Sudah begitu lama, penulis tidak mencatat sesuatu di sini.. Untuk kali ini, bersesuaian dengan mood pilihanraya kecil Galas, penulis limpahkan di sini petikan ucapan Ku Li pada mesyuarat agung khas UMNO Bahagian Gua Musang kira-kira 2 tahun lalu..
Kita perlu hormati pendirian Ku Li yang menerima pelantikan sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya UMNO di PRK Galas. Penulis begitu bersetuju dengan pandangan penulis prolifik, Mohd Sayuti Omar yang mengatakan betapa Ku Li seorang yang beradat dan tidak sesekali memalukan parti yang telah diketuainya di Gua Musang sejak lebih 50 tahun lalu..
Namun, kita lihat apa kata Ku Li tentang UMNO..
Parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri, bagi saya, ini adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa. Parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.
Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik. Orang lebih taat kepada pemimpin daripada kepada parti dan perjuangan parti. Rasuah politik akan dan memang sedang berlaku dalam parti sebagai cara untuk membeli undi atau untuk mengekalkan kedudukan pemimpin yang lemah.
Maka lahirlah banyak ‘pak turut’ dan ‘tukang ampu’ dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.
Baca lagi apa kata Ku Li tentang UMNO di SINI
No comments:
Post a Comment