Wednesday, December 31, 2008
BATALKAN SAMBUTAN TAHUN BARU : KONGSI KESEDIHAN PALESTIN
Tuesday, December 30, 2008
KORBAN KEKEJAMAN ZIONIS MENINGKAT KEPADA 375 ORANG
Monday, December 29, 2008
INTIFADHAH DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA ESOK : BANTAHAN TERHADAP ISRAEL
Kepada seluruh umat Islam Malaysia, tentera Israel telah melancarkan serangan besar-besaran di Gaza semalam yang mengakibatkan hampir 300 umat Islam Palestin terkorban dan beratus-ratus yang lain cedera..
Sebagai tanda keprihatinan dan menunjukkan solidariti kita bersama umat Islam Palestin, marilah kita bersama-sama menyertai:
Intifadhah Menentang Kezaliman Israel Ke Atas Palestin
30 Disember 2008 (ESOK)
Jam 11.00 pagi
Hadapan Kedutaan Amerika, Jalan Ampang.
(turun di Stesen Ampang Park)
Inilah kata-kata seorang Pegawai Pertahanan Awam Israel yang bernama Ofer Shmerling :
"...Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel.."
Celakalah engkau wahai Ofer..
JAHANAM ISRAEL
JAHANAM AMERIKA
Sunday, December 28, 2008
282 ORANG TERKORBAN DI PALESTIN : ANGKARA ISRAEL LAKNATULLAH
Pada jam 9.52 malam tadi, penulis menerima satu SMS dari seorang sahabat, iaitu "..Sama-sama kita berdoa untuk palestin 230 orang sdh syahid mlm tadi.." Celakalah Yahudi Laknatullah..
Liputan berita tragedi berdarah ini boleh dibaca di blog Suara Anak Muda di SINI
MENCARI CINTA HAKIKI
Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati
Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak
Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Cinta
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan yang Esa
Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
CHIKUNGUNYA “BERTANDANG” KE RUMAHKU
Penulis baru sahaja kembali ke ibu
Antara yang menjadi mangsanya ialah keluarga penulis sendiri. Bermula dari anak saudara penulis, Amir yang mendapat demam ini di Kedah ketika kami sekeluarga balik beraya Aidiladha lepas. Chikungunya ini kemudiannya mula “menunjukkan belangnya” apabila seorang lagi anak saudara penulis, Faiz Aiman mula mendapat demam ini. Penangannya memang ‘kaw’ sehingga muka Faiz Aiman mula menjadi merah, ruam-ruam mula timbul dan tubuh badannya panas. Demam ini menyerang sendi-sendi di tubuh badan, sehingga penulis terpaksa memapah anak buah penulis yang berusia 7 tahun ini ke bilik air kerana lututnya sakit…
Setelah Faiz Aiman beransur sihat, demam ini “hinggap” pula pada ibu penulis yang sudah berusia 58 tahun. Ibu penulis memang tidak berdaya melakukan kerja rumah seperti memasak dan sebagainya kerana demam ini menyebabkan lutut, sendi tangan dan tapak kakinya berasa sakit. Seperti Faiz Aiman, penulis terpaksa memapah ibu ke bilik air, tandas dan sebagainya.. Mujur adik penulis yang belajar di Politeknik Kuantan juga pulang bercuti, jadi buat sementara hal rumah tangga seperti memasak, basuh baju, dan sebagainya dilakukan kami berdua.
Lebih kurang 4 hari juga ibu tidak dapat melakukan tugas rumahtangga seperti biasa, dan dalam jangkamasa itu juga, dua kali kami ke Poliklinik Kesihatan Jengka mendapatkan rawatan, ibu turut menjalani pemeriksaan darah dan mendapatkan ubat. Kami sekeluarga risau juga kerana ibu turut mengalami tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Namun, alhamdulillah keadaan ibu beransur baik.
