Wednesday, July 15, 2009

Kembara Lensa Di Kedah Darul Aman

Salam..

Gambar-gambar yang sempat dirakam ketika penulis pulang ke Kedah, kira-kira sebulan yang lalu. Lokasi di Kg.Sungai Dedap dan Kg.Alor Belat, Kedah..


Adik penulis, Syukri sedang memancing

Penulis dan abang penulis, Zaidi

Saujana mata memandang

Rumah pusaka Tok Njang sejak 80 tahun yang lalu

Adik penulis, Syukri seronok dapat ikan haruan

Anak buah penulis, Aiman


Abang penulis sorang lagi, Zaini


Ayah penulis dan ikan puyu


Ibu penulis dan Tok Njang


Sawah padi Kg.Sungai Dedap

Di Tol Bentong, Lebuhraya Karak-KL



Aiman dan 'kawannya', hehe



p/s : Seronoknya pengalaman berada di kampung, jadi sesiapa yang ada kampung, baliklah kampung ye..

SMK Jengka Pusat Terima Anugerah Sekolah Bestari FELDA 2009

Salam, selamat bertemu kembali..


11 Julai lalu, tercipta satu lagi sejarah tersendiri buat seluruh warga SMK Jengka Pusat, apabila ia diiktiraf sebagai penerima Anugerah Sekolah Bestari FELDA. Satu pencapaian yang sangat membanggakan. Penulis selaku bekas pelajar yang pernah menuntut ilmu di sana dari 1999 hingga 2005, mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua, terutama pengetua sekolah, Hjh.Hafidzah Jono dan para guru sekolah..

Puan Pengetua bersama replika cek

Semoga SMK Jengka Pusat akan terus mengukir kejayaan dan menempa sejarah di masa akan datang. Selamat berjaya diucapkan kepada seluruh warga SMK Jengka Pusat..


p/s : Kemahuan Asas Kejayaan..

Friday, July 10, 2009

Adakah DS Nizar Jamaluddin akan kembali bergelar MB Perak.??

Salam..


Nampaknya, isu politik Perak ini kembali hangat apabila Mahkamah Persekutuan semalam telah memberi kebenaran kepada DS Nizar mengemukakan permohonan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei 2009 yang mengisytiharkan DS Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah. Ini bermakna, peluang DS Nizar untuk kembali bergelar MB Perak bakal terjawab apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kelak.

Segala macam kekusutan, kekalutan dan kecacamerbaan politik yang terjadi di Perak sejak awal tahun lalu, tidak dapat tidak perlu diakui semua pihak, bahwa ianya bermula daripada usaha-usaha terancang dari DS Mohd.Najib Razak dan konco-konconya termasuk 3 ADUN ‘lompat’ itu. Natijahnya, Perak sudah dikenali di seluruh dunia, kerana kekalutan krisis politiknya yang kini menjadi kajian akademik para sarjana dan kadang kala juga menjadi bahan ketawa rakyatnya sendiri.

Menatap laporan dalam Harakah Bil.1454, m/s N12, ruangan Primafacie tulisan peguam terkenal, Haji Mohamed Hanipa Maidin bertajuk Isu Perak Akan Kembali Panas, terlihat seakan satu cahaya menembusi kabus-kabus kekalutan politik itu. Pertamanya, apabila semalam, Mahkamah Persekutuan telah memberi kebenaran kepada DS Nizar mengemukakan permohonan rayuan ke atas keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei 2009. Bermakna DS Nizar telah mara setapak lagi dalm perjuangan menuntut hak yang direnggut, meninggalkan DS Zambry yang sudah pasti panas punggung..

Malam semalam pula, bersaksikan jutaan rakyat Malaysia yang menonton warta berita, ratusan wartawan dalam dan luar negara mengerumuni DS Nizar yang baru keluar dari kamar mahkamah. Hal ini sebenarnya menjadi satu petanda yang positif bahawa bekas MB Perak itu pasti menang dalam kes ini. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran sebegitu ramai wartawan, kita yang menonton ini berasa beliau masih mendapat perhatian media sekaligus membenarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah seseorang yang sukakan publisiti murahan seperti menoreh getah di ceruk kampong yang dilakukan oleh puak hipokrasi.

