Wednesday, January 28, 2009

Zionis Cabuli Gencatan Senjata : Malaysia Harus Usir Duta AS

Assalamualaikum w.b.t..


Biadabnya rejim Zionis semakin terserlah apabila mereka bertindak mencabuli gencatan senjata dengan kerajaan Hamas Palestin sejak 3 minggu lalu. Setelah lebih 1 300 rakyat Palestin menjadi korban kekejaman mereka malah lebih 5 000 yang cedera dibiarkan tanpa ubat-ubatan yang cukup di hospital, mereka masih lagi meneruskan tindakan gila dan tidak bertamadun, mengebom bangunan awam sesuka hati..

Bahkan, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert Laknatullah dengan angkuhnya mengeluarkan amaran, jika Hamas bertindak menyerang Israel, tentera Zionis akan menggunakan seluruh kekuatannya untuk melumpuhkan Hamas. Malah, Olmert juga berkata bahawa pihaknya tidak akan menghiraukan lagi kutukan dan bantahan masyarakat dunia terhadap serangan yang dilakukan terhadap Palestin.

Duta AS ke Malaysia, James R.Keith


Mengambil kira keadaan sekarang, sewajarnya digerakkan satu lagi demonstrasi besar-besaran ke Kedutaan AS. Penulis berpendapat demonstrasi yang dilakukan akhir-akhir ini sangat kurang menarik penyertaan umat Islam Malaysia. Jika perhimpunan BERSIH 10 Nov 2007 boleh menarik minat hampir 100 000 rakyat Malaysia, mengapa himpunan membantah kekejaman Israel tidak mampu mencapai angka kehadiran yang sama..??

Penulis juga berpendapat, umat Islam di negara ini harus mendesak kerajaan Malaysia mengusir keluar Duta AS dari negara ini sebagai bantahan terhadap tindakan AS berdiam diri berkenaan isu di Palestin. Sebelum ini, Venezuela dan Bulgaria telah mengusir keluar Duta Israel dari negara masing-masing. Sedangkan kerajaan bukan Islam berani mengusir keluar pihak 'pengganas' dari negara mereka, mengapa tidak kita, Malaysia, negara Islam contoh, negara Pengerusi OIC, Pengerusi NAM, dikepalai oleh cucu ulama mengambil tindakan yang sama..??

Monday, January 26, 2009

PRK 2009 : Pro-Mahasiswa Lakar Sejarah.. Tahniah

Assalamualaikum w.b.t..

Rasanya belum terlewat mengucapkan tahniah atas kemenangan besar Pro Mahasiswa di UIAM. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kurniaan daripada Allah s.w.t.. Selepas keputusan PRK UM yang menyaksikan pihak Aspirasi @ Penggerak Mahasiswa tumbang, PRK UIAM pula berjaya mengukuhkan kedudukan Pro Mahasiswa.


TAHNIAH SAHABAT-SAHABAT PRO MAHASISWA.
TAHNIAH PARA PENGUNDI YANG BERANI BERUBAH..

p/s : gambar diambil dari Razi Raudhah Cafe di link http://razibanna.blogspot.com/2009/01/tahniah-sahabat2-pro-m.html

Selamat Tahun Baru Cina


Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tiong Hua di Malaysia yang menyambutnya. Semoga tahun mendatang akan menjelmakan seribu kenikmatan kepada kita semua..

GONG XI FA CHAI..

gambar diambil dari http://limcorp.net/index.php/2008/02/06/happy-chinese-new-year-for-everyone/

Sunday, January 25, 2009

ADUN Bota : Pakatan Rakyat FC sumbat gol lagi..

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 8 Mac 2008, pasukan Pakatan Rakyat FC yang diketuai oleh pengurusnya, Anwar Ibrahim telah menang 82 perlawanan di seluruh negara. Penyerang handalannya seperti Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Wan Azizah, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan puluhan lagi berjaya menjaringkan gol untuk pasukan mereka. Malah ramai juga muka-muka baru turut berjaya membantu kemenangan PR mengalahkan Juara Bertahan selama 50 tahun, Barisan Nasional FC antaranya Nurul Izzah, Nik Nazmi, Nasir Zakaria, Gwo Burne Loh dan ramai lagi. Di pihak Barisan Nasional FC pula, penyerang veteran mereka pula ramai yang jatuh tersembam kerana kekalahan memalukan itu seperti Samy Vellu, Koh Tsu Koon, Shahrizat Jalil dan ramai lagi.

Ogos 2008 pula, pengurus Pakatan Rakyat FC, Anwar Ibrahim melakukan kejutan apabila mengambil keputusan untuk beraksi semula di padang, menjadi pemain semula selepas dibuang padang pada September 1998. Beliau yang kemudiannya menang dalam perlawanan di Permatang Pauh itu, kini memegang tiga jawatan serentak, kapten pasukan, jurulatih dan pengurus pasukan..