Chikungunya selepas itu, berjangkit pula pada adik penulis, Ahmad Shukri (kami panggil Pak Su je kat umah). Keadaan yang berlaku pada ibu juga berlaku pada Pak Su.. Suhu badan panas, mata merah, sakit sendi, kerap buang air kecil, lenguh sendi… Satu hari, dalam waktu hampir Maghrib penulis terpaksa membawa Pak Su ke Unit Kecemasan Hospital Jengka lantaran suhu badannya yang terlalu panas (40.3 Darjah Celcius). Ketika penulis pulang ke KL semalam, keadaannya sudah beransur pulih walaupun masih ada ruam-ruam merah di badannya. Alhamdulillah..
Dalam masa yang sama, abang penulis, Zaini (bapa Faiz Aiman) juga terkena demam ini rupanya. Satu pagi, isterinya Kak Na menelefon bapa penulis. “…Ayah,Zaini demam teruk, malam tadi dia menggigil …” ujaran kakak ipar penulis itu mula merisaukan kami semua. Namun setelah mendapat rawatan di poliklinik, alhamdulillah, abang penulis itu juga beransur sihat..
Sedikit berita yang tak sedap didengar juga, ada yang menjadi korban disebabkan demam ini. Seorang kenalan di Felda Ulu Jempol, Maran memberitahu jirannya meninggal dunia akibat Chikungunya. Penulis pada mulanya agak terkejut tetapi setelah bersembang lebih lanjut, rupa-rupanya arwah turut menghidapi Penyakit Tiga Serangkai (sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi).. Mungkin kombinasi Chikungunya dengan Tiga Serangkai tu sebabkan daya tahan badan menjadi lemah…Al-Fatihah..
Dalam pada itu, ramai juga jiran-jiran penulis yang terkena demam ni, antaranya Hj.Haron (imam Surau An Nur) dan Mak Cik Sarah (depan rumah)..namun kedua-duanya juga sudah sihat seperti sediakala, alhamdulillah.. Agak kesal, penulis tak sempat menziarahi Hj.Haron (Pak Ngah) ketika demamnya kerana penulis juga perlu ganti tugas ibu di rumah..Sory ye Pak Ngah…hehe..
Dalam 2 minggu penulis di Jengka, tidak kurang 8 kali kami berulang alik ke pusat kesihatan mendapatkan rawatan. Dan hampir semua yang ingin mendapatkan rawatan di jabatan pesakit luar Poliklinik Jengka menghidapi demam Chikungunya. Dalam masa menunggu, dapatlah penulis jumpa rakan taulan dan kenalan dari kampong sebelah, kawan-kawan lama, cikgu-cikgu, kakitangan sekolah dulu dan ramai lagi.. hehe..,semuanya ada persamaan, iaitu penghidap demam CHIKUNGUNYA..
p/s : Syukur kepada Allah, bapa penulis dan penulis tidak terkena demam ni.. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang berterusan kepada kita semua, InsyaALLAH..
TAHUN BARU : DAMBA AMPUN DAN REDHA ALLAH S.W.T
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, bala tenteranya dan penolongnya.. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuahan yang mempunyai kebesaran dan dan kemuliaan, Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang..
TAHUN BARU : ANTARA 1430 H DENGAN 2009 M
Sambutan Tahun Baru Hijrah ini seolah disambut lesu oleh masyarakat Islam di negara ini.. Tiada acara sambutan besar-besaran seperti sambutan tahun baru masihi.. Lebih kurang 72 jam lagi, tahun 2009 menjelang tiba. Di Kuala Lumpur sahaja, tidak kurang 3 tempat akan mengadakan konsert besar-besaran ambang tahun baru iaitu di Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang. Ini tidak termasuk di Bangsar, Ampang dan lain-lain tempat tumpuan awam di Kuala Lumpur..
