Wednesday, January 20, 2010

Kes Saman 11 Juta : Menunggu Reaksi Pengurusan FELDA

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.



Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut. Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka. Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.


"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya. Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000. Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.


Ekoran keputusan bersejarah ini, penulis ingin sekali mendengar reaksi pengurusan FELDA, Menteri FELDA, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia, Datuk Ramli Ismail, dan ramai lagi yang begitu sinis mempertikai peranan pihak-pihak yang tak sehaluan dengan mereka. Asal menentang sahaja, terus dicop sebagai pembangkang, peneroka tak mengenang budi, penghasut dan anasir luar yang jahat dan lain-lain tohmahan..

Benda yang baik kami sokong, benda yang tak baik kami tentang...itulah asasnya..


p/s : Banyak lagi kes FELDA yang tertangguh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...