Tuesday, August 26, 2008

PRK P 44 PARLIMEN PERMATANG PAUH


Hari ini 26 Ogos 2008 menjadi pertembungan hidup dan mati karier politik DSAI apabila lebih 50,000 pengundi bakal menentukan nasib 'bakal PM KE-6' ini menerusi saluran sah, saluran peti undi. Isteri tercintanya yang juga Presiden PKR, Dato'Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kira-kira 3 minggu lalu selepas memenanginya selama 2 penggal 4 bulan (1999-2004- Mac 2008 hingga Julai 2008). Permatang Pauh merupakan legasi Anwar Ibrahim. Pada satu ketika dulu, kawasan ini pernah diwakili oleh Dato'Ibrahim Abdul Rahman iaitu ayah DSAI. Seterusnya DSAI sendiri mewakili kawasan ini selama 4 penggal (1982-1986-1990-1995) sebelum disambung DSWA selama 2 penggal lagi. Dan pada malam ini akan tersuratlah siapa yang bakal mewarisi kawasan ini sekali lagi untuk tempoh sehingga Parlimen dibubarkan untuk kali yang ke 13 yakni pada 2012 nanti. Adakah DSAI atau DASOS ataupun calon AKIM, Haji Hanafi Hamat.. Walau bagaimanapun, mengikut perkiraannya, keluarga Anwar Ibrahim sudah 'menawan' Permatang Pauh untuk 7 penggal lamanya. Selamat Berjaya diucapkan kepada Dato'Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.. Berjuanglah untuk Rakyat... Rakyat akan membantu anda.. REFORMASI, TAKBIR, MAKKAL SAKHTI..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...