Thursday, December 23, 2010

Otak Singkat...

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari SINI

Pemimpin Mahasiswa berperanan penting untuk membantu mengembalikan keyakinan di kalangan penuntut universiti supaya menyokong kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya cabaran yang dihadapi kerajaan sekarang adalah mendapatkan sokongan daripada penuntut-penuntut universiti di Malaysia kerana kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung untuk menyokong pembangkang.

"Mahasiswa dan mahasiswi perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang dan menilai sendiri pihak manakah yang lebih berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Bicara Orang Muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.

Sehubungan itu, beliau menasihati penuntut universiti agar tidak terpedaya dengan pelbagai tohmahan dan janji-janji yang diberikan oleh mereka kerana ia akan merugikan negara dan rakyat Malaysia, kata Mukhriz.

Selain itu, pihak Miti juga membantu graduan-graduan universiti untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan tetapi mereka dinasihati agar melakukan kaji selidik mengenai pemasaran supaya barangan dan perkhidmatan yang disediakan memenuhi kehendak pasaran semasa, katanya.

Beliau berkata Miti mendapati beberapa usahawan gagal menembusi pasaran antarabangsa kerana tidak melakukan persediaan dan perancangan terperinci mengenai pemasaran dan tidak memenuhi kehendak pasaran semasa.

--Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...