Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Apabila Radhi Mat Din Turun Ke Gelanggang...

Salam, selamat bertemu kembali..

Setelah lama tak meng'update' blog ini, penulis memilih berita di bawah ini sebagai bahan paparan petang ini. Radhi Mat Din, pemain bola sepak sensasi era 90-an dari Kedah kini turun semula ke gelanggang. Bukan ke gelanggang bola sepak, sebaliknya ke gelanggang rakyat, bersama-sama menzahirkan bantahan ke atas tindakan kerajaan memberikah lesen judi bola kepada Berjaya Group.. Apa-apapun, tahniah Radhi..

Dari Malaysiakini

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.


Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an.

Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir.

"Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan.

"Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.


Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini.

"Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya.



p/s : Pemain bola sepak yang lain juga harus bantah judi bola..

Sunday, April 4, 2010

Saingan Akhir Piala FA 2010 : Kedah vs Negeri Sembilan

Salam, selamat bertemu kembali..


PERLAWANAN AKHIR TM PIALA FA 2010



KEDAH

vs

NEGERI SEMBILAN



10 APRIL 2010, SABTU

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL, 8.45 MALAM





p/s : Pulun Kedah Pulun..

Wednesday, October 14, 2009

Piala Malaysia : Akhirnya Kedah Tersungkur..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Setelah gah di persada Piala Malaysia selama 2 tahun berturut-turut, juara bertahan merangkap pasukan ‘favourite’ penulis, Kedah akhirnya tersungkur jua dalam saingan Piala Malaysia apabila gagal layak sebagai 8 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan suku akhir piala tertua negara itu.. Sungguhpun menampilkan persembahan bertenaga membelasah Pulau Pinang 4 – 0 malam tadi, kemenangan pasukan Kuala Muda Naza ke atas gergasi merah, Selangor menutup terus intaian Kedah ke suku akhir..

Kedah sudah melakukan sedaya upaya mereka. Benar telahan penulis dalam artikel petang semalam (yang disiarkan petang ini), Kedah perlu menang dengan jaringan besar bagi mencerahkan peluang itu. Kedah berjaya melakukannya, menang dengan jaringan besar ke atas Pulau Pinang. Namun, sangkaan dan ramalan peminat yang mengharap Kuala Muda Naza, Perlis dan Perak tewas teruk kepada lawan masing-masing jauh tersasar. Kuala Muda Naza dengan tidak disangka-sangka berjaya menumbangkan juara tiga piala musim ini, Selangor dengan gol tipis 3 – 2, manakala Perak pula sekadar seri dengan 1 – 1 dengan Johor FC manakala Perlis pula berjaya menewaskan Plus FC dengan jaringan 1 - 0.

Sedih untuk diulas lagi, Kedah tersingkir jua akhirnya. Harapan kini tinggal harapan. Tahniah kepada Azraai Khor dan anak buahnya atas persembahan sepanjang saingan Piala Malaysia ini. Tahniah juga kepada kesemua 8 pasukan layak ke suku akhir :

SELANGOR

KELANTAN

KL PLUS FC

NEGERI SEMBILAN

JOHOR FC

TERENGGANU

PERLIS

KUALA MUDA NAZA

Info Piala Malaysia seterusnya di SINI


p/s : Kedah kena lebih pulun musim depan.. Majulah sukan untuk negara..!!

Piala Malaysia : Berjayakah Kedah Ke Suku Akhir Terjawab Malam Ini..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Sepatutnya posting ini disiarkan pada petang semalam, namun kerana ‘masalah teknikal’ dan masalah talian internet, penulis tidak sempat meletakkannya di blog ini. Oleh kerana, sudah puas menaip petang semalam, penulis ingin terbitkan juga petang ini, walaupun persoalan dalam artikel ini sudahpun terjawab...huhu, sedihnya..


Artikel 12 Oktober 2009, jam 2.15 petang :


Rasanya sudah lama penulis tidak menjadi ‘pengulas’ sukan tanahair dalam laman ini. Terasa ‘gatal’ pula tangan hari ini nak tulis bab saingan Piala Malaysia yang semakin ‘hangat’. Walaupun rakan-rakan di tempat kerja penulis asyik saja mengulas tentang perkembangan saingan EPL (Liga Perdana Inggeris), penulis sebenarnya lebih teruja untuk mengikuti perkembangan pasukan ‘favourite’ dulu, kini dan selamanya, pasukan bolasepak Kedah Darul Aman.


