Friday, August 20, 2010

30 Kelebihan Besar Solat Sunat Tarawih

Salam, selamat bertemu kembali..

Untuk perkongsian dan manfaat bersama ;

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Justify Full
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


p/s : Bersama menghidupkan malam-malam Ramadhan..

Saturday, August 14, 2010

Hebatnya Solat Hatim Al-Assam


Salam, selamat bertemu kembali..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1) Bertaubat

2) Menyesali dosa yang telah dilakukan

3) Tidak tergila-gilakan dunia

4) Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5) Tinggalkan sifat berbangga

6) Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7) Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,

2..Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"...Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun..."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


p/s : Bagaimanalah solat kita..

Monday, August 9, 2010

RM200 Juta Dato' Ahmad Maslan vs RM 200 Juta Peneroka Jempol

Salam, selamat bertemu kembali..


Dari Malaysiakini

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.


Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.


"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

[Ini satu lagi kes mahkamah yang perlu dihadapi Felda selepas kemenangan diberikan oleh mahkamah kepada peneroka Felda Kemahang 3 di mana Felda diperintah membayar lebih RM11 juta kepada ratusan peneroka di situ. Kini, berhadapan pula kes saman RM200 juta. Sebelum ini gegak gempita seluruh buana di tanah Felda, Dato'Ahmad Maslan ingin kemukakan saman RM 200 juta kepada Suara Keadilan dan PKR. Ada Timbalan Menteri ini atau pengurusan tertinggi Felda failkan saman tersebut di mahkamah???]

[Presiden ANAK ajak berdebat, Ahmad Maslan tolak. Kononnya debat tak selesaikan masalah. Timb.Menteri itu pula yang jemput Presiden ANAK berdialog, dan Presiden ANAK itu bersetuju, katanya, Ahmad Maslan sediakan tempat, jam berapa dan siarkan ke seluruh negara, itu pun Ahmad Maslan langsung tak bagi maklum balas sampai sekarang..ape da..tak profesional langsung..macam penakut je]


p/s : Berani kerana benar, takut kerana salah..!!

Saturday, August 7, 2010

Bangunan Pencakar Langit : Binaan Untuk Menyambut Dajjal Turun Ke Bumi..???

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari kotak e-mel penulis :

The Great Architect, Dajjal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersetongkol dengan Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini.

Sebelum ini saya sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel saya sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dialirkan itu adalah tenaga yang positif. Konsep yang mudah untuk difahami di sini kan?

Ketahuilah kita umat akhir zaman, dan ketibaan The False Messiah/ Antichrist/ Dajal ini semakin hampir. Jika anda perasan, binaan agung pada peradaban terhadulu telah dibina kembali untuk menyambut kedatangan si laknat ini. Dengan bantuan konco-konconya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Tuhan Yang Esa.

Salah satu binaan penting untuk menyambut Messiah Yahudi ini ialah Tower Of Babel!

Salah satu binaan moden yang berasaskan Tower Of Babel, Parlimen EU.

Sebelum saya membawa pemikiran anda lebih jauh, pasti pembaca tertanya-tanya, adakah Tower Of Babel ini benar-benar wujud? Atau hanyalah sekadar dongengan dan hanya fantasi rekaan sahaja. Sebenarnya Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-Quran.

Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan yang tinggi untuk mencabar kekuasaan dan memperlekehkan Allah s.w.t:

Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.

Al-Qasas 38

Dan Firaun pula berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya)“(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.

Ghaffir 36-37

Bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai Tower Of Babel. Cerita tentang Tower of Babel ada juga disebutkan di dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Tidak perlu saya ceritakan apa yang ditulis di dalam Bible tentang Tower of Bible kerana hanya Al-Quran yang saya jadikan sebagai rujukan. Cukuplah kata kunci yang penting di sini ialah menara ini benar-benar wujud dan ia dibina untuk menentang kuasa Tuhan oleh penentangnya.

Adakah Tower Of Babel zaman moden telah dibina zaman sekarang? Jika dahulu Tower Of Babel adalah binaan yang tinggi kononnya mencapai pintu-pintu langit bak kata Firaun. Jadi pastilah Tower Of Babel zaman sekarang adalah binaan tertinggi!

Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai! Walaupun belum siap lagi dibina dan semakin hari semakin mencakar langit. Berikut adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat dari segenap penjuru Dubai ini.

Ketinggian sebenar Menara Dubai ini masih tidak dapat dipastikan kerana ia dijangka siap pada 2010 nanti dan dipercayai ketinggiannya akan mencapai 818M (2,684 kaki) jauh meninggalkan Menara berkembar Petronas di belakang yang hanya berketinggian 452M. Ia mula dibina pada 21 September 2004 dan masih dalam proses pembinaan. Kos pembinaan Menara ini dipercayai menelan USD 4.1 billion dan arkiteknya ialah seorang warganegara Amerika iaitu Adrian Smith.

Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.
Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara kita juga hal yang sama berlaku. Jika kita perasan, di KLCC selepas konsert, perayaan tahun baru atau merdeka yang penuh dengan aktiviti maksiat kita akan mendapati ada kabus yang menyeliputi KLCC ini. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan Dajal ini.

Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu. Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajal si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak dari tenaga posifit dan elalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.

Bersediakah kita?


p/s : Semoga bermanafaat untuk kita..

