Tuesday, November 11, 2008

257,411 BAYI LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t..

Tatapilah gambar-gambar ini... Semuanya angkara manusia yang tidak berhati perut dan perlakuan yang lebih teruk dari haiwan.. Astaghfirullahalazim..

DI MANA LETAKNYA PEMIKIRAN DAN SIFAT KASIH SAYANG MANUSIA.. SEDIHNYA...


"...Sesiapa yang berjumpa bungkusan ini,
tolong kebumikan janin ini.. saya kejahilan.."



MUNGKIN INI PENYEBABNYA...

257,411 bayi luar nikah

KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

p/s : Ini yang didaftarkan, bagaimana yang lain... Ya Allah, selamatkan Malaysia..

ANTARA TOM TOM BAK DENGAN SAJAK KEMATIAN

Assalamualaikum w.b.t...

Mengulas mengenai respon Menteri Pelajaran, YB Datuk Seri Hishammuddin Hussien terhadap penayangan video Sajak Kematian seperti dilaporkan Malaysiakini.com

Menteri: Sajak Kematian tidak wajar
Nov 11, 08 5:25pm

Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.

hishamuddin husseinMenteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.


Pengunjung sekalian,

Marilah sama-sama kita renungkan sejenak.. Apalah salahnya mengingati mati, bukankah bagus kita mendidik kanak-kanak dari awal. Alasan ibubapa yang membantah adalah kanak-kanak yang berusia 7-10 tahun, tidak sesuai untuk menonton video berkenaan.. Penulis dapat menerima pandangan itu kerana mungkin daya kognitif mereka belum mencapai tahap pemikiran sedemikian.

Mungkin pendekatan ini sesuai kepada kanak-kanak berumur 12 tahun keatas. Cuma penulis sedikit terkesan petikan ayat dalam laporan akhbar yang sengaja di"bold"kan warna merah iaitu : "...dikhuatiri akan menjejaskan akidah..."

Kemudian renungkan pula gambar di bawah, petikan gambar dalam rancangan Tom Tom Bak kendalian pengacara popular, Aznil Haji Nawawi. Kanak-kanak diajak menari dan menyanyi dalam rancangan yang meng'hibur'kan ini..


Penulis mengetahui rancangan ini kerana di rumah sewa penulis ada Astro, jadi kadang-kadang tengok la jugak rancangan ni.. Kanak-kanak bawah usia 10 tahun sudah pandai menari gelek Inul Daratista, buat aksi 'break-dance', hip-hop dan sebagainya. Pendek kata, kanak-kanak zaman sekarang dah 'world'.

Tapi jgn lupa kata-kata Raja SMS, Mawi : "...World..world..jugak, akhirat jangan lupa..".. Ingat kematian tu kan sebahagian dari akhirat bahkan kematian itu sendiri diibaratkan sebagai kiamat kecil..

Mana yang lebih "menjejaskan akidah"... Menari terkinja-kinja atau menonton video sajak kematian..?? Tepuk dada tanya iman...

Jika ia benar "boleh menjejaskan akidah", kita tak perlu tayang kepada kanak-kanak bawah umur 10 tahun.. Penulis menyeru supaya video ini ditayangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri seluruh negara, tayang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara..

Tayangkan juga di kedai-kedai kopi tepi simpang yang setiap petang dok tayang VCD Wrestling WWE.. Majoriti yang nonton sampai ternganga adalah pak cik-pak cik dan atuk-atuk.. Gantikan VCD wrestling tu dengan video Sajak Kematian..

Nescaya lepas 2,3 hari tayang, bankrap kedai kopi tu, tak dak orang datang lagi, hehehe..

SAJAK KEMATIAN :
MESEJ DARI ALAM KUBUR

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiiiĆ¢€¦

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

Sajak di atas diperoleh di SINI

p/s : Penulis pernah menjadi fasilitator dalam satu program motivasi di utara tanahair, yang mana video sajak kematian ini turut dimasukkan sebagai salah satu modulnya. Memang mengesankan hati dan jiwa, menggetarkan diri.. Takutnya pada azab kematian... Ya ALLAH, selamatkan kami dari seksaan azab kubur..

