Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Ampu Sana Wa Ampu Sini...

Salam, selamat bertemu kembali..

Dikisahkan di beberapa laman maya perihal isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor. Sejak suaminya DS Najib Razak ditabalkan sebagai TPM pada Januari 2004 sehingga masa ini, pelbagai cerita kurang enak berkumandang di ruang udara Malaysia berkenaan isteri PM ini.


Terbaru, dikhbarkan DS Rosmah Mansor mmpunyai pejabat rasmi di Seri Perdana di bawah satu jabatan iaitu  FLOM (First Lady of Malaysia) Division. Ia boleh diakses melalui laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri namun kini ia sudah pun di'delete', mungkin kerana penyebaran luas berita kewujudan jabatan yang tidak sepatutnya wujud itu. 

Jadi, dengan ter'delete'nya maklumat FLOM itu, telahan ramai pihak bahawa DS Rosmah Mansor mmg mmpunyai pejabat rasmi di bangunan yang menempatkan suaminya terbukti BENAR.. Selama pemerintahan UMNO-BN selama 53 tahun, belum ada mana-mana lagi isteri PM yang mempunyai pejabat rasmi di pejabat PM a.k.a mencampuri urusan pentadbiran negara yang sepatutnya hanya diurus oleh suaminya iaitu Perdana Menteri.

Perdana Menteri ke-4, Tun Dr.Mahathir pun tidak pernah rasanya membenarkan isterinya, Tun Dr.Siti Hasmah mencampuri urusan pentadbiran. Setahu yang penulis baca, yang penulis lihat, Dr.Siti tidak pernah pula menjelajah ke luar negara untuk mempromosi Malaysia seperti mana yang DS Rosmah lakukan.

Sebab itu, penulis sedikit janggal dengan kenyataan dibuat Anifah Aman, Menteri Luar yang memuji DS Rosmah cerdik, DS Rosmah pandai mempromosi Malaysia di luar negara. Huhuhu.. Jadi, lepas ni DS Najib tidur sorang-sorang lagi la, sebab lepas ni DS Rosmah mesti akan selalu ke luar negara, sebab beliau pandai dan cerdik dalam bab-bab mempromosi Malaysia di luar negara, sampai penginapan dan perbelanjaannya di Oman di'sponsor' oleh Raja Oman. Memang hebat beliau ye..

Hakikatnya, memang DS Rosmah seorang yang bijak dan pandai sejak zaman persekolahan lagi di mana beliau selalu mendapat tempat teratas di kalangan rakan-rakannya. Maksudnya kehebatan DS Rosmah ini dipupuk sejak zaman skolah lagi. Patut la hebat sampai sekarang. 

Macam Datuk Mat Maslan jugak lah, beliau pernah dinobat sebagai juara pertandingan debat sejak zaman sekolah lagi. Dan kehebatan kebolehdebatan beliau itu sepatutnya dibawa hingga masa kini. Jika zaman sekolah hebat berdebat, masa kini dah jadi Timbalan Menteri, pasti lagi hebat debatnya kan?? Tapi, Datuk Mat Maslan ni anti-klimaks lah, beliau TOLAK jemputan Presiden ANAK, Mazlan Aliman untuk berdebat isu Felda di Tenang. Beliau ajak Mazlan berdialog plak dah.. 


Jadi, kempunanlah rakyat Tenang dan warga Malaysia nak tengok skil-skil Mat Maslan berdebat sewaktu zaman sekolah.. Cakap berdekah-dekah kata juara debat sekolah, tapi bila diajak debat, tak nak pulak dah. 

Mungkin kita kena guna cara Datuk Anifah Aman kot, contohnya :

Datuk Mat Maslan bijak, Datuk Mat Maslan cerdik. Beliaulah tokoh debat sejak zaman sekolah hingga kini, tak lapuk di  hujan, tak lekang dek panas.. Debat Datuk Mat Maslan memang diperlukan kerana hujah-hujah Timbalan Menteri JPM yang kita kagumi ini mampu mematahkan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh Presiden ANAK kepada Felda. Datuk Mat Maslan, londehkan segala pembohongan ANAK itu, kembalikan maruah FELDA di mata-mata peneroka dan generasi kedua Felda.. kami yakin dengan jagoan debat sekolah pun Presiden ANAK akan mati hujah di gelanggang debat.. jangan takut jangan gentar Datuk, SAHUT CABARAN DEBAT..

makluman : Jemputan Debat isu Felda sudah dihantar buat kali kedua kepada Datuk Mat Maslan namun masih tiada respon sehingga kini..


p/s : Berani DEBAT kerana benar, takut DEBAT kerana salah.
.

