Monday, June 15, 2009

Dua Tokoh Dari Pahang : Selamat Memimpin Menuju Kemenangan

Salam..

Seusai tamatnya Muktamar Tahunan PAS Ke-55 lalu, rasanya belum terlambat untuk penulis ucapkan tahniah dan selamat memimpin kepada 2 orang tokoh besar dari Pahang yang terpilih menduduki jawatan penting dalam gerakan Islam PAS.


YBhg.Dato'Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Pahang


YBhg.Ustaz Haji Nasaruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Sesungguhnya kemenangan mereka berdua bakal memperkukuhkan saf pimpinan dan perjuangan PAS di bumi Pahang serta mempersada perjuangan menuju impian bagi menerajui kerajaan negeri Pahang menjelang Pilihanraya Umum ke-13, InsyaAllah..


p/s : Tahniah juga kepada YB Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin yang selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sunday, June 14, 2009

Penduduk Risau : Rompakan Berleluasa di Jengka

Salam..

Penulis sekeluarga selamat tiba di Jengka 16 pada 12 Jun yang lalu, setelah kira-kira 4 hari berada di kampung halaman di Felda Sungai Tiang di Pendang, Sungai Dedap di Kuala Sala, Yan dan Kg.Lahar Budi di Alor Belat.

Semalam, penulis mendapat tahu bahawa telah berlaku rompakan bersenjata di rumah seorang peneroka berdekatan rumah penulis pada kira-kira jam 3.00 pagi 9 Jun lalu. Ketika itu, penulis sekeluarga sedang bersiap-siap untuk bertolak ke Kedah. Tidak disangka pada masa yang sama ketika itu, ada jiran yang sedang dirompak. Rompakan berkenaan mengakibatkan kerugian hampir RM30,000.

Berdasarkan perbualan ketiga-tiga perompak itu, mangsa yakin mereka adalah warga Indonesia. Mangsa dan ahli keluarga lain diikat dalam satu bilik, manakala dua perompak menggeledah keseluruhan rumah mencari barang berharga. Perompak berjaya melarikan wang tunai RM2,000 dan barang kemas.

Malam tadi, penulis bersama adik dan seorang rakan menyertai orang kampung melakukan tugas kawalan dan rondaan di kawasan sekitar. Para penduduk terutama kaum ibu menyuarakan kebimbangan kerana kejadian rompakan yang semakin berleluasa ini. Semua terpaksa berjaga-jaga setiap malam. Tiada lagi keamanan dan ketenteraman di Felda Jengka 16.

Seingat penulis ketika tahun-tahun 90-an, keadaan di pada masa itu jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Pada masa itu, tiada khidmat kawalan dan rondaan dilakukan, kerana penduduk merasa cukup selamat dengan suasana persekitaran. Perhatian dan keprihatinan pihak berkuasa amat ditagih. Peranan PDRM sangat diperlukan bagi mengurangkan masalah ini bukan sahaja di Jengka 16, malah di seluruh kawasan Jengka.

Selain itu, ADUN Jengka, YB Wan Salman Wan Ismail selaku wakil kepada rakyat di seluruh DUN Jengka harus turun padang bersama rakyat, sepertimana kata Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mahu semua wakil rakyat 'merasai denyut nadi rakyat'. YB harus turun merasai kebimbangan kami, para penduduk di Jengka 16.

Semoga Allah s.w.t menyelamatkan dan memberkati bumi bertuah ini, selamatkanlah kami dari sebarang musibah di dunia dan sebarang musibah di akhirat kelak..


p/s : Menanti laporan Sinar Harian berkenaaan isu rompakan ini..

Thursday, June 4, 2009

Catatan Petang

Salam..

Sejak pulang ke Jengka, penulis sangat jarang berkesempatan untuk membuka internet, apatah lagi meng'update' blog yang dah ber'habuk' ni.. Penulis juga masih belum mendapat pekerjaan tetap, hanya membantu ayahanda di ladang dan melakukan kerja-kerja kampung.. Keberadaan penulis di Jengka juga, menyenangkan hati bonda yang upayanya makin terbatas kerana kian dimamah usia. Dapatlah penulis membantu serba sedikit melakukan kerja-kerja rumah.

Dalam keseronokan bercuti, seorang demi seorang rakan-rakan penulis sudah melangkah ke alam pertunangan dan perkahwinan. Sekalung tahniah diucapkan kepada beberapa rakan sekelas ketika di SMKJP iaitu Khaty dan Aya yang telahpun bertunang, serta Siti Nurul Azimah (Mamut) yang telah berkahwin serta rakan sekampung, Nik Emy Shamira dan Siti Khatijah Hj.Mohamad yang juga telah berumahtangga minggu lepas. Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Jika di UM dulu, seronok berdiskusi hal politik dan isu semasa bersama rakan-rakan di kampus, kini di Jengka, ayah dan abang penulis menjadi 'panel undangan' di rumah, membahas isu-isu semasa dan politik, terbaru kes bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh.. Penyelewengan..?? Rasuah...?? Projek segera tergesa-gesa..?? Atau apa...?? Tunggulah siasatan lengkap.. Keterbukaan MB Terengganu untuk disiasat SPRM adalah satu tindakan profesional.. Perlu siasat Datuk Derih Jusoh juga..btol tak? hehe

Setelah hampir sebulan ter'peruk' di Jengka, jika tiada aral melintang, penulis sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah Darul Aman pada 9hb Jun depan, Insya Allah.. Rindu pada tok yang keseorangan di sana, selain ingin kembali merasai kesejukan air terjun Hutan Lipur Bukit Perak...memang seronok pengalaman di kampung..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...