Tajuk posting penulis kali ini ialah Piala Malaysia : Berjayakah Kedah Ke Suku Akhir .?? Dalam saingan Piala Malaysia yang semakin hangat kini, itulah antara persoalan yang bermain-main di fikiran seluruh peminat bolasepak Kedah dan mereka yang mengikuti rapat perkembangan skuad Hijau Kuning itu. Setelah menang 2 kali (Kedah 3 – ATM 0, Kedah 1 – Kelantan 0), satu keputusan seri (Kedah 1 – ATM 1) dan dua kekalahan (Kedah 1 – Kelantan 2, Kedah 0 – Pulau Pinang 1), kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Pulau Pinang malam ini sangat penting bagi skuad Azraai Khor Abdullah.


Keadaan kini semakin genting.. Dari 8 pasukan yang diperlukan untuk mengisi slot suku akhir, 2 pasukan selaku juara kumpulan D dan E sudah mengesahkan tempat mereka iaitu Selangor dan Kelantan. 4 pasukan lagi iaitu KL Plus (juara kumpulan A), Negeri Sembilan (juara kumpulan B), Johor FC (juara kumpulan C) dan Terengganu (naib juara kumpulan B) pula dianggap sudah ‘sebelah kaki’ ke suku akhir. Ini juga bermakna hanya tinggal lagi 2 tempat yang mana akan ditentukan menerusi 3 naib juara kumpulan yang mencatat mata tertinggi. Mengambil kira keadaan semasa, 2 naib juara terbaik dihuni oleh Perlis (10 mata) dan Perak (10 mata) dalam kumpulan masing-masing.


Atas kertas, Kedah sudah tidak berupaya lagi. Kedah ketinggalan begitu jauh dari segi mata di mana mereka hanya mampu mengutip 7 mata dari 5 perlawanan. Atas apa alasan sekalipun, Kedah harus menang ke atas Pulau Pinang malam ini sambil mengharapkan semua naib juara kumpulan terutamanya Perlis dan Perak tewas dengan jaringan besar kepada lawan masing-masing. Hanya dengan ‘keajaiban’ itu sahaja, mampu melayakkan Kedah mengisi baki dua tempat berkenaan. Kedah perlu mengutip 3 mata penuh dengan mengalahkan Pulau Pinang dengan jaringan besar, bagi membolehkan mereka berkongsi mata dengan Perak dan Perlis.


Andainya skuad Azraai Khor ‘makan besar’ malam ini dan Perak serta Perlis pula mencatatkan kekalahan besar, pasti Kedah berjaya merebut tempat ke suku akhir.. Namun perlu diingat, Pulau Pinang juga ingin menyelesaikan misi yang sama..

PULUN KEDAH PULUN

p/s : Sekadar sokongan seorang peminat kecil pasukan Kedah dari bumi Pahang


Sunday, April 26, 2009

Final Piala FA 2009 : Sengketa Politik Dilupakan

Salam..

Pertamanya syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor atas kejayaan menjulang trofi Piala FA tahun ini dengan menewaskan pasukan Kelantan di Bukit Jalil malam tadi.

Selain aksi yang menarik dan mendebarkan dalam jangkamasa 120 minit perlawanan (90 minit + 30 minit masa tambahan), kehadiran pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas utama stadium semalam turut mencuri tumpuan. Berikut antara gambar yang di'grab' dari blog Anwar Ibrahim.


Syabas dan tahniah dari Anwar Ibrahim kepada kapten pasukan Selangor, Mohd.Amri Yahyah.


Barisan VIP terdiri daripada (tiga dari kiri), Tengku Muhammad Faris Petra, Datuk Che Mat Jusoh, Datuk Shabery Cheek, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa.


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sambil diperhatikan Naib Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad.


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Raja Bolasepak Malaysia, Datuk Abdul Ghani Minhat



p/s : Kalau MB Kelantan,Tok Guru Nik Aziz datang semalam lagi gempak stadium, hehe

Tuesday, March 31, 2009

Azizul "The Pocket Rocket Man"...

Assalamualaikum w.b.t..