Itu baru di Kuala Lumpur, situasi yang sama sudah tentu berlaku di Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuching dan lain-lain bandar besar. Ini pun tidak termasuk entah berapa ratus lagi acara menyambut tahun baru diadakan.. Muda-mudi juga punya 'acara' mereka yang tersendiri bagi menyambut tahun baru, ini realiti yang berlaku di negara yang kononnya negara Islam..
Semua acara sambutan tahun baru ini diadakan di kawasan terbuka, diserikan dengan acara nyanyian dan konsert yang biasanya bermula sejak jam 6 petang, ditaja dan dianjurkan oleh syarikat2 besar seperti Hotlink dan Media Prima umpamanya. Konsert di Dataran Merdeka nanti ditaja oleh AmBank.. Acara ini juga biasanya akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi negara seperti PM, TPM dan Menteri2 Kabinet.. Kalo tak caye, tunggu 1hb Jan 09 nanti..
Di satu sisi yang lain pula, sambutan tahun batu Hijrah diadakan di tempat tertutup, acara yang diatur ialah nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid tempatan, tiada syarikat besar yang memberi tajaan, biasanya dianjurkan oleh JAKIM dan kementerian terlibat, dan yang paling ketara ialah sambutannya sederhana sahaja, samada dari sudut majlis dan sokongan orang ramai... Yang ada pun, perarakan Maal Hijrah.
Alangkah baiknya jika kedua-dua sambutan tahun baru ini diraikan seperti program yang lebih baik : SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU PERINGKAT KEBANGSAAN. Adakan di Masjid Negara atau Masjid Putrajaya.. Anjurkan karnival keluarga bermula dari paginya, ada jualan dan pameran, persembahan kebudayaan sebelah petangnya, seperti dikir barat, nasyid, puisi dan sebagainya. Kemudian rakyat diajak menadah tangan untuk doa akhir tahun, tiba Maghrib, bacaan doa awal tahun dan solatnya diimamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kemudian solat hajat, solat Isyak.
Teruskan pula dengan ucapan tahun baru Perdana Menteri yang dipancarkan secara langsung di RTM 1 dan TV 3, terus menerus dari Masjid Negara.. Acara hiburan dihadkan dan diadakan dalam keadaan terkawal.. Hehe, mampukah khyalanku ini menjadi kenyataan???
Satu jurang yang cukup besar antara sambutan tahun baru hijrah dengan tahun baru masihi, hakikatnya di negara yang dicanangkan NEGARA ISLAM MALAYSIA.. (Islam Hadhari kot??)
SEMBAH TAKZIAH
Monday, December 22, 2008
PRK KUALA TERENGGANU : SIAPA PILIHAN PAS???
Rasanya sudah terlalu lama penulis tidak update blog nih.. walau belumpun sampai 2 minggu, hehe.. Dan dalam jangkamasa 2 minggu itu juga banyak sekali peristiwa berlaku di sekeliling kita yang tak sempat penulis coretkan di sini.. Cuma sejak semalam, penulis tertunggu-tunggu siapakah yang akan menjadi calon PAS dalam PRK KT nanti.. Siapakah lawan kepada calon BN, Senator Datuk Wan Ahmad Farid..
Difahamkan, nama calon tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya malam tadi, sebaik selesai mesyuarat pimpinan tertinggi di Kuala Ibai..namun mengikut laporan Malaysiakini hari ini, calon PAS hanya akan diumumkan pada 1 Januari nanti.. Hm.. Antara calon yang disebut-sebut ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ADUN Batu Burok, Dr.Syed Azman yang juga bekas MP Kuala Terengganu 1999-2004 dan beberapa nama lagi...
