Showing posts with label SISWA. Show all posts
Showing posts with label SISWA. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

Bergelar Pemegang Sarjana Muda Akhirnya

Salam semua, selamat bertemu kembali..

Alhamdulilah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT, Tuhan Pemerintah Sekalian Alam..

Setelah kira-kira 17 tahun mengerah tenaga dan minda, menimba ilmu di pelbagai lapangan pendidikan, bermula pada tahun 1992 di Tabika Kemas Jengka 16, kemudian bersekolah rendah dari 1993 - 1998 di SK Jengka 16, bersekolah menengah dari 1999 - 2005 di SMK Jengka Pusat dan menimba pengetahuan dari 2006 - 2009 di Universiti Malaya, akhirnya pada Khamis lalu, lebih tepat lagi pada tanggal 13 Ogos 2009, penulis berjaya juga memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Perbandaran dan Perancangan).

Satu lagi sejarah keluarga telah tercipta bila mana penulis merupakan yang pertama dari 8 beradik yang berjaya menggenggam Sarjana Muda, sebelumnya abang penulis telahpun berjaya meraih Diploma Perakaunan dari UiTM pada tahun 2002.

Sesungguhnya tanggungjawab semakin berat sedang dipikul di pundak penulis, baik tanggungjawab kepada keluarga mahupun kepada masyarakat sekeliling. Namun, tanggungjawab kepada Allah dan diri sendiri lebih besar dari segala-galanya.. Mudah-mudahan Allah SWT membantu kita meredah ombak kehidupan yang semakin membadai kini.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengungkapkan terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa penulis, Ramli b.Din dan Wan Bt.Udoh atas pengorbanan mak dan ayah yang terlalu besar. Sudah berpuluh tahun mak dan ayah berhempas pulas memerah keringat bagi melihat anak yang seorang ini berjaya.. Terima kasih mak.. terima kasih ayah..

Terima kasih juga kepada ratusan warga pendidik, cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan semua pensyarah yang pernah mencurah ilmu dan pengalaman kalian kepada penulis, sejak dari penulis di tadika hinggalah ke menara gading.. Terima kasih banyak-banyak..

Tidak lupa juga kepada keluarga penulis yang sangat banyak membantu. Sekalung penghargaan ditujukan kepada abang-abang, kakak-kakak dan adik yang banyak membantu.. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Jah dan Abang Mat di Gemencheh, Abang Ya dan Kak Mas di Sepang, Kak Sidah dan Abang Adi di Felda Tembangau, Abang Jai dan Kak Na di Jengka 19, Abang Zaidi di Jengka 16 yang rela berkorban apa sahaja seterusnya kepada adik penulis, Shukri dan anak buah, Amiruddin yang selalu menceriakan suasana.. Budi baik dan pengorbanan kalian, hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya.. Al-Fatihah kepada abang sulung penulis, Allahyarham Azizan bin Ramli.. Terima kasih abang, semoga rohmu tenang di sisiNya..

Kepada rakan-rakan penulis, terutamanya di RPPP, di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, di Kolej Kediaman Ketiga, rakan-rakan di Universiti Malaya dan rakan-rakan bekas pelajar SMK Jengka Pusat, terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar dan nasihat kalian.. Kepada mereka-mereka yang tak dapat penulis coretkan di sini, semoga budi baik kalian dibalas dengan kerahmatan dan kurniaan setimpal di sisi Allah SWT..

Terima kasih semua..

p/s : Gambar-gambar konvo menyusul kemudian..

Saturday, March 28, 2009

MPMUM kembali relevan di mata mahasiswa..

Assalamualaikum w.b.t..

Merakamkan ucapan tahniah kepada kabinet dan pimpinan MPMUM sesi ini yang berjaya mewujudkan sebuah laman sesawang (http://www.mpmum.org/) sebagai medium terbaru menyampaikan dan menyalurkan maklumat kepada warga UM..

Setelah berjaya menganjurkan roadshow dan dialog sebaik berakhir PRK tempoh hari, peranan MPMUM kembali relevan di mata mahasiswa UM, setelah kelesuan dan zaman 'kegelapan' MPMUM sesi sebelum ini.. Sesi 06/07 menyaksikan badan pelajar UM ini diterajui Afandy Sutrisno Tanjung, dan beliau menjadi YDP nya buat kali kedua pada sesi 07/08 sebelum pemerintahannya tumbang kepada Pro-M yang kini diterajui Sdr.Mohd.Ridzuan Mohamad..