Monday, August 9, 2010

RM200 Juta Dato' Ahmad Maslan vs RM 200 Juta Peneroka Jempol

Salam, selamat bertemu kembali..


Dari Malaysiakini

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.


Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.


"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

[Ini satu lagi kes mahkamah yang perlu dihadapi Felda selepas kemenangan diberikan oleh mahkamah kepada peneroka Felda Kemahang 3 di mana Felda diperintah membayar lebih RM11 juta kepada ratusan peneroka di situ. Kini, berhadapan pula kes saman RM200 juta. Sebelum ini gegak gempita seluruh buana di tanah Felda, Dato'Ahmad Maslan ingin kemukakan saman RM 200 juta kepada Suara Keadilan dan PKR. Ada Timbalan Menteri ini atau pengurusan tertinggi Felda failkan saman tersebut di mahkamah???]

[Presiden ANAK ajak berdebat, Ahmad Maslan tolak. Kononnya debat tak selesaikan masalah. Timb.Menteri itu pula yang jemput Presiden ANAK berdialog, dan Presiden ANAK itu bersetuju, katanya, Ahmad Maslan sediakan tempat, jam berapa dan siarkan ke seluruh negara, itu pun Ahmad Maslan langsung tak bagi maklum balas sampai sekarang..ape da..tak profesional langsung..macam penakut je]


p/s : Berani kerana benar, takut kerana salah..!!

Saturday, July 3, 2010

Isu Felda Bangkrap : Bacalah sekejap kat sini..

Salam, selamat bertemu kembali..

Sudah lebih 2 minggu penulis tidak meng'update' blog Pak Tam Jengka ni.. Dengan kesibukan sepanjang minggu hingga tak sempat mencoretkan apa-apa di laman ini..

Beberapa hari ini, heboh dicanangkan ke seluruh negara bahwa FELDA akan menyaman PKR dan Suara Keadilan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'FELDA BANGKRAP'. Maka bergegarlah seluruh perkampungan Felda dengan berpuluh-puluh demonstrasi yang kononnya dilakukan oleh peneroka dan warga Felda.
Hal ini termasuklah demonstrasi aman menentang Suara Keadilan dan PKR yang berlangsung di Bandar Jengka tempoh hari. Lokasinya di belakang Balora Mastika, berhadapan sebuah pusat latihan kemahiran yang dikendalikan oleh anak orang kuat UMNO di Jengka ini. Dengan poster yang dibuat sendiri, mereka bertempik di hadapan kamera wartawan Sinar Harian yang dijemput datang. Berdemo pula di kawasan yang tersorok dan jarang dilalui pengguna jalan raya.

Sepatutnya, demonstrasi aman berkenaan perlulah dilakukan paling-paling pun di tengah pusat bandar Nadi Kota, dekat menara jam bertentangan dengan terminal bas. Di situ ada kawasan yang agak lapang dan sentiasa sibuk dengan orang ramai. Barulah hasrat hati untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap PKR dan Suara Keadilan akan tercapai, hebahkan risalah pada orang ramai agar mereka tahu apa yang Felda suarakan. Lihat gambar-gambar di SINI

Menjenguk ke blog penulis prolifik, Mohd Sayuti Omar, penulis terbaca satu artikel yang menarik yang rasanya boleh kita kongsikan bersama-sama di sini. Isunya ialah isu yang sama, kes Felda dikatakan BANGKRAP..

Teruskan membaca..

Dari blog Merah Tinta :

Menjelang jam 11:00 pagi dalam telefon masuk satau SMS memberi tahu yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan hendak mengadakan sidang akhbar di parlimen jam 3:00 petang.

Disebut dalam SMS itu Ahmad Maslan akan mengumumkan mengenai hasrat Felda nak saman
lidah rasmi parti PKR, Suara Keadilan ekoran akhbar berkenaan menuduh Felda bankrup. Berita mengenai pengumuman Ahmad itu telah pun keluar di beberapa portal dan blog, di mana menurut Ahmad, Felda saman Suara Keadilan dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta. Wau banyak tu...

Mungkin bagi peneroka di Hulu Terengganu ataupun Hulu Pahang, atau Serting Negeri Sembilan merasa gembira mendengar kenyataan Ahmad Maslan itu. Betapa tidak dalam kepala mereka Felda secara atas angin akan menambahkan asetnya sebanyak RM200 juta. Sedikit sebanyak mungkin mereka mengira, wang itu nanti akan menimbus rizab tunai Felda yang dikatakan susut itu?

