Thursday, June 4, 2009

Catatan Petang

Salam..

Sejak pulang ke Jengka, penulis sangat jarang berkesempatan untuk membuka internet, apatah lagi meng'update' blog yang dah ber'habuk' ni.. Penulis juga masih belum mendapat pekerjaan tetap, hanya membantu ayahanda di ladang dan melakukan kerja-kerja kampung.. Keberadaan penulis di Jengka juga, menyenangkan hati bonda yang upayanya makin terbatas kerana kian dimamah usia. Dapatlah penulis membantu serba sedikit melakukan kerja-kerja rumah.

Dalam keseronokan bercuti, seorang demi seorang rakan-rakan penulis sudah melangkah ke alam pertunangan dan perkahwinan. Sekalung tahniah diucapkan kepada beberapa rakan sekelas ketika di SMKJP iaitu Khaty dan Aya yang telahpun bertunang, serta Siti Nurul Azimah (Mamut) yang telah berkahwin serta rakan sekampung, Nik Emy Shamira dan Siti Khatijah Hj.Mohamad yang juga telah berumahtangga minggu lepas. Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Jika di UM dulu, seronok berdiskusi hal politik dan isu semasa bersama rakan-rakan di kampus, kini di Jengka, ayah dan abang penulis menjadi 'panel undangan' di rumah, membahas isu-isu semasa dan politik, terbaru kes bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh.. Penyelewengan..?? Rasuah...?? Projek segera tergesa-gesa..?? Atau apa...?? Tunggulah siasatan lengkap.. Keterbukaan MB Terengganu untuk disiasat SPRM adalah satu tindakan profesional.. Perlu siasat Datuk Derih Jusoh juga..btol tak? hehe

Setelah hampir sebulan ter'peruk' di Jengka, jika tiada aral melintang, penulis sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah Darul Aman pada 9hb Jun depan, Insya Allah.. Rindu pada tok yang keseorangan di sana, selain ingin kembali merasai kesejukan air terjun Hutan Lipur Bukit Perak...memang seronok pengalaman di kampung..



1 comment:

I_Hate_Lolipop said...

encik penulis biler pulak nk kawen????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...