Nasharuddin Hashim di samping kapten Pakatan Rakyat FC, Anwar Ibrahim dalam sidang media mengumumkan kemasukannya dalam pasukan pendahulu Liga Perak itu.

17 Januari lepas pula, seorang pemain berpengalaman selama 20 tahun di Wakaf Mempelam telah beraksi menentang pemain kurang ternama dari Barisan Nasional FC di Kuala Terengganu. Pemain berkenaan, Abdul Wahid Endut berjaya menewaskan lawannya dengan sokongan padu dari 'team'nya dari Pakatan Rakyat FC.

Hari ini (25 Januari) pula, seorang pemain dari Barisan Nasional FC di Liga Perak, Nasaruddin Hashim pula telah bertindak menjaringkan gol ke gawangnya sendiri dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat FC.. Apakah reaksi kaptennya, Tajol Rosli Ghazali agaknya..?? Bagaimana pula perasaan kapten Barisan Nasional FC di Liga Persekutuan, Abdullah Badawi.. ??

Dalam politik, segala-galanya mungkin...

p/s : Tahniah pada Dato' Nasharuddin Hashim, berani berubah..

Thursday, January 22, 2009

Gambar OKT mati dalam tahanan : PDRM perlu telus


Lagi laporan dan gambar di blog Perisik Rakyat di link ini http://perisik-rakyat.com/2009/01/gambar-mayat-okt-mati-dalam-tahanan.html

Kita mendesak pihak PDRM melakukan siasatan setelus-telusnya berkenaan isu ini.. Kenyataan Ketua Polis Selangor yang mengatakan OKT ini mati kerana paru-paru berair agak sukar diterima..tengok la gambar di atas ni...

"...Apa cerita ni yob..??"

Khamis Januari 22, 2009
Zahid tidak hormati hak rakyat - MB Perak

IPOH: Kerajaan Perak menyifatkan arahan seorang menteri agar ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak tidak menghadiri sebarang mesyuarat kerajaan negeri sebagai tidak menghormati semangat federalisme dan hak rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata arahan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mahu menjalin hubungan baik dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat.

"Kerajaan negeri mahu menjalin hubungan baik dengan persekutuan tetapi jika sikap seorang menteri yang mahu menghentikan dan memutuskan hubungan antara pegawai persekutuan dan kerajaan negeri, saya rasa ini satu yang malang khususnya kepada rakyat Perak yang memberi mandat kepada beliau sebagai menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini semalam.

Ahmad Zahid dilaporkan mengarah semua ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak supaya tidak menghadiri sebarang mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, larangan itu tidak meliputi ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang mempunyai tugas guna sama dengan kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa memberi kerjasama kepada persekutuan, dan sejak mentadbir Perak 10 bulan lepas, tidak ada permohonan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan tanah negeri untuk projek kegunaan awam yang ditolak. BERNAMA

p/s : Kenapalah masih ada Menteri yang bertindak mengikut politik kepartian.. Mengapa perlu dinafikan hak kerajaan Perak yang sudah dipilih secara sah oleh rakyatnya..

Kemenangan Tentera Allah di Palestin

Assalamualaikum w.b.t


Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:

"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang Hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.
.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)


Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.


Di'copy' sepenuhnya dari http://thinkerislam.blogspot.com/2009/01/berita-kemenangan-brieged-qassam.html

Tuesday, January 20, 2009

Kesinambungan Tsunami 8 Mac di Universiti Malaya

Assalamualaikum w.b.t..


ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR..

Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Allah s.w.t atas segala limpah kurnianya... Setinggi-tinggi tahniah juga kepada semua calon Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa yang menang dalam pemilihan MPMUM tahun ini..

Satu keputusan yang mengejutkan dan tidak dijangka, Pro Mahasiswa memenangi 8 kerusi dari 9 kerusi Umum yang dipertandingkan dan bagi kerusi Fakulti, mereka memenangi 13 dari 32 kerusi. Ini bermakna, pihak Pro Mahasiswa telah berjaya merampas semula 'kerajaan' buat pertama kali sejak 2004 dengan majoriti mudah iaitu menguasai 21 dari 41 kerusi, majoriti 1 kerusi sahaja..

Apapun, pihak Pro Mahasiswa sememangnya layak menerima kemenangan ini..dengan mengambil kira pelbagai ranjau dan onak duri yang ditempuhi, halangan dan kekangan dari segenap segi, mereka harungi jua tanpa kenal erti penat dan lelah...

TAHNIAH, PRO MAHASISWA..
Semoga berjaya membawa harapan dan perubahan untuk mahasiswa

Laporan lanjut menyusul..


p/s : Calon Pro M FSSS, Mohd.Alwi Musa dan Zanarizma Ma Hussin tewas di tangan Penggerak Mahasiswa..

