Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Syukur : TV3 Tunduk Kepada Tok Guru Nik Aziz

Salam, selamat bertemu kembali..

Akhirnya, kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz membenarkan stesen utama Media Prima, TV3 untuk 'masuk' ke Kelantan menganjurkan Karnival Jom Heboh. Ini semua lantaran keterbukaan pihak TV3 untuk mematuhi dasar-dasar dan garis panduan yang digariskan oleh kerajaan Islam Kelantan..

Kini, terbukti bahawa kerajaan Kelantan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang aktiviti hiburan, asalkan ia tidak melanggar batas-batas dan syarak, nescaya kerajaan negeri akan membenarkan.. Semoga Kelantan akan terus memimpin perubahan dan menyerlahkan lagi keindahan Islam di mata seluruh rakyat Malaysia.

Jom Heboh Di Kelantan Ada Kelainan - HarakahDaily.Net

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.


p/s : Hanya kerajaan Kelantan letakkan syarat penonton lelaki dan wanita diasingkan, negeri lain camner??

Thursday, January 21, 2010

Apakah Hukum Menyertai Laman Sosial Facebook??

Salam, selamat bertemu kembali..

23 Julai tahun lalu, penulis menyiarkan sebuah artikel di blog ini bertajuk Facebook Produk Israel??? yang antara lain mengupas mengenai latar belakang pengasasnya, Mark Zuckerberg yang dikatakan menyumbang kepada Zionis Israel melalui keuntungan diraihnya melalui lama sosial itu..


Namun, pemerhatian penulis mendapati kini Facebook sudah menjadi kegilaan jutaan rakyat Malaysia, seperti juga mula2 Friendster diperkenalkan dahulu.. Membaca akhbar beberapa minggu lalu, penulis berjaya menemukan satu laporan menyiarkan jawapan balas Pensyarah UIAM, Ust.Zaharuddin Abdul Rahman mengenai pertanyaan seorang pembaca akhbar berkenaan.. Artikel di blog beliau ini juga merungkai persoalan yang membelenggu penulis dan mereka yang lain, yang masih ragu-ragu dengan status Facebook ini..

Malah, begitu ramai tokoh agama sedunia dan pimpinan negara kini telah menyertai Facebook sebenarnya. Antara lain, Presiden Pas, DS Haji Hadi Awang, PM Malaysia, DS Najib Razak, Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Lebih teruja, tokoh ulama muktabar seperti Prof.Dr.Yusuf Qardawi dan Prof.Dr.Wahbah Zuhayly juga kini telah menyertai komuniti Facebook..

Penulis kini kembali aktif dalam Facebook..hehe..
Lawati FB penulis di SINI


p/s : Mudah-mudahan ada hikmah di sebalik semua ini..

Tuesday, November 24, 2009

Jebak Puyuh : Mereka Memang Tak Faham Nilai Warisan Alam..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Gunung Senyum di kiri, Gunung Jebak Puyuh di kanan




Semua imej ini hanyalah sekelumit daripada hadiah keindahan warisan alam yang terdapat di gugusan gua-gua batu kapur di Gunung Jebak Puyoh, Temerloh, Pahang. Ia sengaja diatur oleh Allah sebagai tatapan umat manusia agar sedar tentang kebesaran dan kekuasaanNya. Bagi yang belu melihatnya, percayalah.. Anda akan merasa takjub dan merasa kerdil di sisi Allah setelah menyaksikan keindahan rupa bentuk Gua Rangkak, Gua Terowong, Gua Haluan Kapal, Gua Mayat, Gua Jebak Puyoh, Gua Tasik Biru dan gugusan gua-gua yang lain..

Ekspedisi penulis ke Jebak Puyoh pada 13 November lepas sememangnya menggamit kenangan yang sungguh bermakna.. Lantaran keputusan kerajaan Pahang yang dikatakan akan bekerjasama dengan syarikat YTL Cement untuk memulakan operasi pengorekan batu kapur di Jebak Puyoh awal tahun depan.. Alangkah sayangnya..

Antara keistimewaan Jebak Puyuh :

1. Khazanah alam ini berusia 240 juta tahun dan merupakan antara lokasi terpenting dalam aspek pengkajian biologi di Malaysia.

2. Pakar biologi, Dr.Reuben Clements telah menemui 47 jenis spesis siput tanah (land snails) di mana 7 daripada dikategorikan sebagai spesis terancam.

3. Pakar botani, Dr Ruth Kiew daripada Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) menemui sejenis tumbuhan baru yang dinamakan Senyumia minutiflora, yang tidak terdapat di mana-mana hutan di dunia ini kecuali di tanah daratan antara Gunung Senyum dan Gunung Jebak Puyoh.

Lebih menakjubkan, tumbuhan yang ditemui Dr.Ruth itu merupakan satu-satunya induk tunggal spesis berkenaan. Hal ini bermaksud, jika induk tunggal ini dimusnahkan, maka musnahlah terus spesis berkenaan sampai bila-bila..