Biasalah bila lama tak jumpa panjanglah sembang dengan kawan lama tadi. Sebenarnya perkara utama yang hendak dibincangkan tidak sampai pun 10 minit. Tetapi kerana perbualan lain-lain topik dan sub topik memakan masa lebih tiga jam.

Kawan ini seorang ahli perniagaan yang aktif hingga ke peringkat antarabangsa. Dia juga sebagai seorang pemerhati politik. Dia berkawan dengan semua orang, khasnya tokoh-tokoh Umno termasuk beberapa menteri. Jadi banyaklah kepincangan dan penyelewengan yang diketahuinya yang sesetengahnya tidak sampai hati nak disebutkan.

Dari hal mengenai kedudukan kewangan negara yang semakin susut dan menipis sampailah kepada perkara-perkara yang jelek untuk diceritakan. Menurut kawan ini disebabkan berleluasanya rasuah, penyalahgunakan kuasa, menyebabkan negara boleh bankrup. Nasib malang negara ini bukan kerana gimik atau sengaja nak menakut-nakutkan rakyat membolehkan kerajaan mengurangkan subsidi, tetapi menurutnya memang ia satu yang akan menjadi realiti. Malahan dari nada cakapnya dia optimis negara ini akan bankrup.

Beliau lantas memberi contoh dengan apa yang berlaku dalam Felda yang menjadi isu hangat hari ini. Beliau yang juga bekas pegawai Felda tahu benar mengenai salah urus dan tadbir dalam Felda menyebabkan berlaku penyusutan rezeb tunai Felda.
"Apa yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan itu benar, duit Felda sudah habis," ujarnya.

Kawan itu memberi satu dua contoh bagaimana dua projek Felda yang tidak menguntungkan tetapi dijalankan juga kerana untuk membantu kroni. Satu katanya pembinaan hotel di Bangi di mana bagi kepentingan Felda pembinaan ini langsung tidak ada apa-apa keuntungan. Untuk apa Felda membina hotel, soal beliau marah.

Tetapi katanya kerana atas permintaan Pengerusi Felda, Yusuf Noor kerana inginkan bangunan tertinggi di Bangi berdekatan kediamannya maka pembinaan itu diluluskan. "Untuk apa hotel berkenaan. Pada saya lebih baik ia dibina sekolah Tahfiz Agama untuk anak-anak peneroka," katanya.

Satu lagi projek yang menghabiskan wang institusi itu ialah pembelian ladang lembu di Australia bernilai RM600 juta. Peneroka mungkin seronok bila dibertahu Felda menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Mengenai projek ladang lembu ini katanya apa membingungkan Felda telah mengeluarkan wang sebanyak RM600 juta, tetapi saham pemilikkan ladang itu bagi Felda hanya 19 persen sahaja. Ini perniagaan bodoh katanya. Ke mana perginya 81 persen lagi walahualam. Katanya dia memiliki dokumen berhubung permbelian ladang berkenaan.

Baca artikel asal beliau di SINI

[Kepada yang marahkan Suara Keadilan dan PKR berkenaan isu ini, harapnya dapatlah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Mutakhir ini ramai bekas pegawai kerajaan, bekas menteri kabinet, bekas tentera, bekas polis dan pesara kerajaan berjawatan tinggi satu ketika dulu sudah berani tampil mendedahkan salah urus tadbir dan penyelewengan yang tidak dapat mereka dedahkan ketika mereka bertugas dahulu. Presiden ANAK, Sdr.Mazlan Aliman mengalu-alukan saman RM200 juta yang difailkan Felda kerana katanya, beliau sudah bersedia dengan bukti-bukti kukuh dan berharap Felda juga dapat mengemukakan bukti-bukti mereka dalam mahkamah nanti.. Hidup Felda..]

Tuesday, May 18, 2010

Dengar Sendiri Dari Mulut Mazlan Aliman..


PROGRAM DIALOG DAN PENERANGAN ISU-ISU PENEROKA

bersama YBhg.Saudara Mazlan Aliman
(Presiden ANAK)

Markaz Baitussalam Felda Jengka 16
Jumaat, 21 Mei 2010
Jam 5.00 petang (solat Asar di markaz)

SELURUH GENERASI PENEROKA DIPERSILAKAN HADIR BERAMAI-RAMAI

Penulis ingin mendengar sendiri dari mulut Presiden ANAK ini :

- benarkah dakwaan mengatakan ANAK sebuah pertubuhan yang haram???
- benarkah Mazlan memfitnah Felda melalui bukunya, Felda Dulu Tolong Sekarang Along???
- mengapakah Mazlan dimasukkan ke lokap di IPD Raub???
- apa cerita sebenar kes saman RM11 juta di Kemahang 3???
- benarkah berlaku kes penipuan penggredan sawit di kilang-kilang milik Felda???
- apa cerita sebenar Felda Technoplant dan Akta GSA 1960???
- jika semua dakwaan Mazlan semuanya FITNAH BELAKA, apakah Felda ada mengambil tindakan mahkamah ke atas Mazlan???


p/s : Harapan agar pengurusan Felda bersikap profesional..

