Friday, February 19, 2010

24 Tahun Berlalu..

Salam, selamat bertemu kembali..


Sejak Oktober tahun lalu, penulis dan keluarga berpeluang melanggan pakej stesen TV berbayar Astro. Maka, masa lapang kini dapatlah diisi dengan program2 Discovery Channel 551, NatGeo 553 dan sebagainya termasuk saluran AXN 701. Antara drama siri TV popular di saluran tersebut ialah 24, sebuah kisah perjalanan hidup 24 jam Jack Bauer, yang bekerja di bawah agensi anti-pengganas kerajaan Amerika Syarikat.

Kini, angka 24 menjadi begitu bermakna dalam hidup penulis kerana bermula sejak 12.01 pagi tadi, penulis dinaikkan 'pangkat' oleh Allah SWT menginjak ke usia 24 tahun. Bermakna sudah 24 tahun jugalah, penulis menumpang hidup di muka bumi Allah Taala ini.. Semoga semua azam baru yang tersemat dalam hati ini akan sentiasa dipermudahkan jalannya oleh Allah..

Penulis perlu lebih bermuhasabah, apakah yang sudah penulis kerjakan sepanjang 24 tahun menjadi manusia di muka bumi ini.. Harap saudara2 sudi mencurah nasihat di ruangan komen, untuk manfaat kita bersama..

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok, lebih baik dari hari ini...


p/s : Terima kasih kepada teman-teman atas ucapan selamat ulangtahun, semoga Allah merahmati kita semua ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...