Mungkin ada yang berkata penulis bercakap kosong, namun inilah buktinya.
http://www.genera-gesneriaceae.at/genera/senyumia.htm.

Selamatkanlah Jebak Puyuh.. Tolonglah bertindak wahai kerajaan negeri Pahang..

Penulis tahu sudah ada bantahan yang dilakukan sebahagian penduduk, namun adakah kerajaan mendengar bantahan mereka. Pandangan penulis, kerajaan harus bertegas dan tidak menggadaikan khazanah alam yang tidak ternilai ini dengan mendirikan kilang simen berkenaan. Jika tidak, pembinaan kilang yang hanya memakan masa sebulan dua akan menghancurkan pembinaan gua-gua dan gunung yang mengambil masa ratusan juta tahun..

Saksikan pengalaman mereka ini di Gunung Senyum dan Jebak Puyoh..

Pengalaman Kak Long Nita
Pengalaman Malaysian Bikers Community
Pengalaman Tukang Merepek
Pengalaman Setia Hawa
Pengalaman Hazaldin
Pengalaman Daniel Franklin Gomez
Pengalaman Enzofei
Pengalaman UluTopian
Pengalaman dan liputan di WildAsia.Org

Lain-lain pengalaman, banyak lagi di SINI



p/s : Kepada mereka yang pernah menyaksikan kejaiban ciptaan Allah di Jebak Puyoh, suarakanlah bantahan anda di laman maya ini, di laman blog anda dan sebagainya.. Mudah-mudahan ikhtiar kita ini berhasil...

Tuesday, July 28, 2009

Kem Ibadah SAR Al-Huda Jengka 16

Salam, selamat bertemu kembali..

Pada malam 24hb Julai lepas, penulis berkesempatan memberi sedikit pengisian dalam kem ibadah yang dianjurkan oleh sekolah lama penulis, SAR Al-Huda Felda Jengka 16.







p/s : Terima kasih kepada Ust.Hj.Harun Ahmad (mudir), Ust.Hj.Ahmad Sulaiman serta seluruh tenaga pengajar di SAR Al-Huda Jengka 16.

Thursday, July 9, 2009

“..Rupa-rupanya ayah Ustaz Tuan..”

Salam..


Apa khabar rakan bloggers sekalian.? Selamat bertemu kembali, hampir 3 minggu blog ini tidak diupdate..

Pada hari Ahad lepas (5 Julai), penulis menemani Ust.Aris Fezol (bloggers Tukul Besi) ke Kg.Batu Balai, Jerantut. Beliau diminta menyampaikan ceramah Israq Mikraj di sana. Kata beliau, Kg.Batu Balai adalah kampong halaman Ustaz Tuan (Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man), iaitu sebuah kawasan yang mempunyai ramai alim ulama dan tok-tok guru.

Kami bertolak sekitar jam 5.45 ptg dan sampai kira-kira jam 7.10 malam. Setibanya di sana, kami disambut oleh seorang ‘pak cik’ di surau At-Taqwa, lokasi ceramah malam itu. Tak berapa lama kemudian, imam surau pun sampai. Kata Ust.Aris, imam ini ialah abang kepada Ustaz Tuan. Selepas penulis amati, memang raut wajah dan gayanya saling tak tumpah macam Naib Presiden Pas itu, hehe (dah adik beradik kan??)

Masuk waktu Maghrib, kami pun solat berjemaah, solat hajat dan terus diikuti oleh ceramah oleh Ust.Aris. Ramai juga jemaah yang hadir malam tu. Ceramah berlangsung lebih kurang 45 minit, kemudian kami bersolat Isyak berjemaah. Selesai solat, jemaah disajikan dengan jamuan makan malam berlaukkan kari kambing dan kari ayam.

Penulis makan semeja dengan ‘pak cik’ yang menyambut kami petang tadi bersama-sama dua jemaah yang lain. Kata ‘pak cik’ itu, orang Batu Balai suka masak kari kambing bersama empulur batang pisang, memang sedap. Selesai menjamu selera, kami memohon izin untuk pulang.

Selepas bersalaman dengan tuan imam (Ustaz Tuan Mat Tuan Man), kami pun bertolak ke Jengka. Dalam perjalanan, penulis sempat berbual beberapa perkara dengan Ust.Aris. Sesampainya di bandar Jerantut, penulis bertanya kepada beliau,

“..Ustaz, ‘pak cik’ yang sambut kita petang tadi tu sapa??..

Jawab Ust.Aris..

“..Laa..’pak cik’ tu la Tuan Man..ayah Ustaz Tuan..”


Penulis tersenyum sendirian dan langsung tidak menyangka bahawa ‘pak cik’ yang berperwatakan sederhana tu sebenarnya ayah Naib Presiden Pas rupa-rupanya..hehe..


p/s : Pernah ke Kg.Batu Balai, Jerantut buat pertama kali sekitar tahun 2001, ketika bekerja sambilan sebagai kelindan lori ayam, hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...