Hari ini merupakan hari Israk Mikraj yang merupakan salah satu peristiwa besar dalam Islam. Setiap 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia, Malaysia terutamanya akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memperingati hari bersejarah ini. Khutbah Jumaat akan berkisar tentang peristiwa Israk Mikraj, manakala ceramah-ceramah di surau-surau dan masjid-masjid juga kebiasaannya akan me’mutar’ kronologi dan peristiwa ketika Nabi s.a.w dibawa Jibril a.s bertemu Allah s.w.t di Sidratul Muntaha.
Antara peristiwa yang penting ketika Baginda di’mikraj’kan ke langit ialah apabila bilaman abaginda digambarkan diganggu oleh satu suara dikiri dan kanan baginda ketika perjalanan baginda untuk bertemu Allah. Tetapi, baginda Nabi tidak menoleh dan tidak menghiraukan sebarang panggilan dan usikan berkenaan. Usikan berkenaan sebenarnya datang dari iblis, puak Yahudi dan Nasrani yang selalu mengganggu manusia hinggalah ke hari ini. Gambaran yang diterjemahkan pada masaitu, benar-benar berlaku sekarang, di mana umat Islam sedikit demi sedikit akan mengikut cara Yahudi dan Nasrani dalam menjalankan kehidupan seharian di atas dunia ini. Secara umumnya, banyak perbuatan dan perlakuan kita hari ini, bukan berlandaskan ajaran dan syariat Islam sebenar yang dibawa Nabi s.a.w. bermula dari bangun tidur di awal pagi hingga masuk tidur di lewat malam. Dalam amalan seharian, berapa banyak pula amalan yang telah kita terikut-ikut dengan cara Yahudi dan Nasrani. Bukti paling jelas ialah apabila kita melihat program-program di televisyen hari ini. Hampir 24 jam, rakyat Malaysia dihiburkan, dilalaikan dan dialpakan oleh media sehinggakah tiada masa untuk kita termasuklah pemimpin kita, untuk memikirkan permasalahan umat Islam. Program-program ini sebenarnya melalaikan masyarakat, terutamanya anak-anak kecil yang masih bersekolah. Inilah permainan Yahudi dan Nasara, sedikit-sedikit umat Islam hanyut ke dalam perangkap mereka..
Bagaimanalah agaknya nasib kita umat Islam dalam keadaan masa semakin suntuk menuju ke akhir zaman..semoga Allah SWT menggolongkan kita di dalam golongan yang beriman kepadaNya..Amin..
Pak Tam Jengka ialah anak kelahiran Felda Jengka 16. Mendapat pendidikan rendah di SK Felda Jengka 16 (1992 - 1998) dan pendidikan menengah di SMK Jengka Pusat (1999 - 2005). Melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2006 dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial Kepujian Kelas Dua Atas pada bulan Ogos 2009. Kini, pulang berbakti di tanah kelahiran di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang Darul Makmur.
No comments:
Post a Comment