Ibuku Seorang Pembohong...!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Kini, penulis berada di luar Pahang. Di kota raya Kuala Lumpur ini, dengan keadaan persekitaran sibuk yang senak dan sesak, tetiba fikiran melayang terkenangkan ibu di kampung.. Rupa-rupanya bila berjauhan dari seseorang yang disayangi, baru kerinduan terhadapnya timbul membuak-buak.. Baru sehari di KL ni, terasa rindu benar pada mak..

Dalam kelajuan jari-jemari ini menekan keyboard melunsuri internet, terketemu satu artikel yang dikirakan bermanfaat bagi bacaan kita bersama..

Dari SINI

Mungkin sukar bagi orang lain percaya, tetapi itulah yang terjadi, ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan kita sekalian.
Cerita ini bermula dari semasa saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga tidak senang. Makan minum serba kekurangan.

PEMBOHONGAN PERTAMA

Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan nasi dan ikan masin satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering merungut. Saya menangis, ingin nasi dan lauk yang banyak. Tetapi ibu pandai berbohong. Ketika makan, ibu sering membahagikan nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan saya, ibu berkata : “”Makanlah nak, ibu tak lapar.”

PEMBOHONGAN KEDUA

Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di sungai sebelah rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberi sedikit makanan untuk membesarkan kami. Pulang dari memancing, ibu memasak ikan segar yang mengundang selera. Sewaktu saya memakan ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih melekat di tulang sisa ikan yang baru saya makan.

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu memberikan ikan yg belum saya makan kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”

PEMBOHONGAN KETIGA

Di awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu biasa membuat kuih untuk dijual sebagai tambahan wang saku saya dan abang. Suatu ketika, pada dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih ditemani lilin di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kan nak pergi ke kebun lagi.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk.”

PEMBOHONGAN KEEMPAT

Di akhir masa ujian sekolah saya, ibu tidak pergi berjualan kuih seperti biasa supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk memberi semangat. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyengat, ibu terus sabar menunggu saya di luar. Ibu nampak sering tersenyum dan mulutnya komat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disediakan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera menghulurkan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tetapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!”

PEMBOHONGAN KELIMA

Ketika ayah meninggal dunia, usia saya baru beberapa bulan. Sejak itu ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah dan sebagai ibu sekaligus kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja memetik cengkeh di kebun, membuat sapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tetapi apalah daya seorang ibu. Kehidupan keluarga kami dari hari ke hari semakin susah dan memprihatinkan. Melihat keadaan keluarga yang semakin susah, seorang tetangga yang baik hati dan tinggal bersebelahan rumah kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu....

Para tetangga sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang menjaga dan mencarikan nafkah untuk kami sekeluarga, tetapi ibu yang keras hati tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlu cinta dan saya tidak perlu lelaki.”

PEMBOHONGAN KEENAM

Setelah kakak-kakak saya tamat sekolah dan mulai bekerja, ketika itu ibu pun sudah semakin tua. Kakak-kakak saya menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak usah lagi bersusah payah untuk mencari wang.

Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di bandar sering mengirim wang untuk ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malah ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada wang.”

PEMBOHONGAN KETUJUH

Setelah lulus kuliah, saya melanjutkan pengajian lagi di luar negara. Keperluan saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghabiskan pengajian saya dengan cemerlang. Kemudian saya bekerja dengan syarikat yang telah membiayai persekolahan saya iu. Gaji saya agak lumayan, dan saya memang sudah lama berniat membawa ibu untuk menikmati sisa-sisa hidupnya bersama saya di luar negara. Menurut hemat saya, ibu sudah lama bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya dipenuhi penderitaan, lalu apalah salahnya kalau hari-hari tuanya ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya dengan berkata: “Tak usahlah nak, ibu tak biasa tinggal di negara orang.”

PEMBOHONGAN KELAPAN

Berlalulah beberapa tahun dan ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser di leher, yang akarnya telah merebak ke mana-mana. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di hospital, setelah menjalani pembedahan.

Ibu kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa kejamnya penyakit itu drastik telah mengubah tubuh ibu, sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” Titisan air mataku keluar sambil mendengar ceritanya ini.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk terakhir kali. Dibalik kebohongannya, tersimpan cintanya yang begitu besar bagi anak-anaknya.

Anda mungkin masih beruntung kerana masih mempunyai ibu... Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, sekarang anda boleh menelefonnya, dan berkata, ‘Ibu, saya sayang ibu.’

Tetapi hal itulah yang belum pernah saya lakukan, hingga kini saya diburu rasa bersalah yang luar biasa kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tetapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, hinggalah ke saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Ibu, maafkan saya. Saya sayang ibu.....”

Kalau penyakit malas, ingin menyerah, dan yang seumpamanya datang, cuba anda baca semula tulisan ini, lalu cubalah ingat-ingat semula bilakah ibu kita berbohong kepada kita....

Dari SINI


p/s : Saya sayang mak saya..erm :-(

Thursday, August 5, 2010

Undang-undang Paling Tak Cerdik Di Dunia..

Salam, selamat bertemu kembali..

Betul ke camtu???

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDEN :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat kelulusan (certification) dari mereka.

KOREA SELATAN :
* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyiram tananan di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari minggu.
* Dilarang memakai ku mis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam tab mandi.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari minggu.

- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT
* Dilarang mencium isteri di hari minggu.

- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang (yang ni confirm betul)


p/s ; macam-macam ragam dalam dunia, undang-undang Allah adalah kebenarannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...