Keduanya, tafsiran Perlembagaan Negeri Perak yang diberikan Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 lalu, diakui benar dan sahih oleh seorang Pakar Perlembagaan iaitu Profesor Dr.Andrew Harding. Beliau merupakan professor Undang-undang di Universiti Victoria, Kanada. Dalam artikelnya iaitu ”Crisis of Confidence and Perak’s Constitional Impasse”, Harding telah menegaskan bahawa hilangnya kepercayaan ADUN-ADUN terhadap seseorang Ketua Eksekutif (Menteri Besar) perlulah dipertanggungjawabkan kepada DUN, iaitu dengan undi tidak percaya, seperti mana termaktub dalam Fasal 16 (6) UTKP itu. Tafsiran Mahkamah Tinggi pada 11 Mei itu juga disokong Profesor Kevin YL Tan, seorang pakar perlembagaan dan professor di National University of Singapore.

Ketiganya pula, keputusan Mahkamah Persekutuan kelak juga akan memberi kesan pelbagai kepada landskap politik negara amnya dan politik Perak tentunya. Keadaan ini nanti dapat diukur dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang, paling lewat ketika pilihanraya umum ke-13 nanti. Gerombolan DS Najib pasti gelisah dengan situasi kini. Semuanya serba salah. Menang susah, kalah lagi parah.

Jika DS Nizar menang, DUN Perak hampir pasti dibubarkan. Dengan mood pengundi yang masih setia berdiri di belakang DS Nizar, ini akan menyebabkan Pakatan Rakyat akan menawan Perak dengan majoriti lebih besar lagi, mungkin 10 kawasan DUN yang kini masih dikuasai BN akan menjadi milik Pakatan Rakyat (mungkin lebih) jika pilihanraya semula diadakan. DS Zambry dan barisan Exconya pula akan berpindah tempat duduk dalam DUN sekali lagi, kunci kereta rasmi dipulangkan, dan DS Zambry kena angkut ‘tilam bantal’ keluar dari kediaman MB Perak (jika beliau tinggal di situ).

Jika DS Nizar kalah lagi, DS Najib pula akan susah hati kerana walaupun kes ini selesai nanti, ia akan mencetuskan perdebatan panjang yang tak berkesudahan. Jika Mahkamah Persekutuan menolak rayuan DS Nizar itu nanti, sekaligus mengiyakan dan membenarkan keputusan Mahkamah Rayuan, hal ini bermakna mahkamah telah memberi kuasa secara tidak langsung kepada Sultan (atau YDP Agong dalam konteks kerajaan pusat ) untuk memecat MB @ PM tanpa ada usul undi tidak percaya di DUN @ Dewan Rakyat. Nescaya akan timbul perdebatan panjang yang tak kesudahan kerana pasti ada pihak terutamanya pengamal perundangan akan mempersoal di manakah letaknya kewajaran Fasal 16 (6) UTKP itu digunapakai, jika benar keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu adalah betul.

Hal ini juga bermakna jika keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah benar, DS Anwar Ibrahim boleh mendapatkan kira-kira 29 orang ahli Parlimen BN bersama-sama 81 ahli Parlimen PR mengadap Seri Paduka YDP Agong di Istana Negara (112 orang). YDP Agong pula boleh mengisytihar bahawa DS Najib telah hilang keyakinan majoriti ahli dewan dan dengan itu, jawatan Perdana Menteri yang disandang DS Najib terlucut dengan sendirinya. Inilah keadaan sama yang berlaku di negeri Perak. Adakah DS Najib sanggup mengambil risiko ini.. Sudah tentu tidak.. Mahu tidak mahu, DS Nizar perlu dimenangkan di mahkamah terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, langkah ini dapat sedikit sebanyak membantu meraih kembali sokongan terhadap parti yang kononnya ‘keramat’ itu..

Jika fakta-fakta dikemukakan dan diadili sebenar-benarnya ditambah dengan kejujuran para hakim, doa berterusan dari rakyat jelata dan bantuan daripada Allah s.w.t, insya Allah, DS Nizar akan kembali bergelar YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan..


p/s : Menang Nizar, Najib susah, Kalah Nizar, Najib lagi parah.

