"Tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan pada bulan September ini. Walaupun Kementerian Kesenian dan Warisan dan PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, tetapi ia diluluskan semula apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri semalam."
Kenyataan ni dipetik dari kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Penulis sebagai mahasiswa pun pelik juga bila dengar ulasan pak menteri. Dato'Shapie Apdal selaku Menteri Perpaduan dan KKeWa apabila ditanya wartawan kenapa konsert ni dilulus cuma cakap,"ia diluluskan atas budi bicara". Kita kena ingat, yang dikatakan keputusan atas "budi bicara" tu adalah keputusan yang dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri, dalam tu kalau tak Pak Lah yang pengerusikannya, mesti Dato'Jib, kalau macam ni rasa inilah amalan Islam Hadhari yang dilaung2kan selama ni.. Penulis sebenarnya nak tunggu gak ulasan dari ustaz-uztazah dalam kerajaan macam Ustazah Dr.Mashitah, ataupun Menteri Agama, Dato.Dr.Zahid Hamidi.. takpun kita pakat tunggu fatwa dari Dr.Asri.. Kita ni bukan bantah sebab apa, cuma tak sesuai la dalam mood kita nak sambut Merdeka 31 Ogos ni, pahtu Ramadhan pulak 1 September.. kan lagi baik buat program2 ilmiah ke, ape ke.. tapi kalau kita tengok pengalaman yang lepas2, bantahan ni pun macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je, konsert Mariah Carey, PussyCat Dolls, Linkin Park,semuanya dibenarkan atas dasar hiburan kononnya. Semua ni sebenarnya tak lebih dari senjata dari golongan kuffar untuk nak melalaikan manusia dari fikir tentang agama dan lupa kepada Allah.. harap2 batal la konsert ni.. kepada abang2 FRU, tunggu nanti kte jumpe kat mane2, kalau takdak respon dari kerajaan, kita kena ikut turun demo la, hehehe...
Link laporan asal :