Thursday, January 14, 2010

Petanda Kiamat Semakin Hampir..

Salam, selamat bertemu kembali..

PORT-AU-PRINCE - Gempa bumi berukuran 7 skala Richter melanda selatan ibu kota Haiti dengan menyebabkan beratus-ratus atau ribuan penduduk negara Caribbean itu dikhuatiri mati, semalam. Gempa terburuk dalam tempoh 200 tahun di negara itu memusnahkan ibu pejabat misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), istana Presiden dan beberapa bangunan lain.

Sejumlah anggota PBB turut dilaporkan hilang akibat bencana itu. Bandar raya Port-au-Prince dilaporkan bergelap sepanjang malam dengan kebanyakan penduduk tidur di luar rumah kerana bimbang lebih banyak gegaran berlaku. Wakil Haiti di Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kerugian akibat bencana itu mungkin berjumlah berbilion dolar.

Beberapa negara, termasuk AS, Britain dan Venezuela kini melakukan persiapan untuk menghantar bantuan ke Haiti. Gempa bumi itu melanda kawasan barat daya Port-au-Prince dan kemudian disusuli dengan dua gegaran kuat iaitu 5.5 dan 5.9 skala Richter. Jumlah rasmi kematian atau tahap kemusnahan akibat bencana itu masih belum diketahui.

Pekerja bantuan dan wartawan di tempat kejadian menganggarkan jumlah korban mungkin beratus-ratus atau beribu-ribu orang.


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, yaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur (gempa bumi di Sumatra, Sichuan dan byk lagi)

8. Gempa bumi di Barat (gempa bumi di Haiti)

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab


p/s : Ampunilah dosa kami Ya Allah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...