Friday, March 12, 2010

Mengapa Felda Begitu Takut Dengan Mazlan Aliman??

Salam, selamat bertemu kembali..


Penulis begitu pelik dengan reaksi Felda yang sejak akhir-akhir ini begitu agresif dengan tindakan seorang generasi kedua Felda bernama Mazlan Aliman. Apakah hanya kerana beliau memimpin ANAK, sebuah NGO yang pandangannya tidak sealiran dengan MBFM dan Felda, beliau dicop sebagai pemecah belah masyarakat Felda.?? Memang diakui, beliau merupakan AJK Pas Pusat, namun hakikat yang tak boleh dinafikan sesiapa ialah beliau sememangnya merupakan anak jati Felda Bukit Ramun di Kulai, Johor. Beliau memang keturunan Felda..

Jadi apa masalahnya sehingga beliau ditahan di lokap polis atas alasan menceroboh kawasan Felda Lembah Klau.?? Hinggakan nak buat dialog dengan peneroka di dalam kawasan rumah pun tidak dibenarkan.. Nescaya, cara pengurusan Felda dan cara Felda menangani isu ini akan ditertawakan oleh generasi kedua Felda pada hari ini.. Kami selaku generasi kedua Felda di Jengka bukanlah bodoh sehingga boleh diperkudakan oleh sesiapa. Kami boleh berfikir dengan matang, bukan semborono, kami generasi berpendidikan, kami boleh membezakan sendiri apa yang salah, apa yang betul...

Jika Mazlan Aliman didakwa menabur fitnah terhadap Felda dengan hasil kajian 15 tahunnya menerusi buku "Felda : Dulu Tolong Sekarang Along", Felda perlu berani meneruskan tindakan samannya terhadap Mazlan. Bawa kes ke mahkamah dan biar mahkamah menentukannya, Mazlan akan dedahkan segala bukti-bukti yang ada padanya dan Felda juga kemukakan bukti bagi menunjukkan dakwaan Mazlan dalam buku berkenaan adalah fitnah belaka.. Jangan hanya "berkokok di tepi rumah sendiri", panggil Sinar Harian, panggil Utusan Malaysia, panggil TV3, dan melolong sekuatnya,"..Kamilah pembela peneroka Felda.."

Di sini penulis titipkan sedikit catatan dari blog seorang sahabat di SINI

Sebenarnya Felda semakin panas dengan laporan Suhakam yang dibuat Mazlan minggu lepas berkaitan dengan penipuan dan penindasan Felda kepada peneroka. Sebelum itu mereka berhadapan dengan tindakan mahkamah peneroka Felda di Kelantan atas penipuan gred sawit. Mahkamah telah mengarahkan Felda membayar ganti rugi kepada peneroka-peneroka ini. Selepas itu, mereka tertekan dengan ratusan dialog dan ceramah penerangan yang dibuat oleh Mazlan Aliman bersama kumpulannya di seluruh Felda di Malaysia mendedahkan kepincangan dan penindasan Felda kepada peneroka. Boleh dikatakan lebih 80 peratus Felda di Malaysia sudah dimasuki Mazlan Aliman. Malah ada Felda yang dimasuki tiga hingga lima kali atas permintaan peneroka-peneroka sendiri.

Ini menyebabkan Felda tertekan dengan kebangkitan rakyat peneroka yang mula reti erti undang-undang dengan membawa berbagai-bagai kes ke mahkamah, membuat pendedahan kepada media, mengajurkan konvensyen dan kemuncaknya berhimpun di Suhakam membuat aduan. Laporan Suhakam itu mendapat liputan besar-besaran oleh media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysia Kini dan juga akhbar-akhbar arus perdana. Dunia luar Felda terkejut dengan laporan-laporan ini kerana sangkaan mereka, peneroka felda ini orang yang sangat dimanjakan oleh kerajaan sejak dahulu kerana selama ini berita-berita manis sahaja didengar mereka. Namun laporan kepada Suhakam itu menyebabkan tekanan yang Felda hadapi semakin memuncak.

Baca lagi di SINI

Baca juga di Mazlan Aliman Pejuang Peneroka


p/s : Nak marah, marah lah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...