Thursday, February 11, 2010

Sedozen Minum Arak : Denda Atau Sebat??

Salam, selamat bertemu kembali..

Minggu lalu, JAIP dalam Ops Taubat yang dijalankan sekitar Kuantan, Pahang berhasil memberkas 12 orang termasuk 2 wanita atas kesalahan meminum arak. Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Berita penuh di SINI

Menyorot kes ini, penulis menemukan beberapa situasi yang agak menarik..

1. Operasi ini dilakukan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri Pahang. Tak berapa lama dulu, kes Kartika Sari Dewi menjadi begitu hangat hinggakan ada menteri wanita pun mahu masuk campur. Sebabnya, Kartika memilih untuk menjalani hukuman 6 kali sebatan.. Hukuman yang dianggap SIS sebagai kejam terhadap wanita Islam sedangkan dalam Al-Quran begitu jelas dalil ditunjukkan..

2. Media memfokuskan operasi JAIP ini. Kartika dulu pun diberkas juga di Kuantan. Sedozen orang yang diberkas minggu lalu pun di Kuantan. Bagaimana di negeri lain?? Jika operasi besar-besaran dibuat di 'Syurga Dunia' Kuala Lumpur, entah berapa ribu orang Islam akan ditangkap atas kesalahan minum arak?? Bagaimana operasi jabatan agama Islam negeri2 lain??

3. Kartika memilih untuk disebat sebanyak 6 kali, yang sehingga hari ini beliau sendiri pun tidak tahu bilakah hukuman berkenaan akan dijalankan walaupun sudah beberapa bulan ia dijatuhkan?? Tukang sebat tak dak la, peruntukan undang-undang tak dak la, macam-macam lagi alasan mereka.. Jangan nanti kata batang rotan tak dak sudah la..

4. Jika sedozen tertuduh yang diberkas minggu lalu dijatuhkan hukuman penjara dan 6 kali sebatan, adakah mereka akan mengambil tindakan seperti Kartika??? Insaf dan rela dirotan?? Atau mereka sanggup mengeluarkan wang bayaran denda RM5 000??? Mereka orang kaya kan..??

Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987 memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh dan mereka dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin. Semua tertuduh membayar wang jaminan itu. Muhammad Azhari kemudiannya menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


p/s : Kita tunggu 24 Mei nanti pulak

Tuesday, February 9, 2010

Video Hina Solat : Kerajaan Perlu Bertindak..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Harap agar pengunjung sekalian dapat menonton video ini, kemudian tafsirlah sendiri.. Mengapa budak-budak ini sanggup mempermainkan solat yang menjadi ibadah orang Islam..


Klik gambar untuk menonton video di YouTube.Com



p/s : Kerajaan perlu bertindak..

Wednesday, February 3, 2010

Gantung YB Khalid : Abdullah Karim Kritik Keputusan JK Disiplin Pas

Salam, selamat bertemu kembali..

Copy dari SINI

Berikut ialah kenyataan yang diedarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim. Dolah juga akan diheret menghadap Jawatankuasa Disiplin PAS kerana kenyataan di bawah. Ah, mungkin dia boleh mempertahankan dirinya. Dia lawyer. sila baca (tanpa edit):
KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan JK Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kpd YB Dato Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. JK Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb Oktober 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan MB dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan JK Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semual aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG
SESI 2009-2011.

30 Januari 2010.
Kenyataan Abdullah Karim ini sedikit keras dan seolah-olah mempertikai kewibawaan tokoh Pas dalam JK Disiplin yang telah memutuskan hukuman ke atas YB Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Apakah niat Abdullah Karim mengkritik secara terbuka tentang keputusan JK Disiplin Pas?? Ikuti maklum balas Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya, klik di SINI


Pengerusi JK Disiplin Pas, Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan Naib Presiden Pas, Pesuruhjaya Pas Pahang dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krau.. Beliau juga bekas ADUN Jengka (1999-2004), bekas Pensyarah Kanan UiTM Jengka dan UiTM Shah Alam.

