Wednesday, February 3, 2010

Gantung YB Khalid : Abdullah Karim Kritik Keputusan JK Disiplin Pas

Salam, selamat bertemu kembali..

Copy dari SINI

Berikut ialah kenyataan yang diedarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim. Dolah juga akan diheret menghadap Jawatankuasa Disiplin PAS kerana kenyataan di bawah. Ah, mungkin dia boleh mempertahankan dirinya. Dia lawyer. sila baca (tanpa edit):
KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan JK Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kpd YB Dato Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. JK Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb Oktober 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan MB dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan JK Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semual aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG
SESI 2009-2011.

30 Januari 2010.
Kenyataan Abdullah Karim ini sedikit keras dan seolah-olah mempertikai kewibawaan tokoh Pas dalam JK Disiplin yang telah memutuskan hukuman ke atas YB Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Apakah niat Abdullah Karim mengkritik secara terbuka tentang keputusan JK Disiplin Pas?? Ikuti maklum balas Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya, klik di SINI


Pengerusi JK Disiplin Pas, Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan Naib Presiden Pas, Pesuruhjaya Pas Pahang dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krau.. Beliau juga bekas ADUN Jengka (1999-2004), bekas Pensyarah Kanan UiTM Jengka dan UiTM Shah Alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...