Sedikit komen kepada 2 wakil MPMUM yang menang di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, papan kenyataan aktiviti MPMUM bersebelahan Dewan Kuliah E, masih memaparkan gambar wakil MPMUM sesi sebelumnya.. Harap dapat lakukan sesuatu, anda sudah diangkat sebagai wakil pelajar di FSSS, jalankanlah tanggungjawab sebaiknya..


p/s : Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga..

Belajar hingga luar negara, tapi masih berfikiran cetek..

Assalamualaikum w.b.t..

Dari Malaysiakini.Com

Seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang. Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Terasa malu melihat kelakuan anak Melayu ini.. Belajar sehingga ke luar negara tetapi masih berfikiran dangkal dan cetek.. Mengapa cepat melatah sehingga beliau begitu bersungguh-sungguh mahu PMRAM diharamkan... Tahukah beliau apakah PMRAM itu..

Jika benar PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang, apa bezanya dengan Kelab UMNO Luar Negara itu, juga menyebarkan ideologi berteraskan kepartian, malah jelas-jelas lagi menggunakan lambang UMNO pada logo dan nama kelabnya sendiri..

Jika Wan Hazlin mahu PMRAM diharamkan, tindakan yang sama harus diambil kepada seluruh Kelab UMNO Luar Negara yang ada ketika ini..

Jika inilah wajah pemimpin muda yang UMNO hendak wariskan kepada bumi tercinta ini, aku tidak rela menerimanya..aku tak rela...

p/s : Mengata dulang paku yang serpih, mengata PMRAM, sebenarnya Kelab UMNO Luar Negara yang lebih-lebih..

Pertandingan Akhir Dikir Barat Festival Seni UM 2009..

Assalamualaikum w.b.t..


Pertandingan Akhir Dikir Barat Festival Seni UM 2009

Johan
Kolej Kediaman Kesembilan (KK9)

Kedua
Kolej Kediaman Pertama (KK1)

Ketiga
Kolej Kediaman Kesepuluh (KK10)

Tok Jogho Terbaik
Kolej Kediaman Kesembilan (KK9)

Tukang Karut Terbaik
Kolej Kediaman Pertama (KK1)

Muzik Terbaik
Kolej Kediaman Keempat (KK4)


p/s : Kalah menang adat pertandingan..

Friday, February 13, 2009

RPPP UM Dan Tol PJS 2..

Assalamualaikum w.b.t..


Berita yang diperoleh dari Utusan Online sebentar tadi bertajuk Tol PJS 2 dimansuhkan. Antara lain berita berkenaan melaporkan bahwa kerajaan bersetuju untuk memansuhkan tol di Lebuhraya Pantai Baru itu berkuatkuasa serta merta.

Keluhan penduduk Taman Medan dan Taman Dato'Harun yang menjadi mangsa kewujudan tol berkenaan juga dilaporkan Utusan Online, 27 Januari 2009 yang lalu. Penduduk meminta jalan baru kerana jalan di kawasan mereka rosak teruk apabila banyak kenderaan melalui taman perumahan mereka semata-mata untuk mengelak dari membayar tol di NPE.

Bantahan dan perasaan penduduk di PJS 2 berkenaan isu ini juga amat dekat di hati kami, para pelajar Rancangan Pengajian Perbandaran dan Perancangan Universiti Malaya. Pada semester lepas, semua 37 orang pelajar tahun akhir RPPP UM melibatkan diri secara langsung dalam projek "Komuniti Berdayahuni di PJS 2". Selama satu semester (4 bulan) kami bertungkus lumus dari aktiviti merancang gerak kerja, melakukan pemerhatian di PJS 2, mengutip data, membuat soal selidik terhadap lebih 1,000 penduduk di PJS 2, hingga ke peringkat pembentangan di hadapan panel penilai di kalangan pensyarah dan Ahli Majlis MBPJ, Prof.Madya Dr.Melasutra Md.Dali.

Gerak kerja dan program kami selama tempoh berkenaan boleh diikuti di pautan di blog sahabat penulis, Mohd.Hafizan Mazuki (Mat Jang) yang merupakan mantan Presiden Pelajar RPPP UM Sesi 07/08..

http://matjang.blogspot.com/2008/08/focus-discussion-group-fdg-taman-medan.html

http://matjang.blogspot.com/2008/09/area3176-session.html

http://matjang.blogspot.com/2008/10/selepas-pembentangan-area3176.html

http://matjang.blogspot.com/2008/11/samb-selepas-pembentangan-area3176.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...