Kebesaran Ilahi di Sarawak : Kalimah Allah Pada Hirisan Daging Lembu..!!


Lagi gambar di SINI



p/s : Subhanallah, Maha Suci Allah

Perhatikanlah YB-YB ini...

Salam, selamat bertemu kembali..

Tempoh sebulan kebelakangan ini, pimpinan tertinggi PKR di'pening'kan dengan kerenah beberapa orang wakil rakyatnya, yang bersuara tegas dan menusuk kalbu beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk ikonnya, DS Anwar Ibrahim. Mereka termasuklah:

YB Azan Ismail
(Ahli Parlimen Indera Mahkota)
letak jawatan Tim.Ketua PKR Pahang, kritik kepimpinan PKR

YB Zulkifli Nordin
(Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
bertelingkah dengan YB Khalid Samad, pernah kritik kepimpinan PKR

YB Dato'Zahrain Mohd Hashim
(Ahli Parlimen Bayan Baru)
kritik Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR

YB Tan Tee Beng
(Ahli Parlimen Nibong Tebal)
kritik Lim Guan Eng, sokong Zahrain

sejarah sebelum ini :

YB S.Manikavasagam
(Ahli Parlimen Kapar)
ugut letak jawatan, bertelingkah dengan MB Selangor

KELUAR PARTI
Mohd.Radzhi Salleh (ADUN Lunas)
Mohd.Othman Jailu (ADUN Behrang)
Jamaluddin Md.Radzi (ADUN Changkat Jering)
Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Klang)

dan ramai lagi, baca di SINI

POLITIK KEMATANGAN atau POLITIK TUNGGANG LANGGANG??


p/s : Lu pikirlah sendiri..

Tuesday, February 2, 2010

Ada Tanda Di Dahi : Wajah Terbaru Saiful Bukhari Azlan

Salam, selamat bertemu kembali..


Dicopy dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9322#239379


p/s : Yang HAQ pasti tertegak, yang BATIL pasti lenyap

Cabar Kosongkan Kerusi : DS Zambry Cuba Perangkap DS Nizar..!!

Salam, selamat bertemu kembali..


Akhbar semalam menyiarkan laungan 'dangkal' DS Dr.Zambry Kadir yang mencabar MB Perak yang halal, DS Mohammad Nizar dan 27 lagi wakil rakyat PR untuk mengosongkan kerusi mereka. Bagi penulis, cabaran yang dibuat ini sebenarnya menyerlahkan lagi kedangkalan dan ke'kurangcerdik'kan ADUN Pangkor itu. Ianya juga tidak lebih daripada tindakan provokasi bagi memerangkap DS Nizar dan barisan exco 'halal' daripada kemungkinan memerintah kembali negeri Perak apabila mahkamah memutuskan kes kontroversi ini pada 9 Februari depan.

Hal ini kerana seperti mana yang telah berkali-kali dijelaskan dan dihebahkan ke seluruh dunia, perihal peruntukan undang-undang dalam Perkara 16 (6), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menerangkan salah satu sebab jawatan Menteri Besar itu terlucut ialah peletakan jawatan. Baca selanjutnya di SINI. Jadi, jika DS Nizar mengosongkan kerusi DUN Pasir Panjang yang diwakilinya, maka sahlah bahawa jawatan MB telah gugur. Jika jawatan MB gugur, maka secara automatiknya seluruh barisan Exconya juga akan gugur. Inilah helah DS Zambry namun nescaya DS Nizar jauh ke depan lebih matang daripada itu.

