai kaedah, pendekatan dan bentuk tertentu. Begitu juga bentuk bala yang Allah turunkan, tidaklah seteruk dan sehebat kaum-kaum terdahulu.

Kisah Kaum Ad yang ditimpakan angin puting beliung yang dasyat, kisah banjir besar sehingga menenggelamkan gunung ganang di zaman Nabi Nuh , kisah Kaum Thamud yang ditimpakan Allah halilintar dan gempa bumi yang amat luar biasa, serta pengajaran kepada kisah Kaum Luth yang diterbalikkan negeri mereka sudah pasti menginsafkan hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.
Jelas di sini bahawa kesalahan umat terdahulu hingga ditimpakan pelbagai bentuk bala daripada Allah, kerana melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran nabi-nabi mereka, tetapi kita perlu ingat, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh mengirim bala kepada kita serupa dengan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau dan juga mampu mengirim bala yang tidak pernah ketika itu.

Ini dapat kita lihat pada hari ini seperti penyakit HIV, selesema burung yang menggerunkan banyak pihak, penyakit kaki, tangan dan mulut dan macam-macam lagi, ia dikirimkan agar manusia kembali ke pangkal jalan.

Sepatutnya sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. kita berjaya meloloskan diri daripada bala-bala yang disebutkan di atas, tetapi kenapa berlaku juga? Ia merupakan satu persoalan yang patut segera mencari jawapannya Ini tidak lain kalau tidak kita melakukan perkara yang menyanggah tuntutan agama, terdapat selain kita yang sanggup menggadai maruah agama.

Mari kita selidik secara halus tindakan manusia hari ini yang mengundang bala daripada Allah, program hiburan keterlaluan walaupun telah disanggah dan diingatkan oleh golongan ulama khususnya para mufti seperti Jom Heboh, Mentor musim kedua, Akademi Fantasia musim keempat, kelima dan banyak lagi.

Lupa dosa pahala... lupa pula harga diri.

Faktor atau punca berlaku bala

Dalam kesempatan ini, marilah menyelongkar pendekatan daripada hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda:

15 PERKARA MENGUNDANG BALA ALLAH

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.     Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.     Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.     Zakat dijadikan hutang.
4.     Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.     Anak derhaka terhadap ibunya,
6.     Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.     Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.     Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.     Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.   Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.   Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.   Para artis-artis disanjung-sanjung
14.   Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain

Antara punca lain

Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.

Muncul golongan anti hadis (yang tidak dibendung).

Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.

Terlampau mewah.

·   Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).

Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak

Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.

Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

Bangunan pencakar langit


Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa. Nau’dzubillahi min dzalik..

Berbuatlah jahat selagi mana kamu mampu menghadapi azab Allah SWT. (Mafhum Hadis Qudsi)

p/s: Sindiran Allah kepada orang yang melakukan dosa-dosa tanpa memikirkan azab Allah SWT.


Amirullah

Wednesday, November 24, 2010

Bagaimana Gambaran Hari Qiamat???

Salam, selamat bertemu kembali..

Pernahkah kita menggambarkan bagaimana keadaan hari Qiamat yang sudah pasti akan tiba bila sampai masanya???

Gambaran Hari Kiamat, saya perturunkan daripada kotak e-mel saya seperti berikut :


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
- Pemimpin yang adil. 
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

p/s : Selamatkanlah kami wahai Allah..

Thursday, November 11, 2010

Mentang-mentang Engko Besor Ye...

 Salam, selamat bertemu kembali..

Sekitar jam 4.30 petang tadi, penulis bertolak dari Jengka ke Kawasan Rehat Genting Sempah di Lebuhraya KL-Karak atas urusan perniagaan, ada temujanji dengan klien dari Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan penulis ditemani oleh abang penulis, Zaini yang bertindak selaku pemandu kedua, andai penulis (pemandu pertama, hehe) keletihan atau mengantuk.

