Tuesday, February 2, 2010

Cabar Kosongkan Kerusi : DS Zambry Cuba Perangkap DS Nizar..!!

Salam, selamat bertemu kembali..


Akhbar semalam menyiarkan laungan 'dangkal' DS Dr.Zambry Kadir yang mencabar MB Perak yang halal, DS Mohammad Nizar dan 27 lagi wakil rakyat PR untuk mengosongkan kerusi mereka. Bagi penulis, cabaran yang dibuat ini sebenarnya menyerlahkan lagi kedangkalan dan ke'kurangcerdik'kan ADUN Pangkor itu. Ianya juga tidak lebih daripada tindakan provokasi bagi memerangkap DS Nizar dan barisan exco 'halal' daripada kemungkinan memerintah kembali negeri Perak apabila mahkamah memutuskan kes kontroversi ini pada 9 Februari depan.

Hal ini kerana seperti mana yang telah berkali-kali dijelaskan dan dihebahkan ke seluruh dunia, perihal peruntukan undang-undang dalam Perkara 16 (6), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menerangkan salah satu sebab jawatan Menteri Besar itu terlucut ialah peletakan jawatan. Baca selanjutnya di SINI. Jadi, jika DS Nizar mengosongkan kerusi DUN Pasir Panjang yang diwakilinya, maka sahlah bahawa jawatan MB telah gugur. Jika jawatan MB gugur, maka secara automatiknya seluruh barisan Exconya juga akan gugur. Inilah helah DS Zambry namun nescaya DS Nizar jauh ke depan lebih matang daripada itu.

DS Zambry menghamburkan cabarannya itu dalam siaran radio Perak.fm. Hal ini menjadi satu lagi bukti menunjukkan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan secara terang-terangan menDISKRIMINASIkan kerajaan Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak dahulu. DS Nizar semasa masih bergelar MB Perak tidak pernah diberi peluang berucap dalam siaran radio berkenaan. Larangan dikenakan Perak.fm dan RTM berkenaan menyerlahkan mereka memang 'konco-konco' Barisan Nasional di Perak.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil),"

Ini satu lagi laungan daripada DS Zambry. Begitu gagah beliau berkata sedemikian yer.. Sepatutnya 3 ADUN lompat itu yang wajar mengosongkan kerusi dan adakan semula pilihanraya di kawasan mereka. 3 orang manusia inilah yang men'cacamerba'kan politik Perak hingga ke hari ini. Dapatkah mereka mengekalkan kerusi berkenaan atas tiket Bebas yang cenderung kepada BN jika pilihanraya semula???

Ataupun, semua ADUN termasuk MB halal dan MB haram letak jawatan serentak @ DS Zambry mohon perkenan Sultan untuk bubar DUN.. Adakan pilihanraya semula di semua DUN negeri Perak. DS Nizar dan PR sudah 'habis suara' menjerit dan 'habis cara' berusaha untuk menyeru pembubaran DUN Perak. Tapi apa tindakan DS Najib dan DS Zambry..?? Pekakkan telinga sahaja walaupun seluruh rakyat mengetahui bahawa mereka terlalu takut untuk mempertahankan 28 kerusi yang dimenangi pada 8 Mac 2008. Hampir pasti mereka gagal meraih kerusi sebanyak itu jika pilihanraya semula diadakan."

Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya..



p/s :Yang HAQ pasti tertegak, yang BATIL pasti lenyap

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...