Monday, November 10, 2008

10 NOV : SETAHUN LALU YANG BERSEJARAH

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini 10 November 2008, genap setahun peristiwa bersejarah 10 November 2007 apabila hampir 80,000 manusia menjajah perut ibu kota Kuala Lumpur dengan laungan "BERSIH...BERSIH, PILIHANRAYA"... Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil itu mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa sehingga stesen penyiaran satelit, Al-Jazeera membuat siaran lintas langsung dari perkarangan Masjid Jamek pada ketika itu. Wartawannya, Hamish MacDonald yang bertugas turut merasai penangan tembakan meriam air berasid (water canon) dan gas pemedih mata yang dilepaskan FRU.

Amaran demi amaran dikeluarkan polis dan pihak kerajaan. Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kata-kata "Saya Pantang Dicabar" ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO pada 9 November, sehari sebelum perhimpunan Bersih. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (sekarang YB) pula mengungkap, "Jangan jadi beruk-beruk di jalanan" bahkan penulis selaku mahasiswa turut dimaklumkan mengenai pekeliling yang dikeluarkan.. Namun, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berhak untuk bebas bersuara, penulis menuju ke Masjid Jamek, bagi menyertai puluhan ribu rakyat yang datang dari seluruh negara, menuntut pilhanraya bersih dan adil..




Massa memenuhi jalan raya-jalan raya di Kuala Lumpur.


Memohon keberkatan dari Yang Maha Esa (ihsan Malaysiakini)



Rakyat di hadapan Istana Negara


Penulis berada dalam kumpulan orang ramai tersebut,
ketika FRUmelancarkan 'serangan' untuk kali kedua


Abang-abang FRU hanya menjalankan tugas mereka, hehe..


Pak cik ni tersengih dengan kameranya.. Ada makna tu..



Hujan rahmat daripada Allah s.w.t, meneutralkan air berasid yang disembur FRU


Puluhan ribu di depan Istana Negara


Di depan Istana Negara

p/s : Penulis disembur air berasid FRU sebnyak 2 kali iaitu di depan Masjid Jamek dan di bawah Stesen LRT berdekatan Burger King.. Memang menyesakkan nafas dan memedihkan hidung.. Itulah pengalaman berharga..hehe.. Kawan penulis, Afiq Roslan dan abangnya kena lagi teruk dari penulis, sampai berair hidung..Hehe..

TERKINI : WAJAH TERAKHIR AS-SYAHID IMAM SAMUDRA

Assalamualaikum w.b.t...

Tatapilah wajah terakhir seorang lagi hamba Allah yang syahid (insyaAllah) dalam memperjuangkan agama Allah..

Gambar diperolehi dari sini..





p/s : Terkenang ketika pengebumian Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada tahun 2002 dulu.. Traffic jam dari tol Jitra hingga ke Pokok Sena, ramai sungguh manusia...Subhanallah..

Sunday, November 9, 2008

KEDAH : RANKING KE-159 KELAB BOLASEPAK TERBAIK DUNIA

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut ranking terbaru yang dikeluarkan IFFHS (International Federation of Football History and Statistics ) pada 1 November lalu, Persatuan Bola Sepak Kedah telah disenarai di ranking ke-159, sedikit menurun berbanding ranking ke-157 pada bulan lepas. Apa yang membanggakan, kedudukan di tangga 159 itu pun sudah membuktikan bahwa prestasi bola sepak tempatan mampu berdiri setanding dengan tahap bola sepak antarabangsa. Tambah mengejutkan, beberapa kelab ternama Eropah jauh ketinggalan di belakang ranking Skuad Kenari ini..


Antaranya Real Mallorca (Sepanyol) di ranking ke-165, Ajax Amsterdam (Belanda) di ranking ke-171, Middlesbrough (England) di ranking ke-197, Athletic Bilbao (Sepanyol) di ranking ke-266, West Ham United (England) di ranking ke-280 dan AZ Alkmaar (Belanda) jauh di ranking ke-305.


Penulis tumpang gembira kerana penulis juga mempunyai susur galur keluarga yang luas di Kedah. Ayah penulis merupakan anak peneroka di Felda Sungai Tiang, Pendang, tempat bekas pemain Kedah, Radhi Mat Din dan Che Zambil Ahmad manakala ibu penulis berasal dari Kg.Alor Belat, Alor Setar.. Bangga jadi orang Kedah, hehe...