Thursday, July 9, 2009

“..Rupa-rupanya ayah Ustaz Tuan..”

Salam..


Apa khabar rakan bloggers sekalian.? Selamat bertemu kembali, hampir 3 minggu blog ini tidak diupdate..

Pada hari Ahad lepas (5 Julai), penulis menemani Ust.Aris Fezol (bloggers Tukul Besi) ke Kg.Batu Balai, Jerantut. Beliau diminta menyampaikan ceramah Israq Mikraj di sana. Kata beliau, Kg.Batu Balai adalah kampong halaman Ustaz Tuan (Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man), iaitu sebuah kawasan yang mempunyai ramai alim ulama dan tok-tok guru.

Kami bertolak sekitar jam 5.45 ptg dan sampai kira-kira jam 7.10 malam. Setibanya di sana, kami disambut oleh seorang ‘pak cik’ di surau At-Taqwa, lokasi ceramah malam itu. Tak berapa lama kemudian, imam surau pun sampai. Kata Ust.Aris, imam ini ialah abang kepada Ustaz Tuan. Selepas penulis amati, memang raut wajah dan gayanya saling tak tumpah macam Naib Presiden Pas itu, hehe (dah adik beradik kan??)

Masuk waktu Maghrib, kami pun solat berjemaah, solat hajat dan terus diikuti oleh ceramah oleh Ust.Aris. Ramai juga jemaah yang hadir malam tu. Ceramah berlangsung lebih kurang 45 minit, kemudian kami bersolat Isyak berjemaah. Selesai solat, jemaah disajikan dengan jamuan makan malam berlaukkan kari kambing dan kari ayam.

Penulis makan semeja dengan ‘pak cik’ yang menyambut kami petang tadi bersama-sama dua jemaah yang lain. Kata ‘pak cik’ itu, orang Batu Balai suka masak kari kambing bersama empulur batang pisang, memang sedap. Selesai menjamu selera, kami memohon izin untuk pulang.

Selepas bersalaman dengan tuan imam (Ustaz Tuan Mat Tuan Man), kami pun bertolak ke Jengka. Dalam perjalanan, penulis sempat berbual beberapa perkara dengan Ust.Aris. Sesampainya di bandar Jerantut, penulis bertanya kepada beliau,

“..Ustaz, ‘pak cik’ yang sambut kita petang tadi tu sapa??..

Jawab Ust.Aris..

“..Laa..’pak cik’ tu la Tuan Man..ayah Ustaz Tuan..”


Penulis tersenyum sendirian dan langsung tidak menyangka bahawa ‘pak cik’ yang berperwatakan sederhana tu sebenarnya ayah Naib Presiden Pas rupa-rupanya..hehe..


p/s : Pernah ke Kg.Batu Balai, Jerantut buat pertama kali sekitar tahun 2001, ketika bekerja sambilan sebagai kelindan lori ayam, hehe..

Monday, June 15, 2009

Dua Tokoh Dari Pahang : Selamat Memimpin Menuju Kemenangan

Salam..

Seusai tamatnya Muktamar Tahunan PAS Ke-55 lalu, rasanya belum terlambat untuk penulis ucapkan tahniah dan selamat memimpin kepada 2 orang tokoh besar dari Pahang yang terpilih menduduki jawatan penting dalam gerakan Islam PAS.


YBhg.Dato'Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Pahang


YBhg.Ustaz Haji Nasaruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Sesungguhnya kemenangan mereka berdua bakal memperkukuhkan saf pimpinan dan perjuangan PAS di bumi Pahang serta mempersada perjuangan menuju impian bagi menerajui kerajaan negeri Pahang menjelang Pilihanraya Umum ke-13, InsyaAllah..


p/s : Tahniah juga kepada YB Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin yang selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sunday, June 14, 2009

Penduduk Risau : Rompakan Berleluasa di Jengka

Salam..

