Jahanam Israel, Jahanam Amerika...
Hidup Islam, Hidup Palestin...
Sekitar jam 11.30 pagi tadi, penulis berada di hadapan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak. Dengan kehadiran ramai pimpinan antaranya Haji Salahuddin Ayub, Dr.Syed Azman, Ust.Kamaruzzaman, Ust.Nor Azli Musa dan lain-lain pimpinan, kira-kira 2 000 umat Islam berarak ke hadapan Kedutaan Amerika sambil melaung slogan Anti-Israel dan sokongan kepada Hamas dan rakyat Palestin. Turut bersama "menemani" ialah abang-abang dari PDRM dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang "setia" menghalang para demonstran menghampiri bangunan kedutaan negara polis dunia itu..
Ketika saya menulis posting ini, agensi berita CNN melaporkan korban kekejaman tentera Zionis telah meningkat kepada 375 orang, hasil serangan tentera udaranya awal pagi ini.. Sementara itu, Presiden AS, Barack Hussien Obama pula mengambil pendirian dan sikap yang hampir sama dengan pentadbiran Bush pada tahun 2006 ketika tercetusnya perang antara tentera Israel dengan pejuang Hezbollah..
Mengikut laporan BBC News pula, Obama telah berkata seperti berikut,
"...Jika seseorang melancarkan roket ke rumah saya ketika dua orang anak saya sedang nyenyak tidur di waktu malam, saya akan melakukan sedaya upaya saya dengan apa jua cara untuk menghentikannya...dan saya menjangkakan Israel akan melakukan perkara yang serupa..."
Ternyata Barack Obama tidaklah seperti yang ramai jangkakan, slogan kempennya ketika pemilihan Presiden AS beberapa bulan dahulu menarik perhatian seluruh dunia.."...CHANGE WE NEED.."
Huh, CHANGE ape kebendanya, kamu meneruskan polisi Bush dalam isu Palestin ini, malah lebih teruk lagi.. Angka kematian yang begitu ramai dalam siri serangan kali yang bertali arus sejak 4 hari lalu itu adalah antara yang paling tinggi sejak Intifadah pertama pada tahun 1987.. Serangan terbaru yang dilakukan awal pagi tadi telah mengakibatkan angka korban meningkat kepada 375 orang..
Sementara itu, seorang pekerja NGO di bandar Gaza, Mohamed Al-Sharif berkata kepada agensi berita BBC,
"...Ini ialah situasi perang, keadaan perang..kami diserang 3 hari berturut-turut..memang sangat tidak selamat di sini..kami mendengar letupan di mana sahaja kami bersembunyi...saya boleh menceritakan kepada kamu bahawa malam tadi (semalam) sangat menakutkan, kepada saya..isteri saya..dan anak yang saya yang masih bayi...tiada makanan...tiada ubat-ubatan..tiada elektrik..tiada gas..apa lagi..???kami melalui saat yang sangat getir di sini....
Lihat gambar di SINI
1 comment:
Selamat menyambut Maal Hijrah
teruskan perjuangan
Post a Comment