Siapa boleh tolong jawab..???

BN mungkin menang jika pengundi luar balik mengundi - Ali

MELAKA 18 Jan. - Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam.

Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya.

Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya

Sapa boleh tolong jawab persoalan Dato'Ali Rustam ni yang tak tahu kenapa pengundi Kuala Terengganu masih mengundi Pas..??


Sunday, January 18, 2009

Perhitungan 19 Januari di Universiti Malaya : Siapa pemenangnya..??

Assalamualaikum w.b.t..

Debaran Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P036) yang keputusannya diumumkan malam tadi belum berakhir apabila esok pagi akan bermulanya proses pengundian bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya.. Terdapat 20 orang calon bertanding merebut 9 kerusi Umum dan lebih daripada 40 orang calon merebut kerusi MPMUM di fakulti-fakulti.. Kempen juga dijalankan sejak Khamis lalu dan akan berakhir tengah malam ini disulami dengan pelbagai peristiwa suka dan duka..

Maka pada malam esok, pihak manakah yang bakal menerajui dan membentuk kerajaan MPMUM akan diketahui.. Adakah pihak Penggerak Mahasiswa (Aspirasi) akan meneruskan legasi mereka sejak 4 penggal yang lepas.. Atau Pro-Mahasiswa akan merampas tampuk pemerintahan, mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2003?? Semua jawapan ini terletak kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya yang akan turun mengundi esok..

Perhitungan juga menyaksikan sejauh manakah keberhasilan percaturan kedua-dua tokoh pelajar dari Pro M dan Gerak yang memimpin pasukan masing-masing. Selain calon-calon bertanding menjadi tumpuan esok, dua individu lagi iaitu Sdr.Norazali Zainuddin, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya dan Sdr.Wan Mohamat Hasif Wan Mohamad Ali, Ketua Jentera Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya. Antara dua figur ini, percaturan siapa yang akan menang..??

Jika ditanya pada penulis sendiri, pada PRK kali ini, penulis menyeru seluruh mahasiswa UM untuk memberi satu peluang kepada Pro M untuk membuktikan cara mereka mentadbir MPMUM. Selama ini, Pro M selalu mengkritik MPMUM.. Nah, kali ini berikan mereka peluang merasa 'susah senangnya' menjadi kerajaan.. Jika mereka berjaya membawa suara mahasiwa, atau dalam erti kata mudah, mereka bukan "cakap tak serupa bikin", tahun depan, undilah lagi Pro M.. Tetapi jika mereka pun "cannot go", PRK tahun depan, tukar semula kerajaan.. Mudah kan..??

p/s : Pilih yang terbaik di kalangan kita..

Saturday, January 17, 2009

Tahniah YB Haji Abdul Wahid Endut


ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR,

TAHNIAH KEPADA AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU YANG BARU,
YB TUAN HAJI ABDUL WAHID BIN ENDUT

TAHNIAH KEPADA PAKATAN RAKYAT, PARTI ISLAM SEMALAYSIA DAN SELURUH JENTERANYA.. TAHNIAH KEPADA SELURUH PENGUNDI KUALA TERENGGANU...

ALLAHU AKBAR..

Isu Palestin : Korban Kekejaman Zionis Meningkat Kepada 1,200 orang, 5,000 cedera

Assalamualaikum w.b.t..


Dalam penantian kita akan keputusan PRK Kuala Terengganu, persaingan dalam PRK Universiti Malaya, rejim Zionis Laknatullah telah me"lanyak" sehingga mati hampir 1,200 orang saudara Palestin kita sejak 3 minggu lalu, manakala 5,000 yang lain mengalami kecederaan..

Celakalah Zionis Laknatullah..



Suasana Pilihanraya Kecil P 036 Parlimen Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t..

Debaran menantikan siapakah YB baru Kuala Terengganu kian kencang apabila semua 36 pusat pengundian ditutup jam 5.00 petang tadi.. Keputusan PRK KT kali ini dijangka diketahui selewat-lewatnya jam 10.30 malam ini.. Penantian warga Kuala Terengganu juga adalah penantian seluruh warga Malaysia.. Siapakah bakal menggantikan Allahyarham Datuk Razali Ismail..?? Datuk Wan Ahmad Farid atau YB Haji Abdul Wahid Endut atau Azharuddin Mamat.. Sama-sama kita nantikan keputusannya malam ini..

Di bawah ini, gambar-gambar yang penulis "copy dari" web Detikdaily.Net. Klik di SINI







Lagi gambar di SINI dan SINI


Diskusi Pilihanraya Kampus di APM : Calon Penggerak Mahasiswa Takut Berdebat..??