Penulis sekeluarga selamat tiba di Jengka 16 pada 12 Jun yang lalu, setelah kira-kira 4 hari berada di kampung halaman di Felda Sungai Tiang di Pendang, Sungai Dedap di Kuala Sala, Yan dan Kg.Lahar Budi di Alor Belat.

Semalam, penulis mendapat tahu bahawa telah berlaku rompakan bersenjata di rumah seorang peneroka berdekatan rumah penulis pada kira-kira jam 3.00 pagi 9 Jun lalu. Ketika itu, penulis sekeluarga sedang bersiap-siap untuk bertolak ke Kedah. Tidak disangka pada masa yang sama ketika itu, ada jiran yang sedang dirompak. Rompakan berkenaan mengakibatkan kerugian hampir RM30,000.

Berdasarkan perbualan ketiga-tiga perompak itu, mangsa yakin mereka adalah warga Indonesia. Mangsa dan ahli keluarga lain diikat dalam satu bilik, manakala dua perompak menggeledah keseluruhan rumah mencari barang berharga. Perompak berjaya melarikan wang tunai RM2,000 dan barang kemas.

Malam tadi, penulis bersama adik dan seorang rakan menyertai orang kampung melakukan tugas kawalan dan rondaan di kawasan sekitar. Para penduduk terutama kaum ibu menyuarakan kebimbangan kerana kejadian rompakan yang semakin berleluasa ini. Semua terpaksa berjaga-jaga setiap malam. Tiada lagi keamanan dan ketenteraman di Felda Jengka 16.

Seingat penulis ketika tahun-tahun 90-an, keadaan di pada masa itu jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Pada masa itu, tiada khidmat kawalan dan rondaan dilakukan, kerana penduduk merasa cukup selamat dengan suasana persekitaran. Perhatian dan keprihatinan pihak berkuasa amat ditagih. Peranan PDRM sangat diperlukan bagi mengurangkan masalah ini bukan sahaja di Jengka 16, malah di seluruh kawasan Jengka.

Selain itu, ADUN Jengka, YB Wan Salman Wan Ismail selaku wakil kepada rakyat di seluruh DUN Jengka harus turun padang bersama rakyat, sepertimana kata Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mahu semua wakil rakyat 'merasai denyut nadi rakyat'. YB harus turun merasai kebimbangan kami, para penduduk di Jengka 16.

Semoga Allah s.w.t menyelamatkan dan memberkati bumi bertuah ini, selamatkanlah kami dari sebarang musibah di dunia dan sebarang musibah di akhirat kelak..


p/s : Menanti laporan Sinar Harian berkenaaan isu rompakan ini..

Thursday, June 4, 2009

Catatan Petang

Salam..

Sejak pulang ke Jengka, penulis sangat jarang berkesempatan untuk membuka internet, apatah lagi meng'update' blog yang dah ber'habuk' ni.. Penulis juga masih belum mendapat pekerjaan tetap, hanya membantu ayahanda di ladang dan melakukan kerja-kerja kampung.. Keberadaan penulis di Jengka juga, menyenangkan hati bonda yang upayanya makin terbatas kerana kian dimamah usia. Dapatlah penulis membantu serba sedikit melakukan kerja-kerja rumah.

Dalam keseronokan bercuti, seorang demi seorang rakan-rakan penulis sudah melangkah ke alam pertunangan dan perkahwinan. Sekalung tahniah diucapkan kepada beberapa rakan sekelas ketika di SMKJP iaitu Khaty dan Aya yang telahpun bertunang, serta Siti Nurul Azimah (Mamut) yang telah berkahwin serta rakan sekampung, Nik Emy Shamira dan Siti Khatijah Hj.Mohamad yang juga telah berumahtangga minggu lepas. Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Jika di UM dulu, seronok berdiskusi hal politik dan isu semasa bersama rakan-rakan di kampus, kini di Jengka, ayah dan abang penulis menjadi 'panel undangan' di rumah, membahas isu-isu semasa dan politik, terbaru kes bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh.. Penyelewengan..?? Rasuah...?? Projek segera tergesa-gesa..?? Atau apa...?? Tunggulah siasatan lengkap.. Keterbukaan MB Terengganu untuk disiasat SPRM adalah satu tindakan profesional.. Perlu siasat Datuk Derih Jusoh juga..btol tak? hehe

Setelah hampir sebulan ter'peruk' di Jengka, jika tiada aral melintang, penulis sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah Darul Aman pada 9hb Jun depan, Insya Allah.. Rindu pada tok yang keseorangan di sana, selain ingin kembali merasai kesejukan air terjun Hutan Lipur Bukit Perak...memang seronok pengalaman di kampung..



