Wednesday, October 14, 2009

Piala Malaysia : Akhirnya Kedah Tersungkur..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Setelah gah di persada Piala Malaysia selama 2 tahun berturut-turut, juara bertahan merangkap pasukan ‘favourite’ penulis, Kedah akhirnya tersungkur jua dalam saingan Piala Malaysia apabila gagal layak sebagai 8 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan suku akhir piala tertua negara itu.. Sungguhpun menampilkan persembahan bertenaga membelasah Pulau Pinang 4 – 0 malam tadi, kemenangan pasukan Kuala Muda Naza ke atas gergasi merah, Selangor menutup terus intaian Kedah ke suku akhir..

Kedah sudah melakukan sedaya upaya mereka. Benar telahan penulis dalam artikel petang semalam (yang disiarkan petang ini), Kedah perlu menang dengan jaringan besar bagi mencerahkan peluang itu. Kedah berjaya melakukannya, menang dengan jaringan besar ke atas Pulau Pinang. Namun, sangkaan dan ramalan peminat yang mengharap Kuala Muda Naza, Perlis dan Perak tewas teruk kepada lawan masing-masing jauh tersasar. Kuala Muda Naza dengan tidak disangka-sangka berjaya menumbangkan juara tiga piala musim ini, Selangor dengan gol tipis 3 – 2, manakala Perak pula sekadar seri dengan 1 – 1 dengan Johor FC manakala Perlis pula berjaya menewaskan Plus FC dengan jaringan 1 - 0.

Sedih untuk diulas lagi, Kedah tersingkir jua akhirnya. Harapan kini tinggal harapan. Tahniah kepada Azraai Khor dan anak buahnya atas persembahan sepanjang saingan Piala Malaysia ini. Tahniah juga kepada kesemua 8 pasukan layak ke suku akhir :

SELANGOR

KELANTAN

KL PLUS FC

NEGERI SEMBILAN

JOHOR FC

TERENGGANU

PERLIS

KUALA MUDA NAZA

Info Piala Malaysia seterusnya di SINI


p/s : Kedah kena lebih pulun musim depan.. Majulah sukan untuk negara..!!

1 comment:

pokcikket said...

sabaq pak tam... ada hikmahnya tu.. walau pun kedah kalah.. ada satu lagi wakil kedah.
jom pakat kita sokong kuala muda naza. mungkin boleh terubat sikit pilu kekalahan kedah.

ada sapa tau tang mana boleh dapat jersey kuala muda naza?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...