DS Zambry menghamburkan cabarannya itu dalam siaran radio Perak.fm. Hal ini menjadi satu lagi bukti menunjukkan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan secara terang-terangan menDISKRIMINASIkan kerajaan Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak dahulu. DS Nizar semasa masih bergelar MB Perak tidak pernah diberi peluang berucap dalam siaran radio berkenaan. Larangan dikenakan Perak.fm dan RTM berkenaan menyerlahkan mereka memang 'konco-konco' Barisan Nasional di Perak.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil),"

Ini satu lagi laungan daripada DS Zambry. Begitu gagah beliau berkata sedemikian yer.. Sepatutnya 3 ADUN lompat itu yang wajar mengosongkan kerusi dan adakan semula pilihanraya di kawasan mereka. 3 orang manusia inilah yang men'cacamerba'kan politik Perak hingga ke hari ini. Dapatkah mereka mengekalkan kerusi berkenaan atas tiket Bebas yang cenderung kepada BN jika pilihanraya semula???

Ataupun, semua ADUN termasuk MB halal dan MB haram letak jawatan serentak @ DS Zambry mohon perkenan Sultan untuk bubar DUN.. Adakan pilihanraya semula di semua DUN negeri Perak. DS Nizar dan PR sudah 'habis suara' menjerit dan 'habis cara' berusaha untuk menyeru pembubaran DUN Perak. Tapi apa tindakan DS Najib dan DS Zambry..?? Pekakkan telinga sahaja walaupun seluruh rakyat mengetahui bahawa mereka terlalu takut untuk mempertahankan 28 kerusi yang dimenangi pada 8 Mac 2008. Hampir pasti mereka gagal meraih kerusi sebanyak itu jika pilihanraya semula diadakan."

Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya..



p/s :Yang HAQ pasti tertegak, yang BATIL pasti lenyap

Friday, January 29, 2010

PRK UM : Pro-Mahasiswa Tewas, Rayu Pengundian Semula

Salam, selamat bertemu kembali..


Lewat petang semalam, keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kampus UM diumumkan, menyaksikan Pro-M hanya berjaya memenangi 17 kerusi (8 kerusi Umum, 9 kerusi Fakulti) berbanding Pro-Aspirasi yang memenangi 21 kerusi (1 kerusi Umum, 20 kerusi Fakulti). Hal ini mengesahkan Pro-M gagal mempertahankan kemenangannya tahun lalu dan Pro-A berjaya merampas semula tampuk pemerintahan di Universiti Malaya.

Ini bermakna, Pro-M hanya berjaya mengekalkan penguasaan mereka di UIA selain berjaya buat pertama kali di UMT dengan kemenangan besar (menang 11 dari 12 kerusi). Tahniah...

Terbaru di UM, sejak pagi tadi barisan penyokong Pro-M seramai hampir 300 orang berkumpul di Canselori, bangunan menempatkan pejabat Naib Canselor, Prof.Datuk.Dr.Ghauth Jasmon bagi menzahirkan bantahan terhadap apa yang dikatkan sebagai manipulasi sistem e-voting yang didakwa sebagai punca utama mereka tewas dalam PRK kali ini.

Sebelum itu, keputusan yang diumumkan jam 7 malam semalam masih belum dimuktamadkan dan ditangguh ke jam 11 pagi ini. Perbincangan NC bersama 10 wakil pelajar berlanjutan hingga jam 1.00 petang tadi kemudian ditangguhkan bagi memberi laluan semua pihak menunaikan solat Jumaat. Penulis difahamkan, sebentar tadi (2.30 petang) beratus-ratus mahasiswa UM yang baru keluar dari Masjid Ar-Rahman berbondong-bondong menuju ke arah DTC, dipercayai sebagai memberi sokongan kepada pihak Pro-M yang kembali berbincang dengan NC di Canselori..

Laporan lanjut menyusul,


p/s : ada kenderaan polis menghala ke DTC sebentar tadi.. penulis nak pi tengok hehe..

Thursday, January 28, 2010

I'm Come Back To UM

Salam, selamat bertemu kembali..


Ketika ini penulis menukilkan coretan ini dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, menara gading terunggul yang kali terakhir penulis jejakkan kaki pada bulan Ogos 2009, kira-kira 6 bulan yang lalu. Penulis tiba sekitar jam 10.00 pagi, dalam kehangatan bahang Pilihanraya Kampus UM di mana hari ini adalah hari pengundiannya.

