Friday, January 29, 2010

PRK UM : Pro-Mahasiswa Tewas, Rayu Pengundian Semula

Salam, selamat bertemu kembali..


Lewat petang semalam, keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kampus UM diumumkan, menyaksikan Pro-M hanya berjaya memenangi 17 kerusi (8 kerusi Umum, 9 kerusi Fakulti) berbanding Pro-Aspirasi yang memenangi 21 kerusi (1 kerusi Umum, 20 kerusi Fakulti). Hal ini mengesahkan Pro-M gagal mempertahankan kemenangannya tahun lalu dan Pro-A berjaya merampas semula tampuk pemerintahan di Universiti Malaya.

Ini bermakna, Pro-M hanya berjaya mengekalkan penguasaan mereka di UIA selain berjaya buat pertama kali di UMT dengan kemenangan besar (menang 11 dari 12 kerusi). Tahniah...

Terbaru di UM, sejak pagi tadi barisan penyokong Pro-M seramai hampir 300 orang berkumpul di Canselori, bangunan menempatkan pejabat Naib Canselor, Prof.Datuk.Dr.Ghauth Jasmon bagi menzahirkan bantahan terhadap apa yang dikatkan sebagai manipulasi sistem e-voting yang didakwa sebagai punca utama mereka tewas dalam PRK kali ini.

Sebelum itu, keputusan yang diumumkan jam 7 malam semalam masih belum dimuktamadkan dan ditangguh ke jam 11 pagi ini. Perbincangan NC bersama 10 wakil pelajar berlanjutan hingga jam 1.00 petang tadi kemudian ditangguhkan bagi memberi laluan semua pihak menunaikan solat Jumaat. Penulis difahamkan, sebentar tadi (2.30 petang) beratus-ratus mahasiswa UM yang baru keluar dari Masjid Ar-Rahman berbondong-bondong menuju ke arah DTC, dipercayai sebagai memberi sokongan kepada pihak Pro-M yang kembali berbincang dengan NC di Canselori..

Laporan lanjut menyusul,


p/s : ada kenderaan polis menghala ke DTC sebentar tadi.. penulis nak pi tengok hehe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...