2 hari lepas (20hb Dis), penulis bersama Pak Njang Mat Ti, Rozi Deris, Apih Patah dan Ikram pergi ke Karnival Pas Maran di Chenor mendengar ceramah Naib Presiden PAS, Hj.Mohamad Sabu (Abg Mat), ingatkan ada pengumuman penting atau berita terbaru tetapi isi ceramahnya hanya 'yang biasa-biasa saja'. Tetapi satu perkara yang tidak dapat dinafikan, ceramah Abg Mat selama 2 jam itu langsung tidak membosankan, sebaliknya diselang-seli dengan lawak jenaka dan sindiran tajam yang disesuaikan dengan situasi politik negara dan dunia.. Chayok2 Abg Mat..
Setakat sini dulu, nanti kita sambung lagi Bicara PRK Kuala Terengganu bersama ReformisMuda.Net, penulis tak dapat update blog macam selalu kerana sekarang berada di kampung halaman di Jengka...
p/s : Result exam baru ni meningkat banyak, alhamdulilah, syukur..
Thursday, December 11, 2008
BUKIT KERINCHI : MENANTI BERULANGNYA TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA
-foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN
Penulis juga turut bersimpati mengenai nasib ribuan lagi mangsa yang terpaksa berpindah dari kediaman mereka kerana faktor keselamatan, sesungguhnya semua kejadian ini suah tentu mempunyai hikmah di sebaliknya. Mudah-mudahan semua mangsa dapat bersabar menempuh saat-saat yang mencabar ini.
Tragedi ini benar-benar memberi kejutan kepada semua pihak setelah lama 'dibuai mimpi' kenangan tragedi tumbangnya Highland Tower pada tahun 1993 yakni kira-kira 15 tahun lalu, ketika penulis masih di Tahun 1 di SK Jengka 16. Tragedi tersebut yang paling mendapat liputan dalam dekad-dekad 90-an memandangkan jumlah korbannya agak tinggi iaitu 48 orang, walaupun sebenarnya masih banyak kejadian tanah runtuh yang berlaku bukan sahaja di sekitar Bukit Antarabangsa malah di seluruh negara juga.
Penulis sebenarnya ingin menarik perhatian pengunjung mengenai situasi yang berlaku di kawasan berdekatan dengan kediaman yang penulis duduki sekarang iaitu di Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Bagi yang tidak mengetahui lokasinya, di sini penulis perturunkan peta dari GoogleMap.
Projek perumahan Pantai Avenue yang bersebelahan dengan Kondominium Pantai Panorama yang sememangnya terletak di atas bukit dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya tragedi yang sama seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu. Pembangunan perumahan berkenaan telah menyebabkan berlaku beberapa kesan negatif ke atas alam sekitar di kawasan sekitar termasuklah tanah runtuh.
Sebagai penduduk di kawasan berkenaan, penulis mula melihat risiko mengenai projek perumahan atas bukit bersebelahan ini sejak mula-mula berpindah kira-kira 5 bulan lalu. Gambar-gambar di bawah ini umpamanya diambil pada 10 September lepas.
Gambar ini diambil dari Blok 5, Vista Angkasa
Tanah runtuh yang berlaku tidak ditutup dengan plastik telah menimbusi saluran parit di pinggir bukit menyebabkannya sering tersumbat.
Bagaimana jika tanah di atas ini runtuh..?? Blok perumahan ini hanya kira-kira 50 meter sahaja dari tebing tinggi ini..
Harapan penulis agar ada sesuatu yang dilakukan oleh pihak berwajib agar keadaan ini dapat dipantau dan mengelakkan bertambahnya lagi senarai panjang episod tragedi tanah runtuh di negara ini.. Pembangunan fizikal yang dilakukan demi mengejar arus pemodenan haruslah memikirkan juga keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.
Pembangunan yang bersulamkan kerasukan dan memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan risiko yang ditanggung penduduk nescaya akan mendatangkan akibat buruk yang merugikan semua pihak.. Tragedi Highland Towers, Tragedi Taman Hillview dan Tragedi Taman Bukit Mewah menjadi bukti sejelas-jelasnya bahawa kuasa alam yang dipegang Yang Maha Kuasa akan menang apabila nafsu serakah manusia menentangnya..
