Friday, August 20, 2010

30 Kelebihan Besar Solat Sunat Tarawih

Salam, selamat bertemu kembali..

Untuk perkongsian dan manfaat bersama ;

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Justify Full
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


p/s : Bersama menghidupkan malam-malam Ramadhan..

7 comments:

armouris said...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

Anonymous said...

Salam.

Tuan mohon rujuk hadis2 tersebut, apakah ia soheh atau sebaliknya...tuan petik dari kitab mana? Baik untuk mencari dan mendapat kepastian....

harap maaf.

Terima kasih.

amri j21 said...

Kebetulan pula artikel ini dikeluarkan semasa waktu Imsak. Ha…waktu Imsak? (Dah terlambat nak bersahur, dialog yang biasa didengar). Maka di sini saya ingin timbulkan persoalan paling asas iaitu sahur. Sahur atau bersahur pula amat berkait rapat dengan waktu Imsak. Contoh persoalan yang kami ingin bangkitkan hari ini adalah seperti berikut :

Saya sekadar bertanya bolehkah kita minum dan makan sampai waktu subuh, ada setengah berpendapat kita kena berhenti minum dan makan semasa waktu Imsak, dan ada pula yang mengatakan selagi belum kedengaran azan selagi itu kita boleh makan?

amri j21 said...

Memang terdapat segelintir pihak yang mendakwa waktu Imsak itu sebagai bercanggah dengan sunnah lalu melabelkannya sebagai bid’ah. Fokus artikel ini bukan ke arah untuk berbicara persoalan khilafiah. Kembali kepada tajuk. Adalah digalakkan untuk kita melewatkan sahur, malah itu satu amalan yang mulia. Dalam satu hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda

“Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar( subuh).”

Berdasarkan hadis ini, selagi belum tiba waktu subuh, maka selagi itulah dibenarkan makan dan minum. Ini kerana waktu sahur hanya berakhir dengan bermulanya azan subuh.

amri j21 said...

Tentang waktu Imsak pula, terdapat satu hadis yang sedikit sebanyak memperihalkan tentangnya (walaupun secara tidak langsung), iaitu hadis daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya, sabda Nabi s.a.w “ Zaid bin Tsabit menerangkan dia bersahur bersama Nabi s.a.w, kemudiannya bangun pergi mendirikan solat(subuh), Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya ( antara sahur dan solat subuh)?, Zaid menjawab., “sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat Al-Quran.” Berdasarkan hadis ini jangka masa antara waktu sahur dengan waktu subuh ialah kira-kira bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran yang sederhana panjangnya dan mungkin dalam tempoh masa 15 hingga 20 minit.
Dalam persoalan ini, hadis pertama menceritakan boleh makan dan minum sehingga masuknya waktu subuh. Ia tepat tanpa sebarang keraguan.
Hadis kedua pula sekadar menceritakan tempoh antara bersahur dengan bersolat subuh, iaitu menyamai bacaan 50 hingga 60 ayat Al-Quran. Namun ia tidak menasakhkan (memansuhkan) hadis yang pertama.

Kesimpulannya, tiada masalah andai kita ingin bersahur pada pukul satu pagi sekalipun (tak bersahur pun tak salah), cuma ia tidak menepati sunnah. Dan, harus juga untuk bersahur sehingga kedengaran azan subuh. Cuma, sebagai langkah persediaan untuk bersolat subuh atau melakukan ibadat yang lain seperti membaca Al-Quran, pergi ke surau atau masjid, maka wajar untuk berhenti bersahur lebih awal, mungkin dalam tempoh kira-kira 10 atau 15 minit.


Jadi adakah waktu imsak itu bid’ah? Memang bid’ah kalau kita beranggapan wajib berhenti makan dan minum serta amalan lain yang membatalkan puasa setelah masuknya Waktu Imsak. Sebab apa saya katakan begini ini kerana segelintir masyarakat hari ini yang masih percaya “bulat-bulat” yang mengatakan waktu Imsak adalah waktu penamat bagi bersahur. MESTI BERHENTI??? Bukan begitu sebenarnya……

Saya sendiri pernah melihat pak lebai dengan yakin dan konfidennya berbekalkan takwim imsak yang ada, menengking seorang budak kerana menghabiskan minuman yang masih berbaki di dalam cawan

amri j21 said...

Sehinggakan kita sebenarnya boleh makan ketika azan berkumandang di mana kita dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman yang berada di tangan kita (semasa bersahur) walaupun setelah berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis berikut :

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya). (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)

Tetapi, tidaklah bid’ah andainya kita berhenti makan lebih awal sedikit kerana ingin mempersiapkan diri untuk membaca Al-Quran atau bersolat subuh atau urusan-urusan lain, namun kita mesti menyakini dalil yang sahih bahawa penamat sahur hanyalah azan subuh. Akhir sekali, eloklah kita renung kata-kata ulama terkemuka Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fatwa Mu’asirah

“Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w”

P/S : Dahulu pun saya sendiri keliru dengan waktu Imsak, “taksub” dan “cukup berdisiplin” apabila tibanya waktu Imsak. Itu sebabnya saya hanya senyum sendirian melihat budak itu dimarah, sebab saya pun pernah begitu. Dahulu…….Semoga kekelirua

amri j21 said...

salam... sori mencelah dgn beberapa post .. aku dapat info ni.... agak manarik untuk dikongsikan bersama...

tu info tentang imsak... aku dah lupa info tentang kelebihan solat tarawih yg dikatakan bidaah kalau x silap aku.... kalau jumpa aku akakn post kat sini ok....

singgah2 ler gerai aku kat pasar ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...