Saturday, May 16, 2009

Hukuman Dari Allah Kepada Umat Manusia

Salam..

Dua tiga minggu ini, seluruh dunia sedang dihantui dengan penyakit Influenza A (H1N1) a.k.a selesema babi. Khabarnya, hari ini, di tanah air tercinta Malaysia, sudah dua kes virus maut itu dicatatkan.

Di utara tanah air pula, penduduk sekitar Pendang, Sik, Padang Terap dan Kota Setar dihambat kerisauan jangkitan penyakit demam Chikungunya. Kira-kira dua bula lepas, penduduk Jengka di Pahang juga mengalami keadaan serupa.

Di Melaka dan Negeri Sembilan, penduduk di sana berisiko dijangkiti virus Meningitis. Terbaru seorang pelatih Pusat Latihan Polis di Jempol telah meninggal dunia. Program penulis yang sepatutnya bermula esok (17hb hingga 22hb) di pusat latihan berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana pelatih lain perlu dikuarantinkan.

Tiga wabak dan penyakit dalam masa yang sama melanda penduduk Malaysia, Chikungunya, Influenza A (H1N1) dan Meningitis dalam keadaan penyakit lain yang masih membarah dalam kehidupan masyarakat seperti AIDS dan sebagainya.

Ditambah pula dengan penyakit sosial seperti keruntuhan akhlak, jenayah di sana-sini, zina berleluasa, kes rogol, khalwat, sumbang mahram, lumba haram, dadah dan sebagainya yang sukar dibanteras hingga kini.

Semua ini merupakan BALA dan HUKUMAN dari Allah kepada kita semua..

Astaghfirullahal Azim...


p/s : Petanda kiamat semakin hampir..

Selamat Hari Guru..

Salam..
Blogger Pak Tam Jengka mengucapkan ;

SELAMAT HARI GURU

kepada semua warga pendidik di seluruh negara. Budi baik dan pengorbanan cikgu-cikgu semua sangat bermakna. Khasnya kepada cikgu-cikgu Pak Tam Jengka di :

Tabika KEMAS Felda Jengka 16 (1992)
cikgu som
cikgu shidah
cikgu nor

SK Felda Jengka 16 (1993 - 1998)
sir rozain ramli
cikgu khadijah tamby kadir
cikgu samsudin
cikgu rosikin saidun
cikgu arif rahimi abd.razak
cikgu khalib samah
cikgu rosnita sulaiman
cikgu wan dyarudin wan mustafa
ustazah fauziah haji maarof
cikgu rohana
cikgu rabiah abd.rashid
cikgu mat nor
ramai lagi..

SAR Felda Jengka 16 (1993 - 1997)
ustaz hj.ahmad sulaiman
ustaz hj.harun ahmad
ustaz.hj.shamsuddin anjam
ustaz ismail
ustaz mad noor
ustazah jamilah
hj.abdul rahman
ustaz raja ismail

SMK Jengka Pusat (1999 - 2005)
hj.yaakob md.salleh
cikgu hayudin mat suhor
hjh.zabedah osman (kini Ppd rompin)
ustaz shukri harun
ustaz shukri mohd.nawawi
cikgu saupi jusoh
cikgu sukairi abu
cikgu zaidi ibrahim
cikgu che wil che mat
cikgu marzuki yusoff
hj.samsul kasim
tn.hj.azman mat amin
cikgu rosdi aziz
cikgu othman deron
cikgu shikin leong abdullah
hjh.siti ros ismail
cikgu hairulnizam
cikgu zainol ismail
cikgu kamarzam mohd.samsi
cikgu sapinah abd.rahman
cikgu ramlah mat diah
dan ramai lagi..

