Penulis sekeluarga selamat tiba di Jengka 16 pada 12 Jun yang lalu, setelah kira-kira 4 hari berada di kampung halaman di Felda Sungai Tiang di Pendang, Sungai Dedap di Kuala Sala, Yan dan Kg.Lahar Budi di Alor Belat.
Semalam, penulis mendapat tahu bahawa telah berlaku rompakan bersenjata di rumah seorang peneroka berdekatan rumah penulis pada kira-kira jam 3.00 pagi 9 Jun lalu. Ketika itu, penulis sekeluarga sedang bersiap-siap untuk bertolak ke Kedah. Tidak disangka pada masa yang sama ketika itu, ada jiran yang sedang dirompak. Rompakan berkenaan mengakibatkan kerugian hampir RM30,000.
Berdasarkan perbualan ketiga-tiga perompak itu, mangsa yakin mereka adalah warga Indonesia. Mangsa dan ahli keluarga lain diikat dalam satu bilik, manakala dua perompak menggeledah keseluruhan rumah mencari barang berharga. Perompak berjaya melarikan wang tunai RM2,000 dan barang kemas.
Malam tadi, penulis bersama adik dan seorang rakan menyertai orang kampung melakukan tugas kawalan dan rondaan di kawasan sekitar. Para penduduk terutama kaum ibu menyuarakan kebimbangan kerana kejadian rompakan yang semakin berleluasa ini. Semua terpaksa berjaga-jaga setiap malam. Tiada lagi keamanan dan ketenteraman di Felda Jengka 16.
Seingat penulis ketika tahun-tahun 90-an, keadaan di pada masa itu jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Pada masa itu, tiada khidmat kawalan dan rondaan dilakukan, kerana penduduk merasa cukup selamat dengan suasana persekitaran. Perhatian dan keprihatinan pihak berkuasa amat ditagih. Peranan PDRM sangat diperlukan bagi mengurangkan masalah ini bukan sahaja di Jengka 16, malah di seluruh kawasan Jengka.
Selain itu, ADUN Jengka, YB Wan Salman Wan Ismail selaku wakil kepada rakyat di seluruh DUN Jengka harus turun padang bersama rakyat, sepertimana kata Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mahu semua wakil rakyat 'merasai denyut nadi rakyat'. YB harus turun merasai kebimbangan kami, para penduduk di Jengka 16.
Semoga Allah s.w.t menyelamatkan dan memberkati bumi bertuah ini, selamatkanlah kami dari sebarang musibah di dunia dan sebarang musibah di akhirat kelak..
p/s : Menanti laporan Sinar Harian berkenaaan isu rompakan ini..

No comments:
Post a Comment