Antara tujuan keberadaan penulis di Kuala Lumpur untuk sehari dua ini antara lain, untuk menyambung silaturrahim sesama sahabat yang berada di sini di samping memberi sokongan kepada barisan bakal pimpinan yang diumumkan petang ini.. Ada yang langsung tak berkesempatan berjumpa ketika majlis konvokesyen Ogos lalu, terasa rindu juga..hehe.. Satu perkara yang menyebabkan penulis sedikit terharu, tika mengenangkan betapa bersungguhnya sahabat2 di sini, menawarkan rumah mereka untuk penulis tumpang beradu malam ini.. Benarlah kata pujangga, berkawan biar beribu, berkasih biar satu..

Malam ini, dua peristiwa penting akan berlaku..

Pngumuman rasmi PRK UM 2010

Ceramah Perdana Isu Royalti di Kelantan...yang ditunggu2 tu..


p/s : Yang haq akan menang, yang batil pasti kalah..

Thursday, January 21, 2010

Apakah Hukum Menyertai Laman Sosial Facebook??

Salam, selamat bertemu kembali..

23 Julai tahun lalu, penulis menyiarkan sebuah artikel di blog ini bertajuk Facebook Produk Israel??? yang antara lain mengupas mengenai latar belakang pengasasnya, Mark Zuckerberg yang dikatakan menyumbang kepada Zionis Israel melalui keuntungan diraihnya melalui lama sosial itu..


Namun, pemerhatian penulis mendapati kini Facebook sudah menjadi kegilaan jutaan rakyat Malaysia, seperti juga mula2 Friendster diperkenalkan dahulu.. Membaca akhbar beberapa minggu lalu, penulis berjaya menemukan satu laporan menyiarkan jawapan balas Pensyarah UIAM, Ust.Zaharuddin Abdul Rahman mengenai pertanyaan seorang pembaca akhbar berkenaan.. Artikel di blog beliau ini juga merungkai persoalan yang membelenggu penulis dan mereka yang lain, yang masih ragu-ragu dengan status Facebook ini..

Malah, begitu ramai tokoh agama sedunia dan pimpinan negara kini telah menyertai Facebook sebenarnya. Antara lain, Presiden Pas, DS Haji Hadi Awang, PM Malaysia, DS Najib Razak, Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Lebih teruja, tokoh ulama muktabar seperti Prof.Dr.Yusuf Qardawi dan Prof.Dr.Wahbah Zuhayly juga kini telah menyertai komuniti Facebook..

Penulis kini kembali aktif dalam Facebook..hehe..
Lawati FB penulis di SINI


p/s : Mudah-mudahan ada hikmah di sebalik semua ini..

Wednesday, January 20, 2010

Kes Saman 11 Juta : Menunggu Reaksi Pengurusan FELDA

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.



Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut. Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka. Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.


"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya. Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000. Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.


Ekoran keputusan bersejarah ini, penulis ingin sekali mendengar reaksi pengurusan FELDA, Menteri FELDA, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia, Datuk Ramli Ismail, dan ramai lagi yang begitu sinis mempertikai peranan pihak-pihak yang tak sehaluan dengan mereka. Asal menentang sahaja, terus dicop sebagai pembangkang, peneroka tak mengenang budi, penghasut dan anasir luar yang jahat dan lain-lain tohmahan..

Benda yang baik kami sokong, benda yang tak baik kami tentang...itulah asasnya..


p/s : Banyak lagi kes FELDA yang tertangguh..

Thursday, January 14, 2010

Petanda Kiamat Semakin Hampir..

Salam, selamat bertemu kembali..

PORT-AU-PRINCE - Gempa bumi berukuran 7 skala Richter melanda selatan ibu kota Haiti dengan menyebabkan beratus-ratus atau ribuan penduduk negara Caribbean itu dikhuatiri mati, semalam. Gempa terburuk dalam tempoh 200 tahun di negara itu memusnahkan ibu pejabat misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), istana Presiden dan beberapa bangunan lain.

