Apa khabar rakan bloggers sekalian.?
Pada hari Ahad lepas (5 Julai), penulis menemani Ust.Aris Fezol (bloggers Tukul Besi) ke Kg.Batu Balai, Jerantut. Beliau diminta menyampaikan ceramah Israq Mikraj di
Kami bertolak sekitar jam 5.45 ptg dan sampai kira-kira jam 7.10 malam.
Masuk waktu Maghrib, kami pun solat berjemaah, solat hajat dan terus diikuti oleh ceramah oleh Ust.Aris. Ramai juga jemaah yang hadir malam tu. Ceramah berlangsung lebih kurang 45 minit, kemudian kami bersolat Isyak berjemaah. Selesai solat, jemaah disajikan dengan jamuan makan malam berlaukkan kari kambing dan kari ayam.
Penulis makan semeja dengan ‘pak cik’ yang menyambut kami petang tadi bersama-sama dua jemaah yang lain. Kata ‘pak cik’ itu, orang Batu Balai suka masak kari kambing bersama empulur batang pisang, memang sedap. Selesai menjamu selera, kami memohon izin untuk pulang.
Selepas bersalaman dengan tuan imam (Ustaz Tuan Mat Tuan Man), kami pun bertolak ke Jengka. Dalam perjalanan, penulis sempat berbual beberapa perkara dengan Ust.Aris. Sesampainya di bandar Jerantut, penulis bertanya kepada beliau,
“..Ustaz, ‘pak cik’ yang sambut kita petang tadi tu sapa??..
Jawab Ust.Aris..
“..Laa..’pak cik’ tu la
Penulis tersenyum sendirian dan langsung tidak menyangka bahawa ‘pak cik’ yang berperwatakan sederhana tu sebenarnya ayah Naib Presiden Pas rupa-rupanya..hehe..
p/s : Pernah ke Kg.Batu Balai, Jerantut buat pertama kali sekitar tahun 2001, ketika bekerja sambilan sebagai kelindan lori ayam, hehe..
No comments:
Post a Comment