Sekalung tahniah kepada semua pemain bolasepak negeri Kedah, jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, pengurus pasukan, presiden dan seluruh organisasi persatuan dan juga kepada selruh rakyat negeri Kedah Darul Aman kerana kita pasukan bolasepak anda dikenali dunia..

p/s : ranking Malaysia dalam FIFA naik dari 161 ke 160, tahniah juga, hehe

BACA LAGI DI :
http://www.iffhs.de/

HIDUP MULIA ATAU MATI SEBAGAI SYUHADA..

Assalamualaikum w.b.t..

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama membacakan Surah Al-Fatihah kepada ketiga-tiga saudara seagama kita ini, Allahyarham Imam Samudra, Allahyarham Amrozi dan Allahyarham Ali Ghufron @ Mukhlas... AL-FATIHAH..

Setelah 6 tahun lalu sejak peristiwa pengeboman di Bali, akhirnya pada awal pagi tadi jam 12.15 pagi, ketiga-tiga pejuang ini telah menjalani hukuman bunuh dengan cara ditembak di bahagian jantung di Lembah Nirbaya, Nusakambangan, Jawa Timur.

Laungan takbir bersahut-sahutan di hadapan Pesantren Al-Islam, tempat berhimpunnya pelajar-pelajar dan pendukung Islam yang menyokong mereka bertiga. Abang kandung Amrozi dan Ali Ghufron, Ustaz Chozin ketika mengumumkan hukuman selesai dijalankan, sempat berucap, " Semoga arwah saat ini sudah terbang dengan burung-burung hijau"..

Penulis sangat mengagumi kecekalan, ketabahan dan istiqomahnya ketiga-tiga arwah yang berpegang dengan jalan perjuangan yang dipilih mereka. Sehingga saat-saat akhir, Imam Samudra mengungkapkan bahawa Allah s.w.t telah mencabut keraguan dari hati-hati mereka dan mereka bersedia untuk mati syahid pada bila-bila masa.

Apapun pandangan dan tafsiran dari luar, ketiga-tiganya telah menunjukkan kesanggupan dan pengorbanan mereka dalam menegakkan agama ALLAH. Beroleh syahid atau tidak itu bukanlah persoalan kita, Allah yang akan menentukannya kelak.... Mereka sanggup dihukum bunuh demi Allah, bagaimana pula dengan kita...

Secebis kata Imam Samudra :

“ Tangismu wahai bayi-bayi tanpa kepala...dibentur di tembok-tembok Palestin...jeritmu wahai bayi-bayi Afghanistan...yang memanggil-manggilku tanpa lengan...dieksekusi bom-bom jahannam...milik syaitan Amerika dan sekutu....saat ayah bundamu menjalani Ramadhan...

Ini aku, saudaramu...ini aku, datang dengan sedikit bombing...kan kubalaskan sakit hatimu...kan kubalaskan darah-darahmu...darah dengan darah...nyawa dengan nyawa...QISOS !!!


Seorang bayi perempuan Palestin berusia 20 hari dibunuh oleh
Israel Laknatullah ketika masih berada dalam genggaman ibunya..

Semoga Roh Mereka Ditempatkan Bersama Golongan Orang-orang Beriman..

Saturday, November 8, 2008

NILAI TUDUNG WANITA : SATU RENUNGAN UNTUK SAHABAT-SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t..l

Kali ini, penulis mengutarakan persoalan pemakaian tudung di kalangan wanita. Mengapa wanita Islam memakai tudung, untuk nampak cantik..?? Sekadar suka-suka...?? Ikut kawan-kawan, kawan pakai tudung, so kita pun pakai tudung..?? Ramai dalam kalangan sahabat-sahabat penulis di FSSS yang salah pertimbangan dalam memakai tudung ni, datang kuliah pakai tudung, bila malam datang study group, tudung ter'tinggal' kat rumah, ada yang dekat UM pakai tudung, balik kampung tak pakai tudung.. Penulis segan nak tegur berdepan, mungkin dengan blog ni akan berkesan..


Harap-harap artikel di bawah dapat membantu..

Artikel ini ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Aktres popular, Maya Karin bertudung dalam billboard promosi Celcom di Kelantan
(Only in Kelantan, maybe Kedah next)

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Artikel ini diambil dari :

http://www.darulnuman.com/mhikmah/tudung.html

Friday, November 7, 2008

BERSEDIAKAH KITA HADAPI KEMATIAN..