Sejumlah anggota PBB turut dilaporkan hilang akibat bencana itu. Bandar raya Port-au-Prince dilaporkan bergelap sepanjang malam dengan kebanyakan penduduk tidur di luar rumah kerana bimbang lebih banyak gegaran berlaku. Wakil Haiti di Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kerugian akibat bencana itu mungkin berjumlah berbilion dolar.

Beberapa negara, termasuk AS, Britain dan Venezuela kini melakukan persiapan untuk menghantar bantuan ke Haiti. Gempa bumi itu melanda kawasan barat daya Port-au-Prince dan kemudian disusuli dengan dua gegaran kuat iaitu 5.5 dan 5.9 skala Richter. Jumlah rasmi kematian atau tahap kemusnahan akibat bencana itu masih belum diketahui.

Pekerja bantuan dan wartawan di tempat kejadian menganggarkan jumlah korban mungkin beratus-ratus atau beribu-ribu orang.


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, yaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur (gempa bumi di Sumatra, Sichuan dan byk lagi)

8. Gempa bumi di Barat (gempa bumi di Haiti)

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab


p/s : Ampunilah dosa kami Ya Allah...

Tuesday, January 12, 2010

Jangan Sampai Keharmonian Beragama Ini Musnah..

Salam, selamat bertemu kembali..

Menyusuri rentetan perjalanan penuh kontroversi membabitkan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly, keadaan menjadi kian gawat lantaran beberapa buah gereja dilontar bom petrol oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam beberapa hari kebelakangan ini. Walaupun ada pihak mengatakan lontaran bom berkenaan hanya didalangi kumpulan kecil yang mungkin bersifat ekstrem, penulis berpandangan sedikit berbeza.

Pandangan penulis :

Menurut laporan akhbar, kejadian gereja dilontar bom petrol dikesan pertamanya berlaku di Wangsa Maju, yang mendapat liputan luas media dalam dan luar negara. Lantas kejadian serupa juga dilapor di Taiping, Seremban, Melaka malah hingga ke seberang laut iaitu di Sabah. Jika yang melakukan semua ini ialah orang @ kumpulan yang sama, bolehkah ia diklasifikasikan sebagai kumpulan 'kecil'?? Penulis percaya, selagi tiada tindakan holistik dilakukan bagi mengekang mereka ini, nescaya akan lebih seronoklah mereka berbuat onar..

Usaha beberapa pertubuhan NGO Islam yang mengambil inisiatif berkawal secara sukarela di gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur merupakan sesuatu yang terpuji dan sangat wajar diberi sokongan. Mereka ini yang membawa pertubuhan atas nama Islam sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran bahawa Islam itu merupakan agama yang suci, menganjurkan perdamaian dan menghormati pegangan dan penganut agama lain. Islam bukan agama yang memusuhi agama lain bahkan dalam Al-Quran, kita akan dapat menemukan ayat "tiada paksaan dalam beragama" dan "untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku"..

Peranan pimpinan negara yang menunjukkan keprihatinan dengan melawat gereja yang terbakar, mengadakan dialog antara agama serta pelbagai usaha lain juga sangat penting dalam memulihkan semula keharmonian beragama yang telah terjalin berpuluh-puluh tahun lalu.. Semua usaha ini sangat penting untuk menangkis gambaran buruk bilamana media asing sudah mula memberi liputan meluas dalam isu ini. Beberapa blog yang penulis amati, ada menyiarkan klip video dari liputan berita Al-Jazeera, BBC, CNN dan sebagainya.. Tumpuan masyarakat dunia akan terarah ke Malaysia sekali lagi, hampir sama situasinya seperti kes Lina Joy satu masa dahulu..

