


p/s : Rindunya zaman mahasiswa..
Setelah kira-kira 17 tahun mengerah tenaga dan minda, menimba ilmu di pelbagai lapangan pendidikan, bermula pada tahun 1992 di Tabika Kemas Jengka 16, kemudian bersekolah rendah dari 1993 - 1998 di SK Jengka 16, bersekolah menengah dari 1999 - 2005 di SMK Jengka Pusat dan menimba pengetahuan dari 2006 - 2009 di Universiti Malaya, akhirnya pada Khamis lalu, lebih tepat lagi pada tanggal 13 Ogos 2009, penulis berjaya juga memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Perbandaran dan Perancangan).
'klik' gambar di atas untuk imej lebih besarBermula sejak 16 Mac lalu, Festival Seni Universiti Malaya (FESENI 09) sedang berlangsung dan akan berakhir pada 3 April depan. Berbagai-bagai pertandingan diadakan termasuklah nyanyian lagu asli Melayu, nasyid, pertandingan kompang, dikir barat, dan banyak lagi..
Dan pada 27 Mac 2009 (Jumaat) depan, penulis akan mengambil bahagian dalam pertandingan dikir barat pada sebelah malamnya mewakili Kumpulan Dikir Barat Seri Sepuluh (Kolej Kediaman Kesepuluh UM). Harapnya kami akan bergelar juara pada malam berkenaan, InsyaALLAH..
Jadi kepada semua, jemputlah datang tengok penulis beraksi sebagai 'Tok Jogho' pada malam itu..jemput ramai2 penuhkan DTC ye..datang jangan tak datang ye..
p/s : FESENI terakhir bagiku sepanjang bergelar student UM..

Debaran Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P036) yang keputusannya diumumkan malam tadi belum berakhir apabila esok pagi akan bermulanya proses pengundian bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya.. Terdapat 20 orang calon bertanding merebut 9 kerusi Umum dan lebih daripada 40 orang calon merebut kerusi MPMUM di fakulti-fakulti.. Kempen juga dijalankan sejak Khamis lalu dan akan berakhir tengah malam ini disulami dengan pelbagai peristiwa suka dan duka..
Maka pada malam esok, pihak manakah yang bakal menerajui dan membentuk kerajaan MPMUM akan diketahui.. Adakah pihak Penggerak Mahasiswa (Aspirasi) akan meneruskan legasi mereka sejak 4 penggal yang lepas.. Atau Pro-Mahasiswa akan merampas tampuk pemerintahan, mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2003?? Semua jawapan ini terletak kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya yang akan turun mengundi esok.. 
Isnin ini, 19 Januari 2009 adalah hari pembuangan undi bagi seluruh mahasiswa/i UM bagi menentukan barisan pimpinan MPMUM yang baru.. Penulis menyeru kepada seluruh rakan-rakan mahasiswa, turunlah beramai-ramai pada hari yang berkenaan bagi melakukan satu perubahan yang kita harap-harapkan selama ini.. Pilihlah calon-calon yang benar-benar boleh membawa suara kita di bawah ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi..
Di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 4 calon akan merebut 2 kerusi MPMUM yang ditawarkan, calon-calon dari Penggerak Mahasiswa ialah Burhanuddin Hilmi dan Evaely Sabet manakala Pro Mahasiswa pula mempertaruhkan Mohd.Alwi Musa dan Zanarizma Ma Hussin..
Dalam tempoh kempen yang berbaki kira-kira satu hari setengah lagi ini, penulis menyeru kepada seluruh mahasiswa tidak kita tahun 1, 2 dan 3, pada pilihanraya kampus kali ini, kita perlu membuat satu perubahan drastik setelah lama kita berada di bawah kerajaan Aspirasi MPMUM.. Untuk sekali ini, undilah untuk perubahan, kita nilaikan prestasi mereka dari pihak Pro Mahasiswa..
Jadi, pada sesi ini, pastikan undi anda untuk Pro Mahasiswa, menangkan mereka, biarlah satu perobahan besar berlaku di UM ini..Jika kerajaan Pro Mahasiswa MPMUM nanti berjaya dibentuk, tetapi mereka juga tidak mahu mendengar suara kita, tidak bersama kita, kita JATUHKAN mereka pilihanraya tahun depan, sekiranya harapan dan perubahan yang mereka omong-omongkan itu tidak ditunaikan..
HARAPAN DAN PERUBAHAN :
PILIHAN DI TANGAN KITA
Kurang 24 jam sebelum bermulanya proses pengundian di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, suasana dihangatkan dengan isu penemuan kepala babi yang dibelah dua di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM kira-kira jam 5.00 pagi tadi..