(Terdapat kira-kira 20 gambar lagi dalam simpanan penulis, sesiapa yang mahu gambar-gambar tersebut, sila e-mel ye)
p/s : Saksikan video sedutan Buletin Utama TV 3 di mana seorang penduduk Bukit Antarabangsa mengamuk di depan YB Mohamad Azmin Ali di SINI
Wednesday, December 10, 2008
SALAM AIDIL ADHA 1429 H
Pertamanya penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1429 H, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ReformisMuda.Net walaupun hari ini sudah masuk 12 Zulhijjah. Semoga kehadiran AidilAdha kali ni dapat memberikan satu erti pengorbanan kepada kita semua, mengambil pengajaran dari peristiwa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s..
Keduanya, penulis memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat ber"siaran" hampir 3 minggu kerana masalah-masalah yang tak dapat dielakkan.. Hehe.. Ok, berbalik kepada cerita Aidil Adha...
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Aidil Adha kali ini penulis dan keluarga menyambutnya di kampung bapa penulis di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah Darul Aman. Kesempatan ini digunakan sebaiknya kerana kali terakhir penulis beraya di Kedah ialah kira-kira 10 tahun yang lalu.. (lama gak tu).. Sejuk mata memandang tatkala merentasi kawasan sawah padi yang menghijau dari Alor Setar ke Pendang.
Pagi semalam penulis dan keluarga bertolak pulang ke Pahang. Sebelum itu, kami sempat singgah di rumah nenek kakak ipar penulis di Sungai Dedap. Kemudian kami ke rumah datuk saudara penulis yang paling sulung, Tok Wa Hassan di Dulang, Yan. 10 tahun lalu, beliau masih kuat dan masih mampu berjenaka dengan anak dan cucu-cucunya. Kini, dalam usia menjangkau hampir 100 tahun, beliau hanya terlantar di pembaringan, sekilas kata anaknya, Allah menarik nikmat kesihatan bapanya satu-persatu, pendengarannya tidak mampu berfungsi lagi, penglihatannya sudah kabur, rambutnya sudah gugur, kulitnya mula kendur...
Cuma, apa yang menarik ialah rumah datuk saudara penulis ini betol-betol di kaki Gunung Jerai. Hadapan rumahnya ialah jalan besar dan sekelilingnya pula ialah sawah padi. Sungguh tenang suasana di sini, pemandangannya cukup indah berlatarbelakangkan Gunung Jerai, puncak tertinggi di utara tanah air.
Kemudian kami bertolak ke rumah bapa saudara penulis, Hj.Ayob Din di Taman Mutiara Indah, Sg. Petani. Hajatnya ingin beraya di rumah sahabat penulis iaitu Apih Zakaria dan Aida yang tinggal di kawasan ini, namun kerana Apih pun tak tau kat mana Taman Mutiara Indah ni, terbantutlah hasrat penulis untuk beraya bersama rakan-rakan sepengajian penulis di Universiti Malaya tu.
Jam 4.00 petang, kami tinggalkan Sg.Petani dan bergerak untuk satu perjalanan jauh ke Pahang, kira-kira 12 jam menaiki kenderaan sendiri.. Sekadar sebuah catatan, kami singgah di R&R Gua Tempurung dan R&R Sg.Buloh. Kami sampai di Vista Angkasa jam 1.15 pagi.. Selesai pekena teh tarik dan roti canai di Hijas Vista, keluarga penulis bertolak ke Pahang kira-kira jam 2.00 pagi.. Penulis bangun solat Subuh jam 6.30 pagi, tengok handset ada SMS dari adik penulis pada jam 6.02 pagi, berbunyi "Kami dah sampai jengka"... Alhamdullillah, semua selamat....
p/s : teringat pengalaman berkhemah di puncak Gunung Jerai dalam Kem Bina Sakhsiah tahun 2006