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam penulis sempat mendengar tazkirah Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Sudah menjadi kebiasaan di sejak dahulu lagi di masjid berkenaan, tazkirah akan disampaikan oleh penceramah-penceramah berlainan setiap Jumaat sebelum azan Zohor dilaungkan.


Penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai intipati tazkirah semalam itu. Tajuknya sedikit menggetarkan jiwa penulis iaitu, KEMATIAN.. Penceramah memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang kandungan lebih kurang begini :


”...Apabila matinya seseorang manusia itu, ada 3 perkara yang mengikutnya ke tempat perkuburan iaitu hartanya, keluarganya dan amalannya. Namun apabila mayatnya disemadikan di dalam tanah, 2 daripada perkara tersebut akan pulang ke rumah dan satu lagi akan menemani kita berhadapan dengan Munkar dan Nakir di dalam alam perkuburan iaitu amalan kita. Jika baik amalnya ketika hidup, maka baiklah keadaan di dalam kubur, sebaiknya jika buruk amalnya ketika hidup, maka buruklah juga keadaan di dalam kubur itu nanti...”


Pengunjung sekalian,


Penulis ingin ajukan persoalan ini kepada diri sendiri dan pengunjung sekalian.. BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPI KEMATIAN..?? Kematian itu pasti datang kepada kita, ia tidak boleh dilambatkan sesaat dan tidak boleh dipercepat walau sesaat.. Bagaimanakah nasib kita semua di dalam alam kubur nanti... Cukupkah amalan kita sebagai bekalan ke sana.. Semuanya bermain di fikiran penulis.. Dosa-dosa yang banyak dilakukan selama hidup ini..


Dalm kesibukan kita belajar, bekerja dan melakukan urusan dunia lainnya, marilah kita bermuhasabah diri, memperbanyakkan amalan, mengerjakan perkara makruf, meninggalkan yang mungkar.. Penulis berkata bukan sahaja untuk pengunjung di luar sana, tapi terlebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri yang banyak bergelumang dengan noda dan dosa..


Keampunan dan keredhaan Allah jua yang dipohon kerana liang lahad kubur kita itu kelak boleh menjadi salah satu antara taman-taman syurga dan mungkin juga menjadi salah satu antara lubang-lubang neraka, Nau’zubillahi min zalik...


Selimut Putih


Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil

Sekujur badan dan kedinginan


Tiaada lagi gunanya harta

Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia

Itulah hanya pembela kita


Apalah guna disanjung-sanjung,

Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa keranda diusung


Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi

Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Thursday, November 6, 2008

BANJIR BESAR DI HADRAMAUT : KIAMAT SEMAKIN HAMPIR.???

Assalamualaikum w.b.t...

Dua minggu lepas, telah berlaku satu kejadian banjir yang sangat dahsyat di wilayah Hadramaut, Yemen. Wilayah tersebut yang turut terdapat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu bandar Shibam yang juga merupakan salah satu daripada tiga bandar yang terdapat di Wadi Hadramaut.


Bandar Shibam : Tapak Warisan Dunia UNESCO

Kejadian banjir ini telah meragut kira-kira 180 nyawa setakat berita yang dilaporkan sementara beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal. Banjir ini juga telah menghanyutkan dan melenyapkan hasil-hasil tanaman, hasil pertanian dan binatang ternakan. Bencana ini juga telah mengakibatkan jambatan dan beratus-ratus rumah rosak teruk.


Dalam kolumnisnya dalam HARAKAH keluaran 31 Okt-2 Nov yang lalu, seorang pendakwah iaitu Ustaz Imran Al-Malizi yang berada di sana sempat menemui seorang guru agama bernama Syeikh Abdullah 'Azil. Syeikh Abdullah menyatakan sepanjang usianya beliau tidak pernah mendengar berlakunya kejadian banjir seperti itu. Orang-orang tua terdahulu juga tidak pernah menceritakan kejadian banjir seperti itu. Syeikh Abdullah sangat meyakini bahawa banjir besar itu adalah yang pertama kali dalam sejarah di wilayah Hadramaut.

Ustaz Imran seterusnya cuba membayangkan keadaan wilayah Hadramaut yang pernah dikunjungi beliau 3 tahun yang lalu. Rumah-rumah penduduk tempatan kebanyakannya dibina daripada tanah liat termasuklah bandar Shibam yang mempunyai deretan bangunan tinggi dan pencakar langit purba. Kesemua mengalami hakisan akibat hujan lebat selama 30 jam itu.

