Minggu lalu, JAIP dalam Ops Taubat yang dijalankan sekitar Kuantan, Pahang berhasil memberkas 12 orang termasuk 2 wanita atas kesalahan meminum arak. Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.
Berita penuh di SINI
Menyorot kes ini, penulis menemukan beberapa situasi yang agak menarik..
1. Operasi ini dilakukan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri Pahang. Tak berapa lama dulu, kes Kartika Sari Dewi menjadi begitu hangat hinggakan ada menteri wanita pun mahu masuk campur. Sebabnya, Kartika memilih untuk menjalani hukuman 6 kali sebatan.. Hukuman yang dianggap SIS sebagai kejam terhadap wanita Islam sedangkan dalam Al-Quran begitu jelas dalil ditunjukkan..
2. Media memfokuskan operasi JAIP ini. Kartika dulu pun diberkas juga di Kuantan. Sedozen orang yang diberkas minggu lalu pun di Kuantan. Bagaimana di negeri lain?? Jika operasi besar-besaran dibuat di 'Syurga Dunia' Kuala Lumpur, entah berapa ribu orang Islam akan ditangkap atas kesalahan minum arak?? Bagaimana operasi jabatan agama Islam negeri2 lain??
3. Kartika memilih untuk disebat sebanyak 6 kali, yang sehingga hari ini beliau sendiri pun tidak tahu bilakah hukuman berkenaan akan dijalankan walaupun sudah beberapa bulan ia dijatuhkan?? Tukang sebat tak dak la, peruntukan undang-undang tak dak la, macam-macam lagi alasan mereka.. Jangan nanti kata batang rotan tak dak sudah la..
4. Jika sedozen tertuduh yang diberkas minggu lalu dijatuhkan hukuman penjara dan 6 kali sebatan, adakah mereka akan mengambil tindakan seperti Kartika??? Insaf dan rela dirotan?? Atau mereka sanggup mengeluarkan wang bayaran denda RM5 000??? Mereka orang kaya kan..??
Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987 memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan sebatan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh dan mereka dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin. Semua tertuduh membayar wang jaminan itu. Muhammad Azhari kemudiannya menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
p/s : Kita tunggu 24 Mei nanti pulak
No comments:
Post a Comment