Universiti Malaya (2006 - 2009)
prof.dr.norhaslina hassan
prof.dr.melasutra md.dali
dr.safiah yusmah dato'yusoff
pn.syra lawrence maidin
en.wan zulkifli wan ismail
en.muzaini
dr.marini
dr.tan wan hin
prof.hamirdin
prof.dr.nasrudin md.akhir
prof.jamilah
pn.nikmatul adha nordin
en.akramin sulaiman
en.shahizan
en.nazri
en.azhar
prof.dr.lee boon thong
dr.mustafa kamal
en.ikbal
ramai lagi..

Besarnya pengorbanan guru tak dapat diungkap dengan kata-kata. Penulis titipkan di bawah ini, sebuah lagu dikir barat nyanyian Cikgu Sulizi, artis dikir barat terkenal di Kelantan bertajuk "Guru Oh Guru"

Guru oh guru..

jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
jika hari ini seorang raja menaiki takhta
jika hari ini seorang presiden sebuah negara
jika hari ini seorang ulamak mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut,sabarnya mengajar tulis baca..

terima kasih cikgu kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru tahu nilai budi bahasa
mintak halal segala ilmu cikgu bagi selama masa
berkat doa dengan restu saya boleh berjaya

berkat tekun cikgu ajar pelajaran cikgu bagi
tangan guru panjang sejengkal sampai cara memerintah negeri
tapi kerana terlebih pandai rosak iman punah budi
jasa cikgu demo tak nilai serupa kayu hangus api

berguru pada datang nampak rusa belang di kaki
berguru kepalang ajal bagai bunga kembang tak jadi
umpama kain sehelai putih hitam kotor cuci
jasa cikgu bubuh kalar untuk bina generasi

boleh kita begini maju cikgu bagi la formula
berkat keramat pesanan cikgu hingga saya boleh berjaya
berkat nikmat manis madu negara kaya raya
jasa baik pihak cikgu tadak siapa boleh lupa

untung laba daun sehelai tidak cikgu kira fikir
baja umbi buah segar orang lain kutip hasil
kerana cikgu jiwa sabar rela jadi macam lilin
rela diri hangus terbakar bagi cahaya kat orang lain

bersabarlah wahai cikgu saya kasih saya sayang
susah payah cikgu lalu orang lain tak paham
penat lelah sedih pilu rukah bukit meredah hutan
kerana menyampai ilmu laut luas sanggup seberang

wahai ahli masyarakat hargailah jasa cikgu
walau hanya sedenyut urat walau jasa sebesar debu
didik asuh tegur royat hingga kita boleh maju
tido jenero makan sedap rumah tangga beranak cucu

oh yakinlah wahai cikgu jasa mu yang tulus suci
moga teduh jadi tugu tumbuh berangkai buah berisi
jasa baik sudah tentu cukup masa genap hari
niat baik tuhan tahu jadi bekal sebelum mati

teruskan lah bakti teruslah berjuang
membina pertiwi jayakan wawasan
susah lelah atas diri tak harap balasan
negara dok nanti sinar bulan terang

terima kasih cikgu kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru tahu nilai budi bahasa
mintak halal segala ilmu cikgu bagi selama masa
berkat doa dengan restu saya boleh berjaya



p/s : Penulis pernah nyanyi lagu ni waktu sambutan Hari Guru peringkat sekolah di SMK Jengka Pusat pada tahun 2003.. Terima Kasih Cikgu..

Kembali ke Kuala Lumpur..

Salam..

Seminggu di kampung tanpa menjengok laman maya internet, hanya mengadap muka dan menadah telinga mengikuti berita-berita semasa dari arus perdana..

Malam Sabtu lepas, penulis berkesempatan ke ceramah umum Ir.Nizar (MB Perak yang halal), YB Teng (Speaker DUN S'gor) dan Ust.Dato'Tuan (P/jaya Pas Pahang) di Kg.Embun, Maran. Hampir 7,000 orang memenuhi kawasan padang tempat ceramah dijalankan.. Alhamdullillah, tercapai juga hasrat kami warga Pahang untuk bertemu mata dengan MB Perak..