Selain itu, penulis juga cuba mencari gambar-gambar kemusnahan banjir Hadramaut di internet..Sebelum kita meneliti gambar di bawah, penulis ingin mengajak pengunjung sekalian menghayati hadis Nabi s.a.w di bawah ini :


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :

"...Tidak akan berlakunya hari kiamat sehinggalah manusia
dihujani dengan hujan (yang lebat), di mana rumah-rumah
tanah liat yang kering (yang dibuat oleh penduduk)
tidak dapat melindungi daripadanya..."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


INIKAH PETANDA AKHIR ZAMAN YANG DISEBUT NABI S.A.W DALAM HADISNYA DI ATAS...???

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH

LAGI GAMBAR di :

http://www.boston.com/bigpicture/2008/10/stormbattered_yemen.html?p1=Well_MostPop_Emailed7

Wednesday, November 5, 2008

BERTEMU UMAR AL-KHATTAB DALAM MIMPI : PENGALAMAN MANGSA ISA

Assalamualaikum w.b.t..

Nukilan ini penulis petik dari tulisan di blog salah seorang pendakwah terkenal yang menceritakan pengalaman mimpi beliau bertemu Saidina Umar Al-Khattab. Artikel asal boleh dicapai di http://ustazmokhtar.blogspot.com/2008/10/mimpi-itu-hiburan-dari-allah-siri-2.html



.....Tiba-tiba saya dapati saya berada di tengah-tengah himpunan manusia ramai. Betul-betul macam ceramah Pas. Saya tidak mengenali sesiapa pun dikalangan mereka. Saya lihat manusia ramai itu semacam menunggu seseorang. Sesekali mereka tertoleh-toleh dan terjengguk-jengguk kepintu masuk padang yang luas itu. Saya bertanya orang yang paling hampir dengan saya. Kita sedang menunggu siapa ni?. Orang yang saya tanya menoleh kepada saya dan berkata; kita sedang menunggu kehadiran Amiirul Mukminin Umar Al-Khattab. Hati saya tiba-tiba melonjak gembira. Alhamdulillah dapat lah kiranya untuk saya menatap wajah sahabat RasuluLlah saw yang agung itu.


Dalam keadaan diselimuti rasa gembira itu tiba-tiba orang ramai seolah-olah memandang kearah saya. Mereka melambai dan memberi salam. Belum sempat saya bertanyakan kepada seseorang, tiba-tiba lelaki lelaki yang saya bertanya tadi berbisik kepada saya; Amirul Mukminin disebelah kamu tuu. Saya terkejut sambil menoleh kepada sesusuk tubuh yang tinggi dan tegap disisi kiri saya. Wajahnya putih bersih, berjambang hitam pekat. Wajahnya tersenyum tetapi jelas kelihatan raut ketegasan seorang pemimpin. Lantas saya memberi salam kepadanya. Airmata saya mengalir kerana terlalu gembira dengan pertemuan itu.


Ketika saya mendongak kepada sekali lagi, Beliau tersenyum kearah saya, sambil mengambil tangan kanan saya lalu dilekapkan kepada pipi kanannya. Saat tangan saya tersentuh dengan pipinya saya rasakan satu aliran sejuk menjalar melalui tangan hingga kesegenap tubuh saya. Alangkah indahnya berjabat tangan dengan tokoh yang mulia itu. Beliau tidak berkata apa kepada saya, hanya tersenyum sambil menggengam tangan saya dan diusap-usapkan kepipinya. Saat kegembiraan itulah tiba-tiba beliau menghilangkan diri.


Himpunan manusia yang ramai beralih pula mendongak kelangit. Dada langit cukup cerah. Bulan mengambang kuning berkilau. Tiba-tiba bulan itu berpusing. Pusingan yang pertama saya terlihat di permukaan bulan gambar Singgahsana Raja. Tirainya kuning dan hamparannya juga kuning. Pusingan yang kedua gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedang menyampaikan ceramah dianjung Sebuah Masjid, menghadap kehalaman luar.