Selepas nama Malaysia diharumkan melalui Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy, Shalin Zulkifli dalam sukan bowling, Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, kini dalam usianya baru 21 tahun, Mohd.Azizul Hasni Awang pula menggegarkan dunia, memberi isyarat bahawa Malaysia bakal melahirkan jaguh pecut trek basikal dunia..

Legenda basikal trek Perancis, Arnaud Tournant sendiri misalnya mengagumi skil yang dimiliki Azizulhasni sehingga menyifatkan sebagai pelumba paling berbakat ketika ini.

"Dia cukup pantas, taktikal dan juga cukup berbakat walaupun bertubuh kecil. Dan kerana badannya yang kecil itulah, dia mampu melakukan sesuatu yang luar biasa yang kita tidak terfikir," kata bekas pelumba yang masih memegang rekod dunia 1 kilometer ujian masa itu kepada AFP.

Kehebatan Azizul cukup diiktiraf sehingga mereka menggelar Azizul sebagai "The Pocket Rocket Man", satu gelaran yang membawa makna yang cukup besar kepada anak Melayu dari Malaysia ini. Semangat Azizul membara bersama keazamannya untuk membela nasib keluarga..

Sekalung tahniah kepada Azizul dan selamat maju jaya, semoga terus berjaya mencipta kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia..doa rakyat Malaysia sentiasa bersama anda..

p/s : Majulah sukan untuk negara..

Friday, March 20, 2009

Teruskan berjuang Datuk..

Assalamualaikum w.b.t...


Selepas berjaya menundukkan Lin Dan di Terbuka Switzerland, Ahad lalu, Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton no.1 dunia akan menghadapi tentangan seorang lagi pemain handalan dunia dari Indonesia, Taufik Hidayat pada minggu depan dalam Terbuka India di Hyderabad.

Sekalung tahniah pada Datuk atas kejayaan di Terbuka Swiss dan selamat berjuang di Terbuka India.. Malaysia Boleh..

Taufik Hidayat


p/s : Siapakah pengganti Chong Wei selepas ini..??

Sunday, February 1, 2009

2 Pemain Pakatan Rakyat FC Liga Perak Tak Nak Main Bola Dah..

Assalamualaikum w.b.t..

Berita asal :
Dua Adun PKR Perak letak jawatan - Malaysiakini

Selepas Nasarudin Hashim, pemain Barisan Nasional FC yang melompat menyertai seteru mereka Pakatan Rakyat FC minggu lalu, hari ini dua pemain pasukan pendahulu Liga Perak itu bertindak di luar dugaan apabila mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pemain berkuatkuasa serta merta. Ini beerti kedua-dua pemain terbabit, Jamaluddin Mat Radzi dari Behrang dan Osman Jailu dari Changkat Jering di'larang' turun ke padang menyertai mana-mana perlawanan samaada di Liga Negeri mahupun Liga Persekutuan selama 5 tahun..

Terdahulu, Malaysiakini juga melaporkan desas-desus Timbalan Kapten Barisan Nasional FC di Liga Persekutuan, Mohd.Najib Razak ada melakukan pertemuan dengan kedua-dua pemain Pakatan Rakyat FC itu juga memegang jawatan penting di Liga Perak. Tengahari tadi juga, Kapten BN FC Liga Persekutuan, Abdullah Badawi mengulas ada kemungkinan pemain PR FC melompat ke BN FC..

Hal ini beerti Liga Perak perlu mengadakan pemilihan pemain semula di Changkat Jering dan Behrang dalam masa 60 hari.. Maka bersedialah penyokong-penyokong di kedua-dua kawasan terbabit menerima 'pembangunan segera' ye.. Nanti semua pengurus, jurulatih, kapten, dan pemain-pemain dari semua Liga akan turun ke sana, tak kira dari Pakatan Rakyat FC atau Barisan Nasional FC..

p/s : Politik Perak makin panas, politik NS makin panas, politik Pahang makin panas..



Thursday, January 15, 2009

Saingan Liga Super : Kedah kalah lagi...!!

Assalamualaikum w.b.t..

Sejak permulaan saingan TM Malaysia Liga Super pada 3 Januari lepas, penulis sangat teruja menantikan kemenangan Skuad Hijau Kuning hingga ke hari ini. Memandangkan mereka bergelar Juara Piala Malaysia, Piala FA dan Juara Liga Super pada dua musim lepas berturut-turut, ramai yang menantikan Kedah mengulanginya pada musim ini.