Berdoalah kita supaya keharmonian beragama terutamanya keharmonian Islam di Malaysia dapat dipelihara selamanya..


p/s : Sokong Dato'Jamil Khir, gereja digesa gugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah

Saturday, January 9, 2010

Mengirim Khabar Dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

Salam, selamat bertemu kembali..

Sekian lama penulis tidak meng'update' blog ini kerana kesibukan yang melanda menjelang akhir tahun 2009 dan awal tahun 2010. Kini, penulis berada di Gemencheh iaitu pekan kecil yang menjadi popular sejak akhir2 ini lantaran kes pembunuhan kejam 4 sekeluarga di Kg.Batang Rokan, kira2 10 minit perjalanan dari rumah kakak penulis di sini..
Banyak sungguh perkara yang berlaku dalam permulaan tahun 2010 ini.

Antara yang paling PANAS ialah keputusan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen. Kini, ia menjadi sindiran seluruh rakyat bahawa knaikan harga gula itu merupakan 'hadiah tahun baru' dari kerajaan..

Al-Fatihah kepada jenazah 4 sekeluarga
Antara yg paling MENGERIKAN ialah kes pembunuhan kejam 4 sekeluarga di Kg.Batang Rokan dekat sini. Nyatalah masyarakat di pekan Gemencheh ini lebih mengetahui cerita dan rentetan kisah sebenar yang berlaku pada hari kejadian. Hasil sembang-sembang penulis bersama abang dan kakak serta masyarakat di sini, kisah tragis versi sebenar itu sedikit berbeza dengan versi di dada-dada akhbar. Siapa yang nak tahu lebih detail, kenalah datang ke pekan kecil ini. Sehingga petang tadi ketika penulis dalam perjalanan menuju ke rumah kakak, masih penuh kereta 'bersidai' di sepanjang jalan di Kg.Batang Rokan. Tersohorlah sekejap desa berkenaan dalam jangkamasa terdekat ini..

Antara yang paling KELAKAR pula ialah apabila Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa hanya pegawai tentera berpangkat Sarjan dan beberapa orang lain yang berpangkat rendah sahaja yang terlibat dalam kes kehilangan enjin jet pesawat TUDM. Bagi penulis, ini yang paling tak masuk akal...haha..malas la nak ulas...

Antara yang paling KONTROVERSI ialah perjalana episod penghakiman isu penggunaan nam 'ALLAH' dalam penerbitan majalah gereja. Bermula sejak lama dahulu, keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi menggegarkan semua pihak. Lntas pelbagai usah dibuat termasuk PM berjumpa YDP Agong dan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Jumaat lepas, beribu-ribu masayarakat Islam keluar mengunjuk perasaan mereka sebagai bantahan agar keputusan Mahkamah Tinggi itu dibatalkan. Lebih terbelit, kelmarin ada pula pihak yang 'bangang' melontar bahan letupan hingga memusnahkan sebahagian gereja di Wangsa Maju, kononnya sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya.

Itulah serba sedikit isu yang mencuri tumpuan yang penulis sempat coretkan di sini. Memandangkan badan penulis agak letih setelah memandu berterusan dari Jengka ke Gemencheh kira-kira 3 jam lebih, penulis minta izin untuk berehat dahulu...

InsyaAllah, kita bertemu di lain kesempatan...


p/s : Penulis akan ke Felda Tembangau 5 pula pagi esok, hehehe....

Saturday, December 19, 2009

Ceramah Ust.Hamid Derani, Dulu UMNO Sekarang Pas..

Salam, selamat bertemu kembali..

CERAMAH UMUM


Penceramah:

Ust.Haji Abdul Hamid Derani

Bekas Pegawai Penerangan UMNO Kelantan
orang kuat Dato' Mustapa Mohamed (Ahli Parlimen Jeli)

Ust.Haji Suhaimi Saad
Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang

pada 20hb Disember 2009,
Ahad
9.00 malam

di Markaz Pas Jengka 16..

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Baca rentetan Ust.Hamid Derani tinggalkan UMNO di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...