Kini, penulis berada di Kuala Lumpur, mungkin untuk beberapa hari sebelum kembali semula ke Pahang..


p/s : Kita merancang, ALLAH menentukan..

Friday, May 8, 2009

Demi Ir.Nizar...

Salam.. Blog ini tidak akan dikemaskini selama beberapa hari..

Penulis nak balik kampung kejap.. Selain balik jumpa mak ayah dan family, ada satu program yang memang penulis nantikan..

Ceramah DS Ir.Nizar Jamaluddin di Maran malam esok..


p/s : Balik nak jumpe hero orang Perak

Konsert Search di Jengka..


Pada 16 Mei ini, kumpulan rock Search akan bertandang ke Stadium Mini Bandar Jengka untuk 'menghiburkan' warga Jengka..

16 Mei juga merupakan Hari Guru... Erm..


p/s : Satu lagi acara hiburan di Jengka..

Thursday, May 7, 2009

Sejarah Nama 'Pak Tam Jengka'..

Salam..

Minggu lalu, penulis ber'chat' dengan blogger Eisyaa^rDeVen . Dia ada bertanya, mengapa penulis menggunakan nama 'Pak Tam Jengka'.. Sebetulnya ramai orang bertanya, mengapa penulis menggunakan nama samaran itu..

Kisahnya bermula sekitar 10 tahun yang lalu, ketika penulis mula-mula memasuki Tingkatan Satu di SMK Jengka Pusat, Pahang.

Orang yang memberi gelaran 'Pak Tam' kepada penulis ialah seorang pelajar senior di asrama. Waktu itu bulan Januari 1999, ertinya sudah lebih 10 tahun penulis dipanggil dengan nama 'Pak Tam'..hehe..sedar tak sedar dah sedekad rupanya..

Sejak 1999, di mana saja penulis akan memperkenalkan diri sebagai 'Pak Tam', termasuklah dalam blog ni.. Niat hanya satu, supaya orang mudah ingat dan mudah kenal.. Lagipun memang penulis suka menambah kenalan dan kawan-kawan..

Alhamdulillah, sehingga kini, penulis dikurniakan sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang sangat baik dan memahami.. Semoga blogger dan pembaca sekalian sudi untuk terus berkawan dengan blogger 'Pak Tam Jengka'..heheh..


p/s : Ada jugak seorang wartawan majalah yang gelar penulis sebagai kembar DS Dr.Zambry, tol ke..?? huhu

Demokrasi Dicemari di DUN Perak

Salam..

Sekian lama menanti, siang tadi tercatatlah satu lagi sejarah hitam dalam prinsip demokrasi di negara ini.

Februari lalu, BN merampas kuasa di Perak dengan cara yang salah..

Hari ini, mereka mengugurkan speaker DUN juga dengan cara yang salah...

Gelapnya demokrasi di Malaysia..


p/s : Baru sebulan DS Najib jadi PM, macam-macam dah jadi..

Saturday, May 2, 2009

Bilakah Masanya Dapat Bersua..


MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Penulis ingin sekali bertemu dengan Tok Guru..

tetapi bilakah masanya dapat bersua muka, berjabat salam..


Negarawan ulung negara, Tun Dr.Mahathir Mohamad..
Penulis pernah berjabat salam dengannya ketika beliau hadir merasmikan Perhimpunan Pemimpin Pelajar Peringkat Kebangsaan di Stadium Pasir Gudang, Johor pada bulan Ogos 2002.

Presiden PAS, TG Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Penulis pernah bertentang mata dan bersalaman dengannya pada tahun 2007 selepas berakhirnya ceramah umum mengenai pengumuman pemboikotan PRK Batu Talam.


Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim.
Pernah bersalaman dan berbual dengannya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Bukit Segambut pada tahun 2007. Penulis ketika itu bersama Ust.Dzulkhairi (mantan Presiden PMIUM 06/07) dan Sdr.Nasaie Ismail (kini wartawan Mastika)

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak.
Pernah berjabat salam dengannya ketika kunjungan mengejutnya ke Vista Angkasa, temapt kediaman penulis kira-kira sebulan lepas.



p/s : Ingin sekali bertemu dengan Tok Guru..tapi bgaimana caranya..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...