Salam, selamat bertemu kembali..
Sekitar jam 4.30 petang tadi, penulis bertolak dari Jengka ke Kawasan Rehat Genting Sempah di Lebuhraya KL-Karak atas urusan perniagaan, ada temujanji dengan klien dari Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan penulis ditemani oleh abang penulis, Zaini yang bertindak selaku pemandu kedua, andai penulis (pemandu pertama, hehe) keletihan atau mengantuk.
Sepanjang perjalanan pergi, syukur semuanya berjalan lancar. Cuma macam biasalah, kereta-kereta besar meluncur laju sungguhpun jalan berbukit-bukau sekitar Bukit Tinggi tu boleh tahan jugak curamnya. Hehe.. Selesai perbincangan bersama klien sekitar jam 5.45 petang dan memastikan mereka bertolak pulang semula ke Kuala Lumpur, kami berdua berkelana ke kedai-kedai makan yang berderetan di kawasan rehat berkenaan untuk mengisi perut yang berkeroncong.
Penulis memesan 'Nasi Goreng Ayam + Tea O Ais kurang manis' dan abang penulis, Zaini pula menikmati 'nasi campur berlaukkan ikan bawal goreng rempah + Tea O Ais Limau'. Nak tau harga??? hehehe .. RM 13.70
Tutup cerita makan, sekitar jam 6.30 petang, kami pun bertolak pulang ke Jengka. Perut sudah kenyang, penulis mahu berehat, jadi abang penulis mengambil giliran untuk memandu pula. Myvi SXi berkaler silver itu pun bergerak perlahan-lahan menuju susur keluar ke highway Karak menghala ke Jengka.
Bagi mereka yang pernah melalui Highway ini, susur keluar Genting Sempah arah ke Jengka ini terletak sebaik sahaja anda melepasi Terowong Genting Sempah. Selepas sahaja susur itu, anda akan menuruni bukit curam sejauh hampir 3 kilometer, dan kebanyakan kenderaan berat akan memperlahankan kenderaan mereka itu bagi mengelakkannya terbabas atau pun hilang kawalan..
TAPI..
Lain ceritanya dengan kenderaan berat ini a.k.a Lori Tangki ini a.k.a Tanker ini..
Dalam keadaan jalan menuruni bukit curam, apa yang pemandu lori ini lakukan :
Lori ini memintas kenderaan kami dari sebelah kiri
Lori ini memintas sebuah lagi lori kontena
Lori ini memintas lagi sebuah lori treler
Selepas hampir 20 minit, barulah kami dapat memintas lori ini semula..
Kepada pemandu kenderaan berat, kenderaan awam dan semua pemandu persendirian, berhati-hatilah di jalan raya dan lebuh raya. Jangan bahayakan diri anda dan pemandu lain. Ingatlah orang yang tersayang.
p/s : Penulis sampai di Jengka lebih kurang jam 8.00 malam, alhamdulillah
No comments:
Post a Comment