Sepanjang perjalanan pergi, syukur semuanya berjalan lancar. Cuma macam biasalah, kereta-kereta besar meluncur laju sungguhpun jalan berbukit-bukau sekitar Bukit Tinggi tu boleh tahan jugak curamnya. Hehe.. Selesai perbincangan bersama klien sekitar jam 5.45 petang dan memastikan mereka bertolak pulang semula ke Kuala Lumpur, kami berdua berkelana ke kedai-kedai makan yang berderetan di kawasan rehat berkenaan untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Penulis memesan 'Nasi Goreng Ayam + Tea O Ais kurang manis' dan abang penulis, Zaini pula menikmati 'nasi campur berlaukkan ikan bawal goreng rempah + Tea O Ais Limau'. Nak tau harga??? hehehe .. RM 13.70

Tutup cerita makan, sekitar jam 6.30 petang, kami pun bertolak pulang ke Jengka. Perut sudah kenyang, penulis mahu berehat, jadi abang penulis mengambil giliran untuk memandu pula. Myvi SXi berkaler silver itu pun bergerak perlahan-lahan menuju susur keluar ke highway Karak menghala ke Jengka.

Bagi mereka yang pernah melalui Highway ini, susur keluar Genting Sempah arah ke Jengka ini terletak sebaik sahaja anda melepasi Terowong Genting Sempah. Selepas sahaja susur itu, anda akan menuruni bukit curam sejauh hampir 3 kilometer, dan kebanyakan kenderaan berat akan memperlahankan kenderaan mereka itu bagi mengelakkannya terbabas atau pun hilang kawalan..

TAPI..

Lain ceritanya dengan kenderaan berat ini a.k.a Lori Tangki ini a.k.a Tanker  ini..

Dalam keadaan jalan menuruni bukit curam, apa yang pemandu lori ini lakukan :

 Lori ini memintas kenderaan kami dari sebelah kiri

 Lori ini memintas sebuah lagi lori kontena

 Lori ini memintas lagi sebuah lori treler


Selepas hampir 20 minit, barulah kami dapat memintas lori ini semula..

Kepada pemandu kenderaan berat, kenderaan awam dan semua pemandu persendirian, berhati-hatilah di jalan raya dan lebuh raya. Jangan bahayakan diri anda dan pemandu lain. Ingatlah orang yang tersayang.


p/s : Penulis sampai di Jengka lebih kurang jam 8.00 malam, alhamdulillah

Wednesday, November 10, 2010

Suami Mithali Yang Kelakar Giler..

Salam, selamat bertemu kembali..


Kisah suami mithali yang kelakar ini penulis cedok dari kotak peti masuk e-mel penulis, hehe... Hayatilah

kisah suami mithali ini..

Kisahnya :

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eksklusif lagi mewah di pusat bandar,

setelah keluar dari gym...

Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut.

Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .


" Hello?"


"Abang, nie sayang nie,"


 "emmm . . "


 "Abang masih ada di kelab lagi ke? "


 "iya."


 "sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. ...

Sayang ada nampak kain sutera terbaru . .cantik bang, Boleh ke sayang beli?


"Berapa harga nya?"


"Cuma RM 1500.00 aje"


 "O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"


"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 ....

sayang suka kat satu model tu....emmm, dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . .

lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu...


" Berapa harga yang dia bagi?"


"Cuma RM 280,000 ..."


"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."


 "Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."


"Apa?"


 "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu...

sekarang nie untuk dijual !!

Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang , berhadapan

dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "


 " Berapa harga yang mereka minta?"


 " Cuma RM RM 740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."


"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli,

Tapi cuba dapatkan harga RM 700,000. OK?"


"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"


"Bye... I Love you too . . "


 Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone..sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA…..??????




 p/s : Agaknya bagaimana la perasaan suami dia bila balik rumah nanti,  hehe

Saturday, November 6, 2010

Berwaspadalah Kaum Wanita..

Salam, selamat bertemu kembali..

(gambar hiasan)

Hal ini berlaku di KL.. Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..


Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanyabudak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.


Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.


Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


P/S: Sebarkan maklumat ini kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...