Hadirin memenuhi setiap ruang padang yang luas itu. Semuanya diam dan khyusuk. Pada pusiangan yang ketiga saya lihat gambar Baitullah yang disimbah cahaya. Jamaah Muslimin sedang tawaf menegelilinginya. Selesai pusingan itu, orang ramai pun bubar. Semacam selesai melihat tayangan slaid di penghujung ceramah. Semua orang berjalan keluar, samalah dengan selesainya ceramah Pas. Di sepanjang jalan terdapat peniaga-peniaga yang menjual berbagai barang jualan. Sedang saya berjalan bertunda-tunda dengan orang ramai itu, tiba-tiba......


SAMBUNG BACA di :

p/s : Sebuah kisah yang terkesan di hati penulis, Allahu Akbar..

Monday, November 3, 2008

INDAHNYA MALAM SEMALAM..

Assalamualaikum semua..


Lautan manusia di Kerdau, Temerloh malam tadi..

Malam semalam, penulis meluangkan masa ke Darul Hikmah, Kerdau di Temerloh bagi menghadiri acara terakhir dalam program Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau bersama Pimpinan Pakatan Rakyat. Di sini penulis ingin berkongsi sedikit catatan dan beberapa keping gambar yang sempat diambil. Buat pengetahuan rakan-rakan semua, penulis terlupa untuk ‘charge’ bateri kamera. So gambar pun tak banyak la... hehe, silap penulis jugak, tak perasan kamera dh tak dak bateri...

Sebelah petang, penulis menerima SMS dari seorang sahabat, Rozi. Beliau memberitahu kami akan bertolak dari Jengka 16 ke Kerdau selepas maghrib. Seusai bermain badminton bersama Amir, anak sedaraku pada jam 6.30 petang, penulis berehat sebentar dan terus mencapai tuala.

Selesai azan dikumandangkan, kami solat Maghrib berjemaah dengan disertai ibu penulis. Kira-kira jam 7.20 malam, penulis dan Rozi ke rumah seorang lagi sahabat Apih Patah (nama sebenar sahabat penulis ni ialah Hafiz Abdul Patah, hehe). Dengan Perodua MyVi barunya itu, kami ke rumah seorang lagi “Otai” di Jengka 16, Pak Njang Mat Ti. Di sana, beliau turut disertai oleh seorang lagi sahabat iaitu Pozi (Fauzi).

Jadi, kami berlima bertolak ke Kerdau kira-kira jam 7.40 malam. Mengikut poster-poster ceramah yang ditampal, ceramah pada malam ini akan disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato’Seri TG Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, YAB Dato’Seri Ir.Nizar Jamaluddin. Rakyat Pahang memang ternanti2 kehadiran TG dan MB Nizar. Maklumlah, selepas Tsunami 8 Mac kira-kira lapan bulan lalu, inilah kali pertama kedua-dua tokoh ini datang ke sebelah Pahang ini.
Selepas berhenti solat Isyak di surau plaza tol susur keluar Temerloh, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Darul Hikmah kira-kira jam 9.30 malam.



Apih Patah bawak Myvi laju giler, di sebelahnya Pak Njang Mat Ti

Ketika kami sampai, seorang artis sedang membuat persembahan nyanyian berunsur ketuhanan. Artis ni nyanyi lagu "Kepadamu Kekasih" dendangan asal Jamal Abdillah tapi liriknya ditukar sedikit. Suara memang mantap, lirik pun mantap Penulis tertilik-tilik jugak siapa la artis ni.. tak pernah nampak pun..Hehe, geng Unit Amal la diarong ni.. Sebaik selesai sahaja lagu tersebut, terdengar laungan takbir bersahut-sahutan. Rupa-rupanya, TG Presiden sudah pun tiba ditemani P/Jaya PAS Pahang, Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam..

Presiden PAS, YB Dato'Seri TG Hj.Abdul Hadi Awang bersama P/jaya PAS Pahang, Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man

TG Hadi Awang dan Ustaz Tuan Ibrahim naik ke pentas diiringi Unit Amal

Lautan manusia memenuhi hadapan pentas utama

Muslimat turut bersama-sama mendengar ceramah


Pengerusi majlis pada malam semalam ialah Ust.Shahril Azman Al-Hafiz yang merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Ucapan pertama disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas ADUN Jengka, Ust.Dato'Haji Tuan Ibrahim Tuan Man.