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam penulis menghadiri Diskusi Pilihanraya Kampus di Akademi Pengajian Melayu, UM selepas solat Jumaat. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa APM itu menampilkan 4 orang calon yang akan bertanding di kawasan Fakulti APM iaitu 2 calon Penggerak Mahasiswa dan 2 calon Pro Mahasiswa..

Penulis ke sana bersama dengan Sdr.Zulkamal Saf'in dan setibanya di sana, kira-kira 50 penyokong Pro Mahasiswa sudah berkumpul. 2 calon Pro Mahasiswa APM sudah sedia menanti di pentas, tetapi masih terdapat 2 kerusi yang kosong.. menandakan 2 orang calon Penggerak Mahasiswa masih belum mengambil tempat @ tidak datang @ tidak berani datang..

Penulis menghampiri Presiden Pers.Mahasiswa APM dan bertanya, "...mana calon Gerak (Penggerak Mahasiswa)...??" Jawab beliau, "...tak tau la, call pun tak dapat..semalam dah confirm nak datang, siap sain surat pengesahan lagi..." sambung beliau. Selepas 15 minit menunggu, beliau memberi isyarat untuk meneruskan juga program diskusi berkenaan, tanpa kehadiran kedua-dua calon dari Penggerak Mahasiswa.

Maka, diskusi sepanjang kira-kira sejam itu hanya antara pengerusi dan 2 calon Pro Mahasiswa, sangat mengecewakan apabila 2 calon Penggerak tidak dapat hadir bagi menyampaikan manifesto mereka, walaupun sebelum itu kelihatan beberapa jentera mereka mundar-mandir di ruang legar tempat program berlangsung...
Mengapa mereka tidak hadir..?? Adakah mereka takut..?? Apapun ternyata calon Pro Mahasiswa yang berani menyahut cabaran dan diyakini mampu membawa angin perobahan di Uni.Malaya ini.. Kebersamaan barisan Pro Mahasiswa jelas kelihatan apabila calon-calon mereka, Mohd.Ridzuan Mohamad, Shah Rizul Ayuni, Ahmad Syazwan, Nurul Fitrah dan Hafiz Ilyas turut berada di sini semalam. Turut kelihatan, calon Pro M kawasan FSSS, Mohd.Alwi Musa dan Zanarizma Ma Hussin..


p/s : Datuk Wan Ahmad Farid juga menolak undangan MAMPAT untuk berdebat dengan Haji Abdul Wahid Endut berkenaan isu royalti minyak..hehe.. paham-paham la ye..

Harapan dan Perubahan di UM : Pilihan Di Tangan Kita

Assalamualaikum w.b.t..

Isnin ini, 19 Januari 2009 adalah hari pembuangan undi bagi seluruh mahasiswa/i UM bagi menentukan barisan pimpinan MPMUM yang baru.. Penulis menyeru kepada seluruh rakan-rakan mahasiswa, turunlah beramai-ramai pada hari yang berkenaan bagi melakukan satu perubahan yang kita harap-harapkan selama ini.. Pilihlah calon-calon yang benar-benar boleh membawa suara kita di bawah ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi..

Di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 4 calon akan merebut 2 kerusi MPMUM yang ditawarkan, calon-calon dari Penggerak Mahasiswa ialah Burhanuddin Hilmi dan Evaely Sabet manakala Pro Mahasiswa pula mempertaruhkan Mohd.Alwi Musa dan Zanarizma Ma Hussin..

Dalam tempoh kempen yang berbaki kira-kira satu hari setengah lagi ini, penulis menyeru kepada seluruh mahasiswa tidak kita tahun 1, 2 dan 3, pada pilihanraya kampus kali ini, kita perlu membuat satu perubahan drastik setelah lama kita berada di bawah kerajaan Aspirasi MPMUM.. Untuk sekali ini, undilah untuk perubahan, kita nilaikan prestasi mereka dari pihak Pro Mahasiswa..

Jika calon-calon Pro Mahasiswa yang menang itu nanti, tak buat kerja, tidak mendengar suara akar umbi, tidak membawa suara kita di bawah ini, tidak membela nasib kita, TUMBANGKAN mereka dalam pilihanraya akan datang.. Mahasiswa Tahun 1 dan 2 masih mempunyai peluang lagi untuk mengundi pada tahun depan..

Jadi, pada sesi ini, pastikan undi anda untuk Pro Mahasiswa, menangkan mereka, biarlah satu perobahan besar berlaku di UM ini..Jika kerajaan Pro Mahasiswa MPMUM nanti berjaya dibentuk, tetapi mereka juga tidak mahu mendengar suara kita, tidak bersama kita, kita JATUHKAN mereka pilihanraya tahun depan, sekiranya harapan dan perubahan yang mereka omong-omongkan itu tidak ditunaikan..

HARAPAN DAN PERUBAHAN :

PILIHAN DI TANGAN KITA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...