Sekian lama penulis tidak meng'update' blog ini kerana kesibukan yang melanda menjelang akhir tahun 2009 dan awal tahun 2010. Kini, penulis berada di Gemencheh iaitu pekan kecil yang menjadi popular sejak akhir2 ini lantaran kes pembunuhan kejam 4 sekeluarga di Kg.Batang Rokan, kira2 10 minit perjalanan dari rumah kakak penulis di sini..
Antara yang paling KELAKAR pula ialah apabila Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa hanya pegawai tentera berpangkat Sarjan dan beberapa orang lain yang berpangkat rendah sahaja yang terlibat dalam kes kehilangan enjin jet pesawat TUDM. Bagi penulis, ini yang paling tak masuk akal...haha..malas la nak ulas...
Antara yang paling KONTROVERSI ialah perjalana episod penghakiman isu penggunaan nam 'ALLAH' dalam penerbitan majalah gereja. Bermula sejak lama dahulu, keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi menggegarkan semua pihak. Lntas pelbagai usah dibuat termasuk PM berjumpa YDP Agong dan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Jumaat lepas, beribu-ribu masayarakat Islam keluar mengunjuk perasaan mereka sebagai bantahan agar keputusan Mahkamah Tinggi itu dibatalkan. Lebih terbelit, kelmarin ada pula pihak yang 'bangang' melontar bahan letupan hingga memusnahkan sebahagian gereja di Wangsa Maju, kononnya sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya.
Itulah serba sedikit isu yang mencuri tumpuan yang penulis sempat coretkan di sini. Memandangkan badan penulis agak letih setelah memandu berterusan dari Jengka ke Gemencheh kira-kira 3 jam lebih, penulis minta izin untuk berehat dahulu...
InsyaAllah, kita bertemu di lain kesempatan...
p/s : Penulis akan ke Felda Tembangau 5 pula pagi esok, hehehe....
1 comment:
salam. Sy Roziyah kawan kepada Faiizah. Budak um gak. sekarang saya kerja di Era Pakatan. klau laman webnya era pakatan.com. Akhbarnya pula konsep era pakatan. mungkin pak tam pernah terlihat atau terbaca akhbar ini.
saya tengok pak tam aktif dalam penulisan politik ni. apa kata pak tam jadi mata saya di pahang. kiranya apa2 story yg paktam rasa boleh dinaiikan saya akan naiikan. itu boleh dijadikan berita. kalau untuk akhbar paktam boleh mencuba untuk rencana. klu ada rezeki boleh disiarkan dan pak tam pun akan dapat bayaran. apa2 pak tam boleh update dengan saya di damya_ogy@yahoo.com.my. atau editor@erapakatan.com. terima kasih ya. saya tau mesti rasa tak puas hati penduduk di pahang banyak. cuma tak da tmpat tuk disuarakan.
Post a Comment