Namun, apa yang diharapkan tidak kesampaian.. Pada perlawanan pembukaan Liga Super yang merebut Piala Sumbangsih, Kedah tewas kepada Selangor dengan jaringan 1-4. Penyokong Kedah seramai lebih 30,000 orang ternyata begitu kecewa dengan prestasi pemain Kedah dan 'terdiam' dengan gol-gol jaringan Mohd.Safee Sali, Zameer Zainun dan Amri Yahyah yang menjaringkan dua gol..

Pada 6 Januari, penulis juga mengharapkan Kedah akan bangkit namun skuad kendalian Azraai Khor Abdullah tewas juga di tangan Negeri Sembilan dengan jaringan 0-3.. Buat pengetahuan semua, dalam dua perlawanan ini, Azraai masih menurunkan penjaga gol utama negara, Helmi Eliza Alias.

Pada 10 Januari pula, Kedah melayan kunjungan Johor FC di Alor Setar.. Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, Kedah masih tidak mampu memenangi perlawanan ini sebaliknya hanya mampu seri 0-0 sahaja.. 13 Januari lepas pula, Kedah ke Stadium Utama Negeri, Kangar. Harapan mereka untuk memecahkan 'badi kekalahan' tidak kesampaian apabila dikecewakan Singa Utara dengan jaringan 0-1.

Seterusnya, pada 10 Februari ini, Kedah akan menerima kunjungan pendahulu Liga Super setakat ini iaitu KL Plus di Stadium Darul Aman. Penulis mengharapkan satu perkembangan baik akan berlaku dan kemenangan dapat dicipta untuk skuad Kenari.

Bayangkan selepas beraksi dalam 4 perlawanan, Kedah hanya berjaya menyumbat 1 gol tetapi gawang mereka dibolosi sebanyak 8 gol. Penulis masih lagi mengharapkan kebangkitan skuad Hijau Kuning. Dengan usaha berterusan dan azam yang kuat, penulis yakin pemain-pemain Kedah mampu bergelar Juara Tiga Piala sekali lagi pada musim ini..


p/s : Ketiadaan pemain import mungkin salah satu penyebabnya..


Sunday, November 9, 2008

KEDAH : RANKING KE-159 KELAB BOLASEPAK TERBAIK DUNIA

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut ranking terbaru yang dikeluarkan IFFHS (International Federation of Football History and Statistics ) pada 1 November lalu, Persatuan Bola Sepak Kedah telah disenarai di ranking ke-159, sedikit menurun berbanding ranking ke-157 pada bulan lepas. Apa yang membanggakan, kedudukan di tangga 159 itu pun sudah membuktikan bahwa prestasi bola sepak tempatan mampu berdiri setanding dengan tahap bola sepak antarabangsa. Tambah mengejutkan, beberapa kelab ternama Eropah jauh ketinggalan di belakang ranking Skuad Kenari ini..


Antaranya Real Mallorca (Sepanyol) di ranking ke-165, Ajax Amsterdam (Belanda) di ranking ke-171, Middlesbrough (England) di ranking ke-197, Athletic Bilbao (Sepanyol) di ranking ke-266, West Ham United (England) di ranking ke-280 dan AZ Alkmaar (Belanda) jauh di ranking ke-305.


Penulis tumpang gembira kerana penulis juga mempunyai susur galur keluarga yang luas di Kedah. Ayah penulis merupakan anak peneroka di Felda Sungai Tiang, Pendang, tempat bekas pemain Kedah, Radhi Mat Din dan Che Zambil Ahmad manakala ibu penulis berasal dari Kg.Alor Belat, Alor Setar.. Bangga jadi orang Kedah, hehe...

Sekalung tahniah kepada semua pemain bolasepak negeri Kedah, jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, pengurus pasukan, presiden dan seluruh organisasi persatuan dan juga kepada selruh rakyat negeri Kedah Darul Aman kerana kita pasukan bolasepak anda dikenali dunia..

p/s : ranking Malaysia dalam FIFA naik dari 161 ke 160, tahniah juga, hehe

BACA LAGI DI :
http://www.iffhs.de/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...