Saturday, February 27, 2010

Agihan Wang Ehsan Kelantan : Kejamnya Kerajaan Pusat..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

26 Februari lalu, DS Mustapa Mohamed selaku Menteri MITI mengumumkan pelantikan Timb.Menteri Kewangan, DS Awang Adek Hussin yang juga Timb.Pengerusi UMNO Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan. Jumlah nilaiannya, RM20 Juta..

Satu ungkapan sahaja yang penulis rasakan layak diberi kepada tindakan kerajaan pusat ini..

KEJAM..!!

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa kerajaan Kelantan hari ini telah pun diberi mandat memerintah oleh sekalian hamba rakyat di negeri berkenaan?? Mandat itu pula bukannya untuk sehari dua, tetapi sudah menjangkau 20 tahun..

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa Tok Guru Nik Aziz telah menjadi Menteri Besar yang sah, dilantik oleh Ke Bawah Duli Sultan dan diakui bukan sahaja oleh rakyat Kelantan, bahkan ke seluruh negara.


- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa Kelantan juga mempunyai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi iaitu Dato'Haji Husam Musa. Beliau dan barisan Exco Kelantan mempunyai keupayaan mentadbir kerajaan selama 20 tahun, mengapa diketepikan??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa kesemua kerusi Parlimen di Kelantan telah di'serah'kan oleh rakyatnya kepada pimpinan Pas, kecuali di Jeli, tempat Tok Pa sendiri dan Gua Musang, kubu kuat Ku Li..??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa UMNO-BN hanya mampu menang 6 kerusi sahaja daripada 45 kerusi DUN??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa DS Awang Adek itu langsung TIDAK menang dalam pilihanraya umum yang lalu, dilantik sebagai Timb.Menteri Kewangan menerusi 'pintu belakang' saja??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa mereka telah mungkir janji kerana sesuka hati menukar mekanisme 'pembayaran royalti' kepada 'wang ehsan' semata-mata kerana perbezaan ideologi politik??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa mereka terang-terang sejak dahulu lagi menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang telah menjadi 'kerajaan dalam kerajaan' sebagai satu diskriminasi terhadap kerajaan Kelantan..

Jika jawapannya, 'YA, KAMI SEDAR'., kerajaan pusat harus menarik balik pengagihan wang ehsan dan melaksanakan pembayaran royalti berjumlah RM2 Billion dan DS Awang Adek harus menolak jawatan Pengerusi JK Pengagihan Wang Ehsan..

Berikanlah wang royalti tersebut secara tunai kepada kerajaan Kelantan. Kemudian terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinannya menggunakan peruntukan wang berkenaan untuk manfaat rakyat Kelantan..

Jika jawapannya, AHH, PEDULI APA.. tidak bersikap adil dan saksama dengan kerajaan Kelantan yang dipilih secara sah oleh rakyat, jawapannya kalian pimpinan BN di peringkat pusat selayaknya digelar makhluk-makhluk KEJAM..!!

Dua anggota kabinet dari Kelantan itulah duri dalam daging bagi rakyat Kelantan.. Ternyata Ku Li jauh lebih bermaruah dan dipandang tinggi sekalian rakyat Kelantan kerana rela menongkah pandangan dan pendirian dengan kerajaan Pusat.

Betapa dangkalnya seorang pimpinan besar dari Jeli yang mengeluarkan kenyataan sanggup meletak jawatan Menteri jika pendiriannya bertentangan dengan Pusat?? Tidak sedarkah beliau undi kemenangannya itu datangnya dari Jeli, sebuah kawasan di Kelantan?? bukannya dari kerajaan Pusat...!!

Nyatalah konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dilaung-laung ke seluruh negara telah gagal di Kelantan, di'kubur'kan oleh ego dan kesombongan, nafsu dan kepentingan, dendam dan kesumat para pimpinan UMNO-BN Kelantan sendiri..

Dendam kesumat berkenaan bertambah-tambah bilamana UMNO-BN hanya mampu berpaut di 6 batang 'dahan yang hampir patah'. Lebih perit lagi, Awang Adek yang tewas bertanding di DUN Perupok dua tahun lalu, bukan sahaja gagal duduk di kerusi empuk Menteri Besar Kelantan, bahkan kalah teruk juga di Parlimen Bachok kepada Timb.Presiden Pas, Haji Nasharudin Mat Isa..


p/s : Kembalikanlah hak Kelantan kepada rakyatnya, kerajaannya, pemimpinnya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...