Seterusnya, ucapan disampaikan pula oleh tetamu jemputan iaitu wakil kerajaan negeri Kedah Darul Aman, YB Ir.Haji Amirudin Hamzah (DUN Anak Bukit) yang mewakili YAB Menteri Besar Kedah, Dato'Seri Ustaz Hj.Azizan Abdul Razak yang tidak dapat hadir. Selepas berucap selama kira-kira 20 minit, YB minta berundur kerana perlu pulang lebih awal ke Kedah kerana pada pagi esok, beliau perlu menghadiri mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Seterusnya ialah ucapan daripada wakil kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan, YB Tn.Hj.Roslan Shaharum (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang mewakili YAB Menteri Besar Perak, Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin. Selepas berucap, beliau juga terpaksa pulang awal ke Perak kerana pada jam 8.30 pagi esok (hari ini), beliau perlu menghadiri 'executive talk' yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. YB Tn.Hj.Roslan kini dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Yayasan Perak.

Dan ceramah yang terakhir disampaikan oleh YB Dato'Seri TG Hj.Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang.

YB TG Hj.Hadi sedang menyampaikan amanat.

Kami bertolak pulang kira-kira jam 12.15 pagi dan tiba di Jengka 16 tepat jam 1.00 pagi. Ini bermakna Apih Patah bawak Myvi dari Kerdau ke Jengka 16 hanya mengambil masa 45 minit.. Kenangan di satu malam yang indah di Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau..

p/s : Lebih indah kalo bateri kamera tu tak habis..hehe..

SEKETIKA DI KAMPUNG HALAMAN..

Assalamulaikum w.b.t...


Penulis berkesempatan pulang ke kampung halaman di Jengka 16 pada pagi Sabtu lepas. Kesempatan selama 2 hari diluangkan sebaik-baiknya bagi melepaskan rindu pada kedua ayah bonda dan seorang anak sedare kesayangan. Tidak dilupakan kepada kucingku, Encik Cemong, hehe.. Rindu sangat lama tak balik.. (ceh, baru 3 minggu je)


Ini simpang masuk ke Jengka 16

Inilah kampungku..



Pintu gerbang Jengka 16




Inilah 'teratak' penulis yang tak seberapa



Yang ni adik bongsu penulis, Ahmad Shukri atau nama glamernye di rumah yang dipanggil 'Pak Su'. Tetapi kawan-kawan sekolahnya panggil die dengan panggilan yang lebih jiwang iaitu "Shuk".. hehe



Ini plak anak sedare penulis, Mohd.Amirudin b.Azizan. Baru tamat UPSR tahun ni..

Sekali penulis pandang gambar ni, rasa nak tergelak.. tapi dua kali pandang, sedih dan sayu pulak rasa hati ni.. Buat pengetahuan kawan2, ibu Amir ni (kak ipar penulis) telah bercerai ketika Amir ni berumur 5 tahun. Tinggallah Amir ni dengan ayahnya (abang sulung penulis). Namun sudah takdir Allah, pada hari raya Aidilfitri ketiga tahun lepas, ayahnya pula meninggal dunia. Kini, Amir hanya menumpang kasih dengan datuk dan neneknya (ibu bapa penulis). Ayah penulislah yang akan menghantar dan menjemput Amir ke sekolah setiap hari.


Seminggu sebelum UPSR, penulis pulang ke kampung dan memberi kata-kata peransang kepadanya agar mengejar cita-cita arwah ayahnya yang mahukan Amir mendapat 5 A dalam UPSR. InsyaALLAH, tanggal 15 November ini, keputusan UPSR akan diumumkan.. Penulis sangat2 berharap Amir akan dapat 5 A, seperti mana juga harapan arwah ayahnya ketika masih hidup.. Nantikan posting penulis dalam blog ini pada 15 November, melaporkan Keputusan UPSR anak sedaraku, Amir. huhu, sedih la plak..

(tengok gmbar - apa yg direnungkan si Amir tu ye..renungannya membawa seribu satu makna)

Pagi tadi, penulis bergerak pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas Metrobas Ekspress (perjalanan terus Jengka-KL) jam 7.00 pagi.. Sempat memohon restu ayah bonda memandangkan Khamis ini bermulalah fasa peperiksaan akhir semester bagi penulis. Kepada kedua ayah bonda, anakmu memohon ribuan kemaafan dan memohon restu agar dihalalkan segala makan minum, doakanlah kejayaan anakmu ini.. Kepada semua, doakanlah kejayaan kami, pelajar2 RPPP, Universiti Malaya dalam peperiksaan kali ini.. InsyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...